بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده
اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi
اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar
الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته
"Lelahkanlah dirimu dengan amaliah...
Sesungguhnya istirehatnya seorang Muslim adalah di Syurga kelak."
^ Taushiyah Sayyidina `Ali ibn Abi Thalib كرم الله وجهه
_______๑۩۞۩๑_______
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده
اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi
اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar
الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته
"Lelahkanlah dirimu dengan amaliah...
Sesungguhnya istirehatnya seorang Muslim adalah di Syurga kelak."
^ Taushiyah Sayyidina `Ali ibn Abi Thalib كرم الله وجهه
_______๑۩۞۩๑_______
Sabda RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم :
"Sebaik-baik kamu orang yang panjang umurnya dan baik amalannya."
Setiap panjang umur itu dihabiskan dalam taat dan bakti kepada ALLAH تعالى, maka kebajikan-kebajikan akan bertambah dan darjat pun akan meningkat tinggi. Sebaliknya, jika panjang umur itu dihabiskan kepada maksiat dan menderhakai ALLAH تعالى, maka yang demikian itu adalah bala` dan kecelakaan, kerna ia akan menambah kejahatan dan memperbanyakkan dosa.
Siapa yang mendakwa suka panjang umur di dunia untuk memperbanyakkan amal shalih yang boleh mendekatkan diri kepada ALLAH تعالى, lalu ia benar dalam dakwaannya; setiap hari ia mengerjakan amal dan bakti dan berkecimpung di dalamnya, serta menjauhkan diri dari urusan dunia yang boleh menghalangnya dari beramal, maka terhitunglah ia sebagai seorang yang benar.
Sebaliknya, jika ia malas dan selalu mengabaikan segala amal shalih, maka jelaslah ia terhitung seorang yang dusta, yang mendakwa sesuatu tanpa ada faedah. Sebab seseorang yang cintakan sesuatu perkara, tentulah ia akan mengambil berat dengan perkara itu. Ia khuatir kalau perkara itu akan terlepas dari tangannya, ataupun ia akan terhalang dari perkara yang dicintainya itu. Lebih-lebih lagi amal shalih itu tidak boleh dikerjakan, melainkan di dunia sahja, kerna di Negeri Akhirat, tidak boleh mengerjakannya lagi, kerna Negeri Akhirat itu adalah tempat balasan, bukan tempat amalan.
Ingatlah perkara ini, wahai anda yang budiman, mudah-mudahan nasihat ini akan memberi manfaat kepadamu. Pohonkanlah Pertolongan dari ALLAH تعالى dalam menjalani amal yang shalih dengan penuh tekun dan sabar. Berusaha dan bersungguh-sungguhlah mengerjakannya. Mulakanlah beramal shalih dari sekarang sebelum terlambat. Gunakanlah peluang hidup ini sebelum ajal datang dengan mengejut. Sebab anda sentiasa terdedah oleh malapetaka dan bencana, dan pada bila-bila masa sahja anda boleh terperangkap dalam pelukan maut. Modal untuk membolehkan anda membeli kebahagiaan yang abadi dari ALLAH تعالى ialah umur anda. Waspadalah, jangan sampai anda membelanjakan masa anda, hari anda, saat anda dan nafas anda pada sesuatu yang tidak berguna dan tidak bermanfaat, kelak anda akan menyesal dan berdukacita sesudah mati. Ketika itu barulah anda sedar, bahwa anda telah mensia-siakan umur anda di masa hidup di dunia dahulu.
Adalah diriwayatkan, bahwasanya di Akhirat kelak, setiap manusia akan ditunjukkan amal hari-harinya, dari waktu siang hingga waktu malam dalam bentuk peti-peti, sehari semalam sebanyak dua puluh empat peti, setiap satu jam satu peti. Maka ia akan melihat masa yang telah ia habiskan dengan taat kepada ALLAH تعالى dalam peti-peti yang dipenuhi dengan cahaya. Dan masa yang telah ia habiskan dengan maksiat pula dalam peti-peti yang dipenuhi oleh gelap-gulita. Manakala masa yang disesiakan tanpa apa-apa amal yang baik atau yang jahat didapati peti-petinya kosong, tiada berisi apa-apa pun. Maka merasa kesallah ia ketika melihat peti-peti yang kosong itu. Mengapat tidak ia terisi dengan ketaatan supaya ia dipenuhi oleh cahaya.
Adapun peti-peti yang dipenuhi oleh gelap-gulita disebabkan perbuatan maksiat di dunia dahulu, sekiranya boleh ditakdirkan ia mati ketika melihatnya, lantaran dukacita dan rasa kesal yang tidak kesudahan itu, nescaya ia akan memilih mati sahja. Tetapi malangnya di Akhirat tidak ada mati lagi. Yang ada ialah balasan Tuhan yang Maha Adil. Siapa yang beramal shalih dan sentiasa taat kepada ALLAH تعالى, berbahagialah hidupnya dalam keadaan ria dan gembira sepanjang waktu. Setiap hari berlalu, semakin bertambah ria dan gembiranya. Dan siapa yang berbuat dosa dan sentiasa dalam maksiat, akan kecewalah hidupnya dalam keadaan susah dan dukacita, semakin hari semakin bertambah susah dan dukacitanya, sehingga tiada kesudahan lagi.
Wahai anda yang budiman! Pilihlah mana yang berguna dan yang mendatangkan manfaat bagi dirimu, selagi anda masih dapat memilih. Mudah-mudahan ALLAH Merahmatimu dan Meningkatkan darjatmu! Sebab jika anda sudah mati, anda tidak akan dapat memilih lagi ketika itu." - Dari kitab "Nasihat Agama Dan Wasiat Iman" karangan al-Imam al-Qutub al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad dengan terjemahan oleh al-Habib Ahmad ibn Muhammad Semait رضي الله تعالى عنهم
"Ya ALLAH, Karunialah aku Kesempurnaan dalam melaksanakan
ajaran Nabi صلى الله عليه وسلم; dhahir maupun bathin, dalam keadaan sehat
dan selamat, dengan RahmatMU, wahai Zat Yang Maha Pengasih."
^ Doa yang dinisbahkan kepada al-Imam al-Qutub al-Irsyad al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi ibn Muhammad al-Haddad رحمه الله تعالى
اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور
ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب
ajaran Nabi صلى الله عليه وسلم; dhahir maupun bathin, dalam keadaan sehat
dan selamat, dengan RahmatMU, wahai Zat Yang Maha Pengasih."
^ Doa yang dinisbahkan kepada al-Imam al-Qutub al-Irsyad al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi ibn Muhammad al-Haddad رحمه الله تعالى
اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور
ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب