Thursday, March 17, 2011

Menusuk Qalbu... ♥



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Selawat yang diriwayatkan oleh al-Imam Ghazali رحمه الله تعالى :


"Wahai ALLAH, Jadikanlah (yakni Limpahkanlah) Keutamaan SelawatMU, dan Penambahan BarakahMU, dan Kemuliaan KeluhuranMU, serta KelembutanMU dan RahmatMU, serta PenghormatanMU, ke atas Muhammad ﷺ, Penghulu bagi para Rasul, dan Imam bagi golongan orang² yang bertaqwa, serta Penutup bagi para Nabi, dan Rasul bagi Tuhan Pengatur sekelian alam, Pemimpin kebaikan serta Pembuka kebajikan, dan Nabi (yang telah Diutuskan sebagai satu) Rahmat serta Penghulu (bagi seluruh) umat.


Wahai ALLAH, Dirikanlah untuknya kedudukan Terpuji yang Dikau Hampirkan untuknya (sebagai tanda Keterpujian dan juga sebagai tanda) Kedekatan, dan yang menjadikan sejuk matanya, yang diirikan oleh orang² yang terdahulu dan orang² yang terkemudian.


Wahai ALLAH, Kurniakanlah kepadanya Kelebihan serta Keutamaan, dan Kemuliaan serta al-Wasilah, dan tingkatan yang Tinggi serta tempat yang Terjulang dan Terhormat.


Wahai ALLAH, Kurniakanlah kepada Penghulu kami Muhammad ﷺ apa yang dipintanya, dan Sampaikanlah kepadanya apa yang diharapkannya, dan Jadikanlah dia orang yang pertama memberikan Syafa`at dan orang yang pertama Diterima Syafa`at.


Wahai ALLAH, Jadikanlah Agung buktinya (yakni kesaksiannya), dan Jadikanlah berat timbangannya, dan Jadikanlah jelas hujahnya, dan Jadikanlah tingkatnya yang Tertinggi di kalangan orang² yang Didekatkan.


Wahai ALLAH, Bangkitkanlah kami di dalam kelompoknya, dan Jadikanlah kami daripada ahli² yang menerima Syafa`atnya, dan Hidupkanlah kami di atas Sunnahnya, dan Matikanlah kami di atas Agamanya, dan Sampaikanlah kami ke Telaganya, dan Minumkanlah kami dari gelasnya, tanpa penghinaan, dan tanpa penyesalan, dan tanpa kebimbangan, dan tanpa penukaran (keadaan rohani serta pegangan Agama), tanpa menjadi orang yang memfitnah, dan tanpa menjadi orang yang terkena fitnah. Perkenankanlah, wahai Tuhan Pengatur sekelian alam."



- Komentar asy-Syeikh Yusuf Ismail an-Nabhani رحمه الله تعالى



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

0 Ulasan:

Related Posts with Thumbnails