Monday, October 6, 2008

Perhimpunan Mahsyar 2


بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين


للهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق
والخاتم لما سبق والناصر الحق بالحق
والهادي الى صراطك المستقيم صلى الله عليه
وعلى أله وأصحابه حق قدره ومقداره العظيم
- Selawat Fatih


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





[Sambungan dari bahagian pertama] - "Wahai Tuhanku! Himpunkan kami dan mereka yang mengasihi kami dalam Syurga FirdausMU, sebaik-baik tempat.


Kalaulah kamu melihat mereka, iaitu kumpulan pertama yang melintasi jambatan (di akhirat). Nabi Muhammad bersama mereka. Mereka bersama Nabi Muhammad. Moga-moga kamu bersama mereka dalam kumpulan itu. (Amiin ya RABB!)


Sesetengah manusia bersama melintasi nya. Dan sesetengah langsung tidak dapat melintasi nya selama-lama nya. Mereka jatuh ke dalam neraka dan mereka tidak dapat menahan azab nya. Kalau percikan api nya jatuh di Timur, nescaya mereka yang di Barat muka bumi dapat merasai nya.

"Sesungguh nya DIA melemparkan percikan-percikan seperti mercun... Celakalah hari itu bagi orang-orang yang berdusta. Inilah hari yang mereka tidak dapat berkata-kata dan tidak diizinkan untuk mereka, maka mereka pun mengelak. Jika kamu mempunyai tipu daya, maka lakukanlah. Inilah hari pemutusan. Kami himpunkan kamu bersama orang-orang terdahulu. Jika kamu mempunyai tipu daya, maka lakukanlah. Celakalah hari itu bagi orang-orang yang berdusta."


"Sesungguh nya orang-orang bertaqwa dibawah bayangan dan di mata air. Dan buah-buahan dari jenis yang mereka inginkan. Makanlah, minumlah dalam kegembiraann dengan apa yang telah kamu lakukan."


"Celakalah hari itu bagi orang-orang yang berdusta. Makanlah dan rasalah sedikit. Sesungguh nya kamu semua adalah mereka yang bersalah."


Inilah kata-kata untuk mereka. Hari in kamu sukakan perkara-perkara yang hina.
"Makanlah dan rasalah sedikit."


Tetapi kata-kata untuk kumpulan yang pertama, yang pertama dalam negeri yang berkekalan:
"Makanlah, minumlah dalam kegembiraan dengan apa yang telah kamu lakukan."


Bersama siapa? Kamu suka untuk bersama siapa? Kamu contohi siapa?
"Apabila dikatakan kepada mereka untuk tunduk, mereka tidak tunduk. Celakalah hari itu bagi orang-orang yang berdusta. Kata-kata yang manakah yang mereka beriman?"


Kita telah beriman dengan ALLAH. Kita telah beriman dengan ALLAH...!


Katakanlah! :
"Kami telah beriman dengan ALLAH dan dengan apa yang diturunkan ke atas kami, apa yang diturunkan ke atas Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub dan anak-cucu nya. Dan apa yang diturunkan kepada Musa, Isa dan apa-apa yang diturunkan ke atas Nabi-Nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak bezakan di antara mereka. Dan kami berserah kepadaNYA (Islam)."


"Jika mereka beriman seperti yang kamu imani, maka mereka telah mendapat hidayah. Jika mereka berpaling, maka mereka dipihak lawan. ALLAH akan menghalang kamu dari mereka. DIAlah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Acuan ALLAH (Agama Islam)."


Moga-moga acuan ALLAH terdapat dalam perhimpunan ini. Dia keluar bersama nya acuan dari ALLAH ini.


Acuan ALLAH (Agama Islam). Apakah yang lebih baik dari agama ALLAH? Dan kami adalah penyembahNYA.- Jangan mencabar kami tentang ALLAH. ALLAH tetap ALLAH wahai saudara-saudaraku. DariNYA permulaan kita. KepadaNYA tempat kembali kita dan penghabisan kita.

"Apa-apa nikmat yang terdapat bersamamu maka ianya dari ALLAH."


Dengan nya kamu mendengar. Dan dengan nya kamu melihat.

"Dan ALLAH mengeluarkan kamu dari perut-perut ibu kamu. Kamu tidak mengetahui apa-apa. Dan ALLAH menjadikan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati. Sikit sahaja yang bersyukur."


AlhamduliLlah tanda kesyukuran. AlhamduliLlah sebagai kesyukuran. Ke atas nikmatNYA yang nyata. Kami memujiNYA secara sembunyi dan jelas. Pada waktu pagi dan petang.


Ya RABBi! Lihat ke hati-hati yang berada dalam perhimpunan ini. Jadikan kami dengan nya bersama kekasihMU yang mendapat syafa`at. Muliakan mata-mata semua nya dengan melihat wajah nya. Melihat pada kemunculan nya serta kehebatan nya... (Amiin ya RABB!)


Betapa indah nya! Betapa hebat nya!



Kemunculan kekasih ALLAH. Kemunculan insan yang bertaqarrub. Kemunculan orang suci dan amat baik. Kemunculan cahaya bagi an-Nur (ALLAH). Kemunculan bagi segala bulan. Kemunculan pemberi syafa`at yang mendapat syafa`at. Kemunculan kilauan yang amat berkilau. Kemunculan orang yang mempunyai kedudukan tinggi. Kemunculan rahmat ALLAH untuk sekelian alam. Kemunculan penghulu segala Rasul. Kemunculan Nabi yang terakhir. Moga-moga ALLAH memuliakan kamu untuk melihat nya. Moga-moga ALLAH memuliakan mata-mata kamu untuk melihat nya. Moga-moga ALLAH memuliakan kamu untuk mendekati nya... (Amiin ya RABB!)


Ya Hayyum ya Qayyum!


Niatkanlah untuk menghidupkan sunnah nya pada pakaianmu, penampilanmu dan percakapan mu. Begitu juga dalam makan dan minummu, hidupkan sunnah nya. Adakah kamu semua perlu menghidupkan sunnah-sunnah itu? Adakah kamu dapati sesuatu yang lebih mulia dari nya? Ataupun yang lebih baik dan lebih indah? Hidupkan sunnah-sunnah Muhammad!


Pada waktu kemungkaran berleluasa... Telah datang satu berita gembira...
"Barang sesiapa yang menghidupkan sunnahku ketika ummatku menjadi rosak, maka bagi nya pahala seorang syahid."


Dalam riwayat yang lain:
"Barang sesiapa yang menghidupkan sunnahku ketika ummatku menjadi rosak, maka bagi nya pahala seratus orang syahid."


Berdasarkan keikhlasan kita dalam menghidupkan sunnah-sunnah. Kita mendapat pahala seorang syahid demi seorang syahid demi seorang syahid hingga sampai kepada seratus orang syahid. Maha Suci ALLAH yang Maha Pemberi dan disisi ALLAH ada penambahan nya. Dan disisi ALLAH ada penambahan nya.


Malam-malam penyiraman sebegini kita dapatkan nya. Apa yang telah lalu sudah mencukupi. Harapkan dapat bersama mereka yang setia.


ALLAH melihat kepada hatimu, cara kamu bermalam pada malam ini. Dan cara kamu berpagi. Bersamamu sekumpulan dengan air mata nya yang lebat. Moga-moga kebimbangan akan menghidupkan hatimu. Membersihkah hatimu. Menyucikan peribadimu.



Wahai Tuhan yang Maha Pemurah!
Wahai Tuhan yang Maha Pengasih!
Ya ALLAH, lihatlah dari kacamata RahmatMU!
Supaya Engkau merawatku dari segala penyakit yang memedihkan.
Ya ALLAH, lihatlah dari kacamata RahmatMU!
Supaya Engkau merawatku dari segala penyakit yang memedihkan."
(Amiin ya RABB!)



Tammat,
AlhamduliLlah :)



P/s : Penyampaian al-`Allamah al-Hafiz al-Musnid al-Habib Umar ibn Muhammad ibn Salim ibn Hafiz HafizahuLlahu Ta`ala bisa membuat para jemaah yang hadir menitiskan air mata mereka bahkan ada yang sehingga jatuh pengsan... Masya`ALLAH tabarakALLAH! Inilah penyampaian dan penghayatan yang sebenar-benar nya. ALLAHu akbar!



بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

Related Posts with Thumbnails