Friday, April 3, 2009

Rakaman Majlis Maulid & Ta`lim (II)



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده




اللهم صل على سيدنا محمد عدد ما في علم الله
صلاة دائمة بدوام ملك الله
- Selawat as-Sa`adah


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Pesanan dari Penaja : Posting ini adalah kesinambungan perkongsian yang lalu. Adalah besar harapan hamba dengan perkongsian rakaman-rakaman ini, ia sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat antum untuk menghadiri nya. Sepertimana jasad kita dicharge dengan makanan-makanan yang berkhasiat lagi halal, begitu jugalah ruh kita, ianya perlu dicharge dengan menghadiri Majlis-Majlis yang mubarakah seperti ini.


Segala PemberianNYA kepada kita samada masa mahupun kesihatan tubuh badan, telah kita peruntukkan untuk hal-hal duniawi, maka sudah sepantas nya kita juga turut memperuntukkan pemberian-pemberian tersebut untuk mengingatiNYA serta RasulNYA ShalALLAHu`alaihiwasalam dan mempelajari segala sesuatu yang berkaitan dengan Agama kita yang suci lagi mulia ini; benih `ilmu kita disemai dan terbaja dari keringat kesungguhan kita.


Seandai nya ALLAH `Azzawajalla mengizinkan kita untuk dapat melihat segala apa yang telah dikurniakan dan dicurahkan kepada kita didalam Majlis-Majlis tersebut, pastilah kita akan senantiasa mendambakan dan berkorban apa sahja untuk mendapatkan nya; yang sudah pasti kita tidak dapat memperolehi nya di Majlis-Majlis yang lain. Setiap saat kita berada didalam Majlis tersebut, adalah kita berada didalam rahsia pengampunan dariNYA kerna berada di dalam Majlis yang mubarakah seperti Majlis sambutan Maulidur Rasul ShalALLAHu`alaihiwasalam, Majlis `ilmu, ta`lim, dzikr, selawat dll adalah kaffarah bagi dosa-dosa kita. Apakah kita senantiasa ingin diselimuti dengan dosa dan noda? Lantaran itu doa kita senantiasa terhijab, keimanan dan ibadah kita semakin merosot dll. Justru inilah salah satu cara yang telah Dia berikan untuk kita menghapuskan nya dan menyucikan diri kita. ALLAHu Akbar wa liLlahil Hamd!


Apabila kita berada di Majlis-Majlis yang mubarakah seperti ini, perhatikan dan jagalah pula peradaban kita. Tentu yang menghadiri nya bukanlah hanya kita sahja malah ada juga makhluk-makhluk ALLAH yang tidak terlihat turut berhimpun bersama-sama dengan kita. Setiap saat kita berada didalam Majlis tersebut sungguh mahal harga nya namun kita memperolehi nya secara percuma oleh ALLAH `Azzawajalla, tinggal sahja kita ingin menghadiri nya ataupun tidak.


Sungguh, Syurga ALLAH Subhana wa Ta`ala tidak akan terbeli dengan segala apa yang terkandung didunia ini, justru rugilah seandai nya kita tidak merebut perluang keemasan yang telah Dia berikan untuk kita berada di Taman-Taman SyurgaNYA ini serta dengan menjaga peradaban kita tika berada didalam nya. Sungguh, dengan menjaga peradaban kita terhadap `ilmu dan terhadap sesiapa sahja yang menyampaikan `ilmu tersebut juga terhadap sesiapa sahja yang turut serta mempelajari nya, akan memberikan kesan dan impak yang besar untuk kita mempelajari serta mengamalkan nya. Justru, mohonlah akan Taufiq dan `Inayah dariNYA, agar dikurniakan keikhlasan, khusyu` dan istiqamah juga bermohonlah kepadaNYA agar kita senantiasa dapat menjaga perabadan kita dimana jua kita berada. Pesanan ini adalah juga untuk diri penaja.


al-Fadhil Ustaz Ismail Ahmad, Ustaz Abu Zaki Yusof,
Ustaz Muhammad Mazdiuky, Ustaz Hassan Saifouridzal,
dan Ustaz Masruhan Kiyai Choteb حفظه الله تعالى


Di Singgahsana Hall,
Kampung Melayu Geylang Serai

klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Mengandungi Dzikr Munajat Dan Syarahan Bertajuk :
"Muhammad (ShalALLAHu`alaihiwasalam) - Nabi Of Love"


_____________________


Maulid Di Singapore Expo Dewan 3

al-Fadhil Dato` Ahmad Faizul Ghazali حفظه الله تعالى
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Bacaan al-Quranul Kareem
Surah Furqan ayat 71-77 Dan Suratul Ikhlash



al-Fadhil Ustaz Farid Ravi `AbduLlah حفظه الله تعالى
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Syarahan Bertajuk : "Keluarga Sakinah"


Kumpulan at-Tawakkal
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Himpunan Selawat Dan Qasidah


Kumpulan Nowseeheart
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Himpunan Selawat Dan Nasyid


al-Fadhil Dato` Ahmad Faizul Ghazali,
Ustaz Fahrurazi Kiyai Kassim, Akhina Fauzi حفظه الله تعالى

klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Himpunan Selawat Dan Qasidah

_____________________


al-Fadhil Ustaz Mohd Noor Tijany حفظه الله تعالى

Di Masjid al-Iman
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Maulid Dan Syarahan Bertajuk : "Insan Terpilih"

_____________________


al-Fadhil Ustaz Mohamad Hasbi Hassan حفظه الله تعالى

Di Masjid al-Iman
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Syarahan Bertajuk : "Telah Terbit Bulan Purnama"

_____________________


al-Fadhil Tuan Guru Syeikh
Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله تعالى


Di Masjid Mujahidin
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Hadiths No.13 : "Keampunan Dan `Afiat"


Di Masjid al-Mukminin
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Hadiths No.10 : "Fitnah Kaum Hawa"


Di Masjid Sultan
klik diSini untuk mendengar atau diSini untuk muat-turun
Hadiths No.11 : "Pemimpin-pemimpin Yang Menyesatkan"


Akhirul kalam, hamba memohon jutaan maaf diatas segala kesilapan serta kekurangan hamba dan diatas rakaman-rakaman tidak memuaskan. Kepada yang telah menjayakan nya secara langsung mahupun tidak hamba ucapkan, syukran jazilan.


Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram, jadikanlah kami senantiasa mengambil ingatan dari AmaranMU, mengikut jejak langkah Kitab dan RasulMU, senantiasa berkumpul dalam ketaatan kepadaMU. Wafatkanlah kami, wahai ALLAH, dalam beragama Islam dan himpunkanlah kami bersama-sama dengan Nabi Muhammad ShalALLAHu`alaihiwasalam, para Nabiyyin, Shiddiqin, Syuhada`, Shalihin dan Muqarrabin. Turunkanlah Rahmat keatas kami, wahai Tuhan yang Maha Pemurah...



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

0 Ulasan:

Related Posts with Thumbnails