"Seseorang Akan Bersama Orang Yang Ia Cintai"


Janji RasuluLlah ﷺ bahwa semua akan bersama orang yang ia cintai dihari kiamat. Semoga kita hidup dan wafat dalam cinta kepada RasuluLlah ﷺ dan para Ulama` Shalihin. Amiin ALLAHumma amiin. Al-Fatihah.

Koleksi Selawat Dalam Blog Ini


Terjemahan serta syarahan oleh asy-Syeikh Yusuf ibn Ismail an-Nabhani RahimahuLlah.

Wednesday, October 29, 2008

Wahai Yang Maha Suci





بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين


اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ونبيك ورسولك
النبي الأمي وعلى آله وصحبه وسلم
تسليما كثيرا بقدر عظمة ذاتك في كل وقت وحين


* Maha Suci Dzat yang disifati dengan Keagungan dan Kemuliaan,
Maha Suci Dzat yang tidak layak semua penyucian kecuali untukNYA,
Maha Suci Dzat yang Mempunyai Anugerah dan Keni`matan-Keni`matan,
Maha Suci Dzat yang Mempunyai Kekuasaan dan Kemuliaan,
Maha Suci Dzat yang Menghitung segala sesuatu dengan `IlmuNYA...



Ya ALLAH, jadikanlah untukku cahaya dalam hatiku, cahaya dalam kuburanku,
cahaya dalam pendengaranku, cahaya dalam pandanganku, cahaya dalam rambutku,
cahaya dalam kulitku, cahaya dalam dagingku, cahaya dalam darahku,
cahaya dalam tulang-belulangku, cahaya dalam uratku,
cahaya dari hadapanku, cahaya dari belakangku,
cahaya dari kananku, cahaya dari kiriku,
cahaya dari atasku, cahaya dari bawahku...


Ya ALLAH, tambahilah aku cahaya nya dan berilah aku cahaya
dan jadikanlah untukku cahaya dengan RahmatMU...

* dari kitab "Bintang Indah Cemerlang" m.s 29


Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim...
Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram...




ربنا آتنا في الدنيا حسنة
وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Monday, October 20, 2008

Bersama Habibana - Sultanul Ulama`



بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض
ولا في السماء وهو السميع العليم


اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





Insya`ALLAH esok, Selasa 21hb Oktober, di Masjid Ba`alwie kita akan berhimpun bersama-sama dengan al-`Alim al-`Allamah al-Habib Salim ibn `AbduLlah ibn Umar asy-Syathiri حفظه الله تعالى, Mudir Rubat Tarim, Hadramawt, mulai waktu Maghrib. Di tempat yang mubarakah ini juga, insya`ALLAH beliau akan menyampaikan kalam-kalam mutiara nya untuk dimanfaatkan bersama.

_________________________


* Dikemaskini *

Jadual Habibana Di Singapura
(Sumber : Blog Habibah `Ummu Yassir)


Tarikh : Khamis, 23hb Oktober Waktu : 11.30 pagi Tempat : Masjid Haji Muhammad Salleh
- Maqam Hb Nuh رضي الله عنه

Tarikh : Khamis, 23hb Oktober Waktu : 7 malam Tempat : Masjid Ba`alwie

Tarikh : Jumaat, 24hb Oktober Waktu : 12 tengahari Tempat : Masjid Sultan

Tarikh : Sabtu, 25hb Oktober Waktu : 5 petang Tempat : Masjid Sultan
- Sempena Majlis Haul al-Marhum Ustaz `AbdiLlah al-Jufri رضي الله عنه

Tarikh : Isnin, 27hb Oktober Waktu : 8 malam Tempat : Masjid an-Nahdhah

_________________________


Kepada mereka yang berkesempatan, janganlah dilepaskan peluang keemasan ini begitu sahja. Semoga kita memperolehi manfaat dan barakah dari nya pada zahir dan batin, di dunia dan akhirat kita dengan barakah nya Junjungan kita, Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم


Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim...
Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram...



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير
والله تعالى أعلم بالصواب

5 perkara



بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين


للهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق
والخاتم لما سبق والناصر الحق بالحق
والهادي الى صراطك المستقيم صلى الله عليه
وعلى أله وأصحابه حق قدره ومقداره العظيم
- Selawat Fatih


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته



Insya`ALLAH, ana sertakan disini 5 perkara mengenai keperibadian seorang Mu`min sepertimana yang telah disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Haji Burhanuddin SR حفظه الله تعالى semasa Syarahan beliau di bulan Ramadhan al-Mubarak yang lalu, di Masjid al-Khair yang bertajuk "10 Jari Ku Susun Ampun". Semoga kita memperolehi manfaat dari nya, insya`ALLAH.


Keperibadian seorang Mu`min adalah :

1. Diam nya adalah berfikir.

2. Bicara nya adalah da`wah dan nasihat.

3. Langkah kaki nya adalah berjuang di jalan ALLAH.

4. Tangan nya suka menolong.

5. Hati nya penuh cinta dan kasih-sayang.



ALLAHu ALLAH, bahagia sungguh seseorang hamba itu jika hati nya penuh dengan keimanan kepadaNYA dan RasulNYA صلى الله عليه وسلم. Berbahagia lagi jika ianya di sulamkan bersama dengan ketaqwaan, kecintaan kepadaNYA dan RasulNYA صلى الله عليه وسلم serta kedambaan redhaNYA dan RasulNYA صلى الله عليه وسلم. Semoga kita semua tergolong di dalam golongan hamba-hambaNYA yang berbahagia ini.



Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim...
Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram...




بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

... إنا لله وإنا إليه راجعون



السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


"Tiadalah kehidupan terkecuali pasti menemui kematian,
tiadalah perkumpulan terkecuali menemui perpisahan,
dan kesemua yang ada diatas tanah akan kembali ke tanah..."



Telah kembali kehadratNYA ALLAH `Azzawajalla,
seorang pejuang Agama ALLAH, Ustaz Haji Embek ibn Ali
pada hari Isnin, tanggal 20hb Syawal 1429H bersamaan 20hb Oktober 2008M.


Semoga ruh nya dilimpahi Rahmat dan RahimNYA, ALLAH `Azzawajalla
dan ditempatkan bersama-sama para Nabiyyin, Shiddiqin, Syuhada`, Shalihin,
Muqarrabin dan KekasihNYA, RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam.




...اللهم آمين... الفاتحة

Friday, October 17, 2008

... للهــــم





Segala Pujian bagi ALLAH, Tuhan yang Mentadbir seluruh alam
iaitu Puji-pujian yang menyamai segala Ni`matNYA
dan sebanding dengan segala tambahanNYA.


Wahai Tuhan kami, bagiMU segala Kepujian
sebagaimana yang selayak nya dengan kebesaran DzatMU
dan dengan kebesaran KekuasaanMU.


Maha Suci Engkau kami tidak mampu
menghitung Puji-pujian atasMU,
Engkau adalah sebagaimana
Engkau telah Memuji-muji akan DzatMU.



Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim...
Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram...



* Tiada Tuhan Melainkan ALLAH, Muhammad adalah Utusan ALLAH pada setiap kerlipan dan nafas menurut bilangan yang telah dimuatkan di dalam `Ilmu ALLAH.


Ya ALLAH, sesungguh nya aku memohon kepadaMU dengan (hak nya) CahayaMU yang Agung dan dengan cahaya tersebut ia mampu berdiri tegak semua alam milik ALLAH yang Maha Agung, limpahkanlah Rahmat teristimewa dan Salam Sejahtera kepada Baginda Nabi Muhammad (ShalALLAHu`alaihiwasalam) yang mempunyai darjat yang Agung, dan Keluarga beliau, Nabi ALLAH yang Agung sesuai dengan Keagungan Dzat ALLAH yang Maha Agung, dalam setiap kerlipan dan nafas dengan hitungan apa-apa yang tercakup di dalam `Ilmu ALLAH yang Maha Agung, dengan Rahmat yang teristimewa yang abadi sebagaimana keabadian ALLAH yang Maha Agung kerna untuk mengagungkan hak Engkau wahai Junjunganku, wahai Nabi Muhammad (ShalALLAHu`alaihiwasalam), wahai Nabi Ahmad, wahai Nabi Ayahanda Sayyid Qassim, wahai Nabi yang mempunyai budi pekerti yang Agung dan limpahkanlah Salam Sejahtera kepada beliau dan keluarga nya seperti itu juga, dan kumpulkan aku bersama beliau sebagaimana Engkau satukan antara jiwa dan raga, zahir dan batin, dalam keadaan terjaga dan tertidur. Dan jadikanlah beliau sebagai ruh bagi diriku (jiwa ragaku) dari segala penjuru di dunia ini sebelum di akhirat nanti wahai Tuhan yang Maha Agung.


Aku memohon keampunan ALLAH yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkanNYA, yang Maha Hidup dan Maha Pengatur, Maha Mengampuni dosa-dosa, Maha Agung dan Mulia, dan aku bertaubat kepadaNYA dari segala kemaksiatan dan dosa-dosa dan dari dosa yang aku lakukan dengan sengaja atau tidak, zahir dan batin, ucapan dan perbuatan, dalam semua gerakkan dan diam, angan-angan dan hembusan nafasku semua nya secara terus-menerus, selama nya dan sampai bila-bila pun. Dan dosa yang aku ketahui, dan yang tidak aku ketahui, dengan hitungan yang tercakup dalam `Ilmu ALLAH dan terhimpun dalam buku catatan amal, terguris oleh pena, dengan hitungan apa pun yang telah wujudkan oleh Qudrat dan `Iradat ALLAH, dan dengan hitungan tinta yang dibuat menulis Kalimat-Kalimat ALLAH, sebagaimana layak nya Keagungan Dzat Tuhanku, Keelokan dan KesempurnaanNYA. Dan sebagaimana yang di cintai oleh Tuhanku dan diredhaiNYA. * dari kitab "Bintang Indah Cemerlang" m.s 115



ربنا آتنا في الدنيا حسنة
وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Thursday, October 16, 2008

ذکرالله



بسم الله الرحمن الرحيم


اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته



- Taushiyah dari Habibana Munzir Almusawa حفظه الله تعالى


بارك الله فيكم
والله تعالى أعلم بالصواب

Sunday, October 12, 2008

سبحان الله وبحمده



Dengan Nama ALLAH yang tidak mendatangkan mudarat
berserta NamaNYA, oleh sesuatu yang ada di bumi dan di langit
dan DIAlah yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui...




Ya ALLAH,
Limpahkanlah Selawat dan Salam
Atas Cahaya segala Cahaya, Rahsia segala Rahsia
Ubat segala penyakit, Pembuka pintu kesenangan
Pemimpin dan Penghulu kami Muhammad yang terpilih
Berserta ahli keluarga Baginda yang suci bersih
Dan para sahabat Baginda yang baik berbudi
Selawat dan Salam sebanyak bilangan
Ni`mat ALLAH dan kelebihanNYA.

Selawat asy-Syeikh Ahmad al-Badawi / Selawat Nur / Selawat Anwaar dan Asror





As-Salamu`alaikum wa RahmatuLlahi wa Barakatuh. Insya`ALLAH, ana sertakan disini beberapa wasiat dari Habibana Munzir ibn Fuad ibn `Abdurahman Almusawa حفظه الله تعالى mengenai dzikr yang paling dicintai oleh ALLAH `Azzawajalla ini. Semoga kita memperolehi manfaat dari nya pada zahir dan batin, di dunia dan di akhirat. Amiin ALLAHumma amiin.



Wasiat Pertama :

"Saya sarankan anda membaca dzikir "SubhanALLAHi wabihamdih", bacalah 100x setiap pagi dalam keadaan suci, dzikir ini disarankan oleh Nabi ShalALLAHu`alaihiwasalam sebagaimana sabda beliau ShalALLAHu`alaihiwasalam : "Barangsiapa membaca "SubhanALLAHi wabihamdih" 100x setiap hari nya maka berjatuhan dosa-dosa nya walau sebanyak buih dilautan." (Shahih Bukhari) Dan sabda RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam : "Kalimat yang paling dicintai ALLAH adalah "SubhanALLAHi wabihamdih." (Shahih Muslim) Dzikir ini mencerahkan wajah, menenangkan hati, menyejukkan jiwa dan membuka banyak kemudahan, kenapa? Karena kita menyukai dan mencintai dan mengamalkan ucapan yang dicintai ALLAH, maka ALLAH akan memberi apa-apa yang kita senangi dan sukai, yaitu kecerahan wajah, kemudahan hidup dan ketenangan hati."



Wasiat Kedua :

"Ketika kita cinta dan gemar berbuat apa-apa yang dicintai ALLAH, maka ALLAH akan membuat anugerah-anugerah dari kejadian-kejadian yang kita senangi dan sukai pula... Baik nya dibaca pagi dalam keadaan suci, saya membaca nya 1000x sehabis shalat subuh bersama dzikir lain nya."



Wasiat Ketiga :

"Dzikir tersebut anda bacalah dengan perlahan dan dalam keadaan wudhu`, sungguh dahsyat kesejukan nya, ada dzikir lain nya namun saya belum pernah menemukan yang lebih dahsyat dari "SubhanALLAHi wabihamdih", saya membaca nya 1000x setiap pagi, maka saya merasa kesejukan ILahi dan keluasan serta kemudahan menemani saya selalu, dan banyak saudara-saudari kita pula yang telah membaca nya 100x mereka sudah menerima siraman ketenangan, cubalah saudariku, bacalah dengan tenang, bayangkan Cahaya Kesucian ALLAH dan Pujilah ALLAH Subhana wa Ta`ala, maka ALLAH akan membuat hari kita bercahaya dan terpuji."



Wasiat Keempat :

"Anda amalkanlah dzikir "SubhanALLAHi wabihamdih", bacalah dalam keadaan suci 100x setiap pagi nya, demikian Rasul ShalALLAHu`alaihiwasalam mengajarkan pada kita, ia sangat sejuk dihati, menenangkan jiwa dan membuka banyak kemudahan."



Wasiat Kelima :

"Maka jika kita membaca kalimat yang paling dicintai ALLAH Subhana wa Ta`ala ini insya`ALLAH, kita akan dibimbing oleh ALLAH Subhana wa Ta`ala kepada apa-apa yang dicintaiNYA, dan kita diberikan apa-apa yang kita inginkan."



Wasiat Keenam :

"Anda butuh ketenangan jiwa, ketenangan jiwa adalah dengan memperbanyak dzikir mengingat Sang Pemilik jiwa, sebagaimana FirmanNYA : "Ketahuilah dengan mengingat ALLAH akan tenanglah hati." (ar-Ra`d 28) Anda dapat rasakan, lamakan sujud menyucikan NamaNYA Subhana wa Ta`ala, memuji ALLAH, tahanlah beberapa menit, jika anda lakukan maka hari itu anda akan rasa kehidupan yang berbeda, lebih banyak kebaikan, lebih banyak kemudahan, dan perbanyak dzikir "SubhanALLAHi wabihamdih."



Wasiat Ketujuh :

Apakah doa nya ketika anak panas ya Habib..? - Saran saya dibacakan : "SubhanALLAHi wabihamdih" 1000x pada air, lalu dimandikan pada nya, dengan izin ALLAH ia akan sembuh, sebaik nya yang membaca nya adalah ibu nya, dan dalam keadaan suci.



Wasiat Kelapan :

"Doa apa yang saya harus baca bila ada orang yang kesurupan / atau mengusir jin pengganggu? - Bacalah "SubhanALLAHi wabihamdih" 100x di air, dan yang membaca hendak nya dalam keadaan berwudhu` dan basahi ubun-ubun nya dengan air itu atau minumkan, atau boleh bacakan surat al-Baqarah dan diminumkan atau dimandikan pada nya."



Wasiat Kesembilan :

"Saya pribadi, jika ingin mendoakan orang yang saya cintai, saya bertawassul pada kalimat yang dicintai ALLAH Subhana wa Ta`ala, yaitu saya membaca kalimat : "SubhanALLAHi wabihamdih" 100x. Sebagaimana sabda Rasul ShalALLAHu`alaihiwasalam : "Kalimat yang paling dicintai ALLAH adalah "SubhanALLAHi wabihamdih", maka setelah saya membaca nya lalu saya berdoa : "Wahai ALLAH demi cahaya SubhanALLAHi wabihamdih..," (lalu saya doakan orang yang saya cintai dengan doa yang saya inginkan), umum nya ALLAH tak pernah menolak doa tersebut."



ad-Da`ie ilALLAH Habibana Munzir Almusawa
bersama putera nya Habibana Hasan حفظه الله تعالى




Ya ALLAH, ya Rabb, ya Rahman, ya Rahim...
Ya Hayyu, ya Qayyum, ya Dzal Jalali wal Ikram...




Ya ALLAH,
kurniakanlah kesihatan yang sempurna zahir dan batin kepada Habibana Munzir ibn Fuad ibn `Abdurahman Almusawa. Jadikanlah umur beliau panjang dalam penuh ketaatan kepadaMU dan kekasihMU ShalALLAHu`alaihiwasalam, dan dalam penuh Rahmat dan Kasih SayangMU. Semoga disetiap denyutan nadi serta degupan jantung dan hembusan nafas serta kerlipan mata beliau, senantiasa didalam keredhaanMU dan KekasihMU ShalALLAHu`alaihiwasalam.



Ya RABBi,
semoga Engkau meredhai, memberkati, merahmati dan memberikan kemudahan pada setiap pergerakan dan perjuangan yang suci murni ini yang di ketuai oleh beliau, Habibana Munzir ibn Fuad ibn `Abdurahman Almusawa. Dan semoga beliau senantiasa berada di bawah naungan Bimbingan dan `InayahMU agar bisa membimbing ummat di akhir zaman ini untuk kembali ke jalan yang diredhai olehMU dan KekasihMU ShalALLAHu`alaihiwasalam.



وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Thursday, October 9, 2008

القرآن الكريم



بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض
ولا في السماء وهو السميع العليم


اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





"Ketahuilah wahai diri, bahawa Imam `Abdullah al-Haddad رضي الله تعالى عنه menganjurkan agar diamalkan membaca suratul Ikhlash sebanyak sebelas (11) kali dan dihadiahkan pahalanya kepada saudara-saudaramu yang telah mendahuluimu kembali ke rahmatullah. Ini adalah anjuran daripada seorang ulama` dan waliyullah yang menjadi ikutan dan panutan dirimu..."
- Taushiyah dari al-Fadhil Ustaz Abu Muhammad حفظه الله تعالى
Untuk bacaan selanjut nya sila klik diSini.


____________________________________



"Bahkan sumber nya – sumber nya `ilmu semua nya ada dalam al-Quran.
`Ilmu dunia dan `ilmu akhirat.
Cerita yang paling tepat adalah cerita yang ada dalam al-Quran.
Nasihat yang paling mulia adalah nasihat yang ada dalam al-Quran.
Doa yang paling mulia, doa yang paling hebat adalah doa yang ada dalam al-Quran..."

- Taushiyah dari Dr. al-Habib Ahmad ibn `AbduLlah al-Kaff حفظه الله تعالى
Untuk maklumat selanjut nya sila klik diSini.



بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

Monday, October 6, 2008

Perhimpunan Mahsyar 2


بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين


للهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق
والخاتم لما سبق والناصر الحق بالحق
والهادي الى صراطك المستقيم صلى الله عليه
وعلى أله وأصحابه حق قدره ومقداره العظيم
- Selawat Fatih


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





[Sambungan dari bahagian pertama] - "Wahai Tuhanku! Himpunkan kami dan mereka yang mengasihi kami dalam Syurga FirdausMU, sebaik-baik tempat.


Kalaulah kamu melihat mereka, iaitu kumpulan pertama yang melintasi jambatan (di akhirat). Nabi Muhammad bersama mereka. Mereka bersama Nabi Muhammad. Moga-moga kamu bersama mereka dalam kumpulan itu. (Amiin ya RABB!)


Sesetengah manusia bersama melintasi nya. Dan sesetengah langsung tidak dapat melintasi nya selama-lama nya. Mereka jatuh ke dalam neraka dan mereka tidak dapat menahan azab nya. Kalau percikan api nya jatuh di Timur, nescaya mereka yang di Barat muka bumi dapat merasai nya.

"Sesungguh nya DIA melemparkan percikan-percikan seperti mercun... Celakalah hari itu bagi orang-orang yang berdusta. Inilah hari yang mereka tidak dapat berkata-kata dan tidak diizinkan untuk mereka, maka mereka pun mengelak. Jika kamu mempunyai tipu daya, maka lakukanlah. Inilah hari pemutusan. Kami himpunkan kamu bersama orang-orang terdahulu. Jika kamu mempunyai tipu daya, maka lakukanlah. Celakalah hari itu bagi orang-orang yang berdusta."


"Sesungguh nya orang-orang bertaqwa dibawah bayangan dan di mata air. Dan buah-buahan dari jenis yang mereka inginkan. Makanlah, minumlah dalam kegembiraann dengan apa yang telah kamu lakukan."


"Celakalah hari itu bagi orang-orang yang berdusta. Makanlah dan rasalah sedikit. Sesungguh nya kamu semua adalah mereka yang bersalah."


Inilah kata-kata untuk mereka. Hari in kamu sukakan perkara-perkara yang hina.
"Makanlah dan rasalah sedikit."


Tetapi kata-kata untuk kumpulan yang pertama, yang pertama dalam negeri yang berkekalan:
"Makanlah, minumlah dalam kegembiraan dengan apa yang telah kamu lakukan."


Bersama siapa? Kamu suka untuk bersama siapa? Kamu contohi siapa?
"Apabila dikatakan kepada mereka untuk tunduk, mereka tidak tunduk. Celakalah hari itu bagi orang-orang yang berdusta. Kata-kata yang manakah yang mereka beriman?"


Kita telah beriman dengan ALLAH. Kita telah beriman dengan ALLAH...!


Katakanlah! :
"Kami telah beriman dengan ALLAH dan dengan apa yang diturunkan ke atas kami, apa yang diturunkan ke atas Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub dan anak-cucu nya. Dan apa yang diturunkan kepada Musa, Isa dan apa-apa yang diturunkan ke atas Nabi-Nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak bezakan di antara mereka. Dan kami berserah kepadaNYA (Islam)."


"Jika mereka beriman seperti yang kamu imani, maka mereka telah mendapat hidayah. Jika mereka berpaling, maka mereka dipihak lawan. ALLAH akan menghalang kamu dari mereka. DIAlah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Acuan ALLAH (Agama Islam)."


Moga-moga acuan ALLAH terdapat dalam perhimpunan ini. Dia keluar bersama nya acuan dari ALLAH ini.


Acuan ALLAH (Agama Islam). Apakah yang lebih baik dari agama ALLAH? Dan kami adalah penyembahNYA.- Jangan mencabar kami tentang ALLAH. ALLAH tetap ALLAH wahai saudara-saudaraku. DariNYA permulaan kita. KepadaNYA tempat kembali kita dan penghabisan kita.

"Apa-apa nikmat yang terdapat bersamamu maka ianya dari ALLAH."


Dengan nya kamu mendengar. Dan dengan nya kamu melihat.

"Dan ALLAH mengeluarkan kamu dari perut-perut ibu kamu. Kamu tidak mengetahui apa-apa. Dan ALLAH menjadikan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati. Sikit sahaja yang bersyukur."


AlhamduliLlah tanda kesyukuran. AlhamduliLlah sebagai kesyukuran. Ke atas nikmatNYA yang nyata. Kami memujiNYA secara sembunyi dan jelas. Pada waktu pagi dan petang.


Ya RABBi! Lihat ke hati-hati yang berada dalam perhimpunan ini. Jadikan kami dengan nya bersama kekasihMU yang mendapat syafa`at. Muliakan mata-mata semua nya dengan melihat wajah nya. Melihat pada kemunculan nya serta kehebatan nya... (Amiin ya RABB!)


Betapa indah nya! Betapa hebat nya!



Kemunculan kekasih ALLAH. Kemunculan insan yang bertaqarrub. Kemunculan orang suci dan amat baik. Kemunculan cahaya bagi an-Nur (ALLAH). Kemunculan bagi segala bulan. Kemunculan pemberi syafa`at yang mendapat syafa`at. Kemunculan kilauan yang amat berkilau. Kemunculan orang yang mempunyai kedudukan tinggi. Kemunculan rahmat ALLAH untuk sekelian alam. Kemunculan penghulu segala Rasul. Kemunculan Nabi yang terakhir. Moga-moga ALLAH memuliakan kamu untuk melihat nya. Moga-moga ALLAH memuliakan mata-mata kamu untuk melihat nya. Moga-moga ALLAH memuliakan kamu untuk mendekati nya... (Amiin ya RABB!)


Ya Hayyum ya Qayyum!


Niatkanlah untuk menghidupkan sunnah nya pada pakaianmu, penampilanmu dan percakapan mu. Begitu juga dalam makan dan minummu, hidupkan sunnah nya. Adakah kamu semua perlu menghidupkan sunnah-sunnah itu? Adakah kamu dapati sesuatu yang lebih mulia dari nya? Ataupun yang lebih baik dan lebih indah? Hidupkan sunnah-sunnah Muhammad!


Pada waktu kemungkaran berleluasa... Telah datang satu berita gembira...
"Barang sesiapa yang menghidupkan sunnahku ketika ummatku menjadi rosak, maka bagi nya pahala seorang syahid."


Dalam riwayat yang lain:
"Barang sesiapa yang menghidupkan sunnahku ketika ummatku menjadi rosak, maka bagi nya pahala seratus orang syahid."


Berdasarkan keikhlasan kita dalam menghidupkan sunnah-sunnah. Kita mendapat pahala seorang syahid demi seorang syahid demi seorang syahid hingga sampai kepada seratus orang syahid. Maha Suci ALLAH yang Maha Pemberi dan disisi ALLAH ada penambahan nya. Dan disisi ALLAH ada penambahan nya.


Malam-malam penyiraman sebegini kita dapatkan nya. Apa yang telah lalu sudah mencukupi. Harapkan dapat bersama mereka yang setia.


ALLAH melihat kepada hatimu, cara kamu bermalam pada malam ini. Dan cara kamu berpagi. Bersamamu sekumpulan dengan air mata nya yang lebat. Moga-moga kebimbangan akan menghidupkan hatimu. Membersihkah hatimu. Menyucikan peribadimu.



Wahai Tuhan yang Maha Pemurah!
Wahai Tuhan yang Maha Pengasih!
Ya ALLAH, lihatlah dari kacamata RahmatMU!
Supaya Engkau merawatku dari segala penyakit yang memedihkan.
Ya ALLAH, lihatlah dari kacamata RahmatMU!
Supaya Engkau merawatku dari segala penyakit yang memedihkan."
(Amiin ya RABB!)



Tammat,
AlhamduliLlah :)



P/s : Penyampaian al-`Allamah al-Hafiz al-Musnid al-Habib Umar ibn Muhammad ibn Salim ibn Hafiz HafizahuLlahu Ta`ala bisa membuat para jemaah yang hadir menitiskan air mata mereka bahkan ada yang sehingga jatuh pengsan... Masya`ALLAH tabarakALLAH! Inilah penyampaian dan penghayatan yang sebenar-benar nya. ALLAHu akbar!



بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

Sunday, October 5, 2008

Memperdalami Pengetahuan Agama



بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين
سيدنا ونبينا وحبيبنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته




Terutama sekali, ana menghimbau kepada diri ana sendiri dan seterus nya kepada antum untuk meluangkan masa agar dapat memperdalami pengetahuan Agama bersama-sama dengan asy-Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله تعالى menerusi lelaman ini.


Kepada antum yang pertama kali menziarahi nya, jangan lupa untuk muat-turun perisian "Microsoft Silverlight" yang telah disediakan agar antum dapat menyaksikan secara langsung mahupun rakaman-rakaman dari pengajian tersebut.


بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

Sujud



بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين


اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ونبيك ورسولك
النبي الأمي وعلى آله وصحبه وسلم
تسليما كثيرا بقدر عظمة ذاتك في كل وقت وحين


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"Bukan semua yang sujud itu hamba, tetapi semua hamba sujud kepadaNya. Selain hamba, mereka sujud kepada selainNya. Tanyakan pada hati, apa yang diperhati, kala solat sedang didirikan oleh jasmani?


Malaikat turut bersujud kepadaNya, sehinggalah di akhirat sana. Apabila ditanya mengenai apa yang mereka rasa pada hari Perbicaraan kelak, jawab mereka: "Maha Suci Allah, sesungguhnya kami tidak menyembahMu dengan sebenar-benar sembah..."


Duhai malaikat yang sentiasa taat dan tidak pernah berpaling tadah. Jika itu jawapanmu di hadapan Tuhan yang Maha Pemurah, bagaimana pula jawapan kami bani Adam yang saban derhaka tidak pernah sudah? Bagaimana pula jawapan kami bani Adam yang sentiasa membuat Tuhan kami marah? Bagaimana pula jawapan kami bani Adam yang sentiasa membuat dosa dan salah?


Demi keagungan Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Pemurah. Hanya kepadaMu kami berserah… Hanya daripadaMu keampunan kami pinta. Andai di dunia ini tempat meminta ampun dan berdoa, maka ampunilah kami sebelum bertemu denganMu. Terimalah kami sebagai kekasihMu, saat pertemuan semula denganMu. Terimalah sujud kami yang tidak pernah sempurna di dunia, agar ianya menjadi bekalan di Akhirat sana. Sempurnakanlah kehambaan kami... Sesungguhnya tiada daya dan upaya melainkan denganMu duhai ALLAH."



Tazkirah dari al-Fadhil Ustaz Raja Ahmad Mukhlis حفظه الله تعالى
Untuk bacaan selanjut nya sila klik diSini




بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

Saturday, October 4, 2008

Perhimpunan Mahsyar 1


بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين

للهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق
والخاتم لما سبق والناصر الحق بالحق
والهادي الى صراطك المستقيم صلى الله عليه
وعلى أله وأصحابه حق قدره ومقداره العظيم
- Selawat Fatih


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





Sedutan dari ceramah yang disampaikan oleh al-`Allamah al-Hafiz al-Musnid al-Habib Umar ibn Muhammad ibn Salim ibn Hafiz HafizahuLlahu Ta`ala. Dan insya`ALLAH Ta`ala, kita ambil ikhtibar serta manfaat dari nya untuk kebaikan kita bersama fiddunia wal Akhirah.


Tuhan yang Maha Benar dengan kurniaanNYA untuk pencari keredhaanNYA serta kemurahanNYA serta kemurahanNYA menetapkan hamparan bagi gambaran ihsanNYA penerimaan mereka. Mereka itu dalam pencapaian kurniaanNYA berdasarkan kadar penerimaan mereka.


DIAlah peniaga yang memberi serta tidak menghiraukan apa-apa. Pemilik keuntungan yang memberi sentiasa memberikan kurniaan-kurniaan yang bernilai.


Tidak lain DIA adalah yang Maha Besar lagi Maha Tinggi. Dalam ketinggianNYA, DIA berlemah-lembut. Dalam ketinggianNYA, DIA berbaik-baik. Dalam ketinggianNYA, DIA mengembirakan serta menghiburkan para penerimaNYA dengan hiburan selayak nya. Dengan pemberian yang luas. Kemurahan yang menakjubkan. Bantuan yang lumayan. Pemberian yang tidak terhad. Tidak dapat dilampaui.


Mereka yang berakal akan kehairanan. Mereka itu akan rindu terhadap nya.
Bukti nya didalam kitab (Al-Quran).
"Inilah pemberian KAMI, (Berikanlah atau peganglah dan simpanlah tanpa dihitung kira)."


Alangkah indah nya sesiapa yang berada disisi Pemberi itu.


Bersungguh-sungguhlah dalam permohonan dariNYA. Janganlah kamu leka dalam menyukai nya walaupun kamu pernah melakukan kesalahan.


Jika ALLAH menganugerahkan kemurahanNYA, nescaya DIA memberi segala-gala nya kepada mereka yang digembirakanNYA.


DIA mengeluarkan pemberianNYA secara tersembunyi ataupun secara jelas. Supaya dapat dihidu aroma nya pada hari kita dikembalikan. Dan ketika semua manusia dihimpunkan dihadapanNYA iaitu Tuhan sekelian hamba. Kata muktamad pada hari itu adalah kataNYA. Keputusan muktamad adalah keputusanNYA. Hukumannya adalah hukuman ALLAH Ta`ala.


Kejayaan adalah untuk sesiapa yang mendapat pemberianNYA. Berduka-citalah bagi sesiapa yang amalan nya tidak diadili...


Wahai RABBi, kasihanilah kami disini dan pada hari itu. Janganlah Engkau menjadikan kami hina pada hari kiamat. – Sesungguh nya Engkau tidak akan memungkiri janji.


Engkau telah menghimpunkan kami dari pelbagai negara, dari pelbagai bangsa di atas kalimat yang dibawa oleh manusia yang Engkau sayangi. Semulia-mulia orang di sisiMU.


Apabila Engkau menghimpunkan manusia-manusia dibawah panji-panjinya nanti jadikan kami orang yang menghampiri nya disana dari kalangan mereka yang gembira. Janganlah Engkau pisahkan seorang pun dari kami! Janganlah Engkau tinggalkan seorang pun dari kami!


Betapa ramai yang akan ketinggalan pada hari itu dari kelompok manusia yang mulia itu. Kesedihan nya tidak dapat dibayangkan.


Selepas mana ALLAH berfirman kepada Nabi ShalALLAHu`alaihiwasalam:
"Peringatkan mereka tentang hari yang menyedihkan."


Wahai hati-hati didunia ini, yang leka dengan penipuan serta tipu daya, yang melupankan dari hari yang hampir tiba. Kamu telah diingatkan tentang hari kesedihan. Apa yang kamu ambil dari dunia yang singkat ini tidak menguntungkan kamu. Begitu juga dari ahli-ahli nya. Walaupun memiliki dunia serta isi nya.

"Peringatkan mereka tentang hari yang menyedihkan."


Ketika peringatan ini dibuat, mereka dalam kelalaian. Mereka tidak beriman dengan nya.
"Sesungguhnya KAMI menyelesaikan dunia serta yang berada diatas nya. Dan kepada KAMI mereka dikembalikan."


Wahai siapa yang kami kembali kepadaNYA! Bermula dari hari ini kami berasa hina dihadapanMU. Janganlah KAMU jadikan kami hina pada hari dihimpunkan dihadapanMU!


Apabila mereka terdahulu dan terkini kembali. Begitu juga yang Muslim dan kafir. Serta yang Soleh dan yang jahat. Semua nya menunduk. Mereka khusyuk dengan ketinggianMU. Semua suara tunduk dihadapan Ar-RAHMAN. Tidak didengari melainkan bisikan.


Pada hari itu, mereka mengikut seruan tanpa ragu-ragu. Semua suara tunduk dan tidak didengari melainkan bisikan. Hari itu datang. Hari itu datang. Seolah-olah ia tiba dan kita berada dalam situasi itu.

Pada hari itu, tiada syafa`at yang berkesan melainkan bagi sesiapa yang ALLAH izinkan nya dan ALLAH meredhai kata-kata nya. Semua berkata-kata. Tetapi, siapakah yang diredhai kata-kata nya pada hari itu?


Merekalah yang berpegang pada panji-panji kepujian tiada selain nya.. Merekalah yang berpegang pada panji-panji kepujian tiada selain nya!


Siapakah yang memegang panji-panji kepujian ini?


Seorang sahaja! Seorang sahaja!


Tiada yang menyerupai nya dari makhluk-makhluk. Tiada yang menyerupai nya dari manusia.


Nama nya MUHAMMAD.


Nabi kamu semua juga penyeru kamu serta petunjuk kamu.
Ya RABBi, Selawatlah keatas nya.



Orang lain tidak akan memegang panji-panji itu.


Wahai yang berdiri pada situasi kepujian ini berseorangan.. bagi Tuhan nya yang tidak dilahirkan dan tidak melahirkan. Wahai Nabi yang terpancar air dari jejari nya lalu menjadi sungai-sungai. Yang mengelirukan tentera musuh dengan doa nya. ALLAH Ta`ala, Tuhan segala keindahan adalah pencipta nya.


Ya RABBi, Selawatlah keatas nya.
Ya RABBi, Selawatlah keatas nya.
Ya RABBi, Selawatlah keatas nya.



Selawat yang menghimpunkan perhimpunan ini, serta mereka yang sukakan nya dan mendengar nya ke dalam golongan nya ini kedalam kumpulan ini dan dibawah panji-panji nya, Ya RABB!


Jika kamu telah berhimpun untuk mendengar sifat-sifat nya, kelebihan-kelebih nya, hala tuju nya, perjalanan nya dan da`wah nya. Maka, pohonlah supaya hati-hatimu dihimpunkan bersama siapa yang menyeru kamu kepadaNYA dan menunjukkan kamu kepadaNYA. Iaitu kepada ALLAH, iaitu kepada ALLAH, iaitu kepada ALLAH." Bersambung di bahagian kedua... Insya`ALLAH :)



بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

Friday, October 3, 2008

...Yang Bertaqwa



بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض
ولا في السماء وهو السميع العليم


اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته



"Guru yang paling bertaqwa adalah Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم,
dan RasuluLlah صلى الله عليه وسلم bersabda :
"Aku di didik oleh Tuhanku dengan sebaik-baik nya didikan."

- al-Habib `AbduLlah ibn Muhsin al-`Attas رحمه الله تعالى


Semoga ALLAH `Azzawajalla menjadikan kita
hamba-hambaNYA yang beriman dan bertaqwa...



Amiin ya ALLAH, ya RABB, ya Rahman, ya Rahim,
ya Hayyu, ya Qayyum, ya Dzal Jalali wal Ikram...




سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Wednesday, October 1, 2008

عيــــــد مبــارك



الله اكبر الله اكبر الله اكبر والله الحمد
لا إله إلاَّ الله محمد رسول الله



اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع
الأهوال وا لأفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا
بهامن جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات
وتبلغنا بها أ قصى الغايات من جميع الخيرات فى الحيا ة
وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم

- Durood Munjiyyah



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته



`Eid Mubarak to all of you and your beloved ones, I hope this Blessed period find all of your in the best of health, iman, taqwa and in an ever-increasing state of ihsan. ALLAHumma amiin.


My very healtfelt thanks for all your doas and Ramadhan /`Eid greetings, jazakumuLlahu khairan wa barakALLAHu fikum. ALLAHumma amiin.


Please forgive me and my family members, for any of our shortcomings or for anything that we have said or done that may have offended you, intentionally and unintentionally.


Please keep us in your doas and also, please, please, please remember our brother and sisters` in Islam around the world who are less fortunate than we are, and those who were oppressed and suffering at the hands of the kuffar.


With Ramadhan over :’( insya`ALLAH, bi izniLlah, let us continue our good deeds and actions. The spirit of Ramadhan should have made us more reflective and gave us renewed energy and strength and commitment to strive to become a better Muslims. Let us be consistent, for those are the ones that ALLAH `Azzawajalla loves.


One of the ways is by following the Prophet Muhammad ShalALLAHu`alaihiwasalam`s sunnah, which is certainly relevant to us in these days is his ShalALLAHu`alaihiwasalam practice to fast 6 days in the month of Syawal. Abu Ayyub al-Ansari RadiALLAHu`anhu reported that the Prophet ShalALLAHu`alaihiwasalam said :

"Whoever fasts during the month of Ramadhan and then follows it with 6 days of Syawal will be [rewarded] as if he had fasted the entire year." (Imam al-Muslim)


Insya`ALLAH, let us remind our beloved ones to seize these excellent opportunities that ALLAH `Azzawajalla has presented before us. Let it be known that the deeds of a believer have no limits till death invites him.


Akhirul kalam, may ALLAH `Azzawajalla make us among the ones who worship HIM sincerely and with a pure heart, the ones who do everything for HIS sake only. May ALLAH `Azzawajalla accept our shiyaam, qiyaam, ruku`, sujud, khusyu`, doas and all our worship of HIM. May HE shower HIS Infinite Mercy and Blessing on the entire ummah. ALLAHumma amiin



تقبل الله منا ومنكم



عيــــــد مبــارك

كل عام وانتم بخير وصحة وعافية وسلامه من كل شر




>>> List of `Eid Prayers & Timings at Public Places in Singapore <<<