Wednesday, June 9, 2010

Bila Iman Kukuh Akan Bertambahlah Bimbang...



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل صلاة كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد
الذى تنحل به العقد وتنفرج به الكرب وتقضى به الحوائج
تنال به الرغائب وحسن الخواتم وسيتشقى الغمام بوجهه الكريم
وعلى آله وصحبه فى كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك
- Selawat at-Tafrijiyyah / Selawat an-Nariyyah / Selawat Kamilah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





Ketahuilah dengan sepenuh yakin, moga-moga ALLAH Merahmati anda, bahwa apabila Iman seseorang itu menjadi kukuh, dan amalannya menjadi lebih baik, maka bimbangnya menjadi lebih banyak. Di sebaliknya, jika Imannya menjadi lemah dan amalannya menjadi buruk, maka bimbangnya akan bertambah kurang. Ketika itu rasa aman dan megah diri akan menguasai jiwa. Jadikanlah perkara ini sebagai tauladan untuk dirimu dan diri orang lain, niscaya anda akan mendapatinya ketara sekali.


Kesimpulannya, seseorang Mu`min yang sebenar ialah orang yang sentiasa mengerjakan amal saleh dengan penuh tulus dan ikhlas. Kemudian ia mengharapkan Pengabulan dan Balasan dari ALLAH تعالى atas amalan itu. Ia mesi menyingkirkan diri dan menjauhkannya dari semua pekerjaan yang jahat, kerana bimbang akan ditimpa bencananya, dan takut kelak ALLAH سبحانه وتعالى akan Menurunkan azab dan siksa atasnya jika ia melakukan. Ia harus sentiasa kembali kepada ALLAH تعالى, bertaubat kepadaNYA seraya memohon Pengampunan setiap waktu dan masa.


Barangsiapa yang tiada bersifat dengan sifat-sifat yang tersebut di atas itu, maka bukanlah ia seorang Mu`min yang hakiki, malah ia tergolong orang-orang yang mencampur-aduk, dan dirinya berada di dalam jurang bahaya.


Fahamkanlah nasihat ini dengan baik, dan tuntunlah dirimu atas sifat-sifat yang mulia itu, niscaya anda akan berjaya dan terselamat, insya`ALLAH تعالى.*



"Sesungguhnya Iman itu ibarat lentera.
Sebagaimana lentera membutuhkan minyak untuk menghidupkan cahayanya,
maka Iman membutuhkan ibadah untuk menghidupkan cahayanya."

- Habib Hasan ibn Shaleh al-Bahr al-Jufri رحمة الله تعالى عليه**



______________________


* Dari kitab "Nasihat Agama Dan Wasiat Iman" karangan al-Imam al-Qutub al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad dengan terjemahan oleh al-Habib Ahmad ibn Muhammad Semait رضي الله تعالى عنهم.

** Dari kitab "Shalat Para Wali"; himpunan karangan Habib Hasan ibn Shaleh al-Bahr al-Jufri رحمة الله تعالى عليه dengan terjemahan oleh Ustaz Novel Muhammad al-`Aydrus حفظه الله تعالى




اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Related Posts with Thumbnails