Tuesday, August 17, 2010

Q40:60 - وقال ربكم ادعوني أستجب لكم



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع
الأهوال وا لأفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا
بهامن جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات
وتبلغنا بها أ قصى الغايات من جميع الخيرات فى الحيا ة
وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Munjiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"Dan Tuhan kamu berfirman : "Berdoalah kamu kepadaKU
nescaya AKU Perkenankan doa permohonan kamu.""

- Surah al-Ghafir (al-Mu`min) ayat 60




صــــــــدق الله العظيم


Wahai ALLAH, wahai Tuhan kami,
Wahai Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,
Ampunilah kami...
Ampunilah kedua Ibu Bapa kami...
Ampunilah Datuk dan Nenek kami...
Ampunilah Isteri-isteri kami...
Ampunilah Suami-suami kami...
Ampunilah Anak dan keturunan kami...
Ampunilah ahli Keluarga kami...
Ampunilah Saudara-mara kami...
Ampunilah Sahabat-handai kami...
Ampunilah Guru-guru kami..
Ampunilah Jiran-tetangga kami..
Ampunilah seluruh Mukminin dan Mukminat....
Ampunilah seluruh Muslimin dan Muslimat....
Baik yang masih hidup
mahupun yang telah meninggal dunia, wahai ALLAH...


Diantara kami yang sedang sakit, Engkau Sembuhkanlah wahai ALLAH...
Diantara kami yang sedang kelemahan, Engkau Kuatkanlah wahai ALLAH...
Diantara kami yang sedang dalam kejahilan, Engkau Ajarkanlah wahai ALLAH...
Diantara kami yang sedang dalam kesesatan, Engkau Kurniakanlah HidayahMU wahai ALLAH...
Diantara kami yang sedang dalam kesedihan, Engkau Tenangkanlah wahai ALLAH...
Diantara kami yang sedang dalam kesempitan, Engkau Perluaskanlah wahai ALLAH...
Diantara kami yang sedang dalam kesusahan, Engkau Permudahkanlah wahai ALLAH...
Diantara kami yang sedang dalam bebanan hutang, Engkau Lunaskanlah wahai ALLAH...
Tiada dosa yang terbebankan, melainkan Engkau Ampuni wahai ALLAH,
Tiada mudharat yang menimpa, melainkan Engkau Hapuskan wahai ALLAH,
Tiada seteru, melainkan Engkau Kecewakan wahai ALLAH,
Tiada sesuatu hajat pun mengenai hal-hal dunia , Agama dan Akhirat,
melainkan Engkau Kabulkan wahai ALLAH...



Lindungilah kami wahai ALLAH kesemua pancaindera kami,
Lindungilah kami wahai ALLAH dalam setiap percakapan,
Lindungilah kami wahai ALLAH dalam setiap penglihatan,
Lindungilah kami wahai ALLAH dalam setiap pendengaran,
Lindungilah kami wahai ALLAH dalam setiap perbuatan,
Lindungilah kami wahai ALLAH dalam setiap niat,
Lindungilah kami wahai ALLAH dalam setiap keyakinan
dari segala sesuatu yang mendatangkan KemurkaanMU wahai ALLAH
dan akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik,
dalam keadaan Engkau Meredhai dan Menyayangi kami...


Berkatilah kami wahai ALLAH dalam setiap dengupan jantung,
Berkatilah kami wahai ALLAH dalam setiap hembusan nafas,
Berkatilah kami wahai ALLAH dalam setiap kerlipan mata,
Berkatilah kami wahai ALLAH dalam setiap langkah,
Berkatilah kami wahai ALLAH zahiran wa batinan,
Berkatilah kami wahai ALLAH di bulan Ramadhan,
Berkatilah kami wahai ALLAH pada setiap masa dan zaman...



Wahai Yang Maha Penyayang,
Sayangilah kami di dunia ini dan kuatkanlah keimanan dan semangat kami
untuk mengikuti jejak langkah RasuliLlah ﷺ...
Sayangilah kami di saat sakaratul maut dan perlihatkanlah kami wajah
yang sangat merindui dan mengasihi kami; RasuliLlah ﷺ...
Sayangilah kami di alam barzakh dan himpunkanlah ruh kami
bersama RasuliLlah ﷺ beserta mereka yang mengasihinya ...
Sayangilah kami di Yaumil Mahsyar
dan berikanlah kami syafa`at RasuliLlah ﷺ hingga kami
dihimpunkan kembali bersamanya diSyurgaMU Firdausi al-`Ala...


Rahmatilah kami, wahai ALLAH,
setiap detik dan setiap kejap,
di dunia dan di Akhirat sana...



Jangan pernah Tinggalkan kami, wahai ALLAH,
Jangan pernah Tinggalkan kami, wahai ALLAH,
Jangan pernah Tinggalkan kami, wahai ALLAH,
tidak di dunia...
tidak di Akhirat sana
sehingga kami bertemu denganMU wahai ALLAH
dan melihat DzatMU yang Maha Indah...


Wahai ALLAH, wahai Tuhan kami,
Kami mencurahkan kepadaMU segala keinginan kami
walaupun sedikit amalan kami kerna kami mengetahui
Engkau wahai ALLAH, Maha Kaya lagi Maha Pemberi
dan tidak pernah Mengecewakan hamba-hambaMU
yang meminta kepadaMU setiap masa dan berulang kali...



Inilah doa dan munajat kami dan darimu `Ijabah...
Inilah segala kemampuan kami dan kepadamu kami bertawakkal...
Sesungguhnya kami adalah MilikMU wahai ALLAH dan kepadaMU tempat kami kembali...
Tiada daya dan upaya kami melainkan dengan PertolonganMU yang Maha Tinggi, Maha Agung...
Kami memohon kepadaMU dengan berkah bulan Ramadhan, penghulu segala bulan.
Kami memohon kepadaMU dengan berkah RasuliLlah ﷺ, penghulu segala Nabi dan Rasul...
Dengan berkah RasuliLlah ﷺ, yang Engkau Utuskan sebagai Rahmat keatas sekalian alam...



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور

اللهم إني أسألك وأتوجه إليك بنبيك محمد نبي الرحمة
يا محمد إني توجهت بك إلى ربي في حاجتي هذه فتقضى لي
اللهم شفعه في وشفعني فيه


أشهـد أن لا إله إلا الله استغفرالله
نسألك الجنة ونعوذ بك من النار
اللهم إنك عفوّ تحب العفو فاعفو عنا

اللهم أعنا على ذكرك وشكرك
وحسن عبادتك برحمتك يا أرحم الراحمين
ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة
إنك أنت الوهاب برحمتك يا أرحم الراحمين

ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

0 Ulasan:

Related Posts with Thumbnails