Saturday, October 4, 2008

Perhimpunan Mahsyar 1


بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين

للهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق
والخاتم لما سبق والناصر الحق بالحق
والهادي الى صراطك المستقيم صلى الله عليه
وعلى أله وأصحابه حق قدره ومقداره العظيم
- Selawat Fatih


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





Sedutan dari ceramah yang disampaikan oleh al-`Allamah al-Hafiz al-Musnid al-Habib Umar ibn Muhammad ibn Salim ibn Hafiz HafizahuLlahu Ta`ala. Dan insya`ALLAH Ta`ala, kita ambil ikhtibar serta manfaat dari nya untuk kebaikan kita bersama fiddunia wal Akhirah.


Tuhan yang Maha Benar dengan kurniaanNYA untuk pencari keredhaanNYA serta kemurahanNYA serta kemurahanNYA menetapkan hamparan bagi gambaran ihsanNYA penerimaan mereka. Mereka itu dalam pencapaian kurniaanNYA berdasarkan kadar penerimaan mereka.


DIAlah peniaga yang memberi serta tidak menghiraukan apa-apa. Pemilik keuntungan yang memberi sentiasa memberikan kurniaan-kurniaan yang bernilai.


Tidak lain DIA adalah yang Maha Besar lagi Maha Tinggi. Dalam ketinggianNYA, DIA berlemah-lembut. Dalam ketinggianNYA, DIA berbaik-baik. Dalam ketinggianNYA, DIA mengembirakan serta menghiburkan para penerimaNYA dengan hiburan selayak nya. Dengan pemberian yang luas. Kemurahan yang menakjubkan. Bantuan yang lumayan. Pemberian yang tidak terhad. Tidak dapat dilampaui.


Mereka yang berakal akan kehairanan. Mereka itu akan rindu terhadap nya.
Bukti nya didalam kitab (Al-Quran).
"Inilah pemberian KAMI, (Berikanlah atau peganglah dan simpanlah tanpa dihitung kira)."


Alangkah indah nya sesiapa yang berada disisi Pemberi itu.


Bersungguh-sungguhlah dalam permohonan dariNYA. Janganlah kamu leka dalam menyukai nya walaupun kamu pernah melakukan kesalahan.


Jika ALLAH menganugerahkan kemurahanNYA, nescaya DIA memberi segala-gala nya kepada mereka yang digembirakanNYA.


DIA mengeluarkan pemberianNYA secara tersembunyi ataupun secara jelas. Supaya dapat dihidu aroma nya pada hari kita dikembalikan. Dan ketika semua manusia dihimpunkan dihadapanNYA iaitu Tuhan sekelian hamba. Kata muktamad pada hari itu adalah kataNYA. Keputusan muktamad adalah keputusanNYA. Hukumannya adalah hukuman ALLAH Ta`ala.


Kejayaan adalah untuk sesiapa yang mendapat pemberianNYA. Berduka-citalah bagi sesiapa yang amalan nya tidak diadili...


Wahai RABBi, kasihanilah kami disini dan pada hari itu. Janganlah Engkau menjadikan kami hina pada hari kiamat. – Sesungguh nya Engkau tidak akan memungkiri janji.


Engkau telah menghimpunkan kami dari pelbagai negara, dari pelbagai bangsa di atas kalimat yang dibawa oleh manusia yang Engkau sayangi. Semulia-mulia orang di sisiMU.


Apabila Engkau menghimpunkan manusia-manusia dibawah panji-panjinya nanti jadikan kami orang yang menghampiri nya disana dari kalangan mereka yang gembira. Janganlah Engkau pisahkan seorang pun dari kami! Janganlah Engkau tinggalkan seorang pun dari kami!


Betapa ramai yang akan ketinggalan pada hari itu dari kelompok manusia yang mulia itu. Kesedihan nya tidak dapat dibayangkan.


Selepas mana ALLAH berfirman kepada Nabi ShalALLAHu`alaihiwasalam:
"Peringatkan mereka tentang hari yang menyedihkan."


Wahai hati-hati didunia ini, yang leka dengan penipuan serta tipu daya, yang melupankan dari hari yang hampir tiba. Kamu telah diingatkan tentang hari kesedihan. Apa yang kamu ambil dari dunia yang singkat ini tidak menguntungkan kamu. Begitu juga dari ahli-ahli nya. Walaupun memiliki dunia serta isi nya.

"Peringatkan mereka tentang hari yang menyedihkan."


Ketika peringatan ini dibuat, mereka dalam kelalaian. Mereka tidak beriman dengan nya.
"Sesungguhnya KAMI menyelesaikan dunia serta yang berada diatas nya. Dan kepada KAMI mereka dikembalikan."


Wahai siapa yang kami kembali kepadaNYA! Bermula dari hari ini kami berasa hina dihadapanMU. Janganlah KAMU jadikan kami hina pada hari dihimpunkan dihadapanMU!


Apabila mereka terdahulu dan terkini kembali. Begitu juga yang Muslim dan kafir. Serta yang Soleh dan yang jahat. Semua nya menunduk. Mereka khusyuk dengan ketinggianMU. Semua suara tunduk dihadapan Ar-RAHMAN. Tidak didengari melainkan bisikan.


Pada hari itu, mereka mengikut seruan tanpa ragu-ragu. Semua suara tunduk dan tidak didengari melainkan bisikan. Hari itu datang. Hari itu datang. Seolah-olah ia tiba dan kita berada dalam situasi itu.

Pada hari itu, tiada syafa`at yang berkesan melainkan bagi sesiapa yang ALLAH izinkan nya dan ALLAH meredhai kata-kata nya. Semua berkata-kata. Tetapi, siapakah yang diredhai kata-kata nya pada hari itu?


Merekalah yang berpegang pada panji-panji kepujian tiada selain nya.. Merekalah yang berpegang pada panji-panji kepujian tiada selain nya!


Siapakah yang memegang panji-panji kepujian ini?


Seorang sahaja! Seorang sahaja!


Tiada yang menyerupai nya dari makhluk-makhluk. Tiada yang menyerupai nya dari manusia.


Nama nya MUHAMMAD.


Nabi kamu semua juga penyeru kamu serta petunjuk kamu.
Ya RABBi, Selawatlah keatas nya.



Orang lain tidak akan memegang panji-panji itu.


Wahai yang berdiri pada situasi kepujian ini berseorangan.. bagi Tuhan nya yang tidak dilahirkan dan tidak melahirkan. Wahai Nabi yang terpancar air dari jejari nya lalu menjadi sungai-sungai. Yang mengelirukan tentera musuh dengan doa nya. ALLAH Ta`ala, Tuhan segala keindahan adalah pencipta nya.


Ya RABBi, Selawatlah keatas nya.
Ya RABBi, Selawatlah keatas nya.
Ya RABBi, Selawatlah keatas nya.



Selawat yang menghimpunkan perhimpunan ini, serta mereka yang sukakan nya dan mendengar nya ke dalam golongan nya ini kedalam kumpulan ini dan dibawah panji-panji nya, Ya RABB!


Jika kamu telah berhimpun untuk mendengar sifat-sifat nya, kelebihan-kelebih nya, hala tuju nya, perjalanan nya dan da`wah nya. Maka, pohonlah supaya hati-hatimu dihimpunkan bersama siapa yang menyeru kamu kepadaNYA dan menunjukkan kamu kepadaNYA. Iaitu kepada ALLAH, iaitu kepada ALLAH, iaitu kepada ALLAH." Bersambung di bahagian kedua... Insya`ALLAH :)



بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

Related Posts with Thumbnails