بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين
للهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق
والخاتم لما سبق والناصر الحق بالحق
والهادي الى صراطك المستقيم صلى الله عليه
وعلى أله وأصحابه حق قدره ومقداره العظيم
- Selawat Fatih
الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته
للهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق
والخاتم لما سبق والناصر الحق بالحق
والهادي الى صراطك المستقيم صلى الله عليه
وعلى أله وأصحابه حق قدره ومقداره العظيم
- Selawat Fatih
الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته
"Kami bersyukur ke hadrat ALLAH yang dengan berkatNYA, telah mengumpulkan kami pada malam ini. Perkumpulan yang serupa inilah yang akan membawa kepada ketenteraman dan ketenagnan di dalam hati seseorang serta membetulkan nya untuk rujuk dan kembali ke jalan ALLAH.
Dari dekat dan dari jauh mereka datang untuk bertemu, bersama dan bersatu untuk menyaksikan di hadapan ALLAH. Menyaksikan apa? Menyaksikan manfaat. Manfaat apa? Manfaat kalimat yang agung, kalimat لا إله إلا الله.
Misal nya di dalam sembahyang, di mana terdapat segala rahmat, segala keampunan dan di mana ALLAH telah menjadikan sembahyang sebagai kepala dan tiang agama.
Sekira nya seseorang itu dalam ibadah nya dia bersikap ikhlas. Iaitu ikhlas dalam niat nya. Ikhlas dalam amal nya. Ikhlas dalam perniagaan nya. Ikhlas dalam bacaan nya. Ikhlas dalam duduk nya. Ikhlas dalam keluar dari rumah nya ke tempat yang dituju nya.
Jika dia bersikap demikian, nescaya dia akan menjadi seorang hamba ALLAH yang betul-betul ikhlas dan segala amalan nya itu adalah kerana ALLAH.
Maka hendaklah bagi setiap insan itu senantiasa ALLAH berada di hadapan nya.
Para Ulama` رحمه الله تعالى telah mengaturkan kepada kita kewajiban-kewajiban agama, misal nya membuka aurat di dalam pergaulan adalah haram. Begitu juga di dalam berkhalwat (beribadah bersendirian). Kenapa? Kerana ALLAH سبحانه وتعالى menyaksikan nya. Sebagaimana yang disebut dalam al-Qur`an di Surah al-Hadid ayat 4 (57:4) :
"Sesungguh nya ALLAH bersama kamu di mana kamu berada."
Maka apabila ALLAH bersama kita, erti nya ALLAH melihat kepada kita, jika tidak menutup aurat. Terhadap orang lain kita menutup aurat. Tentulah di hadapan ALLAH lebih lagi untuk kita menjaga aurat.
Inilah keadaan yang diminta dalam Islam. Dikehendaki kita semua demikianlah hendak nya. Tidak dia melihat dengan mata nya kecuali yang halal. Tidak telinga nya mendengar kecuali yang diizinkan bagi nya untuk mendengar. Tidak lidah nya berkata-kata kecuali yang baik dan bertasbih dan berzikir kepadaNYA. Atau membaca al-Qur`an, mempelajari `ilmu pengetahuan dan mengeluarkan kata-kata dengan mengingati Tuhan nya pada waktu dia mengeluarkan kata-kata itu.
Inilah syarat-syarat bagi seorang Muslim. Menjaga diri nya. Menjaga mata nya. Menjaga telinga nya. Menjaga akal nya. Menjaga tangan nya. Kerana semua nya anggota ini adalah pemberian ALLAH kepada nya untuk dijagai nya baik-baik. Sehingga dia kembali kehadrat ALLAH
(Surah al-Fajr ayat 28 (89:28) :
"Iaitu dalam keadaan redha dan diredhai oleh Tuhan nya."
ALLAH menyebut dalam al-Qur`an tentang النفس المطمئنة. Apakah itu النفس المطمئنة? Para Ulama` berkata ialah kalbu insan yang tenang yang senantiasa ingat kepada ALLAH. Kerana ALLAH mengatakan (Surah al-Ra`d ayat 28 (13:28) :
"Ketahuilah dengan menyebut nama ALLAH itu akan tenang segala hati."
Tenang nya hati adalah seperti yang disebutkan dalam ayat ini (iaitu dengan mengingati ALLAH dan berzikir kepadaNYA).
Sekira nya seseorang itu hadir majlis zikir dan berkata لا إله إلا الله ... لا إله إلا الله dan keluar dari majlis itu, dia mengumpat orang, dia melihat yang haram dan sebagai nya, apakah erti لا إله إلا الله itu bagi nya?
Apabila seseorang itu berdoa ke hadrat ALLAH جل جلاله dan dalam doa nya itu dia menyaksikan dengan fikiran nya akan Tuhan nya dan fikiran nya itu ditumpukan ke hadrat ALLAH, nescaya ALLAH akan melihat kepada nya (dengan penglihatan rahmat dan pengkabulan).
Maka haruslah bagi setiap insan mengharap kepadaNYA, sehingga dia menjadi seorang hamba ALLAH yang secukup-cukup gembira apabila dia berada bersama Tuhan nya.
Maka jadilah dia seorang hamba yang benar-benar ikhlas terhadap Tuhan nya dan menjadi seorang hamba yang menyaksikan tidak ada Tuhan melainkan ALLAH yang sebenar nya. Dan jadilah dia juga seorang Muslim yang sebenar nya.
Apabila seseorang itu masuk dalam sembahyang dengan kesedaran yang dia melakukan suatu perintah dari Tuhan nya, dia akan sembahyang kerana Tuhan nya. Kerana mengarah diri nya kepada kebaikan. Kerana menghadirkan diri nya kepada ALLAH. Kerana ingat seruan Tuhan nya agar hambaNYA memohon dan meminta kepadaNYA.
Kita mendengar banyak Ulama`-ulama` yang besar di Indonesia seperti Habib Ahmad bin Talib dan Habib `Abd ALLAH bin Muhsin. Mereka di zaman nya takut dengan Habib-habib ini, kenapa? Kerana mereka ini takut kepada ALLAH. Kerana mereka yang takut akan ALLAH semua makhluk akan takut kepada nya.
Maka marilah kita tanamkan niat yang saleh. Niat yang baik. Jiwa Islam yang baik. Dan ikatlah diri kita sekuat-kuat nya dengan ikatan takwa. Dengan ikatan pesanan-pesanan
Nabi صلى الله عليه وآله وسلم.
Dan hendaklah setiap insan merapatkan diri nya dengan ahli wilayah, kerana ALLAH berpesan dalam al-Qur`an (Surah al-Taubah ayat 119 (9:119) :
"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada ALLAH dan masuklah kamu dalam golongan orang-orang yang benar."
Maka pohonlah kepada ALLAH dan bertaubatlah kepada ALLAH. Semoga ALLAH merahmati kita dan menerima taubat kita dan tidaklah kita keluar dari majlis ini kecuali dengan rahmatMU ya ALLAH."
آميـــــن يا رب العــــالمين
- Kata-kata nasihat dari Al-`Allamah al-`Arif BiLlah al-Quthub al-Habib `Abd al-Qadir bin Ahmad bin `Abd al-Rahman al-Saqqaf رحمه الله تعالى dari kitab "Cahaya Hidayah - Syarahan Dan Nasihat Habib `Abd al-Qadir bin Ahmad al-Saqqaf" karangan Shohibul Fadhilah al-Habib as-Sayyid Hasan bin Muhammad bin Salim al-`Attas حفظه الله تعالى
والله تعالى أعلم بالصواب
- Kata-kata nasihat dari Al-`Allamah al-`Arif BiLlah al-Quthub al-Habib `Abd al-Qadir bin Ahmad bin `Abd al-Rahman al-Saqqaf رحمه الله تعالى dari kitab "Cahaya Hidayah - Syarahan Dan Nasihat Habib `Abd al-Qadir bin Ahmad al-Saqqaf" karangan Shohibul Fadhilah al-Habib as-Sayyid Hasan bin Muhammad bin Salim al-`Attas حفظه الله تعالى
والله تعالى أعلم بالصواب