بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده
صلى الله على نبينا محمد كلما ذكره الذاكرون
وغفل عن ذكره الغافلون
- Selawat al-Imam asy-Syafi`i رحمة الله تعالى عليه
اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar
الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته

Titipan al-Fadhil Ustaz Md Mazdiuky Md Ishak حفظه الله تعالى : "KEHARUMAN MAJLIS SELAWAT NABI - Telah diriwayatkan bahawa RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda :
"Tidak duduk (yakni hadhir) sesuatu kaum dalam sebuah Majlis kemudian mereka berpisah atau bersurai tanpa berselawat ke atasku melainkan perpisahan mereka itu atas bau busuk seperti bau bangkai himar."
Apabila sesuatu Majlis di mana para hadhirin yang menghadhirinya tidak berselawat ke atas RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم di dalamnya, akan menyebabkan mereka berpisah atau bersurai atas bau busuk seperti bau bangkai himar (keldai), maka tidaklah menghairankan jika Majlis yang di dalamnya diucapkan ucapan-ucapan selawat ke atas RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم akan menyebabkan para hadhirin yang menghadhirinya mendapat bau wangi yang paling harum dan paling baik.
Dan yang sedemikian itu adalah kerana RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم adalah makhluk yang terbaik dan yang paling suci, yang mana apabila Baginda bersabda dalam sesuatu Majlis, nescaya penuhlah Majlis tersebut dengan bau harum mewangi semerbak kasturi.
Maka demikianlah juga pada Majlis yang disebut di dalamnya akan RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم (yakni dengan berselawat, mendengar hadith-hadith baginda, mendengar ajaran-ajaran Baginda dan mendengar sirah atau kisah-kisah yang berkaitan dengan Baginda), nescaya akan terbitlah bau harum semerbak mewangi yang menembusi tujuh petala langit hinggalah ke `Arasy, keharumannya dicium oleh segala makhluk ALLAH سبحانه وتعالى yang di bumi selain daripada jin dan manusia.
Kalaulah manusia dan jin dapat mencium bau harum tersebut, nescaya lupalah mereka akan segala urusan penghidupan mereka, kerana terlalu sibuk menikmati kelazatan dan kenikmatan bau harum tersebut. Manakala, setiap malaikat dan makhluk ALLAH سبحانه وتعالى selain jin dan manusia, yang mencium bau harum tersebut akan berdoa memohon keampunan untuk orang-orang yang hadhir dalam Majlis tersebut, dan akan dituliskan bagi mereka yang hadhir itu pahala sebanyak bilangan makhluk ALLAH سبحانه وتعالى yang mencium bau harum tersebut serta diangkat darjat mereka menurut bilangan makhluk-makhluk tersebut. Maka setiap orang, masing-masing akan mendapat pahala yang sedemikian tadi tanpa mengira berapa jumlah mereka yang berhimpun dalam Majlis tersebut, sama ada hanya seorang ataupun seratus ribu orang, dan apa yang ada di Sisi ALLAH daripada pahala dan ganjaran adalah terlebih banyak lagi.
Maka wahai pencinta-pencinta RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم hendaklah kamu berselawat ke atas Baginda nescaya ALLAH, Tuhan yang Maha Tinggi akan Memberikan kamu minuman kerohanian penghubung kasih, memakaikan kamu dengan pakaian keindahan dan kesempurnaan serta menghiasi kamu dengan kitabNYA yang mulia. - Nasihat al-Imam Ibnul Jauzi رحمة الله تعالى عليه"
Tradisi Halaqah (Badan Agama & Pelajaran Radin Mas)
menganjurkan Majlis Ayat² Cinta
kepada RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم melalui Selawat keatas Baginda.
Sabtu, 24 April 2010
Selepas isyak di Masjid al-`Abdur Razak, 30 Jalan Ismail.
Majlis diiserikan dengan aturacara bacaan Qasidah Selawat “Badriyyah”
& “Ya `Adnani” serta ceramah ringkas oleh al-Fadhil Ustaz Abu Zaki Yusof,
Ustaz Yazid Yunos & Ustaz Md Mazdiuky Md Ishak حفظه الله تعالى
Para Asatidzah jemputan akan menyampai kesan kehebatan Selawat ini
pada kehidupan kita di dunia dan di Akhirat!
Kami mengalu-alukan tajaan untuk Majlis `Ilmu, Dzikir & Da`awah ini.
Sesiapa yang ingin menaja media, banner & poster ($1500),
kitab ayat2 cinta susunan Tradisi Halaqah untuk diberikan percuma
kepada jemaah ($1200) dan jamuan ($1200).
Kami dahului dengan ucapan jazakumuLlah khairal jazaa`.
Mohon disebarkan maklumat Da`awah ini
kepada kenalan & Saudara-saudara anda sekalian.
Sila hubungi 6278 7750 untk keterangan lanjut.
اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب