Wednesday, August 12, 2009

Hυтαηg Kєραdα ALLAH Lєbih Bєrhαk Uηтυk Diтυηαikαη



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع
الأهوال وا لأفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا
بهامن جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات
وتبلغنا بها أ قصى الغايات من جميع الخيرات فى الحيا ة
وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Munjiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan
di Masjid al-Munawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 10hb August 2009M.
Qasaid penutup adalah Marhaban ya Ramadhan dan ALLAH ALLAHu AnALLAHu.
Insya`ALLAH, ziarahi hamba juga di Vimeo.





Selamat datang wahai Ramadhan, selamat datang wahai bulan Ibadah,
Selamat datang wahai Ramadhan, selamat datang wahai bulan kebahagiaan...


Selamat datang wahai yang tiba dengan Cahaya dalam kejelasan bertambahnya Anugerah, Bagi para Kekasih ALLAH engkau adalah kesayangan mereka wahai bulan yang penuh dengan keberuntungan...


Padamu tersingkir segala kehinaan dan dosa, saat terbentangnya kesempatan untuk menyungkur sujud, Selamat datang sebaik-baik yang mengunjungi usia kami, bulan kita ini adalah Baginda bagi bulan lainnya,


Engkaulah Pemimpin bagi setiap saat, dan Kepala Mutiara bagi kalung kehidupan, Selamat datang bulan Kemuliaan, Kesucian dan terbukanya kesempatan mengambil manfaat...


Selamat datang kuucapkan tanpa terhitung, hingga tidak terhingga banyaknya, Segenap Masjid terindahkan dengan kedatanganmu, Tuhan segenap Masjid Menambahkan Cahaya pada Masjid-Masjid dengan kedatanganmu...


Engkau Cahaya Kemegahan bagi segalanya, beruntunglah barangsiapa yang taqwanya bertambah, Setiap Muslim giat di hari-harimu dalam semangat beribadah...


Dan mereka (di bulan Ramadhan) malas berbuat dosa, dan bagi mereka ketaatan pada ALLAH menjadi adat kebiasaan, Dalam solat Tarawih dan al-Qur`an, telah sirna kantuk orang yang malas solat malam...


Selamat datang wahai Pemilik derajat yang Mulia, yang tiada henti hentinya gambaran Keindahan dan kerinduan atasnya, Dan Selawat dari Yang Maha Tunggal dalam segala Anugerah, Yang Maha Memberi keni`matan dalam beribadah...


Selalu terlimpah pada sang kebanggaan keturunan Adnan
(Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم), dan pula segenap Keluarga yang mulia, serta Sahabat dan merekalah para Saudara, semulia mulia para Syuhada...


Seterang benderangnya Cahaya Ramadhan, maka sirnalah kesempitan hati orang-orang yang dalam kebodohan...



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Related Posts with Thumbnails