بســـــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده
للهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق
والخاتم لما سبق والناصر الحق بالحق
والهادي الى صراطك المستقيم صلى الله عليه
وعلى أله وأصحابه حق قدره ومقداره العظيم
- Selawat Fatih
اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar
الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده
للهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق
والخاتم لما سبق والناصر الحق بالحق
والهادي الى صراطك المستقيم صلى الله عليه
وعلى أله وأصحابه حق قدره ومقداره العظيم
- Selawat Fatih
اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar
الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته
Insya'ALLAH, kita bakal memasuki tahun yang baru pada hari Jum'at ini, malam Sabtu, 24hb Oktober 2014. Jum'at hari terakhir, malam Sabtu hari pertama. Maka tutup tahun kita dengan bertaubat kepada ALLAH. Banyakkan taubat pada hari Jum'at tersebut, banyakkan istighfar kepada ALLAH.
Tidak terbenam matahari melainkan kita dalam keadaan memohon Keampunan dari ALLAH Subhana wa Ta'ala kerna Nabi ShalALLAHu'Alaihi wa Alihi waShahbihi waSallam bersabda:
"Amal perbuatan tergantung dari penutupnya."
Maka tahun ini, kita tutup dengan kebaikan, insya'ALLAH, sebelum-sebelum ini kesalahan kita Diampuni oleh ALLAH Subhana wa Ta'ala. Terus buka tahun baru kita dengan kebaikan; dengan dzikr, dengan niat & tekad yang bagus kepada ALLAH Subhana wa Ta'ala. Kemudian juga di awal Muharram bagi yang bisa berpuasa, maka mulailah hari baru dengan berpuasa, berharap Keredhaan dari ALLAH Subhana wa Ta'ala.
Kemudian pada hari 'Asyura, 10hb Muharram, dimakmurkan dengan berpuasa, perhatian dengan anak-anak yatim kita dlsb. Terus juga ada doa Awal tahun & ada doa Akhir Tahun. Yang jelas intinya, tahun kita yang baru ini, kita bertekad untuk mengorbankan apa yang bisa korbankan untuk ALLAH & RasulNYA.
Pelajaran penting dari hijrahnya Nabi Besar Muhammad ShalALLAHu'Alaihi wa Alihi waShahbihi waSallam, diantaranya adalah pengorbanan. Lihat pengorbanan yang diberikan oleh RasuluLlah ShalALLAHu'Alaihi wa Alihi waShahbihi waSallam, juga pengorbanan yang diberikan oleh para Sahabat RadhiALLAHu'Anhum wa Ardhahum untuk Agama ini.
Kita sudah dengarkan bahwa Sayyidina 'Abubakr ash-Shiddiq RadhiALLAHu'Anhu wa Ardhah ketika ditanya: "Apa yang engkau tinggalkan untuk anak & isterimu?" Beliau mengatakan: "Aku tinggalkan untuk anak & isteriku, hanyalah ALLAH & RasulNYA." Demi ALLAH, yang beliau tinggalkan terlalu besar. Kita kalau bakal tinggalkan bagi anak & isteri kita, duit - habis. Akan tetapi ketika kita tinggalkan bagi anak & isteri kita, ALLAH & RasulNYA - tidakkan pernah habis.
Dia tinggalkan segalanya; dunia & akhiratnya disitu semuanya. Semuanya beliau berikan bakal RasuluLlah ShalALLAHu'Alaihi wa Alihi waShahbihi waSallam. Ana & ente apa yang sudah kita berikan untuk Agama ini? Apa yang sudah kita berikan? Apa yang mahu kita banggakan?
Ya, yang sedikit bisa kita lakukan maka kita lakukan tetapi jangan jadi sombong. Yang sedikit yang bisa kita berikan maka kita berikan & sebesar apa pun yang kita berikan untuk Agama ini, masih sedikit. Ya Rabb, mudah-mudahan, apa yang bisa kita berikan Diterima oleh ALLAH Subhana wa Ta'ala. Sedikit kalau Diberkahi oleh ALLAH, akan menjadi banyak. Keberkahan dari ALLAH yang kita harapkan & semoga ALLAH Berikan Keberkahan bakal kita sekalian, negeri ini Dimakmurkan oleh ALLAH Subhana wa Ta'ala. Keberadaan Majlis yang seperti ini, adalah hal yang menjadi penyebab turunnya Rahmat, menjadi makmur negeri ini, menjadi berkah, insya'ALLAH, kita akan menjadi orang-orang yang dicintai oleh Nabi Muhammad ShalALLAHu'Alaihi wa Alihi waShahbihi waSallam.
Sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini, kita tutup tahun kita dengan istighfar, beserta doa, seperti doa Akhir tahun & doa Awal tahun, kita baca. Juga mulai tahun baru kita dengan ketaatan kepada ALLAH Subhana wa Ta'ala, diantara ketaatan yang terbaik yang bisa kita lakukan setelah berpuasa adalah berselawat kepada RasuluLlah ShalALLAHu'Alaihi wa Alihi waShahbihi waSallam, berdzikr, berkumpul & berdzikr kepada ALLAH Subhana wa Ta'ala, jadikan itu permulaan tahun kita. Kita mulakan dengan berdzikr kepada ALLAH & RasulNYA. Kita berdzikr, kita berselawat & kita berdoa, insya'ALLAH, 1 tahun penuh kita Dilindungi oleh ALLAH, Dijaga oleh ALLAH, ya Rabbal 'Alamin.
- Mafhum dari Wasiat al-Habib Ahmad bin Naufal bin Salim bin Ahmad bin Jindan, Masjid Raya al-Munawwar, Pancoran, Jaksel, 20/10/14. Semoga ALLAH Memelihara & Menyayangi beliau sekeluarga serta kita semuanya.
๑۩ ▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬ ۩๑
Insya'ALLAH, dikesempatan yang mulia ini, alfaqirah sekeluarga disini ingin mengucapkan kepada semua yang mengenali kami mahupun tidak, dimana jua kalian berada, didalam apa jua keadaannya - Selamat Menyambut Tahun Baru 1436 Hijrah :)
Kemuliaan, Keagungan, Kesucian, Keberkahan dan Pengampunan Hijrah, semoga senantiasa ALLAH Subhana wa Ta'ala Curahkan keatas kita; hamba-hambaNYA dan Ummat Nabi Muhammad ShalALLAHu'Alaihi wa Alihi waShahbihi waSallam. Semoga setiap Tahun, setiap bulan, setiap minggu, setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat dan setiap ketika; samada dalam keadaan senang mahupun payah, gembira mahupun duka, sihat mahupun sakit, ketika dalam keadaan ramai orang mahupun keseorangan; kita semakin dekat, semakin taat, semakin takut, semakin cinta, semakin rindu kepadaNYA ALLAH Subhana wa Ta'ala dan kepada KekasihNYA, Nabi Muhammad ShalALLAHu'Alaihi wa Alihi waShahbihi waSallam.
Semoga kita kembali KehadratNYA kelak dalam keadaan Diredhai dan Diterima ALLAH Subhana wa Ta'ala sebagai hambaNYA, dalam keadaan Diredhai dan Diakui Nabi Muhammad ShalALLAHu'Alaihi wa Alihi waShahbihi waSallam sebagai Ummat Baginda. Syukran jazilan diatas segala perhatian & kebaikan kalian selama ini. Mohon redha, ampun & maaf zahir batin diatas segala kejahilan, kekurangan serta kesilapan kami. JazakumuLlah khairal jaza'. BarakALLAHu fikum. Astawdi'ukumuLlah. Fi amaniLlah.
اللهم اغفر لي ولوالدي وللمسلمين والمسلمات
والمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والاموات
اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة
وقنا عذاب النار برحمتك يا أرحم الراحمين
اللهم إني أسألك العفو والعافية
والمعافاة الدائمة في الدين والدنيا والآخرة
برحمتك يا أرحم الراحمين
اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين
والمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والاموات
اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة
وقنا عذاب النار برحمتك يا أرحم الراحمين
اللهم إني أسألك العفو والعافية
والمعافاة الدائمة في الدين والدنيا والآخرة
برحمتك يا أرحم الراحمين
اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين