"Seseorang Akan Bersama Orang Yang Ia Cintai"


Janji RasuluLlah ﷺ bahwa semua akan bersama orang yang ia cintai dihari kiamat. Semoga kita hidup dan wafat dalam cinta kepada RasuluLlah ﷺ dan para Ulama` Shalihin. Amiin ALLAHumma amiin. Al-Fatihah.

Koleksi Selawat Dalam Blog Ini


Terjemahan serta syarahan oleh asy-Syeikh Yusuf ibn Ismail an-Nabhani RahimahuLlah.

Wednesday, November 25, 2009

Kemuliaan 10 Hari Dzulhijjah



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



صلى الله على نبينا محمد كلما ذكره الذاكرون
وغفل عن ذكره الغافلون
- Selawat Imam asy-Syafi`i رحمة الله تعالى عليه


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan di Masjid al-Munawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 23hb November 2009M. Qasaid penutup : Burdah Muhammadun dan Ya ArhamarRohimin. Insya`ALLAH, ziarahi hamba juga di Vimeo.


^ Siaran langsung Majlis Ta`lim bersama Habibana adalah pada setiap hari Isnin bermula pada pukul 10.00 malam; waktu Singapura. Antum bisa mendengar nya melalui Lelaman Habibana ataupun Lelaman ASWAJA (Radio). Majlis Ta`lim akan dimulakan dengan bacaan Maulid Addhiya`Ullami kemudian diikuti dengan Pengajian Hadiths bimbingan Habibana, dan diakhiri dengan dzikr, qasidah serta doa munajat.


Insya`ALLAH, baca juga taushiyah Habibana yang lalu; Hari² Mulia Dalam Bulan Dzulhijjah.
- "1 hari (`Arafah) itu mulia hadirin-hadirat, Ampunan ALLAH
untuk 1 tahun lalu dan 1 tahun yang akan datang."




بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Tuesday, November 24, 2009

al-Wafa` Presents...



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد السابق للخلق نوره
ورحمة للعالمين ظهوره عدد من مضى من خلقك ومن بقى
ومن سعد منهم ومن شقى صلاة تستغرق العد وتحيط بالحد
صلاة لا غاية لها ولا منتهى ولا أنقضاء صلاة دائمة بدوامك
وعلى آله وصحبه وسلم تسليماً مثل ذلك
- Selawat Sultanul Auliya as-Syeikh `Abdul Qadir al-Jailani قدس الله سره


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"By the remembrance of ALLAH, these hearts will find peace.
By loving RasuluLlah صلى الله عليه وسلم, we will be at ease...

Reviving the weakened Souls... Enhancing true Wisdoms...
Experiencing the sweetness of Iman..."




Marha²! May ALLAH `Azzawajalla Bless, Protect and Preserve them,
and Ennoble their blessed soul. May ALLAH `Azzawajalla Provide Ease
and Beauty in their Da`wah; Accept, Bless and Augment. ALLAHumma amiin.


The Website is still under construction and this Servant of ALLAH pray
it`s outcome insya`ALLAH, is beneficial to all, especially the Ladies :)
Amiin, Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayyu,
Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram. Here`s the events I`ve attended in the past; my spiritual journeys with them : Event1, Event2 and Event3.




Upcoming Events - For Ladies Only!

Guest Speaker : al-Fadhilah Ustazah Halimah al-`Aydrus
Medium : Bahasa Indonesia / Melayu








اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Monday, November 23, 2009

Mau`idhoh Hasanah Bhg2



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع
الأهوال وا لأفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا
بهامن جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات
وتبلغنا بها أ قصى الغايات من جميع الخيرات فى الحيا ة
وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Munjiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Wahai ALLAH yang telah Mengelompokkan kami dalam kelompok
NabiMU Muhammad صلى الله عليه وسلم, pastikan kami termasuk
orang yang didoakan Sang Nabi صلى الله عليه وسلم,
mendapatkan syafa`at Sang Nabi صلى الله عليه وسلم...



"Semoga keberkahan dan kesuksesan terus Melimpah pada anda, ketahuilah diantara kiat-kiat untuk maju nya da`wah adalah dua hal; Tawadhu` dan Mahabbah, yaitu rendah hati dan menghindari sombong, serta cinta pada ALLAH dan Rasul صلى الله عليه وسلم, jika ini ada pada jiwa seorang penggerak da`wah, maka da`wah nya akan maju pesat.


Berlemah-lembutlah wahai Saudaraku pada mereka (mad`u), kerna lemah-lembut adalah pedang cahaya yang lebih tajam dari pedang besi; pedang besi hanya merobek jantung dan membunuh, namun pedang cahaya menembus jiwa dan merubah hati benci menjadi cinta, hati musuh berbalik menjadi pendukung setia.


Maka berlemah-lembutlah pada mereka, semoga mereka berubah, lepas dari berhasil atau tidak nya, anda tetap mendapat pahala nya, yaitu bakti pada Nabi صلى الله عليه وسلم. Kalau bakti pada orang tua sahja lebih diganjar lebih dari Jihad, maka bagaimana bakti pada Rasul صلى الله عليه وسلم?" - Doa munajat dan mau`idhoh hasanah dari Habibana Munzir ibn Fuad al-Musawa حفظه الله تعالى


"Wahai ALLAH, Pindahkanlah kami dan orang-orang Muslim dari kecelakaan kepada keberuntungan, dari neraka ke Syurga, dari azab ke Rahmat, dari dosa kepada Keampunan, dari berbuat keburukan kepada berbuat kebaikan, dari takut kepada aman, dari miskin kepada kaya, dari hina kepada kemuliaan, dari kesempitan kepada kelapangan, dari tidak elok kepada yang bagus, dari kesusahan kepada kemudahan, dari berpaling kepada mengadap bersungguh-sungguh, dari penyakit kepada kesihatan, dari Kemurkaan kepada Keredhaan, dari kelalaian kepada ingat, dari kurang bersungguh-sungguh kepada bersemangat, dari terhalang kepada tertolong, dari bid`ah kepada Sunnah, dari tidak adil kepada keadilan...


Wahai ALLAH, Tolonglah kami atas Agama kami dengan dunia dan di dunia dengan ketaqwaan, dan Taqwa dengan amal, dan amal dengan Pertolongan, dan semua nya itu dengan KelembutanMU yang mendatangkan KeredhaanMU, yang menghantarkan ke SyurgaMU, yang disertai dengan melihat DzatMU yang Mulia, wahai ALLAH, wahai ALLAH, wahai ALLAH, wahai Tuhanku, wahai Tuhanku, wahai Tuhanku, wahai Penolongku, wahai Penolongku, wahai Penolongku. Wahai Dzat yang paling Mulia dari yang mulia, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, wahai Dzat yang Agung dan Mulia. Wahai Dzat Pemberi Pemberian yang Agung." - Doa munajat Sayyidina al-Faqih al-Muqaddam Muhammad ibn `Ali Ba`alwi نفع الله تعالى به; dari kitab "Bintang Indah Cemerlang".



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Tangisilah Dirimu Kerna Tidak Bisa Menangis



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على نور الأنور وسر الأسرار وترياق الأغيار
ومفتاح باب اليسار سيدنا و مولانا محمد المختار
وآله الأطهار وأصحابه الأخيار عدد نعم الله وأفضاله

- Selawat asy-Syeikh Ahmad al-Badawi / Selawat Nur / Selawat Anwaar dan Asror


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"Yang dikatakan hiba ialah khusyu` di dalam hati dan sentiasa menangis lantaran takut kepada ALLAH سبحانه وتعالى. Ia adalah suatu sifat yang mulia dan usaha yang terpuji. Dengan sifat itu pula, ALLAH تعالى telah Mensifatkan para NabiNYA عليهم السلام serta hamba-hambaNYA yang ber`ilmu pengetahuan.


Firman ALLAH تعالى :
"Ketika dibacakan kepada mereka ayat-ayat (keterangan-keterangan) Tuhan Yang Maha Pemurah, mereka lalu tunduk bersujud dan menangis." - Surah Maryam ayat 58


FirmanNYA lagi :
"Mereka lalu tunduk dengan dahi-dahi mereka, sambil menangis. Dan keadaan itu akan menambah mereka khusyu`." - Surah al-Isra` ayat 109


RasuluLlah صلى الله عليه وسلم telah mengkategorikan orang yang sentiasa hiba ini dalam bilangan tujuh orang yang akan Dilindungi ALLAH pada hari Kiamat, di mana tiada lindungan yang lain kecuali Lindungan ALLAH عز و جل sahja.
"Seorang yang sentiasa menyebut-nyebut nama ALLAH dalam masa lapang, lalu kedua kelopak mata nya menggenangi airmata."




Sabda nya صلى الله عليه وسلم yang lain :
"Setiap mata akan menangis di hari Kiamat, melainkan mata yang telah menangis kerna takut kepada ALLAH, dan mata yang celik berjaga fi sabiliLlah."


Yakni, berjihad kerna meninggikan Kalimah ALLAH تعالى. Sebenar nya, orang yang menangis semata-mata kerna takut kepada ALLAH سبحانه وتعالى itu amat jarang terlihat dalam kalangan manusia, sehingga darjat nya menjadi amat tinggi dalam Pandangan ALLAH سبحانه وتعالى. Padahal terdapat banyak orang yang menangis setiap hari.


RasuluLlah صلى الله عليه وسلم pernah bersabda :
"Seseorang yang menangis kerna takut kepada ALLAH tidak akan masuk ke dalam neraka sehingga susu dapat kembali ke tempat asal nya, ataupun unta dapat masuk ke dalam lubang jarum."


Pada riwayat yang lain : Tidak akan masuk neraka siapa yang keluar dari mata nya seperti kepala lalat lantaran takut kepada ALLAH, yakni terlalu banyak menangis.


RasuluLlah صلى الله عليه وسلم telah menyamakan antara airmata yang mengalir lantaran takut kepada ALLAH dengan darah yang tumpah kerna berjihad fi sabiliLlah.


Dalam sebuat riwayat : Sekira nya pada suatu ummat ada seseorang yang menangis kerna nya, nescaya ALLAH akan Merahmati ummat itu disebabkan tangisan orang tadi.


Kini, nyatalah bahwasa nya tangisan itu ada banyak ragam nya. Akan tetapi hanya tangisan kerna takut kepada ALLAH تعالى sahjalah yang jarang-jarang dilakukan oleh manusia. Oleh itu, hendaklah anda tangisi diri anda kerna takut kepada ALLAH سبحانه وتعالى. Andai nya tidak boleh menangis juga, maka cubakanlah diri anda menangis. Tetapi awas, jangan sampai anda campur-adukkan amalan anda dengan riya` dan pura-pura, atau dengan menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah di hadapan orang ramai, agar anda tiada jatuh hina dalam Pandangan Tuhan seru sekalian alam."
- Dari kitab "Nasihat Agama Dan Wasiat Iman" karangan al-Imam al-Qutub al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad dengan terjemahan oleh al-Habib Ahmad ibn Muhammad Semait رضي الله تعالى عنهم. Tajuk asal "Menangis Kerna Takut Kepada ALLAH".



"Wahai ALLAH yang Maha Kaya, hamba mengadu serta menangis
kerna banyak nya dosa diri dan dusta, jahat perbuatan,
kurang amalan, banyak mengumpat, banyak mengata...
Wahai ALLAH, hambaMU berdiri di PintuMU
kerna takut akan pedih nya SiksaMU..."

- Qasidah "Ya Dzal Jalali wal Ikram"



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Saturday, November 21, 2009

Di Antara Tidur & Jaga, Di Antara Syurga & Neraka



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






اللهم أجعل لسانى عامرا بذكرك وقلبى مليئا بخشيتك
إِنك على كل شئ قدير



Daripada Abu Hurairah رضي الله تعالى عنه kata nya, RasuluLlah صلى الله عليه وسلم bersabda :
"Aku tidak pernah melihat kedahsyatan siksa seperti api neraka, tetapi sungguh hairan, orang yang lari menggeruni nya boleh tidur nyenyak, dan aku tidak juga melihat keni`matan yang seperti ni`mat Syurga, tetapi sungguh hairan, orang yang menuntut nya boleh tidur lena."
- Hadiths riwayat Imam al-Baghawi رحمة الله تعالى عليه; dari kitab "40 Mutiara Hadis dari 40 Buah Kitab" karangan asy-Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله تعالى



Seorang Wali Quthub; al-Faqih al-Muqaddam ats-Tsani Habib `Abdurahman as-Saqqaf رحمة الله تعالى عليه, selalu berta`abbud (mengabdikan diri kepada ALLAH) di sebuah Syi`ib pada setiap sepertiga terakhir setiap malam. Setiap malam ia membaca al-Quran hingga dua kali khatam dan setiap siang hari ia membaca nya juga hingga dua kali khatam. Makin lama, kesanggupan nya tambah meningkat hingga dapat membaca al-Quran empat kali khatam di siang hari dan empat kali khatam di malam hari. Ia hampir tidak pernah tidur. Menjawab pertanyaan mengenai itu ia berkata :
"Bagaimana orang dapat tidur, jika miring ke kanan melihat Syurga dan jika miring ke kiri melihat neraka?"
- "Menelusuri Silsilah Suci Bani `Alawi" karangan Syed `Aidarus `Alwi al-Masyhur حفظه الله تعالى






"Wahai ALLAH, wahai yang Menamakan DiriNYA ALLAH, wahai yang Menginginkan NamaNYA dipanggil ALLAH, wahai yang Menginginkan lidahku memanggil DzatNYA dengan panggilan ALLAH, wahai yang Menginginkan aku mengharapkanNYA dengan mengingat Nama ALLAH, wahai yang Menciptakan lidahku bergetar menyebut Nama ALLAH, wahai yang Memberikan kemampuan pada jemariku menuliskan Nama ALLAH, maka dengan KemauanMU ku sebut NamaMU ALLAH, dengan KeinginanMU ku rindukan Engkau ALLAH, dengan KeinginanMU aku ingin dekat kepadaMU wahai ALLAH, salahkah aku berkeinginan, salahkah aku merindukan, salahkah aku ingin dekat, sedangkan semua getaran kalbuku itu adalah KeinginanMU, wahai ALLAH?


Maka sebagaimana Engkau Jadikan cacing merangkak tanpa tangan dan kaki, maka Jadikan aku merangkak kepadaMU tanpa hambatan, sebagaimana Engkau Jadikan anjing najis bertasbih mensucikanMU, maka Jadikan aku pendosa hina yang mendambakanMU, sebagaimana Engkau Jadikan air mengalir menjadi beku, maka Jadikan harapanku mengalir kearahMU dan membeku dipintuMU, sebagaimana Engkau Jadikan gunung batu menjadi debu, maka Jadikan seluruh kesalahanku menjadi debu dihadapan KeagunganMU, sebagaimana Engkau Jadikan bumi perkasa terinjak-injak, maka Jadikan hawa nafsuku terinjak-injak kerinduanku kepadaMU...


Sebagaimana Engkau Jadikan Raja berwibawa terkalahkan dan terhinakan, maka Jadikan kesombonganku terhinakan oleh KewibawaanMU, sebagaimana Engkau Jadikan sesuatu yang bergerak menjadi diam, maka Jadikan tubuhku yang bergerak berubah diam dari segala yang tak Engkau Redhai, sebagaimana Engkau Jadikan semua yang ada menjadi fana, maka Jadikanlah gunung dosa ini fana dalam KelembutanMU, sebagaimana Engkau Jadikan yang tak mungkin menjadi kepastian, maka Jadikan semua ketidak-mungkinanku untuk dekat menjadi janji Kepastian." - Doa munajat Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة
إنك أنت الوهاب برحمتك يا أرحم الراحمين

اللهم اغفر لنا ولوالدينا وللمسلمين والمسلمات
والمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والاموات
برحمتك يا أرحم الراحمين

اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
برحمتك يا أرحم الراحمين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب