"Seseorang Akan Bersama Orang Yang Ia Cintai"


Janji RasuluLlah ﷺ bahwa semua akan bersama orang yang ia cintai dihari kiamat. Semoga kita hidup dan wafat dalam cinta kepada RasuluLlah ﷺ dan para Ulama` Shalihin. Amiin ALLAHumma amiin. Al-Fatihah.

Koleksi Selawat Dalam Blog Ini


Terjemahan serta syarahan oleh asy-Syeikh Yusuf ibn Ismail an-Nabhani RahimahuLlah.

Friday, January 30, 2009

Salam Penghulu Segala Hari



Dengan Asma` ALLAH dan Segala Puji bagi ALLAH
sebanyak bilangan CiptaanNYA di langit,
Segala Puji bagi ALLAH sebanyak bilangan CiptaanNYA di bumi,
Segala Puji bagi ALLAH sebanyak bilangan CiptaanNYA di antara keduanya
dan Segala Puji bagi ALLAH sebanyak bilangan CiptaanNYA.



Wahai ALLAH, limpahkanlah Selawat keatas Junjungan kami
Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم);
Selawat yang dengan keberkahan nya
Engkau lepaskan kami dari segala huru-hara dan bala bencana;
Selawat yang dengan keberkahan nya
Engkau tunaikan bagi kami segala hajat;
Selawat yang dengan keberkahan nya
Engkau sucikan kami dari segala kesalahan;
Selawat yang dengan keberkahan nya
Engkau tinggikan kedudukan kami di sisiMU;
Selawat yang dengan keberkahan nya
Engkau sampaikan segala matlamat kami
dari sekalian kebajikan dalam hidup ini dan selepas kematian;
Limpahkanlah juga Selawat ke atas ahli Keluarga
dan para Sahabat Baginda (صلى الله عليه وسلم)
dengan disertai Salam Sejahtera.

- Selawat Munjiyyah.


As-Salamu`alaikum wa RahmatuLlahi wa Barakatuh wa Maghfiratuh. Al HamduliLlah wa asy-Syukru liLlah diatas ni`mat Iman dan Islam, yang telah melanjutkan usia kita, memberi kesihatan tubuh badan, memberi kita peluang untuk kembali dan bertaubat kepadaNYA, sesungguh nya kepadaNYA jualah tempat kita kembali. Semoga curahan Kasih Sayang dan RahmatNYA ALLAH `Azzawajalla senantiasa menyejukkan sanubari antum beserta keluarga hingga senantiasa dalam `InayahNYA setiap saat. Amiin ALLAHumma amiin.




Kehadiran al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله تعالى dan Sultanul Ulama` al-`Alim al-`Allamah al-Habib Salim asy-Syathiri حفظه الله تعالى ke Singapura, merupakan saat-saat yang amat dirindui dan dinanti-nantikan. Al Hamdulillah diatas kesempatan yang telah diberikan untuk dapat menghadirkan diri dan berhimpun bersama-sama dengan para Pembela AgamaNYA dan RasulNYA صلى الله عليه وسلم. Sungguh, tiada kata yang dapat diungkapkan diatas PemberianNYA ini. Walaupun pada mula nya agar sukar untuk memilih kerna jadual Kuliah dan Ceramah oleh kedua-dua Ulama` ini seringkali jatuh pada hari yang sama tetapi akhir nya hamba redha dan bersyukur diatas PemilihanNYA kerna Dia Maha Bijaksana, Maha Adil lagi Maha Mengetahui. - Gambar : Sultanul Ulama` (kiri), Tuan Guru (kanan)


al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله تعالى hadir bersama-sama dengan Isteri beliau yang tercinta, Ummi Husna. Mengajian kitab "40 Mutiara Hadiths dari 40 buah Kitab" bersama Guru Mulia sungguh berkesan. Beliau cukup bertenaga, penuh bersedia dan sangat pemurah didalam mencurahkan `ilmu beliau. ALLAH. Sungguh, mengaji bersama seorang Guru secara online tidak akan pernah sama dengan mengaji secara live! Suasana nya, Ruh nya. ALLAH. Indah nya sungguh luar biasa! Hadirlah agar antum juga dapat merasai nya!


Suka cita dimaklumkan bahwa mengajian kitab bersama Tuan Guru akan terus bersambung selagi ALLAH `Azzawajalla Mengizinkan; setiap 2 bulan Tuan Guru akan hadir ke Singapura. ALLAHu Akbar wa liLlahil Hamd! Peluang keemasan sudah diberi hanya tinggal kita untuk merebut nya. Al HamduliLlah, Maha Memiliki, Maha Kasih Sayang dan Maha PemberiNYA Dia. - Gambar : Suasana di Masjid al-Mukminin bersama Tuan Guru seusai pengajian.


Turut sama memberkahi Negera kita yang kerdil ini adalah Sultanul Ulama` al-`Alim al-`Allamah al-Habib Salim asy-Syathiri حفظه الله تعالى. Sungguh berkarisma dan tawadhu` nya beliau. SubhanALLAHu wa biHamdih. Insya`ALLAH, diakhir posting kali ini akan hamba sertakan juga rakaman-rakaman yang telah sempat hamba rakamkan untuk manfaat kita bersama. Hamba memohon jutaan ampun dan maaf diatas rakaman yang tidak memuaskan. Kepada yang telah menjayakan nya, barakALLAHu fikum diatas segala usaha dan niat yang murni. Semoga Cahaya Istiqamah senantiasa membimbing kita untuk terus sejiwa dengan RasuluLlah صلى الله عليه وسلم dan para pembela Baginda صلى الله عليه وسلم sepanjang zaman, di mana sahja mereka berada yang senantiasa memikirkan keadaan ummat. Amiin ALLAHumma amiin.


"Wahai ALLAH, aku memohon kepadaMU keni`matan yang sempurna dan daripada perlindungan yang tidak terhenti dan aku memohon Rahmat yang menyeluruh dan daripada kesihatan yang diharapkan, kehidupan yang makmur, daripada umur yang penuh kebahagiaan dan daripada kebaikkan yang sempurna, daripada ni`mat yang menyeluruh, keutamaan yang penuh keindahan dan belas kasih yang bermanfaat dan bukan bahaya. Jadikanlah Engkau atas kami kemanfaatan dan jangan Engkau jadikan atas kami kemudharatan.


Wahai ALLAH, akhiri hidup kami dengan kebahagiaan, nyatakanlah tambah nya amalan-amalan kami, temanilah pagi kami dan petang kami dengan kesihatan, jadikanlah RahmatMU tempat kembaliku dan tempat akhirku. Dan Anugerahilah atas kami dengan memperbaiki ke`aiban kami dan jadikanlah taqwa sebagai bekal kami di dalam AgamaMU, kesungguhan dari kami hanya kepadaMU. Kami berpasrah diri dan berpegang teguh dan tetapkanlah jalan IstiqamahMU dan kami berlindung di dunia ini dari sesuatu yang mewajibkan penyesalan pada hari Kiamat, ringankanlah beban berat dosa kami, berilah rezki, kehidupan yang bahagia, cukupkanlah dan palingkanlah kami dari segala keburukkan dan bebaskanlah kami, bapa-bapa kami, ibu-ibu kami, anak-anak kami, saudara-saudara kami, kaum kerabat kami dan keluarga kami dari siksa kubur dan siksa Neraka. Wahai Dzat yang Maha Perkasa, yang Maha Pengampun yang penuh dengan Kemuliaan serta yang Menutupi ke`aiban. Wahai Dzat yang Maha Bijaksana, Wahai Dzat yang Maha Memaksa, Wahai ALLAH, Wahai ALLAH, Wahai ALLAH yang Maha Penyayang." - Doa Hujjatul Islam al-Imam Ghazali رحمه الله تعالى dari kitab "Bintang Indah Cemerlang"


_____________________


al-Fadhil Tuan Guru Syeikh
Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله تعالى


Di Masjid al-Iman
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun


Di Masjid al-Mukminin
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun


Di Masjid Mujahidin
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun

_____________________


Sultanul Ulama` al-`Alim
al-`Allamah al-Habib Salim asy-Syathiri حفظه الله تعالى


Di Masjid Kassim
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Tajuk : "Azam 1430 Hijrah - Perjalanan Ihsan"

_____________________


al-Fadhil Ustaz Kamaruzzaman Affandi حفظه الله تعالى

Di Masjid al-Khair
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Tajuk : "Iblis Delima Dengan Masyarakat Islam Singapura Jika..."

_____________________


al-Fadhil Ustaz Muhammad Mazdiuky, Ustaz Abu Zaki Yusof,
Ustaz Hassan Saifouridzal, Ustaz Ghouse Khan Surattee
dan Ustaz Tengku Mohamad Fouzy حفظه الله تعالى


Di Singgahsana Hall,
Kampung Melayu Geylang Serai

klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Mengandungi Mau`idzoh Hasanah, Qasidah, Burdah, Selawat, Doa Munajat
dan Ceramah bertajuk "Depression (Kemurungan)?
Tiada Bagi Orang-Orang Mukmin!"



وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Thursday, January 29, 2009

Kemuliaan Yang Tersimpan Dalam Adzan Dan Shalat



بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين


اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته







Taushiyah sambungan dari bahagian yang pertama
oleh Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan
di Masjid Almunawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 26hb Januari 2009M.
Diakhiri dengan alunan Burdah Muhammadun oleh Hadrah Majelis RasuluLlah صلى الله عليه وسلم


Insya`ALLAH, ziarahi ana juga di Vimeo.


بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

Saturday, January 24, 2009

Rakaman Majlis Dzikr Akbar



بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض
ولا في السماء وهو السميع العليم


اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع
الأهوال وا لأفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا
بهامن جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات
وتبلغنا بها أ قصى الغايات من جميع الخيرات فى الحيا ة
وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Munjiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





"Semulia-mulia Tuhan adalah Tuhan kalian. Sang Pemilik kalianlah yang paling Indah. Bermohonlah kepadaNYA dengan sanubarimu dan seluruh sel tubuhmu. DIAlah yang Maha Tunggal, yang Maha Mampu menyingkirkan semua musibah yang datang kepadamu dunia dan akhirat. DIAlah pula yang Maha Tunggal yang Maha Melimpahkan semua kebahagiaan dunia dan akhirat, maka mintalah kepadaNYA dan berharaplah."


Insya`ALLAH, ziarahi ana juga di Vimeo.


بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

Friday, January 23, 2009

أهلا وسهلا ومرحبا بكم



بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض
ولا في السماء وهو السميع العليم


اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته



Al HamduliLlah, segala Puji keatasNYA dan Syukur diatas ni`mat Iman dan Islam, yang telah melanjutkan usia kita sehari lagi untuk kita beribadah dan bertaubat kepadaNYA, yang telah memberikan kita kesihatan tubuh badan dan sesungguh nya kepadaNYA jualah tempat kita kembali...


Al HamduliLlah kerna di Negara kita yang kerdil ini, samada pada hari-hari biasa mahupun dihujung minggu, senantiasa meriah dengan Majlis-Majlis yang penuh dengan barakah. Terlihat kehijauan Taman-Taman SyurgaNYA ada dimana-mana dan terkadang itu payah untuk kami memilih Taman yang mana satu untuk kami menghadirkan diri. ALLAHu ALLAH. Semoga ALLAH `Azzawajalla Redha dan Menerima segala niat dan usaha yang murni ini. Semoga ALLAH `Azzawajalla Melimpahkan Rahmat, Keberkahan, Kemudahan, Kesihatan kepada antum agar dapat beristiqamah dalam kemuliaan. ALLAHumma amiin.


Masya`ALLAH tabarakALLAH, telah dimaklumkan bahwa insya`ALLAH, al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله تعالى akan berada di Singapura mulai pada hari Sabtu ini, tanggal 24hb Januari `09. Beliau hadir diatas undangan al-Fadhil Ustaz Fahrurazi Kiyai Kassim حفظه الله تعالى. Sila rujuk jadual Ceramah beliau insya`ALLAH, di akhir posting ini.

Rebutlah peluang keemasan ini dengan meluangkan sedikit masa untuk menghadirkan diri dan berhimpun bersama-sama dengan seorang Ulama` yang tidak asing ini. Semoga curahan keberkahan dari kalam nasihat serta `ilmu beliau mengalir kedalam diri kita agar kita semakin dekat kepadaNYA dan kepada Baginda صلى الله عليه وسلم pada setiap saat dan kejap.


_________________________


Ceramah Bersiri Di Hari Cuti


Tarikh : Sabtu, 24hb Januari Waktu : Ba`da Maghrib Tempat : Masjid asy-Syakirin

Tarikh : Sabtu, 24hb Januari Waktu : Ba`da Isya` Tempat : Masjid al-Mukminin

Tarikh : Ahad, 25hb Januari Waktu : 9 pagi Tempat : Masjid Mujahidin

Tarikh : Ahad, 25hb Januari Waktu : Ba`da Isya` Tempat : Masjid Darul Makmur

Tarikh : Isnin, 26hb Januari Waktu : 9 pagi Tempat : Masjid Sultan (Auditorium)

Tarikh : Isnin, 26hb Januari Waktu : Ba`da Isya` Tempat : Masjid al-Iman

_________________________


* Dikemaskini *




Ya ALLAH, Ya RABBi, hadirkanlah dan himpunkanlah kami bersama-sama dengan mereka dengan barakah Junjungan Mulia kami, Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم


Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim...
Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram...



وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Thursday, January 22, 2009

Tujuh Kelompok Yang Dinaungi ALLAH - Bhg1



بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين


اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"Hadirin-hadirat yang dimuliakan ALLAH, Istana termegah dan termewah di Syurga adalah Istana Muhammad صلى الله عليه وسلم. Semoga aku dan kalian diizinkan ALLAH kelak sering berkunjung ke Istana Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Berjumpa dengan Ahlul Badr, berjumpa dengan Muhajirin dan Anshar dan semua orang-orang yang shalih dari zaman ke zaman, dari generasi ke generasi. Amiin."


Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan
di Masjid Almunawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 19hb Januari 2009M.
Diakhiri dengan alunan Burdah Muhammadun oleh Hadrah Majelis RasuluLlah صلى الله عليه وسلم


Insya`ALLAH, ziarahi ana juga di Vimeo.


بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

Wednesday, January 14, 2009

Majlis Dzikr Akbar - 12/01



بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين


اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته




"Beliau adalah seorang yang telah mencapai derajat al-Hafiz iaitu hafal lebih dari 100 seribu hadiths dengan sanad dan hukum matan nya dan beliau juga bergelar al-Musnid iaitu menyimpan ribuan sanad hadiths dari beliau sampai ke Nabi Muhammad ShalALLAHu`alaihiwasalam. Beliau ini tinggal beberapa sahja Ulama` di dunia yang mencapai derajat ketinggian `ilmu Syari`ah semacam ini dan beliau sampai dibumi Jakarta dan kunjung sama 1 minggu, dan alhamduliLlah dan beliau akan hadir di Majlis kita di malam ini insya`ALLAH... Beliau ini adalah seorang panutan yang sangat indah... Semua yang saya lihat dalam kitab hadiths Nabawi, tentang budi pekerti Rasul, cara duduk nya, cara jalan nya, cara bicara nya, cara berdiri nya, cara segala-gala nya, ternyata ada pada sosok Guru Mulia kita al-Hafiz al-Musnid al-Habib Umar bin Hafiz." - Muqaddimah oleh al-Habib Munzir ibn Fuad al-Musawa hafizahuLlah


Insya`ALLAH, berikut adalah sedutan dari wasiat Guru Mulia kita al`Allamah al-Musnid al-Habib Umar ibn Hafiz hafizahuLlah, yang turut hadir bersama dengan Guru Mulia kita al-Habib Munzir ibn Fuad al-Musawa hafizahuLlah, untuk menyerikan lagi Majlis Dzikr Akbar yang berlangsung di MONAS, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 12hb Januari `09. Untuk rakaman gambar, sila lihat gallery ini. Hamba memohon maaf diatas segala kekurangan serta kesilapan didalam penyampaian ini. Semoga ALLAH `Azzawajalla Mengampuni dan Mengasihani hamba. Amiin ALLAHumma amiin.


_______๑۩۞۩๑_______



"Limpahan Puji kehadirat ALLAH Subhana wa Ta`ala yang telah mengumpulkan kalian semua hadir di tempat ini untuk langsung berhadapan jiwa kalian dengan ALLAH Subhana wa Ta`ala. Anda sekalian berkumpul disini hanya mengharap RedhaNYA ALLAH Subhana wa Ta`ala dan kalian mengharap kepada ALLAH Subhana wa Ta`ala dan didalam jiwa kalian ada kerisauan atas Kemurkaan ALLAH Subhana wa Ta`ala... Barangsiapa yang diberi oleh ALLAH harapan kepadaNYA maka ALLAH akan memberikan diatas apa yang kalian harapkan... DIAlah ALLAH yang Menciptakan kalian semua dan DIAlah ALLAH yang memberikan kamu rezeki dan kepeliharaan. ALLAH telah Mengetahui semua yang kalian lakukan dan kalian semua akan kembali kepada ALLAH Subhana wa Ta`ala.


DIAlah ALLAH yang Maha Kaya-Raya dan kalian sangat memerlukan kepada Anugerah dan PemberianNYA. Kalian semua telah berbuat baik kepada ALLAH, maka DIA akan menumpahkan balasan-balasan Kasih SayangNYA... DIA selalu menyeru kita untuk kembali kepada Kasih SayangNYA dan bertaubat kepadaNYA. Maka barangsiapa yang bersungguh-sungguh untuk menyesali dosa nya, DIA ALLAH menganti semua dosa nya dengan limpahan pahala. Adakah yang kalian temui yang lebih baik dari ALLAH ini? Adakah yang lebih mengasihi kalian dan menyayangi kalian dari ALLAH? Bagaimana kalian berpaling dariNYA dan meninggalkan ALLAH? Dan bagaimana kalian menghadapkan hati kalian kepada selain ALLAH? Apabila seseorang melakukan solat, disaat itu, detik-detik itu, ALLAH Menghadap kepada nya untuk menerima nya.


Maka ketika seorang melakukan solat, lalu ianya mengheret hal yang lain nya, hal yang diluar solat nya, maka ALLAH berkata, "Wahai keturunan Adam, kepada siapa kau berpaling dariKU, adakah yang lebih baik dariKU?" Lantas jika ia berpaling lagi kedua kali nya maka ALLAH berseru lagi, "Wahai keturunan Adam, engkau masih berpaling lagi kepadaKU, adakah yang lebih baik dariKU?" Maka ketika ketiga kali nya ia berpaling lagi, maka ALLAH pun berpaling dari nya dengan kecewa. Maka siapa yang akan menolong nya kalau sudah yang Maha Pengasih kecewa kepada nya? Dan apa yang bisa mengantikan ALLAH Subhana wa Ta`ala?


Apabila ini keadaan orang yang berpaling didalam solat nya, bagaimana orang yang berpaling dari ALLAH dengan dosa-dosa nya? Sungguh tiada pantas bagi sanubari kalian dan sanubari kita ini, terkecuali kembali menghadapkan nya kehadirat ALLAH Subhana wa Ta`ala. Kau merendahkan diri serendah-rendah nya, memahami betapa ketidak-perdayaanmu kepada ALLAH Subhana wa Ta`ala dan agar kau menyesal kepada ALLAH atas apa yang pernah kau berbuat dari dosa-dosa. Mintalah kepadaNYA agar tidak dihitamkan wajah kita disaat kita menghadap kehadiratNYA kelak di hari Kiamat dengan dosa-dosa dan agar ALLAH menjauhkanmu dan menjauhkan kita dari membuka dosa dan `aib-`aib kita dihadapan orang dihari Kiamat kelak.


Apabila kau bersungguh-sungguh untuk menyesali hal-hal dari dosamu dan membenahi diri, maka DIA siap memberi apa-apa yang mulia dan bermanfaat bagimu. Dan DIA ALLAH akan Melimpahkan kepadamu Anugerah-Anugerah yang lebih dari yang kau harapkan dan kau minta. Barangsiapa yang dosa nya sudah diampuni, kesalahan nya ditutup oleh ALLAH, maka dia akan menjadi pendamping Nabi Muhammad ShalALLAHu`alaihiwasalam di akhirat nanti. Dia akan bersama Nabi Muhammad ShalALLAHu`alaihiwasalam dinaungan RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam dan dia akan berjalan bersama Nabi Muhammad ShalALLAHu`alaihiwasalam dan meminum telaga Nabi Muhammad ShalALLAHu`alaihiwasalam dan akan berkekalan bersama nya menemani Sang Nabi menuju Syurga yang abadi.


Wahai yang mengharapkan ini semua, sungguh, harapanmu adalah harapan yang besar. Dan hal yang sangat agung dan luhur akan tetapi hal itu semua dihadapan ALLAH sangat mudah dan ringan dan tiada yang sulit dihadapan yang Maha Luhur dan Maha Agung. Betapa merugi nya mereka yang hidup dimuka bumi ini namun dia melupakan ALLAH Subhana wa Ta`ala dan hari Perjumpaan.


Dia sudah berjalan dengan benar dijalan Nabi Muhammad ShalALLAHu`alaihiwasalam. Dia tergoda oleh nafsu-nafsu nya dan dikuasai oleh syahwat-syahwat nya dan disesatkan oleh hawa nya dan dia tidak mahu kembali kepada ALLAH dan tidak perduli dengan keadaan nya disepanjang hidup nya untuk membenahi hubungan nya dengan ALLAH. Maka dalam keadaan apa mereka kelak akan menghadap ALLAH? Dan dengan wajah seperti apa mereka akan berhadapan dengan ALLAH?


ALLAH Subhana wa Ta`ala berfirman, " Apakah orang-orang yang membuat keburukan itu menyangka bahwa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang shalih, yaitu sama antara kehidupan dan kematian mereka?." Maka menyesallah kita semua, kalian semua, dari apa-apa kekurangan yang pernah kita perbuat. Kami kembali kepadaMU wahai Tuhan kami yang Maha Luas dan Maha Luhur.


Bangkitkan sanubari kalian semua untuk rindu berjumpa dengan Nabimu, Muhammad ShalALLAHu`alaihiwasalam. Sungguh ALLAH Memandang kalian didalam perkumpulan ini, Memperhatikan semua yang ada didalam jiwa kita. ALLAH Subhana wa Ta`ala Maha Menguasai dan Maha Melihat kita. Wahai hamba-hamba ALLAH, seru kalian semua untuk mengingat ALLAH didalam jiwamu, maka DIA akan Mengingatmu didalam Kemuliaan dan KeluhuranNYA. Dan ALLAH akan memberikanmu Pemberian-PemberianNYA. ALLAH Subhana wa Ta`ala telah berfirman didalam QuranNYA, "Sebutlah NamaKU, maka AKU ALLAH akan menyebut kalian semua." Dan sungguh telah muncul hadiths Qudsi bahwa ALLAH berfirman, "Barangsiapa yang mengingatKU maka AKU Mengingat nya, barangsiapa yang menyebutKU dan mengingatKU dalam bersendirian, AKU akan Mengingat nya didalam DiriKU, barangsiapa yang mengingatKU didalam kumpulan yang besar, AKU Mengingat nya didalam kumpulan yang lebih banyak dan besar."


Sungguh kalian dan engkau semua dalam kebahagiaan besar jika kau lewati malam ini, ALLAH Melimpahkan Rahmat kerna telah mengingatmu. Ini bukan sebutan di majalah atau dipemerintahan atau dimana pun, di TV atau di internet, akan ditetapi diingat dan disebut di yawmih RABBul `Alamin; dihadapan yang Maha Berkuasa diatas segala yang berkuasa, dihadapan yang Maha Pengasih dari semua yang memiliki sifat kasih sayang, dihadapan Sang Pemilik `Arasy yang Agung dan dihadapan para Malaikat yang dimuliakanNYA.


Maqam apakah agung ini dan pemberian apa sehebat ini? Gerakkan sanubarimu untuk mengingat Tuhanmu. Gerakkan hatimu dan lidahmu untuk mengingat Tuhanmu. Getarkan hatimu untuk mengingat yang Memilikimu. Katakan pada yang Maha Mendengar dan Maha Melihat, "Ya ALLAH.. Ya ALLAH... Ya ALLAH... Ya ALLAH... Ya ALLAH." Jadikan kami orang yang dilimpahi kebahagiaan dan pastikan kami yang ada dibawah payung Nabi Muhammad ShalALLAHu`alaihiwasalam kelak. Kuatkan kami dijalan yang benar dan benahi keadaan kami yang terlihat dan yang tersembunyi. Dan jangan sisakan sebutir dosa pun didalam kitab amal kami dimalam ini dan tidak diKAU sisakan satu butir dosa pun dari kitab amal kami kecuali telah KAU hapuskan. Jadikanlah hal itu membangkitkan keinginan kami melewati tahun baru ini dengan kemudahan dan keluhuran. Jadikanlah semua ini sebagai sebab untuk kemenangan Ummat Islam di setiap tempat.


Ya ALLAH, semua yang berada di Falastin dan semua tempat, mereka adalah ummat NabiMU Muhammad ShalALLAHu`alaihiwasalam. Mereka membunuh anak kecil, perempuan dan orang-orang yang sudah tua. Masjid-Masjid dan rumah-rumah mereka hancurkan, banyak sekali yang terluka dan terbunuh dijalanan. Kalau mereka semua memohon pertolongan kepada orang yang di Marsigal atau di Maghribi, maka kami semua memohon pertolongan kepadaMU ya ALLAH. Tidak akan kami mengembalikan segala kesulitan kecuali kehadiratMU dan kami semua ini sedang merendahkan diri, serendah-serendah nya dihadiratMU. Kami memohon untuk semua saudara kami Muslimin agar diberi pertolongan dan diberi kemuliaan dengan pertolongan yang segera dan secepat nya.


Engkaulah yang telah berfirman, "Jika kalian berdoa, maka mintalah kepada ALLAH, maka ALLAH akan mengabulkan untuk kalian." Dan Engkau telah berfirman ya ALLAH, "Nabi Nuh telah memohon kepadaKU, maka AKU ALLAH yang telah Menerima permohonan nya." Dan dimalam ini kami meminta dengan kemuliaan doa Pemimpin dari semua Nabi dan Rasul agar KAU kabulkan doa-doa kami. Wahai Tuhan kami, semulia-mulia pintu harapan adalah pintu HarapanMU dan alangkah ni`mat nya ketika kami menadah tangan kepadaMU ya ALLAH. Alangkah indah nya ketika kami berdiri dihadapanMU ya ALLAH dan tentu nya Engkau tiada akan membuat kami kecewa...


Wahai Tuhan kami, bersama kami Nabi Muhammad ShalALLAHu`alaihiwasalam dan kami berdoa kepadaMU dan kami bersumpah demi tuntunan kemuliaan Sang Nabi. Ampunilah dosa-dosa kami, tutup segala `aib-`aib kami, tolonglah segala kesulitan kami, singkirkan musibah dari kami, wahai yang Maha Pengasih, Sayangilah kami. Wahai yang Maha Mulia, Muliakan kami. Wahai yang Maha Dermawan, Dermawanilah kami. Wahai Tuhan kami, adakah kepada yang lain kami akan meminta? Wahai Tuhan kami, kepada siapa selainMU kami meminta? Bukakan seluruh Gerbang-GerbangMU ya ALLAH. Bukakan dari kami hijab yang menghalangi kami dari keluhuran dan berikan kepada kami semua PemberianMU ya ALLAH dan jadikan kami orang yang selamat di dunia dan nanti di hari Kiamat.


Engkaulah yang Menuangi sanubari dengan cinta kepadaMU dimuka bumi ini didalam kehidupan dunia ini dan Engkau jadikan orang yang Engkau Tuangi kerinduan kepadaMU itu, merasakan manis nya cinta kepadaMU sebelum mereka wafat. Kami memohon kepadaMU, KAU pastikan kepuasan sanubari kami, Engkau Tuangi dengan cinta dan rindu kepadaMU, dan agar KAU rasakan kepada kami betapa sejuk nya PengampunanMU dan manis nya Kasih SayangMU. Tentu nya kami berdoa dan bermunajat kepadaMU. Inilah doa dari kami dan dariMUlah tinggallah sekarang mengabulan nya. Inilah harapan kami dan perjuangan kami dan kepadaMU kami memohon Perlindungan.


Kami memohon agar Engkau amankan kami kelak di hari kebangkitan. Kami memohon kepadaMU Syurga yang abadi bersama orang yang dekat kepadaMU dan bersama para orang-orang yang mulia, dan orang-orang yang ruku` dan sujud, dan mereka yang telah menunaikan janji-janji nya... Engkau akan melakukan apa yang Engkau Ingini ya ALLAH dan kami semua diawal Tahun baru Hijriah, kami memohon kepadaMU agar semua mereka ini melihat terang-benderang nya wajah Muhajirin dan Ansar di hari Kiamat.


Wahai ALLAH, muliakan kami untuk bersama mereka di hari Kiamat dan semua keluarga kami yang dirumah-rumah kami, yang kami tinggalkan, jangan dikecualikan mereka kecuali diliputi RahmatMU pula. Semua sahabat dan kerabat kami, jangan KAU harami PemberianMU kepada mereka pula. Perlihatkan tanda Pengabulan doa dariMU dengan diterima nya taubat kami dan muncul nya kebahagiaan bagi kami. Semua sifat-sifat taubat dan inabah, kembali kepadaMU menyinari rumah-rumah kami. Berpindah dan berbalik keburukan dan kejahatan semua menjadi kebaikan dan ibadah dan digantikan acara-acara yang buruk dengan orang-orang yang buruk dengan acara-acara yang baik bersama orang-orang yang baik.


Jangan sisakan satu pun dirumah kami orang yang masih tidak melakukan solat ataupun orang yang meminum minuman keras ataupun yang memakai narkotik. Jangan pula KAU biarkan ada dirumah kami orang yang memutuskan silaturrahim dan durhaka kepada ayah ibu terkecuali Engkau Mengubah keadaan mereka. Jangan KAU sisakan pula dirumah kami orang-orang yang suka menfitnah dan mengumpat... Wahai Tuhan yang Maha Tunggal, kabulkanlah. Wahai yang Maha Mampu Mengabulkan semua harapan dan doa, kabulkanlah. Sungguh kami tidak bisa berbuat seperti ini... Terkecuali kerna Kasih SayangMU dan inilah kami dihadapan pintu Kasih SayangMU.


Engkau wahai ALLAH, sebelum Menciptakan langit dan bumi, sudah KAU Tulis nama-nama kami untuk hadir berkumpul ditempat ini. Maka setelah Limpahan ini Engkau telah Munculkan, maka sempurnakan dengan Limpahan keni`matan lain nya. Dan sungguh nanti, RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam telah berdoa kepada ALLAH dan didengar oleh para Sahabat nya RadiALLAHu`anhum, "Wahai ALLAH aku memohon kepadaMU kesempurnaan keni`matan." Maka kata Rasul ShalALLAHu`alaihiwasalam kepada para Sahabat, "Apakah kalian tahu apa itu kesempurnaan ni`mat?" Maka Rasul ShalALLAHu`alaihiwasalam berkata, "Kesempurnaan ni`mat adalah masuk nya kedalam SyurgaNYA ALLAH Subhana wa Ta`ala." Dan penduduk Syurga ketika nanti mereka bertemu dengan teman nya, mereka akan berkata, "Dulu kami didunia merasakan takut kepada ALLAH, maka ALLAH Memberikan keamanan kepada kami dan diselamatkan kami dari azab Neraka ALLAH. Dulu kami didunia senantiasa berdoa kepada ALLAH, DIAlah ALLAH yang Maha Memberikan segala permohonan." Maka barangsiapa yang ada diantara kalian ini yang termuliakan dengan rindu kepada perjumpaan dengan ALLAH?


Kita berdoa juga dengan dalam perjumpaan ini, agar kita berjumpa lagi kelak dihari Kiamat dalam kerinduan ALLAH sehingga kalian satu sama lain akan menyebut perkumpulan ini lagi dan kalian berkata, "Dulu kami meminta perkumpulan seperti ini dan kita berkumpul lagi disana." Katakan bersama-sama, "Wahai ALLAH, aku meminta kepadaMU Redha dan SyurgaMU dan aku memohon PerlindunganMU dari KemurkaanMU dan api Neraka, Wahai ALLAH, aku meminta kepadaMU Redha dan SyurgaMU dan aku memohon PerlindunganMU dari KemurkaanMU dan api Neraka, Wahai ALLAH, aku meminta kepadaMU Redha dan SyurgaMU dan aku memohon PerlindunganMU dari KemurkaanMU dan api Neraka."


Sungguh telah sampai khabar yang jelas kepadaku bahwa ketika seseorang meminta kepada ALLAH Syurga tiga kali meminta, maka Syurga itu berkata, "Wahai ALLAH, jadikan orang itu masuk kedalam anggotaku." Dan ketika seseorang meminta perlindungan dari ALLAH dari api Neraka tiga kali mengulangi nya, maka Neraka menyeru, "Wahai ALLAH, jauhkan dia agar jangan masuk kepadaku." Apa adakah kalian akan menemukan Kasih Sayang ALLAH? Dan tiada yang lebih Berkasih Sayang dari ALLAH.


Sungguh kalau bukan kerna mengharapkan kepada ALLAH, aku tidak mampu berdiri berbicara dihadapan kalian dan sungguh tidak akan bisa aku mengeluarkan satu huruf pun untuk penyampaikan kalimat kepada kalian. Akan tetapi DIA telah mengajari dan menyampaikan khabar kepadaku bahwa DIA akan memberiku apa dari mereka yang meminta. Semulia-mulia Tuhan adalah Tuhan kalian. Sang Pemilik kalianlah yang paling Indah. Bermohonlah kepadaNYA dengan sanubarimu dan seluruh sel tubuhmu. DIAlah yang Maha Tunggal, yang Maha Mampu menyingkirkan semua musibah yang datang kepadamu dunia dan akhirat. DIAlah pula yang Maha Tunggal yang Maha Melimpahkan semua kebahagiaan dunia dan akhirat, maka mintalah kepadaNYA dan berharaplah.


Minta dan pohonlah kepadaNYA dan serulah dengan ruhmu dan hatimu dan seluruh jasadmu, "Ya ALLAH... Ya ALLAH... Ya ALLAH... Ya Rahman Ya Rahim... Ya Rahman Ya Rahim... Ya Rahman Ya Rahim... Ya Wahhab Ya Karim... Ya Wahhab Ya Karim... Ya Wahhab Ya Karim... Ya `Aliyul Ya `Adzhim... Ya `Aliyul Ya `Adzhim... Ya `Aliyul Ya `Adzhim... Ya Hayyu Ya Qayyum... Ya Hayyu Ya Qayyum... Ya Hayyu Ya Qayyum..."""



وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين





بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

Kewajipan Umat Islam



بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض
ولا في السماء وهو السميع العليم


اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع
الأهوال وا لأفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا
بهامن جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات
وتبلغنا بها أ قصى الغايات من جميع الخيرات فى الحيا ة
وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Munjiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته



Risalah: Kewajipan Umat Islam oleh Al-Habib Husein bin Abdul Qadir As-Saggaf.

Telah berkata Al-Habib Husein bin Abdul Qadir As-Saggaf hafizahullah sebagaimana dinashkan:- "Bismillah... Selawat dan Salam buat Saidina Rasulullah, serta buat ahli keluarga dan para sahabat Baginda RadiALLAHu`anhum. Amma ba`du...


Telah sampai kepadaku beberapa risalah daripada saudara dan saudari tentang ahli Ghaza dan mereka juga bertanyakan tentang kewajipan kita (umat Islam) terhadap peristiwa tersebut?


Maka, saya katakan: "Tidak syak lagi bahawa apa yang dapat kita saksikan daripada apa yang berlaku di Ghaza sangat menyayat hati kita, sangat menggerunkan dan menyebabkan air mata berlinangan daripada apa yang dilakukan oleh golongan pelampau lagi pembunuh para nabi iaitulah dari kalangan Zionis.


Tidak menghairankan lagi bahawasanya sememangnya mereka dilaknat atas lisan para Nabi mereka sendiri. Oleh yang demikian, tidak perlulah saya memanjangkan kata tentang mereka kerana yang saya sangat ambil berat bukan mengenai mereka, tetapi yang sangat saya pentingkan dalam risalah ini adalah tentang hal umat Islam dan pendirian mereka.


Suatu Penilaian: Sesungguhnya tiada sesiapa yang dapat melemahkan ALLAH Subhana wa Ta`ala daripada menghilangkan kezaliman golongan Zionis sebagaimana ALLAH Subhana wa Ta`ala pernah menjatuhkan nenek-moyang mereka suatu ketika dahulu serta merta. Tanyalah kepada umat-umat terdahulu tentang bagaimana kemusnahan bangsa Zionis tersebut suatu ketika dahulu?


Akan tetapi, apakah alternatif yang wujud setelah kemusnahan Bani Zionis?


Adakah umat Islam hari ini sememangnya bersedia untuk diberi kekuasaan di muka bumi ini? Adakah kita sedang bersatu hati dan tenaga sesama Muslim?


Apa yang lebih saya takutkan adalah, jika musuh berlalu pergi daripada negara Islam, umat Islam pula sendiri yang menghuni di negara orang Islam tersebut sendiri yang saling berbunuhan sesama sendiri (saling berbunuhan sesama Muslim) yang mana menyebabkan mereka yang membunuh dan yang dibunuh masuk Neraka (berdasarkan hadith Sahih). Sedangkan, jika seorang Muslim dibunuh oleh Yahudi, maka dia akan mati syahid lalu mendapat Syurga.


Bagi ALLAH, dalam setiap perbuatanNya, ada urusan dan kebijaksanaanNya. ALLAH Subhana wa Ta`ala tidak memberi kemenangan kepada Rasulullah ShalALLAHu`alaihiwasalam melainkan setelah sepuluh tahun, iaitu pada peperangan Badar, sedangkan sebelum itu, ramai para Sahabat dibunuh (dalam tempoh sebelum kemenangan tersebut) secara ditindas, dizalimi, dihukum dan dibiarkan mati dalam keadaan lapar.


Mengapa ALLAH melewatkan kemenangan kepada NabiNya ShalALLAHu`alaihiwasalam sehingga pada perang Badar?


Dikatakan, ALLAH Subhana wa Ta`ala ingin menguji keimanan para Sahabat RadiALLAHu`anhum dalam ketabahan mereka menghadapi sebarang cabaran kerana ALLAH, untuk menilai adakah mereka mampu bersabar ataupun mereka tidak berpuas hati dengan ALLAH?


Kemudian, kemenangan tersebut tidak datang melainkan setelah Rasulullah ShalALLAHu`alaihiwasalam berjaya mencabut perasaan hasad, bermegah-megah dengan nasab, harta dan cintakan dunia daripada hati umat Islam pada ketika itu. Perkara pertama yang dilakukan oleh Rasululllah ShalALLAHu`alaihiwasalam adalah mengikat tali persaudaraan sesama Muhajirin dan Ansar. Jika telah bersatunya hat-hati dan apa yang menjadi cita-cita dan kecintaan mereka adalah apa yang lebih agung daripada keduniaan (iaitulah redha ALLAH), maka, datanglah kemenangan serta-merta tanpa ada yang dapat menghalang kemenangan tersebut.


Adapun hari ini!! Adakah hati-hati umat Islam sudahpun bersatu? Boleh jadi, dalam ramai-ramai orang yang berdiri dalam saf-saf ketika mendirikan solat di Masjid itu sendiri, tidak ada satu saf pun yang mana semuanya bersatu hati sesama mereka, kecuali sedikit.


Sampai peringkat manakah tahap rasa keagungan ALLAH Subhana wa Ta`ala dan Rasulullah ShalALLAHu`alaihiwasalam dalam diri umat Islam hari ini?


Sejauh mana rasa kecintaan umat Islam kepada ALLAH Subhana wa Ta`ala dan Rasulullah ShalALLAHu`alaihiwasalam?


Adakah kita ingin membantu ALLAH dan RasulNya (dengan membela AgamaNya) kerana sememangnya merindukan dan mencintai ALLAH dan RasulNya, ataupun berperang kerana inginkan kedudukan, kekuasaan di muka bumi, harta dan sebagainya?


Hendaklah kita kembali memuhasabah diri kita sendiri dan jujur terhadap diri kita sendiri lalu kita meneliti niat-niat kita dan tujuan-tujuan kita?


Umat Islam hari ini yang tidak mampu untuk membantu masyarakat di Ghaza dengan tenaga dan kekuasaan, maka saya seru kepada mereka sebagaimana berikut:


Kembalilah kepada ALLAH Subhana wa Ta`ala dan banyakkanlah berdoa serta mengadu kepada ALLAH Subhana wa Ta`ala. Banyakkanlah bertaubat kepada ALLAH Subhana wa Ta`ala, banyakkanlah bersedekah dan banyakkan berhimpun dalam Majlis-Majlis zikir, Majlis ilmu dan Majlis dakwah, berbanding sekadar berhimpun dalam perhimpunan demonstrasi dan sekadar melaungkan slogan-slogan semata-mata.


Suatu hal yang lain adalah, hendaklah kita berusaha menambahkan kecintaan kita kepada Saidina Rasulullah ShalALLAHu`alaihiwasalam dalam hati kita, mempelajari sunnah-sunnah Baginda ShalALLAHu`alaihiwasalam dan akhlak Baginda ShalALLAHu`alaihiwasalam, menyebarkan akhlak dan sunnah Baginda dalam sudut praktikal samada dalam rumah kita, pada sesama anak-anak dan keluarga kita dan sebarkan ia ke serata dunia.


Hendaklah kita menghidupkan Sunnah-Sunnah, Akhlak dan sifat-sifat Baginda ShalALLAHu`alaihiwasalam dalam kehidupan kita seluruhnya dan menyebarkan kasih sayang dan persaudaraan kerana ALLAH kepada seluruh Muslimin. Hendaklah kita meninggalkan ideologi-ideologi dan budaya orang-orang kafir dan fasiq yang merupakan musuh-musuh agama Islam ini, samada meninggalkannya daripada diri sendiri mahupun daripada masyarakat Islam umumnya.

Seterusnya, setelah kita menunaikan kewajipan dan menjauhi larangan, hendaklah kita memperbaiki niat dan tujuan kita dalam mempertahankan agama (bukan kerana ingin mendapat kedudukan dan pujian tetapi kerana ALLAH).


Hendaklah kita menyebarkan kasih sayang dan persaudaraan sesama kita, sekalian umat Islam dan mengukuhkan kesetiaan kita kepada ALLAH Subhana wa Ta`ala dan Rasulullah ShalALLAHu`alaihiwasalam.


Kalau sempurna apa yang disarankan tersebut, insya`ALLAH, kemenangan ALLAH pasti hampir. Kalau tidak, keadaan kita (umat Islam) akan terus sebagaimana hal kita sekarang, sehinggalah kita sendiri yang mengubah keadaan kita.


"Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah apa
yang ada pada sesuatu kaum melainkan setelah mereka sendiri
mengubah apa yang ada dengan diri mereka sendiri."
(13:11)



Ditulis oleh : Al-Habib Husein As-Saggaf hafizahuLlah
Dinukil dan diterjemah oleh : Ustaz Raja Ahmad Mukhlis hafizahuLlah



بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

Saturday, January 10, 2009

حسبنا الله ونعم الوكيل



Dengan Nama ALLAH
yang tidak mendatangkan mudarat berserta NamaNYA,
oleh sesuatu yang ada di bumi dan di langit
dan DIAlah yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui...



Wahai ALLAH,
Curahkanlah Selawat kepada Junjungan kami
Nabi Agung Muhammad (صلى الله عليه وسلم)
dengan Selawat tersebut Engkau berikanku
Pertolongan yang paling sempurna,
dan di atas apa yang aku kehendaki di dunia dan akhirat,
serta segenap Keluarga dan Sahabat nya,
dan curahkanlah Salam Kesejahteraan dan Keberkahan
sesuai dengan Keagungan DiriMU,
sejumlah apa yang Engkau Ketahui,
seberat apa yang Engkau Ketahui
dan sepenuh apa yang Engkau Ketahui.

Selawat Sayyidina al-Imam `AbduLlah ibn Umar ibn Yahya رضي الله عنه
dari kitab "Bintang Indah Cemerlang"




"As-Sayyid Muhammad ibn `Alawi al-Maliki رضي الله عنه dalam kitab "al-Husun al-Mani`ah" menyebutkan "Dzikr ini (حسبنا الله ونعم الوكيل) bagi mereka yang membaca nya akan memelihara segala ni`mat yang dikurniakan ALLAH, menarik dan menambah kelebihan-kelebihan dan kurniaan ALLAH, aman bagi setiap orang yang takut dan petunjuk untuk mendapatkan Keredhaan ALLAH.""
Dari kitab "Kelebihan Ratib - Huraian Ratib al-Habib Umar ibn `Abdul Rahman al-`Attas (رضي الله عنه)" karangan al-Mukarram al-Habib Hasan ibn Muhammad al-`Attas حفظه الله تعالى



_______๑۩۞۩๑_______



Ya ALLAH,
Sesungguhnya kami memohon pertolonganMU, kami memohon keampunanMU,
tidaklah kami mengkufuriMU, kami beriman denganMU
dan kami berlepas diri daripada orang-orang yang menderhakaiMU.


Ya ALLAH,
Engkaulah yang kami sembah dan keranaMUlah kami bersholat dan bersujud,
kepadaMu kami arahkan segala usaha dan khidmat, kami mengharapkan rahmatMu
dan takut akan azabMU, sesungguhnya azabMU yang dahsyat layak
untuk ditimpakan kepada orang-orang kafir.


Ya ALLAH,
azabkanlah orang-orang kafir yang menghalangi jalanMU,
yang mendustakan para utusanMU, yang membunuh para waliMU.


Ya ALLAH,
ampunilah sekalian Mukminin dan Mukminat, Muslimin dan Muslimat,
perbaikilah hubungan antara mereka, satukanlah antara hati-hati mereka,
jadikanlah hati-hati mereka dipenuhi keimanan dan hikmah,
tetapkanlah mereka atas agama Rasulullah صلى الله عليه وسلم,
teguhkanlah mereka dalam melaksanakan janjiMU yang telah Engkau janjikan
bagi mereka, Bantulah mereka dalam menghadapi musuhMU dan musuh mereka,
wahai Tuhan yang Maha Benar, jadikanlah kami daripada kalangan mereka.

Doa Qunut Nazilah yang diriwayatkan oleh Sayyidina Umar ibn al-Khattab رضي الله عنه


Semoga ALLAH سبحانه وتعالى membantu umat Islam di Palestin khususnya,
dan seluruh umat Islam amnya. Semoga ALLAH سبحانه وتعالى menerima
usaha jihad dan doa kaum Muslimin seluruhnya. Amin...

Doa dari Ustaz Raja Ahmad Mukhlis حفظه الله تعالى



Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim...
Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram...




وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Tuesday, January 6, 2009

Amalan Yang Paling Dicintai ALLAH سبحانه وتعالى



بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على سيدنا محمد
سيد الأنام خير من حج وصلى وصام
وعلى آله وأصحابه الأئمة الأعلام



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته







Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan
di Masjid Almunawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 05hb Januari 2009M.

___________________


Wahai ALLAH, perbaikilah keadaan kami, Kasihanilah kami,
Naungilah kami, Tolonglah kami,
Selesaikanlah permasalahan kami dan seluruh Muslimin.

Wahai ALLAH, cukupkanlah kami dan mereka semua
dari buruk nya musibah dunia dan Agama kami.

Wahai ALLAH, perbaikilah kami dan perbaikilah semua
yang dengan perbaikan atas nya merupakan maslahat bagi Muslimin.

Wahai ALLAH, janganlah Engkau mencelakakan kami,
dan mencelakakan mereka yang dengan kecelakaan atas nya
merupakan kemaslahatan bagi Muslimin.

Wahai ALLAH, curahilah kami hujan deras RahmatMU
dan jadikan kami orang-orang yang tidak berputus asa.

Wahai ALLAH, angkatlah dan singkirkanlah dari kami dan dari Muslimin
segala gangguan, dan musibah, dan kemarau, dan wabah demam, dan kejahatan,
dan segala bentuk fitnah, dan kesulitan cubaan, dan wabah penyakit,
dan kesakitan, dan dari segala yang terlihat zahir dan yang tersembunyi.

Dan jauhilah dari kami wahai ALLAH, kejahatan para penguasa yang keji,
dan para pencuri, dan para musuh-musuh, dan orang-orang zalim,
dan jauhkanlah sejauh-jauh nya menurut KehendakMU,
dengan segera tanpa tertunda-tunda, dalam kesihatan dan keselamatan.
Wahai yang Maha Kasih Sayang dari semua pemilik sifat kasih sayang.



Doa Qunut Nazilah yang dianjurkan oleh al-`Allamah al-Habib Umar ibn Hafiz حفظه الله تعالى





"Wahai Yang Maha Membangkitkan Kemuliaan bangkitkanlah semangat keluhuran di sanubari kami khusus nya dan di sanubari penduduk nusantara ini, dengan kedatangan HambaMU yang kau muliakan sebagai pewaris perjuangan Sang Nabi صلى الله عليه وسلم yang telah dibawa dan diemban oleh para Da`ie terpilihMU dari zaman ke zaman. Jadikan kedatangan beliau sebagai hembusan RahmatMU pada Jutaan sanubari penduduk negeri ini, maka terangkatlah musibah dan bencana, terampunilah dosa-dosa, dan sejuklah sanubari hamba-hambaMU di negeri ini, amiin."


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Saturday, January 3, 2009

Dzikr Akbar Malam 1 Januari `09



بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين


للهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق
والخاتم لما سبق والناصر الحق بالحق
والهادي الى صراطك المستقيم صلى الله عليه
وعلى أله وأصحابه حق قدره ومقداره العظيم
- Selawat Fatih


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Masya`ALLAH TabarakALLAH, taushiyah dan dzikr JalALLAH disampaikan dan dipimpin
oleh Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى
di Manggarai Utara II, Dekat Stasiun Manggarai, Jakarta Selatan, Indonesia.


_________________





"Wahai Yang Maha Membangkitkan Kemuliaan bangkitkanlah semangat keluhuran di sanubari kami khusus nya dan di sanubari penduduk nusantara ini, dengan kedatangan HambaMU yang kau muliakan sebagai pewaris perjuangan Sang Nabi صلى الله عليه وسلم yang telah dibawa dan diemban oleh para Da`ie terpilihMU dari zaman ke zaman. Jadikan kedatangan beliau sebagai hembusan RahmatMU pada Jutaan sanubari penduduk negeri ini, maka terangkatlah musibah dan bencana, terampunilah dosa-dosa, dan sejuklah sanubari hamba-hambaMU di negeri ini, amiin."



وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Friday, January 2, 2009

Akhir Solat Malam Adalah Ganjil



بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين


اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





"Dan juga Rasul صلى الله عليه وسلم menjelaskan Malaikat terus mendoakan dan beristighfar kepada kita selama kita betah ditempat kita solat. Demikian indah nya hadirin-hadirat, Nabi kita membukakan pintu-pintu kemuliaan bagi sepanjang kehidupan kita bahkan didalam duduk pun, ALLAH سبحانه وتعالى memuliakan kita selama kita berada ditempat kita solat. SubhanALLAH!! Kalau seandai nya kita duduk di tempat solat sejenak sahja lalu bagaimana dengan solat nya? Kalau tempat solatnya sahja kita duduk disitu, ALLAH terus memuliakan sebelum kita pergi, sebelum batal wudhu`, lalu bagaimana solat nya? Tentu nya lebih agung dan luhur, tentu nya lebih besar kemuliaan yang ditumpahkan oleh ALLAH."


Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan
di Masjid Almunawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 29hb Disember 2008M.
Diakhiri dengan alunan Burdah Muhammadun oleh Jama`ah Hadrah
Majelis RasuluLlah صلى الله عليه وسلم


Insya`ALLAH, ziarahi ana juga di Vimeo.


بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

Thursday, January 1, 2009

Menuju Jalan Kembali



Dengan Nama ALLAH yang tidak mendatangkan mudarat
berserta NamaNYA, oleh sesuatu yang ada di bumi dan di langit
dan DIAlah yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui...



Ya ALLAH,
Limpahkanlah Selawat dan Salam
Atas Cahaya segala Cahaya, Rahsia segala Rahsia
Ubat segala penyakit, Pembuka pintu kesenangan
Pemimpin dan Penghulu kami Muhammad yang terpilih
Berserta ahli keluarga Baginda yang suci bersih
Dan para sahabat Baginda yang baik berbudi
Selawat dan Salam sebanyak bilangan
Ni`mat ALLAH dan kelebihanNYA.

Selawat asy-Syeikh Ahmad al-Badawi / Selawat Nur / Selawat Anwaar dan Asror



Wahai diri, Tahukah engkau bahawa ALLAH menjadikanmu dimuka bumi ini adalah semata-mata untuk beribadah kepadaNYA. Untuk mengabdikan diri kepadaNYA? Lupakah engkau bahawa engkau telah menerima amanah dari ALLAH sebagai khalifah di dunia ini, padahal makhluk ALLAH yang lain nya tidak sanggup untuk memikul nya?


Cubalah engkau renungkan dirimu ini. Apakah yang telah engkau lakukan diatas bumi ALLAH selama ini? Sedarlah dirimu, wahai diri. Dirimu sebenar nya sedang bergelumang dengan dosa dan noda yang tiada kesudahan nya.


Pernahkah engkau terfikir berapa banyakkah ni`mat yang telah ALLAH kurniakan kepadamu? Pernahkah engkau menghitung pertolongan yang telah ALLAH berikan kepadamu? Sekalipun engkau cuba untuk menghitung nya tidak akan kau dapati jawapan nya. Ianya terlalu banyak, wahai diri!!! Bagaikan langit dengan bumi!!!


Walaupun engkau terus melakukan maksiat kepadaNYA, melanggar perintahNYA, ALLAH tidak pernah putus memberikan engkau Ni`mat dan RahmatNYA yang tiada terhingga, hinggalah ke akhir hayatmu. Nikmat ALLAH yang manakah yang tidak engkau sukai wahai diri, sehingga engkau sanggup melanggar perintahNYA? Zalimkah ALLAH jika tidak dikabulkan doa dan permintaanmu? Zalimkah ALLAH jika IA menghukummu setimpal dengan apa yang telah engkau lakukan? Zalimkah ALLAH jika ditolakNYA permintaanmu kerna ianya akan membawa bencana kepadamu?


Sesungguhnya, wahai diri, engkau tentu telah tahu ALLAH sebenar nya tidak zalim. Engkaulah yang menzalimi dirimu sendiri! ALLAH Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang kepada hamba-hambaNYA. Tidak semudah itu ALLAH akan menghukum hambaNYA diatas setiap kesalahan dan dosa yang telah dilakukan. Kerna tidakkah ALLAH telah banyak memberikan engkau kesempatan untuk bertaubat kepadaNYA?


Pengajaran demi pengajaran. Berbagai bala dan ujian yang engkau alami dalam hidupmu ini adalah sebagai pengajaran dari ALLAH untuk mendekatkan engkau kepadaNYA!


Di waktu engkau ditimpa bala dan musibah, bila tiada sesiapa disisimu yang sudi menolongmu; bukankah ALLAH jua yang datang menolongmu tanpa kau sedari? Dihilangkan musibah itu darimu dan diampuniNYA dosamu dengan kesabaranmu menanggung bala dan musibah itu.


Insaflah wahai diri. Setiap yang hidup pasti akan mati. Belum ada jaminan dari ALLAH berapa lama lagi engkau akan diberikan kesempatan untuk terus hidup dimuka bumi ini. Belum ada insan yang mati, hidup kembali untuk memperbaiki amalan nya. Belumkah sampai masa nya untuk engkau menuju jalan kembali? Untuk membuat persiapan bekalan hidupmu di alam yang lebih kekal abadi? Renungkanlah liku-liku perjalananmu ke alam akhirat. Azab dan siksaan yang pedih akan menantimu bila engkau kembali ke alam barzakh tanpa persiapan dan amalan. Membawa dosa yang tidak terampun!


Tiada jalan mudah untuk ke Syurga.
Tiada pula sukar bagimu dipesongkan jalan ke neraka.
Segeralah engkau bertaubat sebelum datang ajalmu yang tiada siapa pun tahu!



Petikkan dari : Jaridah – Julai, Rejab 1428H.





Bertaqwalah kepada ALLAH pada hal rahsia dan terang
Bersihkan hatimu dari penyakit batin yang menyerang

Perangilah hawa nafsu yang hanya bertujuan
Mengumpul harta untuk dunia yang penuh ujian

Jika kau redha dengan takdir, nescaya kau hidup bahagia
Jika tidak redha dengan nya nescaya kau hidup merana

Bersahabatlah dengan orang baik, Ulama` dan (mereka yang diberi) petunjuk
Jauhilah dan jangan berteman dengan ahli maksiat
nescaya engkau akan diberi petunjuk

Solatlah dengan hati yang khusyu` dan tidak lalai
Jangan lupa dari mengingati kubur dan kain kafan

Dunia ini bukanlah untuk hidup berkekalan
Ia tiada lain hanyalah jalan menuju tanah air (Syurga)

Rumah yang kekal adalah Syurga bagi orang yang bertaqwa
Oleh itu hendaklah ingat bahawa neraka adalah tempat mereka yang derhaka

Liputilah kami Ya ALLAH dengan belas KasihMU
Cukupilah kami, peliharalah kami dari fitnah dan kesesatan

Berilah kami Taufiq dan Hidayat dan pimpinlah kami
Di atas jalan Pemimpin ummat serta Penghulu kami

Keatas nya Selawat ALLAH dan SalamNYA yang berkekalan
Terus-menerus hingga ke akhir zaman

Dan Keluarga kemudian Sahabat, serta Tabi`in
Dengan sepenuh berkat mereka kami pohonkan keselamatan daripada fitnah...



عليك بتقوى الله dari Mutiara Qasidah
al-Imam al-Qutub al-Irsyad al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad رضي الله عنه




سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين