Monday, September 22, 2008

Redha Terhadap ALLAH تعالى



Dengan Asma` ALLAH dan Segala Puji bagi ALLAH
sebanyak bilangan CiptaanNYA di langit,
Segala Puji bagi ALLAH sebanyak bilangan CiptaanNYA di bumi,
Segala Puji bagi ALLAH sebanyak bilangan CiptaanNYA di antara keduanya
dan Segala Puji bagi ALLAH sebanyak bilangan CiptaanNYA.



Ya ALLAH, limpahkanlah Selawat keatas Junjungan kami
Nabi Muhammad (ShalALLAHu`alaihiwasalam);
Selawat yang dengan keberkahan nya
Engkau lepaskan kami dari segala huru-hara dan bala bencana;
Selawat yang dengan keberkahan nya
Engkau tunaikan bagi kami segala hajat;
Selawat yang dengan keberkahan nya
Engkau sucikan kami dari segala kesalahan;
Selawat yang dengan keberkahan nya
Engkau tinggikan kedudukan kami di sisiMU;
Selawat yang dengan keberkahan nya
Engkau sampaikan segala matlamat kami
dari sekalian kebajikan dalam hidup ini dan selepas kematian;
Limpahkanlah juga Selawat ke atas ahli Keluarga
dan para Sahabat Baginda (ShalALLAHu`alaihiwasalam)
dengan disertai Salam Sejahtera.

- Selawat Munjiyyah.


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته



Di antara tanda-tanda besar yang menunjukkan cinta seseorang kepada ALLAH تعالى,
ialah menurut jejak RasuluLlah صلى الله عليه وسلم.



ALLAH telah berfirman :
"Katakanlah: "Jika kamu benar-benar mencintai ALLAH, maka turutlah aku, nescaya kamu akan dicintai ALLAH, dan diampuniNYA segala dosa-dosa kamu, dan ALLAH itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."" - Surah `Ali-Imran ayat 31


Memanglah redha kepada ALLAH تعالى merupakan suatu sikap yang mulia lagi tinggi darjat nya.
Firman ALLAH تعالى :
"Tuhan telah redha kepada mereka, begitu pula mereka telah redha kepada Tuhan." - Surah al-Baiyinah ayat 8


Sabda RasuluLlah صلى الله عليه وسلم :
"Sesungguh nya ALLAH تعالى apabila mencintai sesuatu kaum diujiNYA mereka itu. Barangsiapa yang redha, ALLAH meredhai mereka. Dan barangsiapa yang bersungut, ALLAH murka terhadap mereka."


Sabda nya صلى الله عليه وسلم lagi :
"Sesungguh nya ALLAH dengan KebijaksanaanNYA telah memberikan kesentosaan dan kemudahan di dalam keyakinan dan keredhaan, dan memberikan kesempitan dan kesusahan di dalam keraguan dan kesungutan."


Orang yang redha kepada ALLAH سبحانه وتعالى itu ialah orang yang menerima dengan tabah segala ketentuan ALLAH تعالى. Apa sahja yang ditakdirkan ALLAH, meskipun berlawanan dengan cita-cita nya, ataupun tidak diingini oleh hawanafsu nya, seperti celaka dalam jiwa dan harta, atau bala` bencana, tekanan hidup, kemiskinan atau sempit dalam mata pencarian, namun ia tetap sabar dan redha terhadap apa yang ditakdirkan ALLAH itu, jiwa nya terus bertenang, dan tidak pernah bersungut, membangkang atau berganjak walau sedikit pun. Sebab ALLAH سبحانه وتعالى berkuasa melakukan segala sesuatu menurut KehendakNYA, tiada siapa pun yang boleh menentang atau membangkang di dalam KekuasaanNYA.


Hendaklah anda sentiasa waspada dari ucapan "kalau begitu" atau "mengapa begitu" atau "bagaimana boleh jadi begitu". Hendaklah anda mengetahui bahwa ALLAH سبحانه وتعالى itu Maha Bijaksana dan Maha Adil dalam segala Ketentuan dan KeputusanNYA, dan bahwasa nya DIA tidak akan menentukan bagi seseorang hamba Mu`min dalam sesuatu perkara yang dibenci nya, melainkan ada sesuatu sebab yang baik, atau kebajikan bagi diri nya, ada balasan yang mulia yang tidak diketahui oleh si hamba Mu`min itu.


Lantaran itu, hendaklah sang hamba itu sentiasa menyangka baik terhadap ALLAH تعالى serta redha terhadap semua KetentuanNYA. Kemudian hendaklah ia kembali kepadaNYA dengan merendah diri dan mengingatkan diri nya bahwa ia sentiasa berhajat kepada pertolongan ALLAH سبحانه وتعالى. Hendaklah ia sentiasa berdiri dihadapanNYA dengan perasaan hina dan hiba, memperbanyak pujian dan syukur kepadaNYA dalam masa senang dan susah, dalam masa mewah dan sempit, dan patutlah kita menujukan segala pujian kepada ALLAH, Tuhan semesta alam.


- Dari kitab "Nasihat Agama Dan Wasiat Iman" karangan al-Imam al-Qutub al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad dengan terjemahan oleh al-Habib Ahmad ibn Muhammad Semait رضي الله تعالى عنهم



والله تعالى أعلم بالصواب

Related Posts with Thumbnails