Thursday, March 3, 2011

Terhapusnya Seluruh Amal Pahala - Mesti Lihat!



بســـــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



للهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق
والخاتم لما سبق والناصر الحق بالحق
والهادي الى صراطك المستقيم صلى الله عليه
وعلى أله وأصحابه حق قدره ومقداره العظيم
- Selawat Fatih


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Durasi : ~ 80 minit
Muat-turun / dengar MP3 : diSini



^ Taushiyah dari Guru Mulia; Habibana Munzir ibn Fuad al-Musawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan di Masjid al-Munawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 28hb Februari 2011M. Insya`ALLAH, ziarahi hamba juga di Vimeo. Ziarahi juga, lelaman Kios Majelis RasuluLlah ﷺ Singapura, untuk mendapatkan produk² Islami, diantaranya Kitab serta CD dll.


^ Siaran langsung Majlis Ta`lim bersama Habibana adalah pada setiap hari Isnin bermula pada jam 09.30 malam; waktu Singapura. Antum bisa mendengar ataupun melihatnya secara langsung melalui Lelaman Habibana. Majlis Ta`lim akan dimulakan dengan bacaan Maulid Adh-Dhiya`Ullami kemudian diikuti dengan Pengajian Hadiths bimbingan Habibana, dan diakhiri dengan dzikr, qasidah serta doa munajat.



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

4 Ulasan:

Assalamualaikum ya ukhti fillah,

Sudikah kiranya ukhti yang dikasihi menulis point2 penting yang Habib Munzir ceritakan dalam topic ini? Satu atau dua pun sudah cukup, hamba di perantauan ini sukar mendownload kerana internet asyik tersangkut-sangkut...slow sangat.

Terima kasih. Wassalam.

ukhtuki min Sudan.

BismiLlah wal HamduliLlah...
Sholatu was-Salamu `ala RasuliLlah wa `ala Alihi wa Shohbihi waman walah...
SalamuLlahu`alaikum wa Rahmatuhu wa Barakatuh...

Wahai Ustazah.. Wahai Ibu Mithali yang Dimuliakan lagi Dikasihi ALLAH,
SubhanALLAH, diatas permintaanmu berikut hamba titipkan. Segala kekurangan ataupun kesilapan, datang dari hamba yang jahil ini, maka kepadaNYA hamba memohon Keampunan :

- Hadiths yang disyarahkan Habibana untuk minggu ini adalah :

"Sungguh Nabi ShalALLAHu `alaihi wa Alihi wasalam kehilangan Tsabit bin Qais RadhiALLAHu`anhu, maka dikatakan : "Wahai RasuluLlah ShalALLAHu `alaihi wa Alihi wasalam aku akan mencari tahu dimana ia." maka ditemui Tasbit bin Qais RadhiALLAHu`anhu, duduk dirumahnya menunduk, ketika ditanya "Kenapa dengan mu?," ia menjawab :"Aku dalam keburukan, kerna mengangkat/mengeraskan suara dihadapan RasuluLlah ShalALLAHu `alaihi wa Alihi wasalam," maka terhapuslah seluruh pahalanya dan ia pasti di neraka. Maka dikhabarkan pada RasuluLlah ShalALLAHu `alaihi wa Alihi wasalam, dan RasuluLlah ShalALLAHu `alaihi wa Alihi wasalam memerintahkan agar Tsabit bin Qais RadhiALLAHu`anhu, diberitahu, dengan khabar gembira yang agung, beliau ShalALLAHu `alaihi wa Alihi wasalam bersabda : "Pergilah padanya, katakan "Sungguh kau bukan dari penduduk neraka, tapi dari penduduk Syurga."" ~ Shahih Bukhari RahimahuLlah

- ALLAH `Azzawajalla belum pernah Memerintahkan seorang hamba untuk memuliakan manusia sampai melebihi para Raja, kecuali Perintah ALLAH `Azzawajalla untuk memuliakan Baginda Nabi ShalALLAHu `alaihi wa Alihi wasalam.

- Hamba yang Dicintai ALLAH `Azzawajalla akan diumumkan kepada Sayyidina Jibril `Alaihisalam, dan Sayyidina Jibril `Alaihisalam akan mengumumkan pula kepada makhluk yang ada di angkasaraya. Mereka dikenal bahkan sampai ke langit, maka bagaimana pula Pimpinannya (hamba-hamba yang dicintai ALLAH), ShalALLAHu `alaihi wa Alihi wasalam? Baginda Nabi ShalALLAHu `alaihi wa Alihi wasalam dikenal di alam barzakh. Mahsyur namanya Sayyidina Muhammad ShalALLAHu `alaihi wa Alihi wasalam. Maka beruntunglah mereka yang mengenal dan mencintai Baginda Nabi Muhammad ShalALLAHu `alaihi wa Alihi wasalam.

- Andai dia mengenal Baginda Nabi Muhammad ShalALLAHu `alaihi wa Alihi wasalam, maka tiada lagi yang akan mengaku dia itu Nabi.. wal `iyazubiLlah.

________________

Al HamduliLlah, berikut adalah versi MP3 untuk taushiyah tersebut, dalam 32MB. Sila muat-turun/dengar diSini.

Dan untuk makluman bersama, insya`ALLAH versi teksnya bisa kita perolehi dari lelaman Habibana Munzir al-Musawa hafizahuLlah, yang ditulis sendiri oleh Habibana, sila rujuk taushiyah versi teks (artikel) diSini.

Dengan Rahmat ALLAH dan dengan Barakah Junjungan Mulia, Nabi Muhammad ShalALLAHu `alaihi wa Alihi wasalam, semoga ALLAH `Azzawajalla Menyatukan ruh kita bersama para Pencinta ALLAH `Azzawajalla dan RasuluLlah ShalALLAHu `alaihi wa Alihi wasalam dan turut merasakan manisnya kekhusyu`an dan Mahabbah mereka pada ALLAH `Azzawajalla dan RasuluLlah ShalALLAHu `alaihi wa Alihi wasalam.

Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, ya Qarib, ya Mujib, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram wa bi jaahi Sayyidina Muhammadinil Habibil Mahbub ShalALLAHu`alaihi wa Alihi wasalam... Salam rindu dari Singapura... ♥

Di atas masa serta ziarahnya hamba ucapkan,
barakALLAHu fiki wa jazakiLlahu khairal jaza`.
Fi amaniLlah wALLAHu a`lam bisawab.

Ukhti, terima kasih...jazakillahu khair. Ameen dia atas segala doa. Barakallahufik.

BismiLlah wal HamduliLlah...
Sholatu was-Salamu `ala RasuliLlah wa `ala Alihi wa Shohbihi waman walah...
SalamuLlahu `alaikum wa Rahmatuhu wa Barakatuh...

Ya al-Mahbubah Ustazah yang Dimuliakan lagi Dikasihi ALLAH,
Al HamduliLlah, semoga senantiasa dalam sakinah iman dan kebahagiaan. Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, ya Qarib, ya Mujib, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram wa bi jaahi Sayyidina Muhammadinil Habibil Mahbub ShalALLAHu` Alaihi wa Alihi wasalam... ♥

Diatas masa serta ziarahnya hamba ucapkan,
barakALLAHu fiki wa jazakiLlahu khairal jaza`.
Fi amaniLlah wALLAHu a`lam bisawab.

Related Posts with Thumbnails