Monday, June 14, 2010

Repost : Bulan Rejab | شهر رجب



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



صلى الله على نبينا محمد كلما ذكره الذاكرون
وغفل عن ذكره الغافلون
- Selawat al-Imam asy-Syafi`i رحمة الله تعالى عليه


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar




As-Salamu`alaikum wa RahmatuLlahi wa Barakatuh wa Maghfiratuh. Al HamduliLlah wa asy-Syukru liLlah, segala Puji dan Syukur kita rafa`kan KehadratNYA, BagiNYA, UntukNYA dan KernaNYA, di atas Limpahan ni`mat Iman dan Islam, yang telah melanjutkan usia kita, memberi kesihatan tubuh badan dan sesungguh nya kepadaNYA jualah tempat kita kembali...


Al HamduliLlah wa asy-Syukru liLlah, kita telah berada di dalam bulan Rejab, yang juga dikenali sebagai bulan ALLAH, bulan rejam, bulan yang dihormati, bulan tersendiri, bulan ibadah, bulan istighfar, bulan kelahiran hamba yang dhoif ini...


Disamping itu, ummat Islam memperingati bulan Rejab sempena dengan peristiwa-peristiwa yang paling penting dan bersejarah diantara nya ialah peristiwa Isra` Mi`raj Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan seterus nya ke Sidratul Muntaha, berlaku nya perang Tabuk, pembebasan al-Quds dan wafat nya Imam asy-Syafi`i رحمة الله تعالى عليه. ALLAHu ALLAH...



اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
"Ya ALLAH, Berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Sya`ban dan Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan."


* Rejab merupakan pembukaan bulan-bulan kebaikan dan barakah. Jika tahun diibaratkan sebagai pohon, maka Rejab itu ibarat waktu keluar nya daun, Sya`ban ibarat keluar nya bunga dan Ramadhan ibarat keluar nya buah-buah nya.


Maka dari itu, marilah kita bersama-sama mengisi nya dengan memperbanyakkan beribadah seperti solat, puasa, dzikr, selawat, doa, membaca al-Quranul Kareem, istighfar dll.



رب اغفر لي وارحمني وتب علي

"Ya Tuhanku, Ampunilah aku, Rahmatilah aku dan aku bertaubat kepadaMU."


Berniagalah dengan amal shalih kita dengan sebanyak mungkin agar kita mendapat keberuntungan yang besar di Akhirat sana nanti...






* Semoga ALLAH mengampuni segala dosa-dosa kita dan ahli keluarga kita dan ummat Islam seluruh nya dan memasukkan kita semua di dalam golongan yang rajin dalam melakukan amal shalih, yang rajin dalam melakukan ibadah, ya ALLAH ya RABBal `alamin.


Kami adalah insan yang dhoif, yang kurang dari segala sesuatu. Rahmatilah kami ya ALLAH. Berkatilah kehidupan kami, ya ALLAH. Selamatkanlah kami, ya ALLAH. Lindungilah kami dan ummat Islam ya ALLAH, daripada segala bala`, bencana dan kesusahan di dunia dan di akhirat dengan barakah Junjungan kami Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dan dengan barakah para Wali, para Shalihin dan para Mursalin. Amin ya RABBal `alamin.


__________________________


* Dari Kitab "Kelebihan Bulan Rejab - Keutamaan Dan Amalan" karangan al-Mukarram al-Habib
as-Sayyid Hasan ibn Muhammad ibn Salim al-`Attas حفظه الله تعالى.




وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Related Posts with Thumbnails