Sunday, August 1, 2010

مرحبـــاً شهــر العبادة والسعادة



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع
الأهوال وا لأفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا
بهامن جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات
وتبلغنا بها أ قصى الغايات من جميع الخيرات فى الحيا ة
وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Munjiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"Selamat datang wahai Ramadhan,
Selamat datang wahai bulan Ibadah,
Selamat datang wahai Ramadhan,
Selamat datang wahai bulan kebahagiaan...


Selamat datang wahai yang tiba dengan Cahaya
dalam kejelasan bertambahnya Anugerah,
Bagi para Kekasih ALLAH engkau adalah kesayangan mereka
wahai bulan yang penuh dengan keberuntungan...


Padamu tersingkir segala kehinaan dan dosa,
saat terbentangnya kesempatan untuk menyungkur sujud,
Selamat datang sebaik-baik yang mengunjungi usia kami,
bulan kita ini adalah Baginda bagi bulan lainnya,


Engkaulah Pemimpin bagi setiap saat,
dan Kepala Mutiara bagi kalung kehidupan,
Selamat datang bulan Kemuliaan,
Kesucian dan terbukanya kesempatan mengambil manfaat...


Selamat datang kuucapkan tanpa terhitung,
hingga tidak terhingga banyaknya,
Segenap Masjid terindahkan dengan kedatanganmu,
Tuhan segenap Masjid Menambahkan Cahaya
pada Masjid-Masjid dengan kedatanganmu...


Engkau Cahaya Kemegahan bagi segalanya,
beruntunglah barangsiapa yang taqwanya bertambah,
Setiap Muslim giat di hari-harimu dalam semangat beribadah...


Dan mereka (di bulan Ramadhan) malas berbuat dosa,
dan bagi mereka ketaatan pada ALLAH menjadi adat kebiasaan,
Dalam solat Tarawih dan al-Qur`an,
telah sirna kantuk orang yang malas solat malam...


Selamat datang wahai Pemilik derajat yang Mulia,
yang tiada henti hentinya gambaran Keindahan dan kerinduan atasnya,
Dan Selawat dari Yang Maha Tunggal dalam segala Anugerah,
Yang Maha Memberi keni`matan dalam beribadah...


Selalu terlimpah pada sang kebanggaan keturunan Adnan
(Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم),
dan pula segenap Keluarga yang mulia,
serta Sahabat dan merekalah para Saudara,
semulia-mulia para Syuhada...


Seterang benderangnya Cahaya Ramadhan,
maka sirnalah kesempitan hati orang-orang yang dalam kebodohan..."

[ Muat-turun MP3 - diSini ]





_______๑۩۞۩๑_______




"Maha Suci Raja yang Kudus, Maha Suci Raja yang Disembah. Maha Suci Raja yang Maha Ada. Maha Suci Raja yang Maha Hidup, yang Tidak Tidur, Tidak Mati dan Tidak Luput selama nya. Maha Suci dan Maha Kudus Tuhan kami, Tuhan para Malaikat dan Tuhan Malaikat Jibril. Maha Suci ALLAH, segala Puji hanya Milik ALLAH, tidak ada Tuhan selain ALLAH, ALLAH Maha Besar. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Izin ALLAH, yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.


Wahai yang Maha Pengasih di antara yang pengasih, Kasihilah kami. Wahai yang Maha Pengasih di antara yang pengasih, Kasihilah kami. Wahai yang Maha Pengasih di antara yang pengasih, Kasihilah kami. Ampunilah kami dan Hapuskanlah kesalahan kami. Bantulah kami untuk mentaatiMU dan bersyukur atas Ni`matMU. Wafatkanlah kami dalam keadaan Islam dan Iman yang sempurna, dan dalam keadaan Engkau Meredhai kami. Janganlah Engkau Mengusir kami dari Pintu SyurgaMU, wahai ALLAH, yang Maha Luas AmpunanNYA, wahai yang Maha Hidup dan senantiasa Mengurus hambaNYA. Berkat RahmatMU yang luas dan dengan KehormatanMU ya ALLAH.


Wahai yang Maha Pengasih di antara yang pengasih, Kasihilah kami. Ampunilah kami dan Hapuskanlah kesalahan kami. Bantulah kami untuk mentaatiMU dan bersyukur atas Ni`matMU, wahai yang Maha Hidup dan senantiasa Mengurus hambaNYA. Berkat Kehormatan Junjungan kami, Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم.


Wahai yang Maha Pengasih di antara yang pengasih, Kasihilah kami. Ampunilah kami dan Hapuskanlah kesalahan kami. Bantulah kami untuk mentaatiMU dan bersyukur atas Ni`matMU, wahai yang Maha Hidup dan senantiasa Mengurus hambaNYA. Berkat Kehormatan Sayyidina Abu Bakr ash-Shiddiq رضي الله تعالى عنه.


Wahai yang Maha Pengasih di antara yang pengasih, Kasihilah kami. Ampunilah kami dan Hapuskanlah kesalahan kami. Bantulah kami untuk mentaatiMU dan bersyukur atas Ni`matMU, wahai yang Maha Hidup dan senantiasa Mengurus hambaNYA. Berkat Kehormatan Sayyidina Umar al-Khaththab رضي الله تعالى عنه.


Wahai yang Maha Pengasih di antara yang pengasih, Kasihilah kami. Ampunilah kami dan Hapuskanlah kesalahan kami. Bantulah kami untuk mentaatiMU dan bersyukur atas Ni`matMU, wahai yang Maha Hidup dan senantiasa Mengurus hambaNYA. Berkat Kehormatan Sayyidina Utsman ibn `Affan رضي الله تعالى عنه.


Wahai yang Maha Pengasih di antara yang pengasih, Kasihilah kami. Ampunilah kami dan Hapuskanlah kesalahan kami. Bantulah kami untuk mentaatiMU dan bersyukur atas Ni`matMU, wahai yang Maha Hidup dan senantiasa Mengurus hambaNYA. Berkat Kehormatan Sayyidina `Ali ibn Abi Thalib كرم الله وجهه. Dan semoga ALLAH, yang Maha Suci lagi Maha Tinggi, Meredhai semua Sahabat RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم.


Wahai ALLAH, sesungguh nya kami memohon kepadaMU iman yang tetap, hati yang khusyu`, `ilmu yang bermanfaat, keyakinan yang benar, amal yang shalih, Agama yang lurus, Ampunan dan `Afiat, kesempurnaan `Afiat, syukur terhadap `Afiat, dan terhindar dari orang-orang yang jahat.


Wahai ALLAH, wahai Tuhan kami, Terimalah solat kami, puasa kami, ibadah malam kami, kekhusyu`an kami, ketundukkan kami, ibadah kami, dan sempurnakanlah kekurangan kami, ya ALLAH, ya ALLAH, ya ALLAH, wahai yang Maha Pengasih di antara yang pengasih.


Wahai ALLAH, Rahmatilah kami dengan al-Quran dan Jadikanlah ia sebagai Imam, Cahaya, Petunjuk dan Rahmat bagi kami. Wahai ALLAH, Ingatkanlah kami segala yang terlupa dari nya, Ajarilah kami semua yang kami tidak mengetahui dari nya, Berilah kepada kami Anugerah berupa dapat membaca nya di waktu malam dan siang, dan Jadikanlah ia sebagai hujjah bagi kami, wahai ALLAH, Tuhan sekalian alam.


Wahai ALLAH, Ampunilah kami, juga Ibu Bapa kami, Saudara-saudara kami, Saudari-saudari kami, Suami kami (Isteri kami), Keluarga kami, Datok-datok kami, Nenek-nenek kami, Guru-guru kami, Syeikh-syeikh kami, Pengajar-pengajar kami, dan orang-orang yang mengajarkan kami, yang mengurus urusan kami, yang memiliki hak terhadap kami, orang-orang yang mencintai kami, yang berbuat baik kepada kami, yang memberi petunjuk kepada kami dan yang kami berikan petunjuk kepada kebaikan, yang kami pesankan untuk mendoakan kami, serta semua Muslimin dan Muslimat, Mu`minin dan Mu`minat, yang masih hidup mahupun yang telah wafat.


Tetapkanlah Keselamatan dan `Afiat untuk kami dan mereka, juga hamba-hambaMU yang sedang menunaikan Haji, para Perjuang, para Penziarah, orang-orang yang sedang melakukan perjalanan di darat, laut dan udara dari kaum Muslimin, dan Peliharalah kami dari kejahatan orang-orang yang zalim. Dan Bantulah kami terhadap orang-orang yang kafir, wahai ALLAH, Dzat yang Mengabulkan permohonan orang-orang yang meminta. Akhirilah hidup kami dengan kebaikan, wahai ALLAH, wahai yang Maha Pengasih di antara yang pengasih.


Kami bersaksi, tidak ada Tuhan selain ALLAH. Kami memohon ampun kepada ALLAH. Kami memohon Syurga kepadaMU dan kami berlindung kepadaMU dari api neraka. Wahai ALLAH, sesungguh nya Engkau Maha Pengampun dan Maha Mulia; Engkau Suka Mengampuni, maka ampunilah kami wahai yang Maha Mulia. Wahai ALLAH, Selamatkanlah kami bagi Ramadhan dan Selamatkanlah Ramadhan bagi kami, dan Biarkanlah dengan selamat ia berpisah dari kami; ketika kami telah menjadi orang yang diterima." - Himpunan doa Tarhim dan Tarawih.



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


اللهم بارك لنا في وشعبان وبلغنا رمضان
اللهم اغفر لي ولوالدي وللمسلمين والمسلمات
والمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والاموات
اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة
وقنا عذاب النار برحمتك يا أرحم الراحمين


ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين

2 Ulasan:

salamm...
smoga dlm rahmat ilahi..
alhamdulillah sudah download mp3 qasidah tue..tp x dpt dengar.x tau kenapa..
dlm simpanan ustazah ade tak qasidah berkaitan romadhon yg lain..klu belh dlm bhasa arab..ana mencari2 di internet tp x jumpa..
syukran ~ abdulmannan (alqarni_12)

[ Telah Dikemaskini ]


BismiLlah wal HamduliLlah...
Sholatu was-Salamu `ala RasuliLlah wa `ala Alihi wa Shohbihi waman walah...
SalamuLlahu`alaikum wa Rahmatuhu wa Barakatuh...

Wahai Saudaraku fiLlah yang Dimuliakan lagi Dikasihi ALLAH,
Al HamduliLlah, semoga senantiasa dalam Maghfirah dan RedhaNYA ALLAH `Azzawajalla. Amiin ALLAHumma amiin.

Mengenai Qasidah tersebut, hamba telah mencubanya sebentar tadi; muat-turun dan mendengarnya kembali dan al HamduliLlah, tiada masalah.

Namun, insya`ALLAH, Anta bisa muat-turun dari link berikut ini di4shared. Andai terdapat masalah dan kesukaran semasa muat-turun atau mendengarnya, maka insya`ALLAH, hamba akan mengemelkannya kepada Anta.

Mengenai Nasyid/Qasidah dalam bahasa Arab khusus berkaitan bulan Ramadhan, ampun dan maaf dipinta kerna dalam koleksi hamba hanya terdapat dalam 3 buah lagu sahja. - Semoga ada yang sudi membantu, insya`ALLAH : )

Salah 1 diantaranya adalah Qasidah yang hamba sertakan didalam posting ini. "Marhaban ya Ramadhan" dari Hadrah Majelis RasuluLlah ShalALLAHu`alaihi wa Alaihi wasalam. Tafadhdhal juga untuk muat-turun "Aqbalta Ya Ramadan" dari Mishary al-Arada, dan "LaylatilQadr" dari Mishary Rashid al-Afasy.

Mohon disertakan kami dalam doa antum `tika dapat himpun bersama dengan para Ulama` dan Shalihin, ya al-Fadhil Ustaz.. Syukran jazilan.

Di atas masa, ziarah serta doanya hamba ucapkan,
barakALLAHu fik wa jazakALLAHu khairal jaza`.
Fi amanALLAH wALLAHu a`lam bisawab.

Related Posts with Thumbnails