Thursday, January 14, 2010

يا الله بحسن الخاتمة



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل صلاة كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد
الذى تنحل به العقد وتنفرج به الكرب وتقضى به الحوائج
تنال به الرغائب وحسن الخواتم وسيتشقى الغمام بوجهه الكريم
وعلى آله وصحبه فى كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك
- Selawat at-Tafrijiyyah / Selawat an-Nariyyah / Selawat Kamilah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم sendiri sentiasa mengucap di dalam doa nya kata-kata berikut : "Ya ALLAH! Ya Tuhanku! Aku berlindung kepadaMU dari dunia yang menghalang kebajikan untuk Akhirat. Aku berlindung kepadamU pula dari kehidupan yang menghalang kebajikan untuk mati. Dan aku berlindung kepadaMU dari cita-cita yang menganggu kebajikan untuk beramal."



"Adapun pendek harapan untuk hidup terus, memperbanyak mengingati mati serta menyediakan diri untuk menghadapi mati itu ada banyak manfaat nya dan besar guna nya bagi manusia. Sebab siapa yang merasa ajal nya sudah dekat dan sentiasa mengingati mati pada sepanjang masa, nescaya dia kan bergiat bersungguh-sungguh untuk beramal shalih di setiap masa dan meninggalkan kerja-kerja yang tidak berguna, atau bermalas-malas untuk beramal. Di samping itu ia akan sentiasa berzuhud terhadap matabenda dunia, sambil berusaha untuk mengejar kebaikan untuk akhirat. Ia akan segera bertaubat dari segala dosa nya, kembali kepada ALLAH تعالى, menjauhkan diri dari segala kelakuan yang boleh menghalangi nya dari berbuat taat kepada ALLAH تعالى, dan sentiasa memilih jalan yang diredhaiNYA.


Sebalik nya, orang yang panjang harapan untuk hidup lama di dunia ini, dan kurang ingatan kepada mati, akan bersikap berlawanan dengan yang di atas tadi.


Berkata al-Imam Ghazali رحمه الله تعالى di dalam kitab nya "al-Bidayah" : Hendaklah anda sentiasa renungkan umur mu yang pendek itu, meskipun anda rasa boleh hidup selama seratus tahun, jika dibandingkan dengan tempat tinggal mu di negeri akhirat, yang kekal sepanjang masa. Renungkan juga betapa susah-payah dan hina nya anda ketika mengejar dunia, sebulankah atau setahunkah, dengan harapan anda boleh hidup senang-lenang selama dua puluh tahun misal nya. Tetapi mengapa tidak anda menanggung susah sedikit masa ketika hidup di dunia, agar anda merasakan kerehatan nya di akhirat kelak sepanjang abad.


Oleh itu, hendaklah anda tidak memanjangkan harapan untuk hidup lama di dunia, sehingga anda merasa diri mu berat untuk beramal. Malah hendaklah anda mengira-ngira bahwa maut itu sudah hampir tiba, dan bisikkan ke dalam diri mu : Biarlah aku menanggung susah hari ini, kerna mungkin aku akan mati nanti malam! Kalau tidak malam ini, mungkin esok! Sebab maut itu tidak akan meregut nyawa ku pada masa yang tertentu, atau pada keadaan yang tertentu, atau pada umur yang tertentu. Namun maut itu akan tiba, dan tidak ditentu masa nya. Maka lebih baiklah aku bersedia untuk nya dari pada menyediakn diri untuk dunia. Aku mengerti bahwa hidup ku di dunia ini hanya sementara sahja dan mana tahu yang sisa dari hidup ku itu hanya untuk menyedut satu nafas sahja, ataupun hanya tinggal satu hari sahja.


Ucapan-ucapan seperti itu harus diulang-ulang di hati setiap hari. Paksalah diri supaya cekal dan sabar untuk menjalankan tugas-tugas yang diperintah oleh Agama, hari demi hari. Sebab kira nya anda telah ditakdirkan boleh hidup selama lima puluh tahun, lalu anda kerahkan diri mu untuk bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada ALLAH تعالى, nescaya ia akan berontak dan menentang keputusan mu itu, kerna diri mu telah mengetahui bahwa masa nya masih lama lagi.


Jadi, jika anda terus mengingatkan diri mu tentang ketibaan maut yang tidak diketahui bila masa nya itu, nescaya apabila anda mati anda akan merasakan kegembiraan yang tidak ada kesudahan nya. Tetapi, jika anda mencuaikan nasihat itu dan tidak memperdulikan nya, tiba-tiba maut pun sampai sedang anda belum bersedia untuk nya, maka tentulah anda akan merasakan kekecewaan yang tidak ada kesudahan nya lagi. Baka kata pepatah : Apabila muncul pagi, barulah orang yang berjalan di waktu malam itu akan memuji dan berterima kasih. Begitu pula apabila tiba maut kelak, barulah anda tahu tentang berita nya yakin dan benar. Dan berita itu tidak jauh dari anda, sekelip mata lagi akan tiba." - Dari kitab "Nasihat Agama Dan Wasiat Iman" karangan al-Imam al-Qutub al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad dengan terjemahan oleh al-Habib Ahmad ibn Muhammad Semait رضي الله تعالى عنهم



يا الله بها يا الله بها يا الله بحسن الخاتمة
برحمتك يا أرحم الراحمين
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

2 Ulasan:

wah tulisan ini bagus ukhti,
kebetulan saya baru mimpi tentang mati.jadi senantiasa mengingat mati itu baik ya?

Ukhti hebat banget yah..
saya baru liat profil ukhti, masih 27 tahun, tapi pengetahuan agamanya luas :)

ukhti, saya mau tanya,
hmm..bagaimana kalau sahabat2 kita tidak mengajak kita untuk hal-hal yang Islami?

Saya pikir, jika saya ingin belajar Islam tidak seharusnya membuat saya merasa lebih beriman dari teman-teman yang lain.

Hmm..entahlah.
Saya senang bermain dengan teman-teman saya, tapi saya juga ingin belajar islam.

Sebagai permulaan, saya belajar dari blog ukhti.
Terimakasih ukhti..keep posting :)

BismiLlah wal HamduliLlah...
Sholatu was-Salamu `ala RasuliLlah wa `ala Alihi wa Shohbihi waman walah...
SalamuLlahu`alaikum wa Rahmatuhu wa Barakatuh...


Wahai Saudarariku fiLlah yang Dimuliakan lagi Dikasihi ALLAH,
Al HamduliLlah, segala Puji dan Syukur hanya bagiNYA, untukNYA dan kernaNYA. Hamba hanya penyampaikan sahja, yang Mengizinkan dan Mengaturkan segala nya ini adalah DIA, ALLAH `Azzawajalla.

Sebagaimana yang telah hamba maklumkan, taushiyah indah ini adalah dari kitab "Nasihat Agama Dan Wasiat Iman" karangan al-Imam al-Qutub al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad dengan terjemahan oleh al-Habib Ahmad ibn Muhammad Semait رضي الله تعالى عنهم.

Dan ya, orang yang paling bijak adalah orang yang banyak mengingati mati dan paling kuat lagi bersedia untuk menempuhi nya, sebagaimana sabdaan RasuluLlah ShalALLAHu`alaihi wa Alihi wasalam.

SubhanALLAH, jika Anti terasa cinta dan rindu pada perkara-perkara yang Diredhai dan Dicintai ALLAH `Azzawajalla, maka perkara itu adalah cinta yang paling indah lagi terpuji.

Wahai Saudarariku fiLlah, jangan putus asa dari RahmatNYA ALLAH `Azzawajalla, kerna keinginan Anti untuk merubah diri adalah Rahmat dan Undangan dari ALLAH `Azzawajalla. Itu adalah bukti bahwa ALLAH `Azzawajalla Menginginkan Anti kembali kepada Kemuliaan dan Kasih SayangNYA yang abadi.

Tentu nya kita sebagai hamba tidak mampu 100% taat, dan dibelakang itu semua ada Pengampunan ALLAH `Azzwajalla. ALLAHu Akbar wa liLlahil Hamd! Lantas, kembalilah kepadaNYA, mengadulah kepadaNYA diatas ketidak upayaan kita... Merayulah dan mintalah senantiasa kepadaNYA kerna DIA Maha Dekat lagi Maha Mendengar setiap rintahan hamba-hambaNYA.

Insya`ALLAH, kita mengajak Saudara-Saudari kita kepada kebaikan, walaupun kita tidak mampu 100% dapat melakukan nya, agar dengan itu ALLAH Membuka pula pintu kemudahan kepada kita untuk melakukan perkara kebaikan tersebut. ALLAHumma amiin.

Jangan pula kita mengajak Saudara-Saudari kita kepada kemungkaran, kerna selagimana Saudara-Saudari kita melakukan perkara tersebut, kita juga akan terkena tempias/percikan dari kemungkaran yang mereka lakukan (dosa). Na`udzubiLlahi min dzalik. Justru, andai kita mempunyai fikiran yang waras, kita pasti akan memilih perkara yang pertama iaitu mengajak kepada kebaikan.

Wahai Saudarariku fiLlah, segala usaha kita pasti tidak akan sia-sia dan tidak akan disia-siakan oleh yang Maha Melihat lagi Maha Kaya, ALLAH `Azzawajalla. Setiap kebaikan yang kita lakukan walaupun hanya seberat zarah, pasti ada balasan dan ganjaran nya, begitulah sebalik nya. Semoga ALLAH `Azzawajalla Mengampuni kita semua dan Membimbing kita semua kepada keluhuran dan kemuliaan, zahiran wa batinan, di dunia dan Akhirat. ALLAHumma amiin.

Mengenai `ilmu Agama, adalah lebih afdhal dan lebih selamat jika Anti menimba nya dari para Guru yang bersanad; `ilmu yang benar yang bersambung sumber nya hingga kepada RasuluLlah ShalALLAHu`alaihi wa Alihi wasalam. Dan memandangkan Anti berada di Negara Australia, Anti bisa bertanyakan kepada pemilik situs ini.

Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, Teguhkanlah hati-hati kami diatas AgamaMU…
Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, Tuntunlah hati-hati kami teguh di atas ketaatan kepadaMU. Amiin ya ALLAH, ya Mujibassailiin, ya Arhamarrahimiin.

Di atas masa serta ziarah nya hamba ucapkan, barakALLAHu fiki wa jazakiLlahu khairal jaza`.
Fi amaniLlah wALLAHu a`lam bisawab.

Related Posts with Thumbnails