Saturday, January 1, 2011

"Kenali Nabi Muhammad ﷺ, Agar Besok Insya`ALLAH Kita Dikenal Oleh Nabi Muhammad ﷺ..."



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة

- Selawat yang diriwayatkan oleh Ruwayfi` ibn Tsabit al-Anshari رضي الله تعالى عنه


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"Kenali Nabi Muhammad ﷺ, agar besok Insya`ALLAH
kita dikenal oleh Nabi Muhammad ﷺ... Amiin ya ALLAH !
Cintai Nabi Muhammad ﷺ, agar besok kita
Dicintai oleh Nabi Muhammad ﷺ..."

- Taushiyah Habibana Thahir `AbduLlah al-Kaff حفظه الله تعالى



_______๑۩۞۩๑_______



"Sejahteralah jasad Baginda setelah melalui hari-harinya yang memenatkan serta meletihkan disebabkan kita.. Sejahteralah jasad Baginda dapat berehat setelah perutnya yang diikat dengan batu kerana kelaparan disebabkan kita.. Sejahteralah jasad yang pernah dilemparkan dengan batu sehingga melukakannya disebabkan kita..


Sejahteralah jasad yang pernah dipatahkan gerahamnya disebabkan kita.. Sejahteralah jasad yang pernah dilukakan dahinya dan mengalirlah darahnya lalu Baginda menahannya dengan tangannya untuk menjaga darah yang bersih itu dari terjatuh ke tanah sebagai Rahmat bagi mereka dan kita dari Kemurkaan ALLAH.. Sejahteralah jasad yang pernah dimasuki sesuatu ke dalam daging pipinya disebabkan kita..


Sejahteralah jasad yang mana kakinya bengkak disebabkan pengabdiannya pada ALLAH serta da`wah untuk kita.. Sejahteralah jasad yang memikul kesukaran, keletihan, kesakitan dan kelaparan disebabkan kita."- Doa munajat Habibana `Ali Zain al-`Abideen ibn `Abd al-Rahman al-Jifri حفظه الله
~ Hujan Rahmat yang sedang bercucuran, membuatkan suasana bertambah syahdu.. Irhamna ya ALLAH..





اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور

- Selawat yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Fakihani رضي الله تعالى عنه


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Related Posts with Thumbnails