Monday, December 29, 2008

Salam Ma`al Hijrah 1430





Segala Pujian bagi ALLAH, Tuhan yang Mentadbir seluruh alam
iaitu Puji-pujian yang menyamai segala Ni`matNYA
dan sebanding dengan segala tambahanNYA.


Wahai Tuhan kami, bagiMU segala Kepujian
sebagaimana yang selayak nya dengan kebesaran DzatMU
dan dengan kebesaran KekuasaanMU.


Maha Suci Engkau kami tidak mampu
menghitung Puji-pujian atasMU,
Engkau adalah sebagaimana
Engkau telah Memuji-muji akan DzatMU.



Ya ALLAH, limpahkanlah Selawat keatas Junjungan kami
Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم);
Selawat yang dengan keberkahan nya
Engkau lepaskan kami dari segala huru-hara dan bala bencana;
Selawat yang dengan keberkahan nya
Engkau tunaikan bagi kami segala hajat;
Selawat yang dengan keberkahan nya
Engkau sucikan kami dari segala kesalahan;
Selawat yang dengan keberkahan nya
Engkau tinggikan kedudukan kami di sisiMU;
Selawat yang dengan keberkahan nya
Engkau sampaikan segala matlamat kami
dari sekalian kebajikan dalam hidup ini dan selepas kematian;
Limpahkanlah juga Selawat ke atas ahli Keluarga
dan para Sahabat Baginda (صلى الله عليه وسلم)
dengan disertai Salam Sejahtera.

- Selawat Munjiyyah


Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim...
Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram...


Wahai ALLAH, Tuhan nya Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم dan keluarga nya Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم. Aku bermohon dengan hak nya Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم, agar Engkau berikan Rahmat yang Agung kepada Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم, dan agar Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم ada rasa cinta kepada kami dan diisikan rasa cinta kepada Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم kepada kami, dan agar Engkau membentuk akhlaq kami seperti akhlaq nya Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم dan agar kami diberi rezki mengikuti ajaran dari Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم dan agar Engkau mengangkat tirai penghalang diantaraku dengan Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم, dan agar Engkau mengumpulkan kami dan Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم dalam permulaan hingga akhir, zahir dan batin di dalam rahsia dan secara terang-terangan dan di dalam terjaga dan tidur, hidup dan mati, di dalam dunia dan akhirat, di dalam kelembutan dan kesihatan dariNYA.
(Doa riwayat dari al-Imam al-Habib Ahmad ibn Hasan al-`Attas رضي الله عنه)


Wahai ALLAH, sesungguh nya kami memohon kepadaMU kesihatan di dalam taqwa, panjang umur di dalam kebaikan amal. Rezki yang luas yang tidak dijadikan azab, jagalah kami dimana kami berada, dan janganlah Engkau serahkan kami kepada diri kami sendiri walaupun sekelip mata. (Doa riwayat dari al-Imam Ja`far as-Saddiq رضي الله عنه)


Wahai ALLAH, pindahkanlah kami dan orang-orang Muslim dari kecelakaan kepada keberuntungan, dari neraka ke Syurga, dari azab ke Rahmat, dari dosa kepada Keampunan, dari berbuat keburukan kepada berbuat baik, dari takut kepada aman, dari miskin kepada kaya, dari hina kepada kemuliaan, dari kesempitan kepada kelapangan, dari tidak elok kepada yang bagus, dari kesusahan kepada kemudahan, dari berpaling kepada menghadap bersungguh-sungguh, dari penyakit kepada kesihatan, dari Kemurkaan kepada Keredhaan, dari kelalaian kepada ingat, dari kurang bersungguh-sungguh kepada bersemangat, dari terhalang kepada tertolong, dari bid`ah kepada sunnah, dari tidak adil kepada keadilan.


Wahai ALLAH, tolonglah kami atas Agama kami dengan dunia, dan di dunia dengan ketaqwaan, dan taqwa dengan amal, dan amal dengan pertolongan, dan semua nya itu dengan KelembutanMU yang mendatangkan KeredhaanMU, yang menghantarkan ke SyurgaMU, yang disertai dengan melihat DzatMU yang Mulia, wahai ALLAH, wahai ALLAH, wahai ALLAH, wahai Tuhanku, wahai Tuhanku, wahai Tuhanku, wahai Penolongku, wahai Penolongku, wahai Penolongku. Wahai Dzat yang paling Mulia dari yang mulia, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, wahai Dzat yang Agung dan Mulia. Wahai Dzat Pemberi Pemberian yang Agung.


Wahai ALLAH, aku memohon Taufiq cinta kepadaMU, keyakinan dalam beramal, yakin nya tawakkal kepadaMU dan baik sangkaku kepadaMU dan tidak memerlukan melainkan dariMU, wahai ALLAH. Wahai Dzat yang Maha Lembut, wahai Dzat yang Maha Pemberi rezki, yang Maha Pengasih, yang Maha Kuat, yang Maha Kukuh, aku memohon agar dapat menyatu kedalam diriMU dan kelembutan yang lengkap disisiMU dan rezki yang luas yang mencukupi, umur yang panjang dan amal perbuatan yang shalih dengan penuh keimanan dan keyakinan selalu bersama kebenaran Agama, kemuliaan dan ketinggian darjat, semua itu wahai ALLAH, berikanlah kepadaku dengan tetap abadi tanpa dinodai oleh perasaan takabbur, sombong dan kerosakan, sesungguh nya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Dekat.
(Doa Sayyidina Faqih Muqaddam Muhammad ibn `Ali Ba`alwi رضي الله عنه)


* Himpunan doa dari kitab "Bintang Indah Cemerlang"


______________________________



๑۩۞۩๑ Salam Ma`al Hijrah 1430 ๑۩۞۩๑


Mohon Maaf Zahir dan Batin. Al HamduliLlah, syukran jazilan diatas doa serta ingatan antum, barakALLAHu fikum. Kepada yang berkesempatan, marilah kita bersama-sama mengerjakan ibadah puasa sunnat pada Hari Tasuu`aa dan Hari Asyuraa` yang bakal tiba kelak, insya`ALLAH, bi izniLlah.


Semoga ALLAH `Azzawajalla menyertai setiap langkah kita dan semoga hidup kita di atas Islam dan Sunnah dan mati kita dalam keadaan Iman dan Taubat.



وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Related Posts with Thumbnails