Thursday, July 17, 2008

Dari Habibana Untuk Habibana...



اللهـم صـل وسـلم وبارك علـيه وعلـى آلـه

بسم الله الرحمان الرحيم



"Sejahteralah jasad Baginda setelah melalui hari-hari nya yang memenatkan serta meletihkan disebabkan kita... Sejahteralah jasad Baginda dapat berehat setelah perut nya yang diikat dengan batu kerana kelaparan disebabkan kita... Sejahteralah jasad yang pernah dilemparkan dengan batu sehingga melukakan nya disebabkan kita...


Sejahteralah jasad yang pernah dipatahkan geraham nya disebabkan kita... Sejahteralah jasad yang pernah dilukakan dahi nya dan mengalirlah darah nya lalu Baginda menahan nya dengan tangan nya untuk menjaga darah yang bersih itu dari terjatuh ke tanah sebagai rahmat bagi mereka dan kita dari kemurkaan ALLAH... Sejahteralah jasad yang pernah dimasuki sesuatu ke dalam daging pipi nya disebabkan kita....


Sejahteralah jasad yang mana kaki nya bengkak disebabkan pengabdian nya pada ALLAH serta da`wah untuk kita... Sejahteralah jasad yang memikul kesukaran, keletihan, kesakitan dan kelaparan disebabkan kita.... "




سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين






- Dari Ceramah Habibana `Ali Zain al-`Abideen ibn `Abd al-Rahman al-Jifri حفظه الله تعالى yang bertajuk "Saat Kewafatan RasulALLAH صلى الله عليه وسلم" Dan al-Faqir wal-Haqir ini, telah dan akan senantiasa mengulangi penyampaian kalam yang indah ini selagi mana diberi keizinan dariNYA.



والله تعالى أعلم بالصواب

Related Posts with Thumbnails