Friday, January 21, 2011

Kerana Ia Bersama ALLAH سبحانه وتعالى



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته








Kisah Shaykh Ahmad ibn `Ujayl


"Pada satu hari, sedang al-Shaykh Ahmad ibn Musa ibn `Ujayl رحمه الله تعالى duduk mengajar bersama Murid-muridnya, masuk seorang mengadu akan hal jirannya yang dirasuk jin. Beliau meminta kepada Shaykh Ahmad untuk mengubati jirannya itu.


Shaykh Ahmad sanggup dan pergilah mereka kepada orang yang terkena jin itu. Beliau pun membacakan ke atasnya hanya sepotong ayat al-Qur`an (Surah Yunus ayat 59 [10:59]) iaitu : "Adakah ALLAH Mengizinkan yang demikian bagimu atau kamu berdusta terhadap ALLAH."


Dengan Kuasa ALLAH, orang itu terus baik dan pulih seperti sedia-kala.


Setelah beberapa lama, penyakitnya berulang lagi. Dicari Shaykh Ahmad ibn Musa ibn `Ujayl sekali lagi tetapi didapatinya dia telah meninggal dunia.


Melihat keadaan demikian, datang seorang dan berkata, "Saya tahu apa yang dibacakan oleh Shaykh Ahmad itu dan saya boleh membacakan dan mengubatinya."


Maka dia pun membacakan ayat tadi. Tetapi pesakit itu tetap tidak berubah dan tidak ada kesan apa-apa. Kenapakah demikian? Nyatalah bahawa ayat yang dibacakan itu sama sahaja tetapi lisan yang membacanya itu berlainan. Tidak sama bacaan seorang itu dengan yang lain. Ini bergantung keatas pendirian orang itu terhadap ALLAH سبحانه وتعالى."




Murid Yang Terpilih


"Orang-orang dahulu pernah membawa satu riwayat. Dikatakan ada seorang Guru mempunyai ramai anak Muridnya tetapi dia sayang kepada seorang anak Muridnya itu lebih daripada yang lain.


Pada satu masa, Gurunya itu telah memberikan seekor burung kepada tiap-tiap anak Muridnya itu dan menyuruh mereka semua menyembelihnya di tempat yang tiada dilihat oleh sesiapa.


Tiap-tiap anak Muridnya kemudian pergi mencari tempat yang tiada dilihat oleh sesiapa dan menyembelih burung itu. Seorang Muridnya itu membawa kembali burung itu tanpa disembelihnya. Apabila ditanya oleh Gurunya, dia menjawab, "Tuan Guru telah memberikan kepadaku satu syarat yang berat."


"Apa syarat yang berat itu?", tanya Gurunya. "Tuan Guru telah menyuruh saya menyembelihnya di tempat yang tiada dilihat oleh sesiapa. Tetapi di mana saya pergi, saya dapati ALLAH Melihat saya."


Begitulah seorang anak yang Saleh, sedar bahawa ALLAH senantiasa Berada bersamanya." - Kisah-kisah yang teramat indah ini pernah disampaikan oleh Al-`Allamah al-`Arif BiLlah al-Quthub al-Habib `Abd al-Qadir ibn Ahmad ibn `Abd al-Rahman al-Saqqaf رحمه الله تعالى ketika beliau berkunjung Da`wah ke Singapura. Petikkan dari kitab "Cahaya Hidayah - Syarahan Dan Nasihat Habib `Abd al-Qadir bin Ahmad al-Saqqaf" karangan Shohibul Fadhilah al-Habib as-Sayyid Hasan ibn Muhammad ibn Salim al-`Attas حفظه الله تعالى.






SubhanALLAH, walaupun kisah-kisah mereka itu teramatlah ringkas namun ianya indah; indah keadaan mereka yang benar-benar bersama ALLAH di dalam hati-hati mereka. SubhanALLAH... Wahai ALLAH, kami tidak akan mendapatkan manfaat dari kisah-kisah yang indah ini, bahkan membacanya serta melihatnya juga kami tidak bisa jika ianya bukan diatas Kehendak dan KeiizinanMU. Wahai yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi, Engkau Memberi dan terus Memberi tanpa kami meminta, terlebih dan lebih lagi jika kami meminta kepadaMU, wahai ALLAH, wahai yang Maha Kaya...


Maka kami meminta dan memohon kepadaMU wahai ALLAH, wahai Pemilik dan Penguasa hati-hati kami, Kurniakanlah kami hati yang bisa mencontohi sebaik-baik manusia yang dikurniakan dengan sebaik-baik hati. Walaupun matanya terlena, namun hatinya senantiasa dalam keadaan terjaga; dalam kebersamaan denganMU, wahai ALLAH. Dialah Junjungan kami yang Mulia; Baginda Nabi Muhammad ibn `AbdiLlah صلى الله عليه وآله وسلم, yang kemudian terwariskan kepada mereka yang Dicintai Baginda dan mereka yang menyintai Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, wahai ALLAH...


Wahai ALLAH, Kurniakanlah kepada kami Ni`mat yang Agung ini, untuk bisa merasakan kelazatan dalam kebersamaan denganMU walaupun hanya sedetik, walaupun hanya seketika, wahai ALLAH... Dan Engkau Maha Mampu untuk Menambahinya lebih daripada apa yang kami minta, lebih daripada apa yang kami hajatkan. Wahai ALLAH, wahai Dzat yang Membolak-balikkan hati, Tetapkanlah hati-hati kami atas AgamaMU dan keta`atan kepadaMU. Kami memohon Redha dan SyurgaMU wahai ALLAH, dan memohon PerlindunganMU daripada KemurkaanMU dan api nerakaMU. Hidupkanlah kami atas Islam dan Sunnah, dan Matikanlah kami dalam keadaan Iman dan Taubat, bertaubat sebelum mati, Rahmat ketika mati dan Keampunan setelah mati, wahai ALLAH...


Jadikanlah segala sesuatu yang Engkau Anugerah kepada kami dan yang Engkau Ciptakan untuk kami, menyokong dan mendorong kami untuk ber`ibadah kepadaMU, untuk senantiasa mendekat kepadaMU, untuk senantiasa ingat kepadaMU, wahai ALLAH. Bantulah dan Berikanlah kami kekuatan dalam meninggalkan segala LaranganMU, kemaksiatan, kemungkaran, serta dalam perkara yang haram, yang bathil, yang syubhah, yang makruh bagi kami, wahai ALLAH. Bantulah kami untuk mengingatiMU, bersyukur padaMU dan melakukan `ibadah kepadaMU dengan sebaiknya, wahai ALLAH. Tiada yang Mustahil BagiMU, Tiada yang bisa MemudharatkanMU, segalanya kecil dihadapanMU, wahai Pemilik jasad dan ruh kami, wahai Pemilik Hidup dan Mati kami, wahai Pemilik dunia dan Akhirat, wahai yang Maha Agung dengan KeagunganNYA...


Kami memohon kepadaMU wahai ALLAH, segala sesuatu yang dipohonkan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dan hamba-hambaMU yang Shalih. Kami memohon PerlindunganMU wahai ALLAH, diatas segala sesuatu yang dipohonkan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dan hamba-hambaMU yang Shalih. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang Melindungi kami, yang Menjaga kami dan yang Memelihara kami. Lindungilah kami dari segala sesuatu yang bisa mengundang KemurkaanMU terhadap kami, yang bisa mengundang Kesedihan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم terhadap kami, yang bisa mengundang Kekecewaan Ibu Bapa kami terhadap kami, yang bisa mengundang permusuhan diantara sesama kami, samada dari perkataan, perbuatan, niat serta keyakinan kami, wahai ALLAH...


Lindungilah kami daripada kehilangan ni`mat, daripada tubuh badan yang tidak sihat, daripada timpaan bala perbuatan yang datang mengejut dan daripada mati yang mengejut, wahai ALLAH. Peliharalah dan Jauhilah kami dari mensyirikanMU samada kami menyedarinya mahupun tidak, Jauhilah kami dari golongan orang-orang yang sesat, Jauhilah kami dari segala musibah dan malapetaka, Jauhilah kami dari azab siksa kubur, Jauhilah kami dari segala fitnah dalam kehidupan mahupun kematian, Jauhilah kami dari fitnah masihi dajjal, Jauhilah kami dari segala itu, Jauhilah kami dari semua itu, Jauhkanlah sejauh-jauhnya... melainkanMU wahai ALLAH, melainkanMU wahai ALLAH, melainkanMU wahai ALLAH...


Jangan Engkau Meninggalkan kami, jangan Engkau Menjauh dari kami, wahai yang Maha Ada, wahai yang Maha Dekat... Jangan pernah Tinggalkan kami sendirian, tidak di dunia, tidak di saat sakaratul maut, tidak di alam barzakh, tidak di yaumil Qiyamah, tidak di Akhirat wahai ALLAH... Wahai yang hanya kepadaNYA kami curahkan segala harapan... Wahai yang Maha Lembut lagi Maha Sabar yang tidak Pernah Mengecewakan mereka yang mengharapkan Bantuan... Wahai yang Maha Pemurah yang Memberi tanpa menghiraukan, tanpa kekhawatiran, tanpa penyukatan...


Wahai yang Maha Pengasih lagi Penyayang, kepadaMU kami memohon Keredhaan dan Keampunan, kepadaMU kami memohon Kedekatan dan Kebersamaan di dunia dan di Akhirat, zahiran wa batinan... Wahai ALLAH, kami tidak mampu untuk ber`ibadah, kami tidak mampu untuk melakukan amalan dan mengerjakan taat serta kebaikan, kami tidak mampu untuk menyampaikan segala hajat dan permintaan, bahkan kami tidak mampu untuk menyebut NamaMU tanpa KehendakMU, tanpa BantuanMU serta Keizinan...


Wahai ALLAH, Jadikanlah sebaik-baik umur kami adalah akhirnya, Jadikanlah sebaik-baik dari amalan kami adalah penutupnya dan Jadikanlah sebaik-baik hari-hari kami adalah hari dimana kami bertemu denganMU wahai ALLAH, melihat DzatMU yang Maha Agung lagi Maha Indah, itulah Anugerah dan Ni`mat yang terAgung didalam Syurga Firdaus, Syurga Tertinggi, Syurga idaman...


Kami tidak mengandalkan amalan kami, namun yang kami mengharapkan adalah Redha dan Syafa`at KekasihMU, Baginda Nabi kami Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم, yang kami mengharapkan adalah Redha dan KeampunanMU wahai ALLAH, agar kami Di`itiraf sebagai Ummat Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم di dunia dan Akhirat, agar kami Di`itiraf sebagai hambaMU di dunia dan Akhirat, wahai ALLAH...


Inilah doa kami dan DariMU `Ijabah, inilah semua kemampuan kami dariMU dan KeatasMU kami bertawakkal, wahai ALLAH. Sesungguhnya kami adalah MilikMU dan KepadaMU jualah tempat kami kembali. Tiada daya dan upaya kecuali dengan PertolonganMU wahai ALLAH, wahai yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Dengan RahmatMU wahai yang Pengasih lagi Penyayang dari semua pemilik sifat kasih sayang, wahai yang Pengasih lagi Penyayang dari semua pemilik sifat kasih sayang, wahai yang Pengasih lagi Penyayang dari semua pemilik sifat kasih sayang dengan Kemuliaan dan Keberkahan Junjungan kami, Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم, Kekasih yang dikasihi... lagi dirindui...



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Related Posts with Thumbnails