Monday, May 26, 2014

ISTIQAMAH dijalan ALLAH ﷻ



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد
وعلى آله عدد نعم الله وإفضاله
- Selawat al-In`am


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Para Ulama' mengatakan ada 4 sebab yang menjadikan seseorang ISTIQAMAH dijalan ALLAH ﷻ:


1. Banyak berdoa & memohon kekuatan dari ALLAH.
(Memohon Diberi istiqamah dijalan ALLAH, kekuatan untuk ber'ibadah kepada ALLAH, kekuatan untuk berdzikr, kekuatan untuk bersyukur, kekuatan untuk perbaiki 'ibadah kepada ALLAH, agar semakin semangat, semakin banyak & istiqamah didalam ber'ibadah kepada ALLAH)


2. Tidak bermaksiat kepada ALLAH.
(Jauhi maksiat apapun bentuknya, sekecil apapun. Jika masuk kedalam hati kegelapan dari maksiat & dosa yang telah diperbuat, dari perkara yang tidak Diredhai ALLAH, dari perkara yang tidak memberikan cahaya pada diri seseorang maka akan hilanglah semangat untuk ber'ibadah kepada ALLAH)


3. Menghadirkan hati dalam ber'ibadah kepada ALLAH.
(Hadirkan hati dalam setiap ber'ibadah, dalam setiap amal kebaikan, walaupun dalam bersadaqah, hadirkan sebentar hati kita, mohonlah kepada ALLAH keberkahan dari bersadaqah. Jika seseorang memperbanyak 'ibadah namun tidak menghadirkan hati, apakah yang akan seseorang dapatkan? Datanglah kebosanan, kejenuhan akhirnya menjadikan seseorang tidak ber'ibadah lagi, kerna apa? Kerna hatinya tidak pernah hadir kepada ALLAH. Yang berusaha untuk menghadirkan hati lebih baik daripada tidak sama sekali)


4. Memakai adab & sunnahnya RasuluLlah ﷺ.
(Dengannya mendorong seseorang semakin bersemangat untuk ber'ibadah kepada ALLAH. Hatinya semakin berisi, semakin bersemangat ingin mempelajari & mengamalkan sunnah-sunnahnya RasuluLlah dari keistimewaan & kemuliaan yang diajarkan oleh RasuluLlah ﷺ, sehingga ia bersemangat dalam ber'ibadah kepada ALLAH. Sehingga salah seorang Ulama' besar dikota Tarim, yang ingin khatam tarawih di Masjid Ba'alwie dimalam 27 bulan Ramadhan, dipertengahan jalan, Ulama' besar ini menangis, apabila ditanyakan mengapa beliau menangis, beliau mengatakan jika beliau "ketinggalan kebaikan". Ketinggalan apa? Beliau ketinggalan sebatang kayu siwa' dirumah. Para Shalihin yang hati mereka benar-benar dekat kepada ALLAH, yang senantiasa menjadikan kehidupan mereka penuh dengan sunnah RasuluLlah ﷺ, menangis jika ketinggalan satu sunnah)


_______________________


SubhanALLAH wal HamduliLlah, demikian mafhum dari penyampaian Habibana Muhammad al-Bagir bin Alwi bin Yahya, hafizahuLlah wa ra'ah, malam Ahad yang lalu, 24/05/2014, didalam Tabligh Akbar & Ziarah Kubro Majelis RasuliLlah ﷺ di Masjid at-Taubah, Kalibata, Jaksel, Indonesia.


Segala kesilapan datangnya dari kejahilan hamba. Sebelum & sesudahnya, hamba mohon redha, ampun & maaf. Mohon teguran & nasihat, insya'ALLAH. JazakumuLlah khairal jaza'. BarakALLAHu fikum. Fi amaniLlah :)





اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
اللهم إنا نسألك رضاك والجنة ونعوذ بك
من سخطك والنار برحمتك يا أرحم الراحمين

اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


جزى الله عنا سيدنا محمداً
صلى الله عليه وآله وسلم ما هو أهله
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين




0 Ulasan:

Related Posts with Thumbnails