Sunday, October 5, 2008

Sujud



بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين


اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ونبيك ورسولك
النبي الأمي وعلى آله وصحبه وسلم
تسليما كثيرا بقدر عظمة ذاتك في كل وقت وحين


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"Bukan semua yang sujud itu hamba, tetapi semua hamba sujud kepadaNya. Selain hamba, mereka sujud kepada selainNya. Tanyakan pada hati, apa yang diperhati, kala solat sedang didirikan oleh jasmani?


Malaikat turut bersujud kepadaNya, sehinggalah di akhirat sana. Apabila ditanya mengenai apa yang mereka rasa pada hari Perbicaraan kelak, jawab mereka: "Maha Suci Allah, sesungguhnya kami tidak menyembahMu dengan sebenar-benar sembah..."


Duhai malaikat yang sentiasa taat dan tidak pernah berpaling tadah. Jika itu jawapanmu di hadapan Tuhan yang Maha Pemurah, bagaimana pula jawapan kami bani Adam yang saban derhaka tidak pernah sudah? Bagaimana pula jawapan kami bani Adam yang sentiasa membuat Tuhan kami marah? Bagaimana pula jawapan kami bani Adam yang sentiasa membuat dosa dan salah?


Demi keagungan Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Pemurah. Hanya kepadaMu kami berserah… Hanya daripadaMu keampunan kami pinta. Andai di dunia ini tempat meminta ampun dan berdoa, maka ampunilah kami sebelum bertemu denganMu. Terimalah kami sebagai kekasihMu, saat pertemuan semula denganMu. Terimalah sujud kami yang tidak pernah sempurna di dunia, agar ianya menjadi bekalan di Akhirat sana. Sempurnakanlah kehambaan kami... Sesungguhnya tiada daya dan upaya melainkan denganMu duhai ALLAH."



Tazkirah dari al-Fadhil Ustaz Raja Ahmad Mukhlis حفظه الله تعالى
Untuk bacaan selanjut nya sila klik diSini




بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

Related Posts with Thumbnails