"Seseorang Akan Bersama Orang Yang Ia Cintai"


Janji RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam bahwa semua akan bersama orang yang ia cintai dihari kiamat. Semoga kita hidup dan wafat dalam cinta kepada RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam dan para Ulama` Shalihin. Amiin ALLAHumma amiin. Al-Fatihah.

Koleksi Selawat Dalam Blog Ini


Terjemahan serta syarahan oleh asy-Syeikh Yusuf ibn Ismail an-Nabhani RahimahuLlah.

Jadual Waktu Solat Bagi Singapura - 2012M / 1433H


Semoga kita tergolong bersama Ahlul-Khusyu`, Ahlus-Sujud dan Ahlul-Munajat. Amiin ALLAHumma amiin.

Ukhti27.FM


Koleksi Audio dan Video untuk dikongsi sama. Semoga kita sama² memperolehi manfaat serta barakah darinya. Amiin ALLAHumma amiin.

Saturday, December 30, 2006

min ukhti27 (^^,)


Takbir, Tahlil dan Tahmid bergema di bumi ALLAH...
Seluas `Arafah, Seputih Ihram, Sebening Zamzam...
Semaikan Ghirah Dzulhijjah, dalam sebait Lisan* :


:: Salam Eid Al-Adha
Al-Mubarak 1427 Hijrah ::




* kiriman ucapan (sms) min auntie al-kareemah ana
ketika ana sedang 'compose' posting ini, al HamduliLlah,
sesungguhnya DIA Maha Melihat lagi Maha Mengetahui...
ALLAHu Akbar!!! barakALLAHu fiki!!!



ALLAHu a`lam bisawab.

Tuesday, December 26, 2006

Istiqamah


Sebuah hadis Rasulullah ada menyebut bahawa amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah yang kekal walaupun sedikit. Para ulamak juga sentiasa mengingatkan kita peri pentingnya istiqamah dalam setiap amal perbuatan kita. Istiqamah juga terbukti merupakan kunci kepada kejayaan seseorang di dalam amalannya dan peningkatannya dari satu darjat ke satu darjat di sisi Allah. Seorang yang ibadahnya sekejap berkurang sekejap bertambah mana mungkin sama dengan seseorang yang ibadahnya kekal berterusan. Malahan seorang yang istiqamah pasti diberikan kelazatan amalan tersebut oleh Allah Taala, maka akan berusaha menambahkannya lagi.


Seorang khatib di sini, baru-baru ini menceritakan beliau didatangi oleh seorang lelaki yang ingin menghafal Al-Quran secara laju dan sehingga 10 helaian dalam satu hari. Khatib tersebut melarangnya dan menyuruhnya menghafal 5 ayat sahaja dalam sehari. Dia enggan lalu pergi dari khatib tersebut dan ingin menghafal sendirian. Seorang lagi pemuda menghafal lima ayat sehari dan seorang lagi menghafal seayat sehari, tetapi dengan cara istiqamah. Hasilnya, pemuda yang mampu menghafal banyak ayat sehari sehingga hari ini belum mampu menghafal keseluruhan Al-Quran kerana tidak istiqamah dan terpaksa mengulangnya semula setelah terhenti beberapa hari atau minggu. Sedangkan pemuda kedua yang menghafal 5 ayat sehari telah pun menghafal keseluruhan Al-Quran. Inilah perbezaan nyata antara istiqamah dengan tidak.


Guru ana, Al-Habib Omar bin Abdullah As-Syatri selalu mengingatkan kami para pelajarnya supaya istiqamah.


Walau apa jua yang terjadi tidak boleh dijadikan alasan untuk meninggalkan majlis ilmu. Beliau sendiri menunjukkan contoh teladan yang baik dengan istiqamah apabila walaupun sakit pun akan tetap meneruskan pengajian kerana istiqamah. Malahan jika ada saudara mara yang meninggal dunia pada malam pengajian, beliau tidak akan meninggalkan pengajian dan hanya akan berziarah selepas tamat pengajian. Begitulah yang dididik dan ditekankan sentiasa kepada kami.


Ana sendiri ketika mengajar sesetengah pelajaran seperti faraidh akan menekankan perkara ini, dan akan tidak senang jika ada pelajar yang ponteng kelas, walau dengan apa jua alasan.


Namun begitu, syaitan tentu sekali akan berusaha keras untuk menghalang kita dari istiqamah. Begitu jua tuntutan nafsu yang ammarah bissu' akan melemahkan kita dari terus kekal berbuat kebajikan.


Oleh itu kita dituntut supaya sentiasa memohon kepada Allah agar dikurniakan istiqamah dan dibantu dalam berbuatan amalan kebajikan. Kesabaran juga amat diperlukan dalam memastikan diri terus kekal melakukannya. Inilah yang kita namakan sabar dalam melakukan ketaatan.


Antara tips atau nasihat para ulamak dalam mendidik diri untuk istiqamah adalah tidak memberatkan diri dengan apa yang tidak termampu. Selain itu mulakan amalan kita dengan berbuat perkara yang mudah dahulu, dan setelah pasti akan istiqamah dan mendapat kelazatannya, barulah ditambah sedikit demi sedikit. InsyaAllah kita diberi oleh Allah kemudahahan dalam melaksanakannya. Kita juga boleh membuat jadual dalam masa tersebut, ibadat yang kita ingin istiqamah dan ibadat yang bergantung kepada situasi dengan syarat berniat untuk terus istiqamah. Jadual ibadat yang kekal istiqamah tersebut perlu diwajibkan atau ditekankan ke atas diri seberapa boleh sehingga ia menjadi satu kelazatan pula.


Seorang penuntut ilmu misalnya takkan dapat mencapai kelazatan menuntut ilmu dan rahsia serta hikmah ilmu tersebut tanpa istiqamah. Maka itu dia perlu kekal dalam kelas-kelas pengajian dan mengulangkaji pelajarannya. Jangan dijadikan apa jua alasan untuk kita jauh dari majlis-majlis ilmu yang banyak di tempat kita berada. Selain itu boleh juga dijadikan segala perbuatan kita sebagai satu cara menuntut ilmu dengan malazimi dan mendampingi para ulamak.


Segala perbualan kita nescaya dikira sebagai satu bentuk menuntut ilmu. Maka mudahlah kita untuk terus istiqmah dengannya. Azam yang kuat dan cekal amat perlu dalam menuntut ilmu kerana dugaannya amat banyak sesuai dengan ganjarannya yang begitu besar.


Antara tanggungjawab seorang yang berilmu pula adalah menyampaikan ilmunya juga dengan istiqamah, tak kira di mana berada dan dengan apa jua cara. Seseorang yang boleh berdakwah dengan berkata-kata, maka perlulah selalu kekal dalam berdakwah dengan kata-katanya yang berhikmah dan mengajak kepada kebaikan. Seseorang yang boleh menulis, maka jadikanlah mata penanya (atau keyboardnya) sebagai wasilah dakwahnya. Begitu jua berdakwah dengan akhlak yang semestinya kekal sentiasa dilakukan tak kira apa situasi kita.


Penulisan blog juga adalah satu medium dakwah yang sepatutnya dijadikan satu senjata oleh para daie. Terdapat banyak blog hari ini yang digunakan untuk menyampaikan dakwah (walaupun ada yang menyampaikan dakwah yang tidak betul atau tidak tepat).
Maka itu penulis blog dakwah juga perlu sentiasa kekal istiqamah dalam menyampaikan dakwahnya. Apapun tidak boleh dijadikan alasan untuk kita lalai dari tanggungjawab ini.



Seorang sahabat bertanya kepada ana baru-baru ini apakah rahsia hits yang banyak dalam sebuah blog.


Jawapannya mudah bagi ana, istiqamah. Tanpa istiqamah pengunjung juga takkan berkunjung lagi dan tidak lagi menantikan dakwah kita yang seterusnya. Tetapi dengan istiqamah pengunjung akan sentiasa menantikan bilakah update seterusnya. Maka dakwah kita juga akan mendapat tempat di hati mad'u serta diterima baik. Tentu sekali syarat-syarat asas dalam penulisan kita juga ada iaitu penulisan yang berkualiti (dari segi bahasa dan isinya), dakwah yang betul dan tepat (isi, metodologi, keutamaan, manhaj) dan yang terutama ikhlas kerana Allah.


Semoga Allah memudahkan kita untuk terus istiqamah dalam apa jua amalan baik kita. Amin... - Nukilan indah : Ustaz Aljoofre .


ALLAHu a`lam bisawab.

Sunday, December 24, 2006

moga Thabat... Amin


dengan musibah yang melanda...
moga antum Thabat dalam mengharunginya...
ALLAHumma amiin...




ALLAHu a`lam bisawab.

Saturday, December 23, 2006

4 Qul


بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين


bacaan Sheikh Mishary Rashid al-Efasy.

:: Surah al-Kaafiruun, Surah yang 103 ::





:: Surah al-Ikhlash, Surah yang ke 112 ::





:: Surah al-Falaq, Surah yang ke 113 ::





:: Surah an-Naas, Surah yang ke 114 ::





صدق الله العظيم

Tuesday, December 19, 2006

supplication to ALLAH Azzawajalla



A heartfelt doa by Mishary Rashed al-Efasy,
coupled with beautiful visuals.
Inspiring and emotional.
Masya`ALLAH!


Translation:



O ALLAH!
For YOU is all Praise ~
YOU are the Light of the Heavens
and the Earth and all that is in them;
and for YOU is all Praise ~
YOU are the Guardian of the Heavens
and the Earth and all that is in them;
and for YOU is all Praise ~
YOU are the Lord of the Heavens
and the Earth and all that is in them.


O ALLAH!
YOU are the Truth,
YOUR Promise is True,
YOUR Speech is True,
YOUR Meeting is True,
Paradise is True,
the Hellfire is True,
the Hour is True,
the Prophets are True and Muhammad is True.


O ALLAH!
To YOU have we submitted our souls,
in YOU have we believed,
upon YOU have we relied,
for YOU have we argued,
to YOU have we taken our judgement,
so forgive us all that we have done and what we have not done,
what we have hidden and what we have disclosed.
YOU are the Promoter,
and YOU are the Delayer,
there is no God but YOU.


Istajib doa ana... Amiin...
wALLAHu a`lam bisawab.

Friday, December 15, 2006

ad-Dahr




ALLAHu a'lam bisawab.

Saturday, December 9, 2006

kalam mutiara



ALLAHu a`lam bisawab.

surah Al-Qiaamah


بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين


Bacaan Sheikh Mishary Rashid al-Efasy.

:: muat-turun MP3 - disini ::





Terjemahan :


1. Aku bersumpah dengan hari kiamat,


2. dan Aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri).


3. Apakah manusia mengira, bahwa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-belulangnya?


4. Bukan demikian, sebenarnya Kami kuasa menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna.


5. Bahkan manusia itu hendak membuat maksiat terus menerus.


6. Ia bertanya: `Bilakah hari kiamat itu?`


7. Maka apabila mata terbelalak (ketakutan),


8. dan apabila bulan telah hilang cahayanya,


9. dan matahari dan bulan dikumpulkan,


10. pada hari itu manusia berkata: `Ke mana tempat lari?`


11. Sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung!


12. Hanya kepada Tuhanmu sajalah pada hari itu tempat kembali.


13. Pada hari itu diberitakan kepada manusia apa yang telah dikerjakannya dan apa yang dilalaikannya.


14. Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri,


15. meskipun dia mengemukakan alasan-alasannya.


16. Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk (membaca) Al quran karena hendak cepat-cepat (menguasai) nya.


17. Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya.


18. Apabila Kami telah selesai membacakannya maka ikutilah bacaannya itu.


19. Kemudian, sesungguhnya atas tanggungan Kamilah penjelasannya.


20. Sekali-kali jangan. Sebenarnya kamu (hai manusia) mencintai kehidupan dunia,


21. dan meninggalkan (kehidupan) akhirat.


22. Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri.


23. Kepada Tuhannyalah mereka melihat.


24. Dan wajah-wajah (orang kafir) pada hari itu muram,


25. mereka yakin bahwa akan ditimpakan kepadanya malapetaka yang amat dahsyat.


26. Sekali-kali jangan. Apabila nafas (seseorang) telah (mendesak) sampai ke kerongkongan,


27. dan dikatakan (kepadanya): `Siapakah yang dapat menyembuhkan?`,


28. Dan dia yakin bahwa sesungguhnya itulah waktu perpisahan (dengan dunia),


29. dan bertaut betis (kiri) dengan betis (kanan),


30. kepada Tuhanmulah pada hari itu kamu dihalau.


31. Dan ia tidak mau membenarkan (Rasul dan Al quran) dan tidak mau mengerjakan shalat,


32. tetapi ia mendustakan (Rasul) dan berpaling (dari kebenaran),


33. kemudian ia pergi kepada ahlinya dengan berlagak (sombong).


34. Kecelakaanlah bagimu (hai orang kafir) dan kecelakaanlah bagimu,


35. kemudian kecelakaanlah bagimu (hai orang kafir) dan kecelakaanlah bagimu.


36. Apakah manusia mengira, bahwa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggungan jawab)?


37. Bukankah dia dahulu setetes mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim),


38. kemudian mani itu menjadi segumpal darah, lalu ALLAH menciptakannya, dan menyempurnakannya,


39. lalu ALLAH menjadikan daripadanya sepasang; laki-laki dan perempuan.


40. Bukankah (ALLAH berbuat) demikian berkuasa (pula) menghidupkan orang mati?



صدق الله العظيم

Friday, December 8, 2006

ya RasulALLAH


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
'Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu


Ya RasulALLAH, Ya HabibALLAH
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya RasulALLAH, Ya HabibALLAH
Kami rindu padamu


ALLAHumma sholli `alaa Muhammad
Ya RABBI sholli `alaihi wassalim




Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu


Kutahu cintamu kepada ummat
Ummati ummati
Kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafa`atkan kami


Ya RasulALLAH, Ya HabibALLAH
Terimalah kami sebagai ummatmu
Ya RasulALLAH, Ya HabibALLAH
Kurniakanlah syafa`atmu



* Munsyid : Raihan

ALLAHu a`lam bisawab.

Thursday, December 7, 2006

tugas dan akhlak penuntut Ilmu


Rasanya agak janggal jika kita membincangkan masalah ilmu tanpa di ketengahkan apakah tugas yang perlu kita tunaikan di dalam misi menuntut ilmu, dan apakah akhlak yang perlu ada dan tanggungjawab yang perlu kita pikul terhadap ilmu yang kita pelajari.


Tugas Penuntut Ilmu

Secara Umum, dapat digariskan empat tugas seorang penuntut ilmu:

1 ) Memperbetulkan Niat
Perkara pertama yang perlu diambil perhatian oleh penuntu ilmu, ialah mempunyai keikhlasan niat demi untuk mencapai keredhaan ALLAH. Bukan untuk berbangga apabila digelarkan sebagai orang allim, atau tujuan mengumpulkan harta, pangkat atau yang seumpamanya.


Sabda RasulALLAH ShalALLAHu`alaihiwasalam :
"Sesiapa yang mempelajari ilmu kerana ALLAH, tidak mempelajari ilmu kerana inginkan harta dunia, tidak akan dia temui kecuali Syurga hari akhirat kelak..."
(Riwayat oleh Abd. Razak)

Cuma perlu di ingat bahawa, jika harta, pangkat dan yang seumpamanya datang kepada seorang alim, maka tidaklah menjadi kesalahan untuk menerima dan memanafaatkannya.



2 ) Berterusan Dalam Menuntut Ilmu

Ilmu adalah lautan yang tidak mempunyai pantai dan tepian. Maka usaha menuntut dan menambahkan ilmu hendaklah berlaku secara berterusan, tidak didalangi oleh peringkat-peringkat ijazah tertentu.


Firman ALLAH Azzawajalla:
"Katakanlah (wahai muhammad) tambahkan aku ilmu."
( surah Toha ayat 114 )



3 ) Sabar
Penuntut ilmu hendaklah sentiasa sabar dalam menempuh dugaan dan cabaran yang merintangi perjalanannya di dalam menuntut ilmu sama ada yang bersiafat fizikal mahupun spritual.
Tidak perlulah diceritakan di sini sejarah para sahabat dan ulama yang menempuh segala cabaran demi untuk menuntut ilmu.



4 ) Memuliakan Guru
Sabda RasulALLAH ShalALLAHu`alaihiwasalam:
"Bukan dari umatku orang yang tidak memuliakan orang tua dan mengasihi anak-anak muda kami dan tidak mempelajari daripada orang-orang alim."
(Riwayat Abu Daud)



Saya tidak bertujuan untuk menghuraikan hak seorang alim/guru ytang perlu ditunaikan oleh muridnya di dalam artikel ini cuma dicadangkan agar kita mengambil sedikit dari masa kita untuk melihat kembali perkara ini, semoga segala ilmu yang kita tuntut mendapat keredhaan ALLAH Azzawajalla.



Akhlak Penuntut Ilmu

1 ) Merasakan Tanggungjawab Ilmu
Diriwayatkan Daripada Muaz bin Jabal dia berkata RasulALLAH ShalALLAHu`alaihiwasalam bersabda:
"Tidak akan mara seseorang hamba di hari Akhirat melainkan telah ditanya mengenai 4 perkara: Berkenaan Umurnya ke mana yang telah dia habiskan. Berkenaan dengan Waktu mudanya apa yang telah dia lakukan. Berkenaan dengan hartanya dari mana diperolehinya dan ke mana dia belanjakan. Dan berkenaan dengan ilmu apa yang telah perbuat dengannya."
(Riwayat oleh at-Tabarani dengan isnad yang sahih)



2 ) Menjaga Amanah Ilmiah
Sabda RasulALLAH ShalALLAHu`alaihiwasalam:
"Berilah nasihat pada ilmu, Sesungguhnya khianat seseorang daripada kamu terhadap ilmu adalah lebih dahsyat daripada khianatnya terhadap hartanya, Dan sesungguhnya ALLAH akan bertanya kepada kamu pada hari kiamat."
(Riwayat At-Tabarani)



Di antara yang termasuk dalam daerah amanah ilmu adalah beberapa perkara berikut.
- Menasabkan atau menyandarkan pendapat dan fikrah (buah fikiran) kepada Tuannya.
- Menyampaikan ilmu yang diketahui, dan tidak malu untuk mengatakan "tidak tahu" jika dia tidak mengetahuinya.



3 ) Tawadduk
Para Ilmuan yang menyedari bahawa ilmu adalah lautan yang tidak bertepi tidak akan merasa sombong dan bangga dengan apa yang ada pada mereka. Bahkan selagi bertambah ilmu di dada, semakin bertambah sifat tawadduk.


Firman ALLAH Azzawajalla:
"Tidak diberi kepada kamu ilmu kecuali sedikit sahaja."
( Surah al-Isra' ayat 85 )



4 ) Mulia Diri (Al-Izzah)
Para ilmuan hendaklah merasa mulia diri tidak merendahkan diri apabila berhadapan dengan pemerintah, golongan bangsawan, golongan kaya-raya dan yang seumpamanya,


Firman ALLAH Azzawajalla:
"Kekuatan itu hanyalah kepada ALLAH, bagi RasulNya dan bagi orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui."
( Surah al-Munafiqun ayat 8 )

"Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi ALLAH-lah kemuliaan itu semuanya."
( Surah Fathiir ayat 10 )



5 ) Beramal Dengan Apa Yang Dipelajari

Firman ALLAH Azzawajalla:
"Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu sendiri melupakan diri (kewajiban)mu sendiri padahal kamu mambaca Al-Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?"
( Surah al-Baqarah ayat 44 )



6 ) Sentiasa Berusaha Untuk Menyampaikan Ilmu

Firman ALLAH Azzawajalla:
"Dan (ingatlah) ketika ALLAH mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi kitab (iaitu):"Hendalah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia, dan janganlah kamu menyembunyikannya", lalu mereka melemparkan janji itu ) ke
belakang punggung mereka dan mereka menukarkannya dengan harga yang sedikit, Amatlah buruk tukaran mereka terima."

( Surah Ali Imran ayat 187 )


Oleh: Azmi Hashim
Suara Persatuan Ulama' Online


ALLAHu a`lam bisawab.

Tuesday, December 5, 2006

surah Yaasiin, ayat 1 ~ 12


بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين


bacaan Hasan Bin `AbduLlah al-`Awadh.

:: muat-turun MP3 - disini ::



Terjemahan :


1. Yaa siin.


2. Demi Al quran yang penuh hikmah,


3. sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul,


4. (yang berada) di atas jalan yang lurus,


5. (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Penyayang,


6. agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.


7. Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan ALLAH) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman.


8. Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tengadah.


9. Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.


10. Sama saja bagi mereka apakah kamu memberi peringatan kepada mereka ataukah kamu tidak memberi peringatan kepada mereka, mereka tidak akan beriman.


11. Sesungguhnya kamu hanya memberi peringatan kepada orang-orang yang mau mengikuti peringatan dan yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah walaupun dia tidak melihatnya. Maka berilah mereka kabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia.


12. Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang nyata (Lauh Mahfuzh).



صدق الله العظيم

surah An-Naml, ayat 59 ~ 79


بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين


bacaan Sheikh Muhammad Jebril.

:: muat-turun MP3 - disini ::





Terjemahan :


59. Katakanlah:` Segala puji bagi ALLAH dan kesejahteraan atas hamba-hamba-Nya yang dipilih-NYA. Apakah ALLAH yang lebih baik, ataukah apa yang mereka persekutukan dengan DIA? `


60. Atau siapakah yang telah menciptakan langit dan bumi dan yang menurunkan air untukmu dari langit, lalu KAMI tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang berpemandangan indah, yang kamu sekali-kali tidak mampu menumbuhkan pohon-pohonnya? Apakah di samping ALLAH ada tuhan (yang lain)? Bahkan (sebenarnya) mereka adalah orang-orang yang menyimpang (dari kebenaran).


61. Atau siapakah yang telah menjadikan bumi sebagai tempat berdiam, dan yang menjadikan sungai-sungai di celah-celahnya, dan yang menjadikan gunung-gunung untuk (mengkokohkan) nya dan menjadikan suatu pemisah antara dua laut? Apakah di samping ALLAH ada tuhan (yang lain)? Bahkan (sebenarnya) kebanyakan dari mereka tidak mengetahui.


62. Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-NYA, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping ALLAH ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati (NYA).


63. Atau siapakah yang memimpin kamu dalam kegelapan di daratan dan lautan dan siapa (pula) kah yang mendatangkan angin sebagai kabar gembira sebelum (kedatangan) rahmat-NYA? Apakah di samping ALLAH ada tuhan (yang lain)? Maha Tinggi ALLAH terhadap apa yang mereka persekutukan (dengan-NYA).


64. Atau siapakah yang menciptakan (manusia dari permulaannya), kemudian mengulanginya (lagi), dan siapa (pula) yang memberikan rezki kepadamu dari langit dan bumi? Apakah di samping ALLAH ada tuhan (yang lain)? Katakanlah:` Unjukkanlah bukti kebenaranmu, jika kamu memang orang-orang yang benar `.


65. Katakanlah:` Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali ALLAH `, dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan.


66. Sebenarnya pengetahuan mereka tentang akhirat tidak sampai (ke sana) malahan mereka ragu-ragu tentang akhirat itu, lebih-lebih lagi mereka buta daripadanya.


67. Berkatalah orang-orang kafir:` Apakah setelah kita menjadi tanah dan (begitu pula) bapak-bapak kita; apakah sesungguhnya kita akan dikeluarkan (dari kubur)?


68. Sesungguhnya kami telah diberi ancaman dengan ini dan (juga) bapak-bapak kami dahulu; ini tidak lain hanyalah dongengan-dongengan orang dahulu kala `.


69. Katakanlah:` Berjalanlah kamu (di muka) bumi, lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang berdosa.


70. Dan janganlah kamu berduka cita terhadap mereka, dan janganlah merasa sempit terhadap apa yang mereka tipudayakan `.


71. Dan mereka (orang-orang kafir) berkata:` Bilakah datangnya azab itu, jika memang kamu orang-orang yang benar `.


72. Katakanlah:` Mungkin telah hampir datang kepadamu sebagian dari (azab) yang kamu minta (supaya) disegerakan itu.


73. Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mempunyai kurnia yang besar (yang diberikan-NYA) kepada manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak mensyukuri (nya).


74. Dan sesungguhnya Tuhanmu, benar-benar mengetahui apa yang disembunyikan hati mereka dan apa yang mereka nyatakan.


75. Tiada sesuatupun yang ghaib di langit dan di bumi, melainkan (terdapat) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh).


76. Sesungguhnya Al-Quran ini menjelaskan kepada Bani Israil sebahagian besar dari (perkara-perkara) yang mereka berselisih tentangnya.


77. Dan sesungguhnya Al-Quran itu benar-benar menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.


78. Sesungguhnya Tuhanmu akan menyelesaikan perkara antara mereka dengan keputusan-NYA, dan DIA Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.


79. Sebab itu bertakwalah kepada ALLAH, sesungguhnya kamu berada di atas kebenaran yang nyata.



صدق الله العظيم

surah Al-Mulk


بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين


bacaan Sheikh Mishary Rashid al-Efasy.

:: muat-turun MP3 - disini ::



Terjemahan :


1. Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,


2. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,


3. Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?


4. Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah.


5. Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaitan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala,


6. Dan orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, memperoleh azab Jahannam. Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.


7. Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu menggelegak,


8. hampir-hampir (neraka) itu terpecah-pecah lantaran marah. Setiap kali dilemparkan ke dalamnya sekumpulan (orang-orang kafir), penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka:` Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan? `


9. Mereka menjawab:` Benar ada `, sesungguhnya telah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, maka kami mendustakan (nya) dan kami katakan:` Allah tidak menurunkan sesuatupun; kamu tidak lain hanyalah di dalam kesesatan yang besar `.


10. Dan mereka berkata:` Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala `.


11. Mereka mengakui dosa mereka. Maka kebinasaanlah bagi penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala.


12. Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar.


13. Dan rahasiakanlah perkataanmu atau lahirkanlah; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati.


14. Apakah Allah Yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu lahirkan dan rahasiakan); dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui?


15. Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezki-Nya. Dan hanya kepada-Nyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.


16. Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahwa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang?,


17. Atau apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahwa Dia akan mengirimkan badai yang berbatu. Maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatan-Ku?


18. Dan sesungguhnya orang-orang yang sebelum mereka telah mendustakan (rasul-rasul-Nya). Maka alangkah hebatnya kemurkaan-Ku.


19. Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu.


20. Atau siapakah dia yang menjadi tentara bagimu yang akan menolongmu selain daripada Allah Yang Maha Pemurah? Orang-orang kafir itu tidak lain hanyalah dalam (keadaan) tertipu.


21. Atau siapakah dia yang memberi kamu rezki jika Allah menahan rezki-Nya? Sebenarnya mereka terus menerus dalam kesombongan dan menjauhkan diri.


22. Maka apakah orang yang berjalan terjungkal di atas mukanya itu lebih banyak mendapat petunjuk ataukah orang yang berjalan tegap di atas jalan yang lurus?


23. Katakanlah:` Dialah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati `. (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur.


24. Katakanlah:` Dialah Yang menjadikan kamu berkembang biak di muka bumi, dan hanya kepada-Nyalah kamu kelak dikumpulkan `.


25. Dan mereka berkata:` Kapankah datangnya ancaman itu jika kamu adalah orang-orang yang benar? `


26. Katakanlah:` Sesungguhnya ilmu (tentang hari kiamat itu) hanya pada sisi Allah. Dan sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi peringatan yang menjelaskan `.


27. Ketika mereka melihat azab (pada hari kiamat) sudah dekat, muka orang-orang kafir itu menjadi muram. Dan dikatakan (kepada mereka) inilah (azab) yang dahulunya kamu selalu meminta-mintanya.


28. Katakanlah:` Terangkanlah kepadaku jika Allah mematikan aku dan orang-orang yang bersama dengan aku atau memberi rahmat kepada kami, (maka kami akan masuk syurga), tetapi siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari siksa yang pedih? `


29. Katakanlah:` Dialah Allah Yang Maha Penyayang kami beriman kepada-Nya dan kepada-Nyalah kami bertawakkal. Kelak kamu akan mengetahui siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata `.


30. Katakanlah:` Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu? `



صدق الله العظيم