Saturday, June 20, 2009

إنا لله وإنا إليه راجعون



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل صلاة كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد
الذى تنحل به العقد وتنفرج به الكرب وتقضى به الحوائج
تنال به الرغائب وحسن الخواتم وسيتشقى الغمام بوجهه الكريم
وعلى آله وصحبه فى كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك
- Selawat at-Tafrijiyyah / Selawat an-Nariyyah / Selawat Kamilah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





"Adapun pendek harapan untuk hidup terus, memperbanyak mengingati mati serta menyediakan diri untuk menghadapi mati itu ada banyak manfaat nya dan besar guna nya bagi manusia. Sebab siapa yang merasa ajal nya sudah dekat dan sentiasa mengingati mati pada sepanjang masa, nescaya dia kan bergiat bersungguh-sungguh untuk beramal salih di setiap masa dan meninggalkan kerja-kerja yang tidak berguna, atau bermalas-malas untuk beramal. Di samping itu ia akan sentiasa berzuhud terhadap matabenda dunia, sambil berusaha untuk mengejar kebaikan untuk akhirat. Ia akan segera bertaubat dari segala dosa nya, kembali kepada ALLAH تعالى, menjauhkan diri dari segala kelakuan yang boleh menghalangi nya dari berbuat taat kepada ALLAH تعالى, dan sentiasa memilih jalan yang diredhaiNYA.


Sebalik nya, orang yang panjang harapan untuk hidup lama di dunia ini, dan kurang ingatan kepada mati, akan bersikap berlawanan dengan yang di atas tadi.


Berkata al-Imam Ghazali رحمه الله تعالى di dalam kitab nya "al-Bidayah" : Hendaklah anda sentiasa renungkan umur mu yang pendek itu, meskipun anda rasa boleh hidup selama seratus tahun, jika dibandingkan dengan tempat tinggal mu di negeri akhirat, yang kekal sepanjang masa. Renungkan juga betapa susah-payah dan hina nya anda ketika mengejar dunia, sebulankah atau setahunkah, dengan harapan anda boleh hidup senang-lenang selama dua puluh tahun misal nya. Tetapi mengapa tidak anda menanggung susah sedikit masa ketika hidup di dunia, agar anda merasakan kerehatan nya di akhirat kelak sepanjang abad.


Oleh itu, hendaklah anda tidak memanjangkan harapan untuk hidup lama di dunia, sehingga anda merasa diri mu berat untuk beramal. Malah hendaklah anda mengira-ngira bahwa maut itu sudah hampir tiba, dan bisikkan ke dalam diri mu : Biarlah aku menanggung susah hari ini, kerna mungkin aku akan mati nanti malam! Kalau tidak malam ini, mungkin esok! Sebab maut itu tidak akan meregut nyawa ku pada masa yang tertentu, atau pada keadaan yang tertentu, atau pada umur yang tertentu. Namun maut itu akan tiba, dan tidak ditentu masa nya. Maka lebih baiklah aku bersedia untuk nya dari pada menyediakn diri untuk dunia. Aku mengerti bahwa hidup ku di dunia ini hanya sementara sahja dan mana tahu yang sisa dari hidup ku itu hanya untuk menyedut satu nafas sahja, ataupun hanya tinggal satu hari sahja.


Ucapan-ucapan seperti itu harus diulang-ulang di hati setiap hari. Paksalah diri supaya cekal dan sabar untuk menjalankan tugas-tugas yang diperintah oleh Agama, hari demi hari. Sebab kira nya anda telah ditakdirkan boleh hidup selama lima puluh tahun, lalu anda kerahkan diri mu untuk bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada ALLAH تعالى, nescaya ia akan berontak dan menentang keputusan mu itu, kerna diri mu telah mengetahui bahwa masa nya masih lama lagi.


Jadi, jika anda terus mengingatkan diri mu tentang ketibaan maut yang tidak diketahui bila masa nya itu, nescaya apabila anda mati anda akan merasakan kegembiraan yang tidak ada kesudahan nya. Tetapi, jika anda mencuaikan nasihat itu dan tidak memperdulikan nya, tiba-tiba maut pun sampai sedang anda belum bersedia untuk nya, maka tentulah anda akan merasakan kekecewaan yang tidak ada kesudahan nya lagi. Baka kata pepatah : Apabila muncul pagi, barulah orang yang berjalan di waktu malam itu akan memuji dan berterima kasih. Begitu pula apabila tiba maut kelak, barulah anda tahu tentang berita nya yakin dan benar. Dan berita itu tidak jauh dari anda, sekelip mata lagi akan tiba.


Ya ALLAH! Ya Tuhan ku! Engkau Maha Pengasih-Sayang, kami memohonMU agar menghidup dan mematikan kami serta membangkitkan kami atas ucapan لا إله إلاَّ الله dalam keadaan berserah diri kepadaMU, dan demikian pula ibu bapa kami, para sahabat dan sekalian kaum Muslimin..."


- Dari kitab "Nasihat Agama Dan Wasiat Iman" karangan al-Imam al-Qutub al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad dengan terjemahan oleh al-Habib Ahmad ibn Muhammad Semait رضي الله تعالى عنهم



يا الله بها يا الله بها يا الله بحسن الخاتمة
برحمتك يا أرحم الراحمين
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

0 Ulasan:

Related Posts with Thumbnails