"Seseorang Akan Bersama Orang Yang Ia Cintai"


Janji RasuluLlah ﷺ bahwa semua akan bersama orang yang ia cintai dihari kiamat. Semoga kita hidup dan wafat dalam cinta kepada RasuluLlah ﷺ dan para Ulama` Shalihin. Amiin ALLAHumma amiin. Al-Fatihah.

Koleksi Selawat Dalam Blog Ini


Terjemahan serta syarahan oleh asy-Syeikh Yusuf ibn Ismail an-Nabhani RahimahuLlah.

Wednesday, June 9, 2010

Bila Iman Kukuh Akan Bertambahlah Bimbang...



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل صلاة كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد
الذى تنحل به العقد وتنفرج به الكرب وتقضى به الحوائج
تنال به الرغائب وحسن الخواتم وسيتشقى الغمام بوجهه الكريم
وعلى آله وصحبه فى كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك
- Selawat at-Tafrijiyyah / Selawat an-Nariyyah / Selawat Kamilah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





Ketahuilah dengan sepenuh yakin, moga-moga ALLAH Merahmati anda, bahwa apabila Iman seseorang itu menjadi kukuh, dan amalannya menjadi lebih baik, maka bimbangnya menjadi lebih banyak. Di sebaliknya, jika Imannya menjadi lemah dan amalannya menjadi buruk, maka bimbangnya akan bertambah kurang. Ketika itu rasa aman dan megah diri akan menguasai jiwa. Jadikanlah perkara ini sebagai tauladan untuk dirimu dan diri orang lain, niscaya anda akan mendapatinya ketara sekali.


Kesimpulannya, seseorang Mu`min yang sebenar ialah orang yang sentiasa mengerjakan amal saleh dengan penuh tulus dan ikhlas. Kemudian ia mengharapkan Pengabulan dan Balasan dari ALLAH تعالى atas amalan itu. Ia mesi menyingkirkan diri dan menjauhkannya dari semua pekerjaan yang jahat, kerana bimbang akan ditimpa bencananya, dan takut kelak ALLAH سبحانه وتعالى akan Menurunkan azab dan siksa atasnya jika ia melakukan. Ia harus sentiasa kembali kepada ALLAH تعالى, bertaubat kepadaNYA seraya memohon Pengampunan setiap waktu dan masa.


Barangsiapa yang tiada bersifat dengan sifat-sifat yang tersebut di atas itu, maka bukanlah ia seorang Mu`min yang hakiki, malah ia tergolong orang-orang yang mencampur-aduk, dan dirinya berada di dalam jurang bahaya.


Fahamkanlah nasihat ini dengan baik, dan tuntunlah dirimu atas sifat-sifat yang mulia itu, niscaya anda akan berjaya dan terselamat, insya`ALLAH تعالى.*



"Sesungguhnya Iman itu ibarat lentera.
Sebagaimana lentera membutuhkan minyak untuk menghidupkan cahayanya,
maka Iman membutuhkan ibadah untuk menghidupkan cahayanya."

- Habib Hasan ibn Shaleh al-Bahr al-Jufri رحمة الله تعالى عليه**



______________________


* Dari kitab "Nasihat Agama Dan Wasiat Iman" karangan al-Imam al-Qutub al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad dengan terjemahan oleh al-Habib Ahmad ibn Muhammad Semait رضي الله تعالى عنهم.

** Dari kitab "Shalat Para Wali"; himpunan karangan Habib Hasan ibn Shaleh al-Bahr al-Jufri رحمة الله تعالى عليه dengan terjemahan oleh Ustaz Novel Muhammad al-`Aydrus حفظه الله تعالى




اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Tuesday, June 8, 2010

Renungan Hasanah Bhg1



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



صلى الله على نبينا محمد كلما ذكره الذاكرون
وغفل عن ذكره الغافلون
- Selawat al-Imam asy-Syafi`i رحمة الله تعالى عليه


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





`Ali Zainal `Abidin Putra Husein رضي الله تعالى عنه setiap kali selepas berwudhu`
terlihat gementar dan pucat pasi. Kala ditanyakan padanya beliau menjawab :
"Tahukah kalian kepada siapa aku akan menghadap dan bermunajat???"*



_______๑۩۞۩๑_______



Ihsan Dalam Segala Amal


Di antara kewajiban seorang Mukmin adalah berakhlak dengan akhlak ihsan (bagus) dalam segala amal perbuatannya, sehingga dengan akhlak tersebut amalnya menjadi baik, bersih, Diterima oleh ALLAH dan pahalanya dilipat gandakan. Amal sedikit yang disertai ihsan itu lebih baik daripada amal banyak tapi tidak disertai ihsan.


Maka semestinya bagi yang membaca al-Qur`an dia membaca sedikit dari al-Qur`an tapi dengan merenungi dan berusaha memahami arti yang terkandung di dalamnya serta bagus bacaannya itu lebih baik dari pada membacanya dengan berjuz-juz dan berlembar-lembar namun tidak merenungi artinya.


Karena itu, memperhatikan akhlak ini (ihsan) semestinya dilakukan oleh setiap Muslim, dalam melaksanakan wudhu`, ibadah dan lain sebagainya. Sayyidah Nafisah رضي الله تعالى عنها di Mesir memberi isyarat pada derajat ihsan ini dengan menyebut satu dari simbol-simbol ihsan, sebagai pujian pada Imam Syafi`i رضي الله تعالى عنه dengan perkataan beliau, di saat beliau menshalati janazah Imam Syafi`i :
"Semoga ALLAH Merahmati Imam Muhammad bin Idris asy-Syafi`i,
dia dulu bagus dalam wudhu`."


Lihatlah terhadap kecerdasan wanita mulia ini, beliau mensifati Imam Syafi`i رضي الله تعالى عنه hanya dengan bagus (ihsan) dalam berwudhu`. Beliau menjadikan ihsan dalam wudhu` sebagai tanda telah mencapai derajat ihsan. Karena orang yang baik dalam wudhu`nya maka shalatnya baik, dan orang yang shalatnya baik berarti Agamanya juga baik, bahkan semua aktivitas hidupnya juga baik.


Dengan itulah beliau mensifati Imam Syafi`i رضي الله تعالى عنه, beliau juga memberi pemahaman bahwa ketidak adanya ihsan dalam satu perkerjaan dapat menjadikan seseorang tidak bisa melaksanakan ihsan dalam segala perbuatannya. Orang yang tidak memperhatikan ihsan dalam wudhu` dia juga tidak akan memperhatikan ihsan di dalam shalat, kemudian dia juga tidak memperhatikannya dalam zakat, dalam puasa, haji, sadaqah dan lain sebagainya.


Semoga ALLAH Menganugerahkan kita sifat ihsan dalam segala amal-amal kita dan Menetapkan kita dalam golongan orang-orang yang baik (ihsan). Ya ALLAH, Angkatlah kami kepada derajat ihsan, dan Sambutlah kami dengan Ihsan (baik) dan Ampuni kejelekan dari kami serta berbuat baiklah kepada kami, duhai Dzat yang Baik. Dan Jadilah Engkau Penolong kami sebagaimana Engkau memang pantas untuk itu dalam segala urusan, wahai Dzat Pemilik alam semesta.**


______________________


* Dari kitab "Bidadari Bumi" karangan Hubabah Halimah al-`Aydrus حفظه الله تعالى

** Dari kitab "Obat Hati-1; Ringkasan Ihya` Ulumiddin. Saduran Ceramah Habib Umar bin Hafidz حفظه الله تعالى"

~ Al-Fatihah untuk al-Marhum al-`Allamah al-Hasan bin al-Siddiq al-Ghumari رحمه الله تعالى, yang telah pulang ke RahmatuLlah pada hari Ahad, 6hb Jun 2009M. Semoga ruh beliau Dilimpahi Rahmat dan RahimNYA, ALLAH Jalla جل جلاله dan ditempatkan bersama-sama para Nabiyyin, Shiddiqin, Syuhada`, Shalihin, Muqarrabin dan KekasihNYA, RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم. Amiin ALLAHumma amiin.




اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه
برحمتك يا أرحم الراحمين


اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Wednesday, June 2, 2010

Shalat Isya` Terakhir RasuluLlah ﷺ - Mesti Lihat!



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد
وعلى آله عدد نعم الله وإفضاله
- Selawat al-In`am


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad al-Musawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan di Masjid al-Munawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 31hb Mei 2010M. Insya`ALLAH, ziarahi hamba juga di Vimeo.


^ Siaran langsung Majlis Ta`lim bersama Habibana adalah pada setiap hari Isnin bermula pada pukul 10.00 malam; waktu Singapura. Antum bisa mendengar ataupun melihat nya secara langsung melalui Lelaman Habibana ataupun Lelaman ASWAJA (Radio). Majlis Ta`lim akan dimulakan dengan bacaan Maulid Addhiya`Ullami kemudian diikuti dengan Pengajian Hadiths bimbingan Habibana, dan diakhiri dengan dzikr, qasidah serta doa munajat.



Pengumuman





Ziarah Da`wah Guru Mulia ke Indonesia telah dibatalkan



Kios Majelis RasuluLlah ﷺ Singapura
^ klik pada gambar untuk maklumat lanjut.



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

................ ﷺ!



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على محمد وعلى آله وأصحابه
وأولاده وأزواجه وذريته وأهل بيته
وأصهاره وأنصاره وأشياعه ومحبيه وأمته
وعلينا معهم أجمعين يا أرحم الراحمين
- Selawat al-Imam Hasan al-Bashri رحمة الله تعالى عليه


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





"Sang Nabi sampai di `Arsy ar-Rahman tidak Diperintah untuk melepas sandalnya, bukan berarti sandalnya lebih mulia dari seluruh makhluk. Bagaimana Jibril عليه السلام kok tidak bisa naik tapi sandal Rasul صلى الله عليه وآله وسلم bisa sampai ke Hadirat ALLAH? Hingga muncul satu syair "Mana sih yang lebih mulia Jibril atau sandal Rasul? Kok sandal Rasul bisa sampai ke Hadirat ALLAH?"


Tentunya (sangat lebih mulia) Jibril عليه السلام, sandal hanya terbuat dari kulit kambing yang tidak ada artinya, tapi masalahnya karena terikat di kaki Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم! Ini adalah hukum taba`iyyah.


Tentunya pakaian Rasul صلى الله عليه وآله وسلم yang dipakai beliau bukan berarti lebih mulia dari semua makhluk, tapi karena hukum taba`iyyah yaitu terikat di pakaian Sang Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, nah kalau sandal yang terikat di kaki beliau bisa sampai ke Hadirat ALLAH, terlebih lagi jiwa yang terikat kepada Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم!" - Habibana Munzir ibn Fuad al-Musawa حفظه الله تعالى





"Wahai ALLAH, wahai Tuhan kami, Kurniakanlah kepada kami keinginan sungguh-sungguh
untuk mengikuti jejak langkah Junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ awalnya, akhirnya,
lahirnya, batinnya, perkataannya, perbuatannya, ibadatnya dan amal baktinya."




اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

"Meski Telah Tiada, Tetap Ada"



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عدد ما في علم الله
صلاة دائمة بدوام ملك الله
- Selawat as-Sa`adah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan ALLAH itu mati;
bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan Mendapat rezki."

- Surah `Ali `Imran ayat 169



صــــــــدق الله العظيم



"Orang Mu`min tidak takut mati, tidak pula cari mati
Tapi ia rindukan mati...
Sebab dia yakini mati bukanlah akhir dari kehidupan
Tapi justru mati adalah awal dari kehidupan yang sesungguhnya..."

- al-Fadhil Ustaz Muhammad `Arifin `Ilham حفظه الله تعالى


"Barang siapa menjadikan kematiaannya
sebagai pertemuan dengan Sang Kekasih (ALLAH),
maka kematian adalah hari raya baginya."

- al-Musnid al-`Allamah al-Habib `Umar bin Hafiz حفظه الله تعالى



أصــــــلح الله أمور المسلمين
صــــــــــرف الله شر المؤذين


اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين