Sunday, October 26, 2014

Keterikatan Yang Agung



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع
الأهوال وا لأفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا
بهامن جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات
وتبلغنا بها أ قصى الغايات من جميع الخيرات فى الحيا ة
وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Munjiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





Mafhum diantara penyampaian al-Fadhil KH Muhammad Muhyiddin bin 'Abdul Qadir al-Manafi didalam Majlis Haul as-Sayyid al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafiz, semoga ALLAH Merahmati & Memelihara mereka semuanya:


Di hari Kiamat nanti, ada 7 buah golongan yang akan berada dibawah Naungan 'ArasyNYA ALLAH Subhana wa Ta'ala. Salah satu diantara golongan tersebut adalah mereka yang hati-hatinya terkait atau terikat dengan Masjid.


Lalu, jika kita bandingkan Masjid dengan Ulama', mana yang lebih agung?


ULAMA' - Kita semua sepakat mengatakan jika para Ulama' lebih agung. Tidak akan pernah ada Majlis 'Ilmu jika tanpa ada keberadaan Ulama'nya. Setiap langkahnya Dihargai oleh ALLAH. Sebagaimana hadiths, duduknya Dihargai oleh ALLAH meski tidak memengang pena atau menulis satu huruf pun, hanya duduk sahja, Dihargai oleh ALLAH. Malah duduknya 1 saat di dalam Majlis 'Ilmu lebih baik daripada pahalanya memerdekakan 1,000 orang hamba sahaya dari keturunan Nabi Ismail 'Alaihis-salam.


Inilah harga Ulama' sehingga bisa berubah nilai langkah & bisa berubah nilai duduk. Jika orang mengerti & memahami akan hadiths ini, selama hidupnya sampai matinya tidak ingin berpindah atau bergeser daripada Majlis 'Ilmu & duduk bersama para Ulama', sehingga dia ingin mati disana.



Maka, jika hati yang terikat dengan Masjid sahja mendapatkan khabar gembira bahwa mereka berada dibawah Naungan 'ArasyNYA ALLAH, lantas bagaimana jika hati mereka yang terikat dengan para Ulama'?


Apa lagi yang lebih tinggi lagi terikat dengan Ulama' kelas para Auliya', apa lagi yang lebih tinggi lagi terikat dengan kelas para Anbiya', apa lagi yang lebih tinggi lagi terikat dengan kelas para Mursalin, apa lagi yang lebih tinggi lagi terikat dengan Sayyidul Mursalin, Sayyidul Awwalin wal Akhirin, Sayyiduna wal Mawlana Muhammad ShalALLAHu'Alaihi wa Alihi waShahbihi waSallam?


Hati-hati mereka terikat dengan 'Ilmunya, dengan Sunnahnya RasuliLlah, dengan sholat, dengan al-Qur'an, dengan sholat berjama'ah, menghadiri Majlis 'Ilmu, berdzikr, berselawat kepada RasuliLlah ShalALLAHu'Alaihi wa Alihi waShahbihi waSallam, subhanALLAH - kira-kira apa yang ALLAH akan Berikan kepada mereka ini?


ALLAHu ALLAH, Shollu 'alal-Habib!



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


جزى الله عنا سيدنا محمداً
صلى الله عليه وآله وسلم ما هو أهله
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

0 Ulasan:

Related Posts with Thumbnails