Dengan Nama ALLAH yang tidak mendatangkan mudarat
berserta NamaNYA, oleh sesuatu yang ada di bumi dan di langit
dan DIAlah yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui...
Ya ALLAH,
Limpahkanlah Selawat dan Salam
Atas Cahaya segala Cahaya, Rahsia segala Rahsia
Ubat segala penyakit, Pembuka pintu kesenangan
Pemimpin dan Penghulu kami Muhammad yang terpilih
Berserta ahli keluarga Baginda yang suci bersih
Dan para sahabat Baginda yang baik berbudi
Selawat dan Salam sebanyak bilangan
Ni`mat ALLAH dan kelebihanNYA.
Selawat asy-Syeikh Ahmad al-Badawi / Selawat Nur / Selawat Anwaar dan Asror

Wahai diri, Tahukah engkau bahawa ALLAH menjadikanmu dimuka bumi ini adalah semata-mata untuk beribadah kepadaNYA. Untuk mengabdikan diri kepadaNYA? Lupakah engkau bahawa engkau telah menerima amanah dari ALLAH sebagai khalifah di dunia ini, padahal makhluk ALLAH yang lain nya tidak sanggup untuk memikul nya?
Cubalah engkau renungkan dirimu ini. Apakah yang telah engkau lakukan diatas bumi ALLAH selama ini? Sedarlah dirimu, wahai diri. Dirimu sebenar nya sedang bergelumang dengan dosa dan noda yang tiada kesudahan nya.
Pernahkah engkau terfikir berapa banyakkah ni`mat yang telah ALLAH kurniakan kepadamu? Pernahkah engkau menghitung pertolongan yang telah ALLAH berikan kepadamu? Sekalipun engkau cuba untuk menghitung nya tidak akan kau dapati jawapan nya. Ianya terlalu banyak, wahai diri!!! Bagaikan langit dengan bumi!!!
Walaupun engkau terus melakukan maksiat kepadaNYA, melanggar perintahNYA, ALLAH tidak pernah putus memberikan engkau Ni`mat dan RahmatNYA yang tiada terhingga, hinggalah ke akhir hayatmu. Nikmat ALLAH yang manakah yang tidak engkau sukai wahai diri, sehingga engkau sanggup melanggar perintahNYA? Zalimkah ALLAH jika tidak dikabulkan doa dan permintaanmu? Zalimkah ALLAH jika IA menghukummu setimpal dengan apa yang telah engkau lakukan? Zalimkah ALLAH jika ditolakNYA permintaanmu kerna ianya akan membawa bencana kepadamu?
Sesungguhnya, wahai diri, engkau tentu telah tahu ALLAH sebenar nya tidak zalim. Engkaulah yang menzalimi dirimu sendiri! ALLAH Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang kepada hamba-hambaNYA. Tidak semudah itu ALLAH akan menghukum hambaNYA diatas setiap kesalahan dan dosa yang telah dilakukan. Kerna tidakkah ALLAH telah banyak memberikan engkau kesempatan untuk bertaubat kepadaNYA?
Pengajaran demi pengajaran. Berbagai bala dan ujian yang engkau alami dalam hidupmu ini adalah sebagai pengajaran dari ALLAH untuk mendekatkan engkau kepadaNYA!
Di waktu engkau ditimpa bala dan musibah, bila tiada sesiapa disisimu yang sudi menolongmu; bukankah ALLAH jua yang datang menolongmu tanpa kau sedari? Dihilangkan musibah itu darimu dan diampuniNYA dosamu dengan kesabaranmu menanggung bala dan musibah itu.
Insaflah wahai diri. Setiap yang hidup pasti akan mati. Belum ada jaminan dari ALLAH berapa lama lagi engkau akan diberikan kesempatan untuk terus hidup dimuka bumi ini. Belum ada insan yang mati, hidup kembali untuk memperbaiki amalan nya. Belumkah sampai masa nya untuk engkau menuju jalan kembali? Untuk membuat persiapan bekalan hidupmu di alam yang lebih kekal abadi? Renungkanlah liku-liku perjalananmu ke alam akhirat. Azab dan siksaan yang pedih akan menantimu bila engkau kembali ke alam barzakh tanpa persiapan dan amalan. Membawa dosa yang tidak terampun!
Tiada jalan mudah untuk ke Syurga.
Tiada pula sukar bagimu dipesongkan jalan ke neraka.
Segeralah engkau bertaubat sebelum datang ajalmu yang tiada siapa pun tahu!
Petikkan dari : Jaridah – Julai, Rejab 1428H.
Bertaqwalah kepada ALLAH pada hal rahsia dan terang
Bersihkan hatimu dari penyakit batin yang menyerang
Perangilah hawa nafsu yang hanya bertujuan
Mengumpul harta untuk dunia yang penuh ujian
Jika kau redha dengan takdir, nescaya kau hidup bahagia
Jika tidak redha dengan nya nescaya kau hidup merana
Bersahabatlah dengan orang baik, Ulama` dan (mereka yang diberi) petunjuk
Jauhilah dan jangan berteman dengan ahli maksiat
nescaya engkau akan diberi petunjuk
Solatlah dengan hati yang khusyu` dan tidak lalai
Jangan lupa dari mengingati kubur dan kain kafan
Dunia ini bukanlah untuk hidup berkekalan
Ia tiada lain hanyalah jalan menuju tanah air (Syurga)
Rumah yang kekal adalah Syurga bagi orang yang bertaqwa
Oleh itu hendaklah ingat bahawa neraka adalah tempat mereka yang derhaka
Liputilah kami Ya ALLAH dengan belas KasihMU
Cukupilah kami, peliharalah kami dari fitnah dan kesesatan
Berilah kami Taufiq dan Hidayat dan pimpinlah kami
Di atas jalan Pemimpin ummat serta Penghulu kami
Keatas nya Selawat ALLAH dan SalamNYA yang berkekalan
Terus-menerus hingga ke akhir zaman
Dan Keluarga kemudian Sahabat, serta Tabi`in
Dengan sepenuh berkat mereka kami pohonkan keselamatan daripada fitnah...
عليك بتقوى الله dari Mutiara Qasidah
al-Imam al-Qutub al-Irsyad al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad رضي الله عنه
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين