بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi
اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi
Sedutan dari ceramah yang disampaikan oleh al-`Allamah al-Hafiz al-Musnid al-Habib Umar ibn Muhammad ibn Salim ibn Hafiz HafizahuLlahu Ta`ala. Dan insya`ALLAH Ta`ala, kita ambil ikhtibar serta manfaat dari nya untuk kebaikan kita bersama fiddunia wal Akhirah.
"Ada di antara mereka itu yang kaya dan fakir miskin. Ada di antara mereka pegawai, jurutera, peniaga, pemerintah dan yang diperintah. Antara mereka siapa yang hidup di negara maju dan ada yang di negara yang miskin.
Jadi, semua sifat-sifat ini tidak dikira pada nya. Betapa cepat nya ia berakhir dan dikeluarkan daripada nya ahli nya serta ianya lenyap dari mereka. Semua keadaan-keadaan ini tidak diambil kira yang mana orang-orang yang dimuliakan disisi ALLAH berkongsi perkara ini bersama orang-orang yang celaka pada hari itu (akhirat).
Dengan apakah ianya diambil kira? Dengan apakah ianya terjadi?
Orang mukmin yang berakal semesti nya tidak tertipu dengan penipuan dalam perkara yang material ini. Semua perkara yang material ini pada dzat nya tidak membawa kemuliaan tidak juga kehinaan. Begitu tidak juga kenikmatan dan tidak juga keseksaan. Tidak juga Syurga dan tidak juga neraka. Tetapi, dzat dirimu wahai manusia! Begitu juga hatimu! Kecenderunganmu! Niatmu! Kehendakmu dan maksudmu! Serta hubunganmu bersama Tuhanmu Yang Mencipta.
Perkara inilah yang terdapat pada nya kebahagiaan ataupun kesengsaraan yang abadi. Dekat nya dengan ALLAH ataupun berjauhan dariNYA. Berada dalam Syurga ataupun dalam neraka. Jadi, bahaya yang dahsyat bukan kerana manusia itu memakai pakaian yang mahal ataupun yang murah. Bukan kerana dia hidup kaya-raya ataupun miskin. Bukanlah kerana dia menaiki kereta yang mewah ataupun menunggang motosikal atau basikal yang dikayuh dengan kaki nya ataupun dia berjalan kaki di jalanan. Tiada apa-apa bahaya pada nya. Tiada apa-apa kekurangan pada nya. Terdapat pada nya segala daripada yang bertaqarrub atau yang berjauhan (dari ALLAH). Yang disayangi dan yang dibenci di sisi ALLAH. Tiada apa-apa.
Jadi... apakah perkara itu? Perkara itu adalah hatimu! Perkara itu adalah maksudmu! Perkara itu adalah kehendakmu! Perkara itu adalah hubunganmu dengan Tuhanmu dan bagaimanakah kamu ingin bersamaNYA?
Ambil beratlah padaNYA. Berbesar hatilah untukNYA. Berjaga-jaga denganNYA. Hadapkan pandanganmu ke arahNYA. Begitu juga pandangan keluargamu, anak-pinakmu, sahabat handai serta rakan taulanmu. Janganlah jadikan pandangan mereka mengambil kesilapan-kesilapan yang menipu kebanyakan manusia dalam kehidupan ini. Maka mereka tidak berhasil apa-apa selepas nya melainkan kesedihan dan penyesalan dengan sebab terputus nya mereka dari ALLAH disebabkan nya. Kita mohon perlindungan dari ALLAH Subhana Tabaraka wa Ta`ala.
Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq RadiALLAHu`anhu adalah peniaga di Makkah al-Mukarramah. Dia memiliki sembilan gedung di Makkah yang mana dia berurus-niaga dalam nya. Terdapat banyak usahawan di Makkah dan diluar nya ketika itu. Adakah semua mereka itu adalah usahawan seperti Abu Bakar As-Siddiq?
Sayyidina Zulbijadain RadiALLAHu`anhu dan Sayyidina Abu Hurairah RadiALLAHu`anhu adalah dua orang dari fakir miskin di kalangan sahabat. Pada masa mereka terdapat banyak fakir miskin. Adakah semua fakir miskin seperti mereka? Mereka mendapat tempat dan kemuliaan didunia dan akhirat.
Sayyidina Sa`ad Bin Mu`az RadiALLAHu`anhu adalah seorang pemerintah kaum nya serta ketua untuk masyarakat nya. Dia menerima kepimpinan. Adakah semua pemimpin masyarakat mendapat tempat seperti Sayyidina Sa`ad Bin Mu`az yang mana `Arasy ALLAH bergegar ketika dia meninggal dunia? Apakah yang diperolehi nya ketika dia menjadi pemerintah bagi masyarakat nya?
Tetapi dia mendapat nya hasil dari kasih nya pada ALLAH dan RasulNYA Nabi Muhammad ShalALLAHu`alaihiwasalam. Dia mendapat nya kerana dia benar-benar bersama ALLAH dan RasulNYA yang mana dia berkata di hari Perang Badar:
"Ambillah wahai RasuluLlah dari hartaku apa yang kamu mahukan dan tinggalkan seperti yang kamu kehendaki. Apa yang kamu ambil dari kami adalah lebih disayangi dari apa yang kamu tinggalkan. Sambungkan pertalian sesiapa yang kamu kehendaki dan putuskan talian sesiapa yang kamu tidak kehendaki nya. Perangilah sesiapa yang kamu kehendaki atau berdamai dengan sesiapa yang kamu kehendaki nya. Kami berperang terhadap sesiapa yang kamu perangi dan kami berdamai dengan sesiapa yang kamu berdamai dengan nya."
Antara balasan nya disisi ALLAH ialah kematian nya ketika umur nya kurang dari 40-an dan `Arasy ALLAH bergegaran kerana kematian nya... `Arasy ALLAH bergegaran kerana kematian nya RadiALLAHu`anhu.
Malaikat Jibril `alaihisalam keluar berkata kepada Nabiyi Musthofa:
"Siapakah hamba salih yang mana `Arasy ALLAH bergegaran dengan kematian nya? `Arasy gembira dengan ketibaan ruh Sa`ad Bin Mu`az seorang sahabat Nabi Muhammad ShalALLAHu`alaihiwasalam."
Sayyidina Bilal RadiALLAHu`anhu pula adalah seorang diperintah di Makkah al-Mukarramah. Beliau adalah seorang hamba yang dimiliki. Adakah semua hamba-sahaya pada zaman nya sepertimana Bilal? Mereka mendapat kedudukan seperti Bilal?
Tetapi beliau dengan keimanan dan ketulusan nya serta keikhlasan nya menjadi seseorang yang mempunyai kedudukan yang hebat. Jadi, bukanlah setiap kedudukan itu berdasarkan keadaan material duniawi semata-mata.
Orang yang tertipu dengan dunia adalah orang yang lemah akal nya, keimanan dan pandangan nya punah dalam memerhatikan hakikat setiap perkara dan masa depan yang jauh.
Sesungguh nya, betapa mulia nya Bilal ketika diseksa kerana ALLAH.
Dia menyebut:
"Maha Esa. Maha Esa."
Dikatakan pada nya:
"Ingkarlah pada ALLAH."
Dia menyebut:
"Maha Esa. Maha Esa."
... "Sekutukanlah dengan ALLAH"
Dia menyebut:
"Maha Esa. Maha Esa."
Dia dipukul sambil melaungkan:
"Maha Esa. Maha Esa."
Ditarik. Maka dia melagukan:
"Maha Esa. Maha Esa."
Diletakkan batu diatas belakang nya dan perut nya, dia menyebut:
"Maha Esa. Maha Esa."
Beliau ditanya selepas itu:
"Kamu terus melaung sedangkan kamu diseksa. Adakah kamu tidak merasa pedih diseksa?"
Beliau menjawab:
"Aku mencampurkan nya dengan kemanisan iman, kemanisan iman telah mengalahkan kepahitan seksaan itu."
Dia melaungkan dengan asyik nya dalam mengingati sifat Yang Tunggal lagi Maha Esa. Dia menyebut:
"Maha Esa. Maha Esa."
Ini adalah suara yang lantang dan laungan yang berkualiti. Maka dia mengulangi laungan ini. Dia mengulangi laungan dalam keadaan rindu, memerhatikan sifat ALLAH. Memerhatikan keindahan ALLAH dan kebesaran ALLAH. Maka, azab menjadi kecil bagi nya.
Tidak beberapa lama sehingga pembukaan Makkah, dia naik ke atas Kaabah. Bilal melaungkan:
"ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar, Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH, Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah utusan ALLAH."
Di manakah orang yang pernah menyeksa nya? Di manakah orang yang pernah menyakiti nya? Di manakah orang yang pernah menghalang nya untuk menyebut perkataan ini? Mereka telah memasuki dalam salah satu dari lubang-lubang neraka. Dalam api yang menyala-nyala. Inilah orang mendapat nikmat di dunia, bermegahan lagi dimuliakan. Kemudian nya, ketika kematian nya, tibalah maut lalu isteri nya berteriak:
"Betapa pilu nya, betapa pilu nya."
Bilal membuka mata nya. Lalu berkata Bilal:
"Betapa gembira nya, betapa gembira nya. Esok aku akan temui para sahabat. Nabi Muhammad ShalALLAHu`alaihiwasalam dan kumpulan nya."
ALLAH memberikan untuk hati hamba nya untuk mendapatkan kebahagiaan yang sebenar nya. Orang-orang yang memandang pada material dunia, ada dikalangan mereka yang kaya dan miskin. Ada di kalangan mereka pemimpin, raja dan yang dimiliki. Tetapi semua yang berbahagia dengan hubungan nya dengan Nabi Muhammad ShalALLAHu`alahiwasalam dan Tuhan kepada Sayyidina Muhammad serta kemenangan bagi Sayyidina Muhammad. Sesiapa yang hendak berbahagia pada hari ini, tiadalah pintu kebahagiaan melainkan pintu yang dimasuki oleh Nabi. Moga-moga ALLAH membahagiakan kita dengan ketulusan dan ALLAH menjadikan kita dari sebaik-baik makhluk..."
آمين يارب العالمين
والله تعالى أعلم بالصواب
والله تعالى أعلم بالصواب