Friday, August 21, 2009

مرحبـــاً سيـــــــــــــد الشهــــــــور



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع
الأهوال وا لأفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا
بهامن جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات
وتبلغنا بها أ قصى الغايات من جميع الخيرات فى الحيا ة
وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Munjiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته




Kesejukkan malam-malam menjelang Ramadhan, semoga Menenangkan jiwa antum dengan Nama-NamaNYA yang Maha Agung. Hamba al-Faqir wal Haqir ini, ingin sekali lagi dan senantiasa ingin memohon jutaan ampun dan maaf, zahir dan batin, dunia dan akhirat, diatas segala kesilapan, kejahilan, kekurangan hamba dan segala sesuatu yang tidak berkenan dihati antum, yang disengajakan mahupun tidak, yang terzahirkan mahupun tidak, selama mana antum telah mengenali diri hamba. Semoga Ramadhan kali ini berbekas pada diri kita, zahiran wa batinan sehingga menuntun setiap nafas kita menjadi nafas-nafas MahabbatuLlah wa RasuliLlah صلى الله عليه وسلم, sehinggalah kita kembali kehadratNYA kelak. Disamping itu juga, lahirkan ihsan kita dengan membantu mereka yang lebih memerlukan supaya dapat kita menyinari harapan sesama insan. Semoga segala amalan kita walaupun hanya seberat zarrah, Diterima dan Diredhai ALLAH سبحانه وتعالى. Syukran jazilan diatas ingatan serta doa antum kepada hamba beserta ahli keluarga. Salam Ramadhan al-Mubarak diucapkan juga untuk seluruh Ummat Islam di muka bumi yang sungguh bertuah dan penuh barakah ini..


Maha Suci Raja yang Kudus, Maha Suci Raja yang Disembah. Maha Suci Raja yang Maha Ada. Maha Suci Raja yang Maha Hidup, yang Tidak Tidur, Tidak Mati dan Tidak Luput selama nya. Maha Suci dan Maha Kudus Tuhan kami, Tuhan para Malaikat dan Tuhan Malaikat Jibril. Maha Suci ALLAH, segala Puji hanya Milik ALLAH, tidak ada Tuhan selain ALLAH, ALLAH Maha Besar. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Izin ALLAH, yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.


Wahai yang Maha Pengasih di antara yang pengasih, Kasihilah kami. Wahai yang Maha Pengasih di antara yang pengasih, Kasihilah kami. Wahai yang Maha Pengasih di antara yang pengasih, Kasihilah kami. Ampunilah kami dan Hapuskanlah kesalahan kami. Bantulah kami untuk mentaatiMU dan bersyukur atas Ni`matMU. Wafatkanlah kami dalam keadaan Islam dan Iman yang sempurna, dan dalam keadaan Engkau Meredhai kami. Janganlah Engkau Mengusir kami dari Pintu SyurgaMU, wahai ALLAH, yang Maha Luas AmpunanNYA, wahai yang Maha Hidup dan senantiasa Mengurus hambaNYA. Berkat RahmatMU yang luas dan dengan KehormatanMU ya ALLAH.


Wahai yang Maha Pengasih di antara yang pengasih, Kasihilah kami. Ampunilah kami dan Hapuskanlah kesalahan kami. Bantulah kami untuk mentaatiMU dan bersyukur atas Ni`matMU, wahai yang Maha Hidup dan senantiasa Mengurus hambaNYA. Berkat Kehormatan Junjungan kami, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.


Wahai yang Maha Pengasih di antara yang pengasih, Kasihilah kami. Ampunilah kami dan Hapuskanlah kesalahan kami. Bantulah kami untuk mentaatiMU dan bersyukur atas Ni`matMU, wahai yang Maha Hidup dan senantiasa Mengurus hambaNYA. Berkat Kehormatan Sayyidina Abu Bakr ash-Shiddiq رضي الله تعالى عنه.


Wahai yang Maha Pengasih di antara yang pengasih, Kasihilah kami. Ampunilah kami dan Hapuskanlah kesalahan kami. Bantulah kami untuk mentaatiMU dan bersyukur atas Ni`matMU, wahai yang Maha Hidup dan senantiasa Mengurus hambaNYA. Berkat Kehormatan Sayyidina Umar al-Khaththab رضي الله تعالى عنه.


Wahai yang Maha Pengasih di antara yang pengasih, Kasihilah kami. Ampunilah kami dan Hapuskanlah kesalahan kami. Bantulah kami untuk mentaatiMU dan bersyukur atas Ni`matMU, wahai yang Maha Hidup dan senantiasa Mengurus hambaNYA. Berkat Kehormatan Sayyidina Utsman ibn `Affan رضي الله تعالى عنه.


Wahai yang Maha Pengasih di antara yang pengasih, Kasihilah kami. Ampunilah kami dan Hapuskanlah kesalahan kami. Bantulah kami untuk mentaatiMU dan bersyukur atas Ni`matMU, wahai yang Maha Hidup dan senantiasa Mengurus hambaNYA. Berkat Kehormatan Sayyidina `Ali ibn Abi Thalib كرم الله وجهه. Dan semoga ALLAH, yang Maha Suci lagi Maha Tinggi, Meredhai semua Sahabat RasuluLlah صلى الله عليه وسلم.


Wahai ALLAH, sesungguh nya kami memohon kepadaMU iman yang tetap, hati yang khusyu`, `ilmu yang bermanfaat, keyakinan yang benar, amal yang shalih, Agama yang lurus, Ampunan dan `Afiat, kesempurnaan `Afiat, syukur terhadap `Afiat, dan terhindar dari orang-orang yang jahat.


Wahai ALLAH, wahai Tuhan kami, Terimalah solat kami, puasa kami, ibadah malam kami, kekhusyu`an kami, ketundukkan kami, ibadah kami, dan sempurnakanlah kekurangan kami, ya ALLAH, ya ALLAH, ya ALLAH, wahai yang Maha Pengasih di antara yang pengasih.


Wahai ALLAH, Rahmatilah kami dengan al-Quran dan Jadikanlah ia sebagai Imam, Cahaya, Petunjuk dan Rahmat bagi kami. Wahai ALLAH, Ingatkanlah kami segala yang terlupa dari nya, Ajarilah kami semua yang kami tidak mengetahui dari nya, Berilah kepada kami Anugerah berupa dapat membaca nya di waktu malam dan siang, dan Jadikanlah ia sebagai hujjah bagi kami, wahai ALLAH, Tuhan sekalian alam.


Wahai ALLAH, Ampunilah kami, juga Ibu Bapa kami, Saudara-saudara kami, Saudari-saudari kami, Suami kami (Isteri kami), Keluarga kami, Datok-datok kami, Nenek-nenek kami, Guru-guru kami, Syeikh-syeikh kami, Pengajar-pengajar kami, dan orang-orang yang mengajarkan kami, yang mengurus urusan kami, yang memiliki hak terhadap kami, orang-orang yang mencintai kami, yang berbuat baik kepada kami, yang memberi petunjuk kepada kami dan yang kami berikan petunjuk kepada kebaikan, yang kami pesankan untuk mendoakan kami, serta semua Muslimin dan Muslimat, Mu`minin dan Mu`minat, yang masih hidup mahupun yang telah wafat.


Tetapkanlah Keselamatan dan `Afiat untuk kami dan mereka, juga hamba-hambaMU yang sedang menunaikan Haji, para Perjuang, para Penziarah, orang-orang yang sedang melakukan perjalanan di darat, laut dan udara dari kaum Muslimin, dan Peliharalah kami dari kejahatan orang-orang yang zalim. Dan Bantulah kami terhadap orang-orang yang kafir, wahai ALLAH, Dzat yang Mengabulkan permohonan orang-orang yang meminta. Akhirilah hidup kami dengan kebaikan, wahai ALLAH, wahai yang Maha Pengasih di antara yang pengasih.


Kami bersaksi, tidak ada Tuhan selain ALLAH. Kami memohon ampun kepada ALLAH. Kami memohon Syurga kepadaMU dan kami berlindung kepadaMU dari api neraka. Wahai ALLAH, sesungguh nya Engkau Maha Pengampun dan Maha Mulia; Engkau Suka Mengampuni, maka ampunilah kami wahai yang Maha Mulia. Wahai ALLAH, Selamatkanlah kami bagi Ramadhan dan Selamatkanlah Ramadhan bagi kami, dan Biarkanlah dengan selamat ia berpisah dari kami; ketika kami telah menjadi orang yang diterima.


اللهم بارك لنا في وشعبان
وبلغنا رمضان يا أرحم الراحمين


اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

0 Ulasan:

Related Posts with Thumbnails