بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين
للهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق
والخاتم لما سبق والناصر الحق بالحق
والهادي الى صراطك المستقيم صلى الله عليه
وعلى أله وأصحابه حق قدره ومقداره العظيم
- Selawat Fatih
الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته
للهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق
والخاتم لما سبق والناصر الحق بالحق
والهادي الى صراطك المستقيم صلى الله عليه
وعلى أله وأصحابه حق قدره ومقداره العظيم
- Selawat Fatih
الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته
Ketahuilah, bagi orang yang membaca al-Quran itu ada adab-adab nya yang lahir dan batin. Seorang hamba tidak akan dihitung pembaca al-Quran yang sebenar nya, sempurna bacaan nya sehingga mendapat tempat di sisi Tuhan, melainkan terlehih dahulu ia harus beradab dengan adab-adab yang lahir dan batin. Orang yang mengabaikan adab-adab tersebut, tiada memelihara tata-tertib nya, belum boleh dihitung telah sempurna bacaan nya, tetapi tidaklah sesia bacaan nya itu, kerana ia akan peroleh pahala sekadar nya juga.
Di antara adab-adab nya yang terpenting dan dituntut, si pembaca al-Quran itu harus bersifat ikhlas kepada ALLAH Ta`ala serta mengharapkan keredhaanNYA, di samping mendekatkan diri kepadaNYA dan mengharapkan pahala dari pembacaan nya itu. Janganlah sampai ia membaca al-Quran secara menunjuk-nunjuk, atau meniru-niru orang lain, atau untuk menghibur orang, atau mengharapkan sesuatu hadiah dan bayaran, kerana yang demikian itu adalah matabenda yang bakal binasa dan lenyap.
Tetapi hendaklah seluruh batin dan hati nya penuh perasaan dengan kebesaran Dzat Yang Berbicara; iaitu ALLAH `Azzawajalla, merendahkan diri kerana ke Maha AgunganNYA, seluruh hati dan anggota nya penuh khusyu`, seolah-olah ia sedang berdiri dihadapan ALLAH membaca Kitab SuciNYA yang menerangkan tentang perintah dan larangan.
Adalah wajar bagi orang yang telah mengenal al-Quran dan mengenal Pembicara nya bersifat dengan sifat-sifat yang tersebut di atas itu, ataupun lebih sempurna dari sifat-sifat tersebut. Betapa tidak, bukankah ALLAH Subhana wa Ta`ala telah berfirman :
"Kalau al-Quran ini, Kami turunkan ke atas sebuah gunung, nescaya engkau akan melihat gunung itu tunduk dan membelah kerana takut kepada Tuhan. Itulah perumpamaan yang Kami tunjukkan kepada manusia, moga-moga mereka dapat memikirkan." - Surah al-Hasyr ayat 21
Jika gunung yang bersifat beku dan keras akan demikian jadi nya, apabila diturunkan ke atas nya al-Quran, maka bagaimana pula hal nya manusia yang bersifat lemah dan yang dijadikan dari air dan tanah. Hanya yang menyebabkan manusia tidak sedar ialah kelalaian hati dan kekerasan, dan lantaran kurang nya pengenalan terhadap kebenaran ALLAH Ta`ala, ke Maha AgunganNYA.
ALLAH Ta`ala telah berfirman dalam mensifatkan para hambaNYA yang khusyu` ketika membaca al-Quran, firmanNYA :
"Sesungguh nya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelum itu, apabila dibacakan al-Quran kepada mereka, lalu mereka meniarap sujud dengan dahi nya. Dan mereka berkata : "Maha Suci Tuhan kami, sesungguh nya janji Tuhan kami itu pasti dipenuhi." Dan mereka meniarap dengan dahi nya seraya menangis, dan al-Quran itu menambah mereka khusyu`." - Surah al-Isra` ayat 107-109
ALLAH Ta`ala berfirman lagi :
"Tuhan telah menurunkan sebaik-baik pembicaraan; iaitu Kitab (al-Quran) yang isi nya serupa dan berulang-ulang, menjadi seram kulit-kulit orang yang takutkan Tuhan nya, kemudian menjadi lembut pula kulit-kulit dan hati mereka untuk mengingati Tuhan." - Surah az-Zumar ayat 23
Membesarkan Tuhan serta berlaku khusyu` dan khudhu` ketika membaca al-Quran itu adalah dari sifat-sifat para Mu`minin yang sebenar nya, para ahli yang arif dengan ke Maha Agungan ALLAH Ta`ala, Tuhan Rabbil `Alamin. Manakala sifat lalai, keras hati, sentiasa lupa dan kurang memerhatikan ketika membaca al-Quran adalah dari sifat-sifat orang yang membelakangi al-Quran, terkeliru, iman nya lemah, keyakinan nya hampir tidak ada, sedang hati nya kosong dari hakikat mengenal ALLAH dan mengenal KalamuLlah. Mudahan-mudahan ALLAH memelihara kita sekalian dari kelakuan tersebut, dan DIA melindungi kita sekalian dari semua jenis bala dan merbahaya.
- Dari kitab "Nasihat Agama Dan Wasiat Iman" karangan al-Imam al-Qutub al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad dengan terjemahan oleh al-Habib Ahmad ibn Muhammad Semait رضي الله تعالى عنهم
اللهم ذكرني منه ما نسيت وعلمني منه ما جهلت
وارزقني تلاوته آناء الليل واطراف النهار
واجعله لى حجة يارب العالمين
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين
اللهم ذكرني منه ما نسيت وعلمني منه ما جهلت
وارزقني تلاوته آناء الليل واطراف النهار
واجعله لى حجة يارب العالمين
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين