"Seseorang Akan Bersama Orang Yang Ia Cintai"


Janji RasuluLlah ﷺ bahwa semua akan bersama orang yang ia cintai dihari kiamat. Semoga kita hidup dan wafat dalam cinta kepada RasuluLlah ﷺ dan para Ulama` Shalihin. Amiin ALLAHumma amiin. Al-Fatihah.

Koleksi Selawat Dalam Blog Ini


Terjemahan serta syarahan oleh asy-Syeikh Yusuf ibn Ismail an-Nabhani RahimahuLlah.

Tuesday, August 3, 2010

Program "Marhaban Ya Ramadhan" - Berbaki 2 Hari Lagi



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته




LIVE ! di al-Muttaqin TV



... bersama al-`Alim al-`Allamah Tuan Guru asy-Syeikh
Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله تعالى



Anjuran : Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman
Tarikh : 1/8/2010 hingga 5/8/2010 [Ahad hingga Khamis]
Masa : Sesi Pagi : Jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Sesi Malam : Jam 8.00 malam hingga 11.00 malam
Jadual : Sila rujuk diSini


Semoga ALLAH سبحانه وتعالى Memberi kita manfaat dengan para Guru kita, `ilmu-`ilmu mereka,
rahsia-rahsia mereka, cahaya dan berkat mereka di dalam Agama, dunia dan Akhirat,
dan Menghimpunkan kita bersama-sama dengan mereka dalam keadaan baik dan `afiah. Amiin Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, ya Qarib, ya Mujib, Ya Hayyu, Ya Qayyum,
Ya Dzal Jalali wal Ikram wa bi jaahi Sayyidina Muhammadinil Habibil Mahbub صلى الله عليه وآله وسلم.




اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Sunday, August 1, 2010

Lecture By al-Habib `Ali al-Jifri حفظه الله تعالى



بســـــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



للهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق
والخاتم لما سبق والناصر الحق بالحق
والهادي الى صراطك المستقيم صلى الله عليه
وعلى أله وأصحابه حق قدره ومقداره العظيم
- Selawat Fatih


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Sharh Sahih al-Bukhari - Chapter of Fasting - Introduction - Part 1 of 3

[ Video Credits : Sidi Suleiman ]



أشهـد أن لا إله إلا الله استغفرالله
نسألك الجنة ونعوذ بك من النار
اللهم إنك عفوّ تحب العفو فاعفو عنا

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

مرحبـــاً شهــر العبادة والسعادة



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع
الأهوال وا لأفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا
بهامن جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات
وتبلغنا بها أ قصى الغايات من جميع الخيرات فى الحيا ة
وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Munjiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"Selamat datang wahai Ramadhan,
Selamat datang wahai bulan Ibadah,
Selamat datang wahai Ramadhan,
Selamat datang wahai bulan kebahagiaan...


Selamat datang wahai yang tiba dengan Cahaya
dalam kejelasan bertambahnya Anugerah,
Bagi para Kekasih ALLAH engkau adalah kesayangan mereka
wahai bulan yang penuh dengan keberuntungan...


Padamu tersingkir segala kehinaan dan dosa,
saat terbentangnya kesempatan untuk menyungkur sujud,
Selamat datang sebaik-baik yang mengunjungi usia kami,
bulan kita ini adalah Baginda bagi bulan lainnya,


Engkaulah Pemimpin bagi setiap saat,
dan Kepala Mutiara bagi kalung kehidupan,
Selamat datang bulan Kemuliaan,
Kesucian dan terbukanya kesempatan mengambil manfaat...


Selamat datang kuucapkan tanpa terhitung,
hingga tidak terhingga banyaknya,
Segenap Masjid terindahkan dengan kedatanganmu,
Tuhan segenap Masjid Menambahkan Cahaya
pada Masjid-Masjid dengan kedatanganmu...


Engkau Cahaya Kemegahan bagi segalanya,
beruntunglah barangsiapa yang taqwanya bertambah,
Setiap Muslim giat di hari-harimu dalam semangat beribadah...


Dan mereka (di bulan Ramadhan) malas berbuat dosa,
dan bagi mereka ketaatan pada ALLAH menjadi adat kebiasaan,
Dalam solat Tarawih dan al-Qur`an,
telah sirna kantuk orang yang malas solat malam...


Selamat datang wahai Pemilik derajat yang Mulia,
yang tiada henti hentinya gambaran Keindahan dan kerinduan atasnya,
Dan Selawat dari Yang Maha Tunggal dalam segala Anugerah,
Yang Maha Memberi keni`matan dalam beribadah...


Selalu terlimpah pada sang kebanggaan keturunan Adnan
(Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم),
dan pula segenap Keluarga yang mulia,
serta Sahabat dan merekalah para Saudara,
semulia-mulia para Syuhada...


Seterang benderangnya Cahaya Ramadhan,
maka sirnalah kesempitan hati orang-orang yang dalam kebodohan..."

[ Muat-turun MP3 - diSini ]





_______๑۩۞۩๑_______




"Maha Suci Raja yang Kudus, Maha Suci Raja yang Disembah. Maha Suci Raja yang Maha Ada. Maha Suci Raja yang Maha Hidup, yang Tidak Tidur, Tidak Mati dan Tidak Luput selama nya. Maha Suci dan Maha Kudus Tuhan kami, Tuhan para Malaikat dan Tuhan Malaikat Jibril. Maha Suci ALLAH, segala Puji hanya Milik ALLAH, tidak ada Tuhan selain ALLAH, ALLAH Maha Besar. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Izin ALLAH, yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.


Wahai yang Maha Pengasih di antara yang pengasih, Kasihilah kami. Wahai yang Maha Pengasih di antara yang pengasih, Kasihilah kami. Wahai yang Maha Pengasih di antara yang pengasih, Kasihilah kami. Ampunilah kami dan Hapuskanlah kesalahan kami. Bantulah kami untuk mentaatiMU dan bersyukur atas Ni`matMU. Wafatkanlah kami dalam keadaan Islam dan Iman yang sempurna, dan dalam keadaan Engkau Meredhai kami. Janganlah Engkau Mengusir kami dari Pintu SyurgaMU, wahai ALLAH, yang Maha Luas AmpunanNYA, wahai yang Maha Hidup dan senantiasa Mengurus hambaNYA. Berkat RahmatMU yang luas dan dengan KehormatanMU ya ALLAH.


Wahai yang Maha Pengasih di antara yang pengasih, Kasihilah kami. Ampunilah kami dan Hapuskanlah kesalahan kami. Bantulah kami untuk mentaatiMU dan bersyukur atas Ni`matMU, wahai yang Maha Hidup dan senantiasa Mengurus hambaNYA. Berkat Kehormatan Junjungan kami, Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم.


Wahai yang Maha Pengasih di antara yang pengasih, Kasihilah kami. Ampunilah kami dan Hapuskanlah kesalahan kami. Bantulah kami untuk mentaatiMU dan bersyukur atas Ni`matMU, wahai yang Maha Hidup dan senantiasa Mengurus hambaNYA. Berkat Kehormatan Sayyidina Abu Bakr ash-Shiddiq رضي الله تعالى عنه.


Wahai yang Maha Pengasih di antara yang pengasih, Kasihilah kami. Ampunilah kami dan Hapuskanlah kesalahan kami. Bantulah kami untuk mentaatiMU dan bersyukur atas Ni`matMU, wahai yang Maha Hidup dan senantiasa Mengurus hambaNYA. Berkat Kehormatan Sayyidina Umar al-Khaththab رضي الله تعالى عنه.


Wahai yang Maha Pengasih di antara yang pengasih, Kasihilah kami. Ampunilah kami dan Hapuskanlah kesalahan kami. Bantulah kami untuk mentaatiMU dan bersyukur atas Ni`matMU, wahai yang Maha Hidup dan senantiasa Mengurus hambaNYA. Berkat Kehormatan Sayyidina Utsman ibn `Affan رضي الله تعالى عنه.


Wahai yang Maha Pengasih di antara yang pengasih, Kasihilah kami. Ampunilah kami dan Hapuskanlah kesalahan kami. Bantulah kami untuk mentaatiMU dan bersyukur atas Ni`matMU, wahai yang Maha Hidup dan senantiasa Mengurus hambaNYA. Berkat Kehormatan Sayyidina `Ali ibn Abi Thalib كرم الله وجهه. Dan semoga ALLAH, yang Maha Suci lagi Maha Tinggi, Meredhai semua Sahabat RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم.


Wahai ALLAH, sesungguh nya kami memohon kepadaMU iman yang tetap, hati yang khusyu`, `ilmu yang bermanfaat, keyakinan yang benar, amal yang shalih, Agama yang lurus, Ampunan dan `Afiat, kesempurnaan `Afiat, syukur terhadap `Afiat, dan terhindar dari orang-orang yang jahat.


Wahai ALLAH, wahai Tuhan kami, Terimalah solat kami, puasa kami, ibadah malam kami, kekhusyu`an kami, ketundukkan kami, ibadah kami, dan sempurnakanlah kekurangan kami, ya ALLAH, ya ALLAH, ya ALLAH, wahai yang Maha Pengasih di antara yang pengasih.


Wahai ALLAH, Rahmatilah kami dengan al-Quran dan Jadikanlah ia sebagai Imam, Cahaya, Petunjuk dan Rahmat bagi kami. Wahai ALLAH, Ingatkanlah kami segala yang terlupa dari nya, Ajarilah kami semua yang kami tidak mengetahui dari nya, Berilah kepada kami Anugerah berupa dapat membaca nya di waktu malam dan siang, dan Jadikanlah ia sebagai hujjah bagi kami, wahai ALLAH, Tuhan sekalian alam.


Wahai ALLAH, Ampunilah kami, juga Ibu Bapa kami, Saudara-saudara kami, Saudari-saudari kami, Suami kami (Isteri kami), Keluarga kami, Datok-datok kami, Nenek-nenek kami, Guru-guru kami, Syeikh-syeikh kami, Pengajar-pengajar kami, dan orang-orang yang mengajarkan kami, yang mengurus urusan kami, yang memiliki hak terhadap kami, orang-orang yang mencintai kami, yang berbuat baik kepada kami, yang memberi petunjuk kepada kami dan yang kami berikan petunjuk kepada kebaikan, yang kami pesankan untuk mendoakan kami, serta semua Muslimin dan Muslimat, Mu`minin dan Mu`minat, yang masih hidup mahupun yang telah wafat.


Tetapkanlah Keselamatan dan `Afiat untuk kami dan mereka, juga hamba-hambaMU yang sedang menunaikan Haji, para Perjuang, para Penziarah, orang-orang yang sedang melakukan perjalanan di darat, laut dan udara dari kaum Muslimin, dan Peliharalah kami dari kejahatan orang-orang yang zalim. Dan Bantulah kami terhadap orang-orang yang kafir, wahai ALLAH, Dzat yang Mengabulkan permohonan orang-orang yang meminta. Akhirilah hidup kami dengan kebaikan, wahai ALLAH, wahai yang Maha Pengasih di antara yang pengasih.


Kami bersaksi, tidak ada Tuhan selain ALLAH. Kami memohon ampun kepada ALLAH. Kami memohon Syurga kepadaMU dan kami berlindung kepadaMU dari api neraka. Wahai ALLAH, sesungguh nya Engkau Maha Pengampun dan Maha Mulia; Engkau Suka Mengampuni, maka ampunilah kami wahai yang Maha Mulia. Wahai ALLAH, Selamatkanlah kami bagi Ramadhan dan Selamatkanlah Ramadhan bagi kami, dan Biarkanlah dengan selamat ia berpisah dari kami; ketika kami telah menjadi orang yang diterima." - Himpunan doa Tarhim dan Tarawih.



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


اللهم بارك لنا في وشعبان وبلغنا رمضان
اللهم اغفر لي ولوالدي وللمسلمين والمسلمات
والمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والاموات
اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة
وقنا عذاب النار برحمتك يا أرحم الراحمين


ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين

Merindukan ALLAH... ♥



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل صلاة كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد
الذى تنحل به العقد وتنفرج به الكرب وتقضى به الحوائج
تنال به الرغائب وحسن الخواتم وسيتشقى الغمام بوجهه الكريم
وعلى آله وصحبه فى كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك
- Selawat at-Tafrijiyyah / Selawat an-Nariyyah / Selawat Kamilah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Al HamduliLlah, berikut adalah merupakan salah sebuah posting kegemaran peribadi hamba. Semoga kita sama-sama memperolehi manfaat darinya. Amiin ALLAHumma amiin... :


"Ketika malam telah larut, alam fikiranku melayang mengembara kearah kegelapan malam, fikiranku menerawang kesebuah kuburan yang kaku, gundukan tanah merah yang dingin, perut bumi yang menjadi kediamanku kelak, didalamnya tak lain cacing dan serangga pemakan bangkai, tubuhku yang tak mampu menepis binatang yang menggerogotiku dan menjadikan tubuhku sarang dan tempat bertelur, alangkah tak berdayanya tubuh ini, sahabatku meninggalkanku, anak istriku meninggalkanku, orangtuaku meninggalkanku, semua orang yang kukenal melupakanku, mereka tak mau ikut mati bersamaku, mereka tak mau tahu lagi apa yang menimpaku dikuburku, mereka tak mau walau hanya menepiskan cacing yang menggerogoti tubuhku, mereka tak perduli lagi tubuhku membusuk sedikit demi sedikit, hingga tubuhku hancur dan berbau, hingga tubuhku menjadi tulang, lalu habis musnah menjadi tanah, kemana aku akan pergi, ruhku akan melayang memenuhi panggilan Penciptaku.


Wahai ALLAH, tak ada selainMU, Engkaulah yang akan Menepiskan semua serangga yang mendekati tubuhku, akan Engkau Jaga tubuhku yang masuk dalam perut Bumi, Engkau Mendengar jeritan hatiku yang merindukanMU, maka dengarlah Wahai yang Menciptakan harapan, wahai yang Menciptakan segala kerinduan, wahai yang Menciptakan keinginan untuk mengadu, kulontarkan kalimat yang kini hampir memecahkan kalbuku, aku tak mempunyai selainMU untuk mengadu, untuk Menolong, untuk Memberi, untuk Diharapkan, untuk bergerak, untuk bernafas, untuk berucap, untuk bersuara, untuk mendengar, untuk melihat, untuk melangkah, untuk bergerak, untuk berfikir, untuk makan, untuk minum, untuk tersenyum, untuk bergembira, untuk segala-galanya, selainMU, semua yang kumiliki, dan yang tak kumilki adalah MilikMU, tubuhku MilikMU, makananku MilikMU, semua yang kulihat MilikMU, semua yang kudengar MilikMU, semua yang kuucapkan MilikMU, semua langkahku MilikMU, setiap nafasku MilikMU, setiap detik jantungku MilikMU, perasaanku MilikMU, kerinduanku MilikMU, harapanku MilikMU, kesedihanku MilikMU, kegembiraanku MilikMU...


Alangkah indahnya wahai RABB, Karena Engkau Memilikiku, Engkau Menggenggam diriku, Engkau Mengaturku, Engkau Menjagaku, Engkau Melindungiku, Engkau Mengayomiku, Engkau Melimpahkan KelembutanMU padaku, aku merindukanMU wahai ALLAH, Engkau Memanggilku agar aku dekat kepadaMU wahai ALLAH...


Wahai yang Menciptakan cinta kasih di seluruh kalbu hambaNYA, Engkau Menghendaki aku mencintaiMU wahai ALLAH, wahai yang Menciptakan lidah saling menyebut nama-nama hambaNYA, Engkau Menghendaki aku menyebut NamaMU wahai ALLAH, wahai yang Menciptakan segala yang indah, keindahan yang terlihat dan yang tak terlihat, keindahan yang terdengar dan tak terdengar, keindahan yang terucapkan dan tak terucapkan, keindahan yang terasa dan tak dapat dirasa, keindahan yang diketahui dan yang tak diketahui, keindahan yang tersaksikan dan yang tersembunyi, semua keindahan itu berasal dari KeindahanMU wahai ALLAH, maka betapa Indahnya Engkau, betapa Lembutnya Engkau...


Maka wahai Pencipta Keindahan, wahai Pencipta Kelembutan, wahai Pencipta Kasih sayang, sebagaimana Engkau Perlihatkan keindahan yang ada pada makhlukMU, sebagaimana Engkau Perlihatkan kelembutan yang ada pada makhlukMU, sebagaimana Engkau Perlihatkan kasih sayang yang ada pada makhlukMU, maka Perlihatkan padaku KeindahanMU wahai ALLAH, Perlihatkan KelembutanMU wahai ALLAH, Perlihatkan Kasih SayangMU wahai ALLAH, walau hanya berupa harapan, walau hanya berupa sangkaan, walau hanya berupa khayalan, walau hanya berupa kerinduan, walau hanya berupa keinginan, walau hanya berupa airmata, walau hanya berupa Pemberian, walau hanya berupa lamunan, walau hanya berupa Kemudahan, walau hanya berupa Pertolongan, asalkan aku mengetahui bahwa itu datang dari KelembutanMU, datang dari Kasih SayangMU, datang dari KeindahanMU...


Alangkah kecewa hamba yang hanya memiliki harapan, hamba yang hanya memiliki khayalan, hamba yang hanya memiliki lamunan, hamba yang hanya memiliki kerinduan, hamba yang hanya ingin dekat, hamba yang hanya mendambakan kelembutan, hamba yang hanya mendambakan ayoman, hamba yang hanya mendambakan kasih sayang, sedangkan modal semua harapanku hanyalah airmata, apakah ia harus dikecewakan oleh yang Maha tak Mengecewakan...


Alangkah hancur perasaannya kalau kerinduannya ditolak oleh yang Maha tak Menolak kerinduan, alangkah berkeping-kepingnya kecintaannya, bila keinginannya untuk dekat tertolak oleh yang Maha tak Menolak hambaNYA yang ingin dekat, itu semua tak ada pada DzatMU, itu semua tak ada dalam SifatMU, itu semua tak ada pada PerbuatanMU, apalagi yang membuatku tertolak sedangkan Engkau yang Maha Menerima, apalagi yang membuatku tersingkir sedangkan Engkau yang Maha Merangkul, apalagi yang membuatku terjauhkan, sedangkan Engkaulah yang Maha Mendekatkan, salahkah aku merindukanMU, sedangkan Engkaulah yang Menciptakan kerinduanku padaMU, salahkah aku menginginkan dekat padaMU, sedangkan Engkaulah yang Menciptakan keinginanku untuk dekat kepadaMU, salahkah aku merasa tenggelam dalam Samudra KelembutanMU, sedangkan Engkaulah yang Menciptakan perasaan itu dihatiku...?


Wahai ALLAH, wahai yang Menamakan DiriNYA ALLAH, wahai yang Menginginkan NamaNYA dipanggil ALLAH, wahai yang Menginginkan lidahku memanggil DzatNYA dengan panggilan ALLAH, wahai yang Menginginkan aku mengharapkanNYA dengan mengingat Nama ALLAH, wahai yang Menciptakan lidahku bergetar menyebut Nama ALLAH, wahai yang Memberikan kemampuan pada jemariku menuliskan Nama ALLAH, maka dengan KemauanMU kusebut NamaMU ALLAH, dengan KeinginanMU kurindukan Engkau ALLAH, dengan KeinginanMU aku ingin dekat kepadaMU wahai ALLAH, salahkah aku berkeinginan, salahkah aku merindukan, salahkah aku ingin dekat, sedangkan semua getaran kalbuku itu adalah KeinginanMU wahai ALLAH?





Maka sebagaimana Engkau Jadikan cacing merangkak tanpa tangan dan kaki, maka jadikan aku merangkak kepadaMU tanpa hambatan, sebagaimana Engkau jadikan anjing najis bertasbih MensucikanMU, maka jadikan aku pendosa hina yang mendambakanMU, sebagaimana Engkau Jadikan air mengalir menjadi beku, maka Jadikan harapanku mengalir kearahMU dan membeku dipintuMU, sebagaimana Engkau Jadikan gunung batu menjadi debu, maka Jadikan seluruh kesalahanku menjadi debu dihadapan KeagunganMU, sebagaimana Engkau Jadikan bumi perkasa terinjak-injak, maka jadikan hawa nafsuku terinjak-injak kerinduanku kepadaMU...


Sebagaimana Engkau Jadikan Raja berwibawa terkalahkan dan terhinakan, maka Jadikan kesombonganku terhinakan oleh KewibawaanMU, sebagaimana Engkau Jadikan sesuatu yang bergerak menjadi diam, maka jadikan tubuhku yang bergerak berubah diam dari segala yang tak Engkau Redhai, sebagaimana Engkau Jadikan semua yang ada menjadi fana, maka jadikanlah gunung dosa ini fana dalam KelembutanMU, sebagaimana Engkau Jadikan yang tak mungkin menjadi kepastian, maka jadikan semua ketidak mungkinanku untuk dekat menjadi janji kepastian." - Nukilan indah Murabbina al-Habib Munzir ibn Fuad ibn `Abdurahman al-Musawa حفظه الله تعالى



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



اللهم أعنا على ذكرك وشكرك
وحسن عبادتك برحمتك يا أرحم الراحمين
ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة
إنك أنت الوهاب برحمتك يا أرحم الراحمين


ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Wednesday, July 28, 2010

Renungan Hasanah Bhg2



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل صلاة كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد
الذى تنحل به العقد وتنفرج به الكرب وتقضى به الحوائج
تنال به الرغائب وحسن الخواتم وسيتشقى الغمام بوجهه الكريم
وعلى آله وصحبه فى كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك
- Selawat at-Tafrijiyyah / Selawat an-Nariyyah / Selawat Kamilah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






- "Jika orang lain salah, berilah alasan seribu macam
agar dapat memaafkan dan melihatnya bersih,
tapi jika diri sendiri salah, hukumlah agar tidak sekalipun beralasan
sehingga dapat melihat sejuta `aib dan kekurangan...


- Besar kecilnya dosa itu disebabkan
besar kecil rasa eksistensi diri manusia itu
terhadap Eksistensi dan ke-Agung-an ALLAH...


- Jalan menuju kepada ALLAH tak terhingga banyaknya,
namun yang terdekat adalah merendahkan
dan merasa hina diri di HadapanNYA...


- Larilah dari ALLAH kepada ALLAH.
Larilah dari ALLAH = jauhi LaranganNYA,
dan kepada ALLAH = dengan mentaati PerintahNYA..."

^ Himpunan kalam penuh hikmah asy-Syeikh Rohimuddin an-Nawawi
al-Jahari al-Bantani حفظه الله تعالى



_______๑۩۞۩๑_______




"Wahai ALLAH, yang telah Meninggikan langit tanpa tiang, Menghamparkan bumi tanpa alas, Menghidupkan bumi setelah sebelumnya mati, Sadarkan hati kami dari kelalaian, Karunialah kami inabah yang baik, Hiasilah kami dengan ketaatan kepadaMU, Jagalah kami dari maksiat, Terimalah taubat kami, sehingga ketika berjumpa denganMU nanti, Engkau Redha kepada kami, wahai yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan, yang Maha Pengasih dari semua yang berjiwa kasih...


Wahai ALLAH, Pusatkanlah perhatianku kepadaMU, Jadikanlah semua tawajjuhku hanya kepadaMU, Bahagiakanlah aku dengan memperoleh kedekatan dan kedudukan tinggi disisiMU, Jadikanlah kesibukanku terpusat pada usaha untuk meraih Kecintaan dan KeredhaanMU yang sempurna. Jagalah lahir dan batinku dengan keteguhan tawakal kepadaMU hingga dengan (Pertolongan)MU yang (kuperolehi) dariMU, aku dapat berjalan menujuMU dan senantiasa bersikap sebagai hamba di hadapanMU...


Aku memohon ampun kepada ALLAH atas semua dosa yang kulakukan baik secara rahasia maupun terang-terangan, sengaja maupun tidak, siang dan malam, sendiri maupun di tengah keramaian, besar maupun kecil, terangan-terangan maupun sembunyi-sembunyi, lahir maupun batin. Wahai yang PemberianNYA luas, dan yang KebaikanNYA serba Mulia, aku adalah hamba yang hina, berhenti di ambang PintuMU, memohon ampunan dan meminta maaf atas dosa-dosa yang membebani diriku. Wahai yang Maha Dekat dan Maha Mengabulkan doa, wahai yang Maha Pemurah dan tidak bakhil dalam PemberianNYA...


Wahai ALLAH, Limpahkanlah Shalawat, Salam dan Keberkahan kepada Sayyidina Muhammad dan Keluarganya, Shalawat yang paling utama, Salam yang Paling suci, Berkah yang paling berlipat-ganda, sebanyak yang Engkau Ketahui, sepenuh timbangan `ArasyMU, dan sebanyak KalimatMU, selama pedzikir menyebutMU dan menyebut beliau, dan selama orang yang lalai melupakanMU dan melupakan beliau. (Wahai ALLAH), Berilah beliau Wasilah, Keutamaan dan Kedudukan yang tinggi. Dan Berilah beliau Kedudukan yang Terpuji yang telah Engkau Janjikan kepadanya, karena sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji..."
^ Himpunan doa nan indah al-Habib Hasan bin Shaleh al-Bahr al-Jufri رحمة الله تعالى عليه




اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


اللهم بارك لنا في وشعبان وبلغنا رمضان
اللهم اغفر لي ولوالدي وللمسلمين والمسلمات
والمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والاموات
اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة
وقنا عذاب النار برحمتك يا أرحم الراحمين


ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب