Sejahteralah
jasad Baginda
setelah melalui hari-harinya
yang memenatkan serta meletihkan
disebabkan kita...
Sejahteralah
jasad Baginda
dapat berehat setelah perutnya
yang diikat dengan batu kerana kelaparan
disebabkan kita...
Sejahteralah
jasad
yang pernah dilemparkan dengan batu
sehingga melukakannya
disebabkan kita...
Sejahteralah
jasad
yang pernah dipatahkan gerahamnya
disebabkan kita...
Sejahteralah
jasad
yang pernah dilukakan dahinya
dan mengalirlah darahnya lalu Baginda menahannya
dengan tangannya untuk menjaga darah
yang bersih itu dari terjatuh ke tanah
sebagai rahmat bagi mereka
dan kita dari kemurkaan ALLAH...
Sejahteralah
jasad
yang pernah dimasuki sesuatu ke dalam daging pipinya
disebabkan kita....
Sejahteralah
jasad
yang mana kakinya bengkak
disebabkan pengabdiannya pada ALLAH serta da`wah
untuk kita...
Sejahteralah
jasad
yang memikul kesukaran,
keletihan, kesakitan dan kelaparan
disebabkan kita....
ya RABB......