Saturday, August 2, 2008

Bulan Sya`ban | شهر شعبان



بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين
سيدنا ونبينا وحبيبنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





Al HamduliLlah, Segala Puja dan Puji dirafa`kan kehadratNYA ALLAH سبحانه وتعالى kerna dengan keizinanNYA telah mempertemukan kita, hamba-hambaNYA dengan bulan Sya`ban; bulan yang Mulia, penuh dengan Rahmat dan Barakah.


Bulan Sya`ban ini membawa peristiwa besar ke atas Junjungan kita, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Diantara nya adalah peristiwa terbelah nya bulan yang sebagaimana tersebut dalam al-Quran di surah al-Qamar ayat 1, turun nya ayat perintah untuk berselawat sebagaimana yang tersebut di surah al-Ahzaab ayat 56 dan juga perintah ALLAH تعالى untuk menukar kiblat dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram, hal ini diterangkan dalam al-Quran di surah al-Baqarah ayat 144.


Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan amalan-amalan yang diredhai dan dicintai olehNYA serta RasulNYA صلى الله عليه وسلم seperti dzikr, doa, istighfar, mengerjakan solat-solat sunnat, membaca al-Quran (termasuk amalan para Ulama` serta Shalihin dimalam Nisfu Sya`ban untuk membaca surah Yaasin tiga kali dengan setiap bacaan disertai permohonan), puasa (sebagaimana sabdaan RasuluLlah صلى الله عليه وسلم : "Inilah bulan dimana amal dinaikkan kehadapan ALLAH Rabbul `Alamin dan aku suka apabila diangkatkan amalanku dan aku sedang berpuasa." - HR `Abu Daud dan an-Nasa`i ) dan juga selawat (sebagaimana sabdaan RasulALLAH صلى الله عليه وسلم : "Berselawatlah kamu kepadaku, kerna itu menjadi zakat [penghening jiwa pembersih dosa] untukmu."- HR Ibnu Murdaweh رحمة الله تعالى عليهم أجمعين)


Di samping itu, puasa Ramadhan yang tertinggal pada tahun lalu wajib diqada`. Dan bulan Sya`ban ini adalah masa atau peluang terakhir untuk kita mengqada` puasa wajib itu. Bagi sesiapa yang masih belum mengqada` puasa Ramadhan tahun lalu, eloklah mengambil kesempatan mengqada` nya pada bulan Sya`ban ini. Marilah sama-sama kita pastikan kita telah mengqada`kan puasa kita. Ingatkanlah pula ahli keluarga kita juga untuk melaksanakan nya jika mereka lupa untuk melakukan nya dengan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.


Sumber : Kitab "Nisfu Syaaban - Kelebihan dan Amalan" karangan al-Mukarram al-Habib Hasan ibn Muhammad al-`Attas حفظه الله تعالى, khutbah Jumaat ihsan MUIS dan multiply Ustaz Raja Ahmad Mukhlis حفظه الله تعالى.



بارك الله فيكم
والله تعالى أعلم بالصواب

Related Posts with Thumbnails