بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده
اللهم صل على نور الأنور وسر الأسرار وترياق الأغيار
ومفتاح باب اليسار سيدنا و مولانا محمد المختار
وآله الأطهار وأصحابه الأخيار عدد نعم الله وأفضاله
- Selawat asy-Syeikh Ahmad al-Badawi / Selawat Nur / Selawat Anwaar dan Asror
اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar
الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده
اللهم صل على نور الأنور وسر الأسرار وترياق الأغيار
ومفتاح باب اليسار سيدنا و مولانا محمد المختار
وآله الأطهار وأصحابه الأخيار عدد نعم الله وأفضاله
- Selawat asy-Syeikh Ahmad al-Badawi / Selawat Nur / Selawat Anwaar dan Asror
اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar
الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته
SubhanALLAH, apabila ALLAH Subhana wa Ta`ala yang Maha Mulia Memuliakan seseorang hambaNYA, maka Menjadilah hamba itu semulia-mulianya walaupun seluruh makhluk menghina hamba itu sehina-hinanya...
Namanya senantiasa mekar mewangi walaupun mereka cuba untuk mencemarinya dengan pelbagai fitnah dan tohmahan... Persandingan diantara kebathilan dan kebenaran tidak akan pernah terjadi, yang berjaya mendapatkan kebenaran pasti kerna terhidu wangian budi pekertinya yang agung, sungguh indah, menyegarkan iman...
Maka wahai ALLAH, Dzat yang Maha Mulia, Pemilik segala kemuliaan, yang Menganugerahkan kemuliaan itu kepada sesiapa yang Engkau Kehendaki, Muliakanlah kami dengan berkah Kemuliaan hambaMU yang terpilih, Junjungan kami Nabi Muhammad ShalALLAHu `alaihi wa Alihi wasalam, agar kami Memuliakan Baginda ShalALLAHu `alaihi wa Alihi wasalam dan apa-apa yang Engkau Muliakan... Bantulah dan Bimbinglah kami untuk bersungguh-sungguh dalam mengikuti dan mencontohi Baginda ShalALLAHu `alaihi wa Alihi wasalam dan segala ajaran Baginda ShalALLAHu `alaihi wa Alihi wasalam yang mulia...
Ampunkanlah dan Maafkanlah kami diatas segala kecuaian kami yang telah kami perbuat secara sedar mahupun tidak, sungguh Engkau tidak Cuai dalam PengawasanMU terhadap kami samada yang terdetik dalam hati kami, yang terlintas difikiran kami dan segala gerak dan diam kami... Curahkanlah Taufiq, Hidayah dan `InayahMU keatas kami dan juga mereka sederas-derasnya, sungguh Engkau Maha Mengetahui apa-apa yang telah terjadi dan akan terjadi, maka Tentukanlah ia seindah-indahnya wahai yang Maha Indah, Tentukanlah ia dengan KelembutanMU, wahai yang Maha Berlemah-Lembut, wahai ALLAH...
Jangan... Jangan... Jangan pernah Tinggalkan kami, wahai ALLAH, tidak pada bathin, tidak pada zahir, tidak di dunia, tidak saat sakaratul maut, tidak di alam barzakh, tidak di Akhirat, tidak dihari pertanggung-jawaban, tidak di shirat, tetaplah Bersama kami, dan Jadikanlah RedhaMU sebagai teman sejati bagi kami, wahai ALLAH...
Tiada daya dan upaya kami melainkan dengan Bantuan dari ALLAH yang Maha Agung... Inilah doa kami dan dariMU `Ijabahnya, wahai yang Maha Dekat, wahai yang Maha Mendengar segala doa dan Mengabulkannya, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dengan berkah dan kemuliaan Nabi Muhammad ShalALLAHu `alaihi wa Alihi wasalam yang Engkau Pilih dan Utuskan sebagai Rahmat untuk sekalian alam... `ala hadzihi niyyah wa kulli niyyatin shalihah wa ila hadratin Nabiy al-Musthafa ShalALLAHu `alaihi wa Alihi wasalam, al-Fatihah...♥
اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور
جزى الله عنا سيدنا محمداً
صلى الله عليه وآله وسلم ما هو أهله
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور
جزى الله عنا سيدنا محمداً
صلى الله عليه وآله وسلم ما هو أهله
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين