Tuesday, August 17, 2010

Rangkaian Doa Ramadhan - Amalan Meraih Rahmat & Ampunan

Terakhir dikemaskini - 18 / 08 / 2010




بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على نور الأنور وسر الأسرار وترياق الأغيار
ومفتاح باب اليسار سيدنا و مولانا محمد المختار
وآله الأطهار وأصحابه الأخيار عدد نعم الله وأفضاله

- Selawat asy-Syeikh Ahmad al-Badawi / Selawat Nur / Selawat Anwaar dan Asror


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته







Bimbingan Habibana Dr. Ahmad ibn `AbduLlah al-Kaff حفظه الله تعالى. Rakaman ini mengandungi doa Tarhim, doa berpuasa, doa solat Dhuha, doa berbuka puasa, doa setelah solat Tarawih, doa setelah solat Witir, doa Khatamil Quran, doa Birrul Walidain dll. Semoga kita dapat mengambil manfaat dan barakah dari nya serta dapat mengamalkan nya bersama-sama.


Versi PDF ~ muat-turun diSini



_______๑۩۞۩๑_______



"Wahai ALLAH, aku memohon kepadaMU keni`matan yang sempurna dan daripada perlindungan yang tidak terhenti dan aku memohon Rahmat yang menyeluruh dan daripada kesihatan yang diharapkan, kehidupan yang makmur, daripada umur yang penuh kebahagiaan dan daripada kebaikkan yang sempurna, daripada ni`mat yang menyeluruh, keutamaan yang penuh keindahan dan belas kasih yang bermanfaat dan bukan bahaya. Jadikanlah Engkau atas kami kemanfaatan dan jangan Engkau jadikan atas kami kemudharatan.


Wahai ALLAH, akhiri hidup kami dengan kebahagiaan, nyatakanlah tambah nya amalan-amalan kami, temanilah pagi kami dan petang kami dengan kesihatan, jadikanlah RahmatMU tempat kembaliku dan tempat akhirku. Dan Anugerahilah atas kami dengan memperbaiki ke`aiban kami dan jadikanlah taqwa sebagai bekal kami di dalam AgamaMU, kesungguhan dari kami hanya kepadaMU.


Kami berpasrah diri dan berpegang teguh dan tetapkanlah jalan IstiqamahMU dan kami berlindung di dunia ini dari sesuatu yang mewajibkan penyesalan pada hari Kiamat, ringankanlah beban berat dosa kami, berilah rezki, kehidupan yang bahagia, cukupkanlah dan palingkanlah kami dari segala keburukkan dan bebaskanlah kami, bapa-bapa kami, ibu-ibu kami, anak-anak kami, saudara-saudara kami, kaum kerabat kami dan keluarga kami dari siksa kubur dan siksa Neraka. Wahai Dzat yang Maha Perkasa, yang Maha Pengampun yang penuh dengan Kemuliaan serta yang Menutupi ke`aiban. Wahai Dzat yang Maha Bijaksana, Wahai Dzat yang Maha Memaksa, Wahai ALLAH, Wahai ALLAH, Wahai ALLAH yang Maha Penyayang." - Doa Hujjatul Islam al-Imam Ghazali رحمه الله تعالى dari kitab "Bintang Indah Cemerlang"



أشهـد أن لا إله إلا الله استغفرالله
نسألك الجنة ونعوذ بك من النار
اللهم إنك عفوّ تحب العفو فاعفو عنا

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

2 Ulasan:

salam ukhti,

ukhtiiiiiiiiiii....makasiii banyaak udah upload doa ini...

hari ini feeling homesick, liat blog ukhti..ada doa2 ini suka dibaca abah ima di rumah.

ini amalan yang umum yah ukhti? ukhti gak ada versi tertulisnya?

kalau punya boleh email ke saya ukhti? fatimahalatas@gmail.com

makasi ukhti..

Ps: kalau kurang berkenan, comment ini gausah diapprove..kayaknya ima keseringan comment..hehe..maaf yaah ukhti..

[ Telah Dikemaskini ]


BismiLlah wal HamduliLlah...
Sholatu was-Salamu `ala RasuliLlah wa `ala Alihi wa Shohbihi waman walah...
SalamuLlahu`alaikum wa Rahmatuhu wa Barakatuh...

Wahai Saudariku fiLlah yang Dimuliakan lagi Dikasihi ALLAH,
Al HamduliLlah, semoga senantiasa dalam Maghfirah dan RedhaNYA ALLAH `Azzawajalla. Amiin ALLAHumma amiin.

Al HamduliLlah, Anti bisa muat-turun doa-doa tersebut diSini; dalam format PDF, bagi memudahkan Anti dan sesiapa sahja untuk membuat rujukan dll. Tafadhdhal masykura.

Di atas masa, ziarah serta doanya hamba ucapkan,
barakALLAHu fiki wa jazakiLlahu khairal jaza`.
Fi amaniLlah wALLAHu a`lam bisawab.

Related Posts with Thumbnails