Saturday, April 25, 2009

Dari Habibana Untuk Habibana ♥



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة





"Sejahteralah jasad Baginda setelah melalui hari-hari nya yang memenatkan serta meletihkan disebabkan kita... Sejahteralah jasad Baginda dapat berehat setelah perut nya yang diikat dengan batu kerana kelaparan disebabkan kita... Sejahteralah jasad yang pernah dilemparkan dengan batu sehingga melukakan nya disebabkan kita...


Sejahteralah jasad yang pernah dipatahkan geraham nya disebabkan kita... Sejahteralah jasad yang pernah dilukakan dahi nya dan mengalirlah darah nya lalu Baginda menahan nya dengan tangan nya untuk menjaga darah yang bersih itu dari terjatuh ke tanah sebagai rahmat bagi mereka dan kita dari kemurkaan ALLAH... Sejahteralah jasad yang pernah dimasuki sesuatu ke dalam daging pipi nya disebabkan kita....


Sejahteralah jasad yang mana kaki nya bengkak disebabkan pengabdian nya pada ALLAH serta da`wah untuk kita... Sejahteralah jasad yang memikul kesukaran, keletihan, kesakitan dan kelaparan disebabkan kita.... "




Dari Taushiyah Habibana `Ali Zain al-`Abideen ibn `Abd al-Rahman al-Jifri حفظه الله تعالى
yang bertajuk "Saat Kewafatan RasulALLAH صلى الله عليه وسلم" Dan hamba al-Faqir wal-Haqir ini, telah dan akan senantiasa mengulangi penyampaian kalam yang indah ini selagi mana diberi keizinan dariNYA ALLAH عز و جل


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Related Posts with Thumbnails