بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده
اللهم صل صلاة كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد
الذى تنحل به العقد وتنفرج به الكرب وتقضى به الحوائج
تنال به الرغائب وحسن الخواتم وسيتشقى الغمام بوجهه الكريم
وعلى آله وصحبه فى كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك
- Selawat at-Tafrijiyyah / Selawat an-Nariyyah / Selawat Kamilah
اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar
الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده
اللهم صل صلاة كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد
الذى تنحل به العقد وتنفرج به الكرب وتقضى به الحوائج
تنال به الرغائب وحسن الخواتم وسيتشقى الغمام بوجهه الكريم
وعلى آله وصحبه فى كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك
- Selawat at-Tafrijiyyah / Selawat an-Nariyyah / Selawat Kamilah
اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar
الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته
"Perbanyakkan amal ibadat dan perbuatan baik di bulan Ramadhan sekadar kemampuanmu, kerna kelebihan bulan itu, dan kerna semua ganjaran Tuhan pada bulan itu adalah digandakan, di samping pahala nya yang banyak dan kemudahan terdorong nya seseorang untuk melakukan segala yang baik.
Tentang ganjaran yang berganda-ganda, terdapat suatu Riwayat yang mengatakan bahwa satu sembahyang sunnat pada bulan Ramadhan dikira pahala nya seperti pahala sembahyang fardhu. Sedangkan pahala sembahyang fardhu pula digandakan pahala nya sama seperti pahala tujuh puluh sembahyang pada selain bulan Ramadhan. Alangkah bodoh nya orang yang mensia-siakan peluang memperoleh keuntungan ini, serta bermalas untuk memburu perniagaan yang tidak akan merugikan itu.
Adapun tentang kemudahan terdorong nya seseorang untuk mengerjakan kebaikan pada bulan Ramadhan, kerna nafsu yang ammarah bis-su` (yang sering menyeret kepada kejahatan), pada ketika itu sedang terpenjara disebabkan lapar dan dahaga. Manakala syaitan-syaitan yang menggoda dan menghalang dari perbuatan baik, sedang terbelenggu, tidak dapat mengacau dan mengajak manusia untuk berbuat jahat. Lantaran itu tidak ada halangan lagi bagi seseorang untuk berbuat baik, dan tidak ada alasan untuk tidak beramal, kecuali jika diri orang itu telah dibelit oleh kelakuan yang jahat serta dikuasai oleh sikap yang mengecewakan, mudah-mudahan kita Dilindungi oleh ALLAH تعالى dari sifat-sifat ini. Maka orang yang seumpama itu, pada nya bulan Ramadhan atau bulan lain nya sama belaka, sebab dia sedang lena dan lupa kepada ALLAH سبحانه وتعالى. Malah adakala nya, dia lebih lalai dan lupa akan Tuhan nya pada bulan Ramadhan khusus nya dari bulan-bulan yang lain.
Sebagaimana seorang Mu`min itu harus memperbanyak amal ibadat pada bulan Ramadhan, dan berlumba-lumba untuk mengerjakan nya, demikian pula hendak nya ia mengamati diri dari melakukan dosa dan maksiat. Seharus nya ia meletakkan diri nya sejauh yang boleh dari perkara-perkara yang dilarang oleh Agama. Sebab maksiat dalam masa-masa yang Dimuliakan ALLAH itu adalah dosa nya amat besar dan berganda-ganda, samalah seperti berganda nya pahala terhadap amal ibadat dan kebajikan pada masa-masa yang mulia itu."
- Dari kitab "Nasihat Agama Dan Wasiat Iman" karangan al-Imam al-Qutub al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad dengan terjemahan oleh al-Habib Ahmad ibn Muhammad Semait رضي الله تعالى عنهم
Berserta posting ini insya`ALLAH, rakaman-rakaman semasa berlangsung nya Tazkirah Ramadhan bersama para Guru kita yang Mulia. Semoga kita memperolehi manfaat serta barakah dari nya dan juga dapat mengamalkan nya bersama-sama. Mohon maaf diatas rakaman yang tidak memuaskan.
Semoga ALLAH Jalla wa `Ala Memberi kita manfaat dengan para Guru kita, `ilmu-`ilmu mereka, rahsia-rahsia mereka, cahaya dan berkat mereka di dalam Agama, dunia dan Akhirat, dan Menghimpunkan kita bersama-sama dengan mereka dalam keadaan baik dan `afiah. Kepada semua, samada yang telah menjayakan Majlis ini secara langsung mahupun tidak, yang telah mendoakan serta mengizinkan hamba menghadiri nya, Ummi al-Habibah dan Abi al-Habib, semoga ALLAH Jalla wa `Ala Meredhai dan Menerima segala kebaikan, niat dan usaha antum yang murni ini, dan Melimpahkan Rahmat, Keberkahan, Kemudahan, Kesihatan, Kesucian jiwa serta Keikhlasan kepada kita semua agar dapat beristiqamah dalam kemuliaan di dunia dan Akhirat. Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram. [Gambar : Cenderahati dari al-Wafa`. Kunjungan Da`wah al-Fadhilah al-Habibah Ustazah Halimah al-Aydrus di Singapura, telah direalisasikan dengan usaha sama al-Wafa` (terdiri daripada alumni al-Azhar dan Daruz-Zahra` serta pecinta Hikmah) dan Persatuan Arab Singapura (al-Wehdah)]
Di kesempatan ini juga, hamba yang hina lagi penuh dengan dosa ini ingin memohon maaf zahir dan batin, dunia dan akhirat, selama mana antum mengenali diri hamba lewat pondok yang kerdil ini mahupun secara peribadi. BarakALLAHu fikum wa jazakumuLlahu khairal jaza`.
Bersama al-Fadhilah Habibah Ustazah Halimah al-Aydrus
Di Masjid Sultan
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Bersama al-Fadhil Ustaz Tengku Mohd Fouzy
& Ustaz Salim Jasman حفظه الله تعالى
Di Masjid al-Iman
klik diSini untuk muat-turun
Bersama al-Fadhil Habib Dr. Ahmad AbduLlah al-Kaff حفظه الله تعالى
Di Masjid al-Mukminin
klik diSini untuk muat-turun
اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور
اللهم بارك لنا في وشعبان وبلغنا رمضان
اللهم اغفر لي ولوالدي وللمسلمين والمسلمات
والمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والاموات
اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة
وقنا عذاب النار برحمتك يا أرحم الراحمين
ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين
Di Masjid Sultan
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Bersama al-Fadhil Ustaz Tengku Mohd Fouzy
& Ustaz Salim Jasman حفظه الله تعالى
Di Masjid al-Iman
klik diSini untuk muat-turun
Bersama al-Fadhil Habib Dr. Ahmad AbduLlah al-Kaff حفظه الله تعالى
Di Masjid al-Mukminin
klik diSini untuk muat-turun
اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور
اللهم بارك لنا في وشعبان وبلغنا رمضان
اللهم اغفر لي ولوالدي وللمسلمين والمسلمات
والمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والاموات
اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة
وقنا عذاب النار برحمتك يا أرحم الراحمين
ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين