بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم
اللهم بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم
في العالمين إنك حميد مجيد
- Selawat Ibrahimiyyah
اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar
الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم
اللهم بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم
في العالمين إنك حميد مجيد
- Selawat Ibrahimiyyah
اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar
الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته
"Dibulan Rajab yang Dimuliakan ALLAH, yang mana Rasul ShalALLAHu`alaihi wasalam memuliakan bulan ini, iaitu salah satu dari bulan Haram. Bulan Haram yang Dimuliakan ALLAH iaitu dari empat bulan selain bulan Ramadhan, iaitu Dzulqa`idah, Dzulhijjah, Muharram dan Rajab.
Dijelaskan di dalam Hadiths yang Shahih, bahawa disunnahkan memperbanyak puasa di bulan-bulan Haram. Dan sebahagian orang mengatakan, puasa dibulan Rajab itu tidak disunnahkan kerna hadithsnya dhoif. Namun, berkata Hujjatul Islam wa Barakatul Anam al-Imam an-Nawawi `alaihi RahmatuLlah, di dalam "Syarah Nawawi `ala Shahih Muslim", bahawa dengan riwayat Shahih dukungan yang jelas, bahawa Rasul berpuasa di bulan Haram, dan bulan Rajab adalah bahagian dari bulan Haram, maka telah jelas bahawa puasa di bulan Rajab merupakan Sunnah Mu`akkadah, yang sering diperbuat oleh Sayyidina Muhammad ShalALLAHu`alaihi wasalam wa Baraka `Alaih. Perbanyak puasa di bulan-bulan Haram adalah sunnah RasuluLlah ShalALLAHu`alaihi wasalam, dan semampu kita, jika kita tidak mampu mengamalkannya, paling tidak kita mengetahuinya bahawa hal itu sunnah Muhammad RasuluLlah ShalALLAHu`alaihi wasalam wa Baraka `Alaih.
Dan disunnahkan pula padanya memperbanyak doa, kerna di bulan Rajab ini adalah bulan ulang tahunnya Shalat. Ini adalah bulan dimana ALLAH Subhana wa Ta`ala Mengangkat Sang Nabi menuju Keluhuran Mi`raj, yang Mi`rajnya, kejadiannya cuma beberapa detik, namun Keberkahan dan Keluhurannya berlanjut kekal dan abadi, kepada seluruh Ummat beliau membawa rahasia kemuliaan Shalat, kemuliaan sujud, kemuliaan doa dan dzikr didalam Shalat yang berpadu padanya hampir seluruh macam dzikr dan `ibadah iaitu padanya tahmid, padanya tahlil, padanya tasbih, padanya istighfar, padanya doa, padanya sujud, padanya ruku`, padanya sedemikian banyak lagi, Selawat kepada Nabi ShalALLAHu`alaihi wasalam, padanya al-Qur`anul Kareem, dan padanya sedemikian banyak rahasia keluhuran `ibadah berpadu di dalam Shalat itu, yang kesemuanya Dipadukan oleh ALLAH Subhana wa Ta`ala untukku dan kalian, dan seluruh keluarga besar Ummat Sayyidina Muhammad hingga akhir zaman, ShalALLAHu`alaihi wasalam wa Baraka `Alaih wa `ala Alih.
Jangan lewatkan bulan Rajab ini, jiwa kita masih belum bertaubat kepada ALLAH, masih belum meminta kepada ALLAH untuk dibenahi hal-hal yang hina dalam diri kita dan jadikanlah Rajab ini meninggalkan kita dengan membawa segenap dosa dan kesalahan kita dengan doa dan munajat dan juga perbanyak doa agar dengan lewatnya bulan Rajab ini, lewat pula segala kesulitan dan permasalahan kita dunia dan akhirat. Beruntunglah mereka yang memperbanyak doa dan munajat kehadirat ALLAH, seraya berdoa "Wahai Rabbiy, jangan lewatkan Rajab ini terkecuali KAU jadikan Sya`ban merupakan matahari kebahagiaan bagi kami sepanjang hidup hingga kami wafat hingga kami MenghadapMU."
Kita bermunajat kepada ALLAH Subhana wa Ta'ala, Benahi jiwa kami Rabbiy, Terbitkan kebahagiaan dan keberkahan bulan Rajab ini, pastikan kami dalam keluhuran dan tidak keluar dari bulan Rajab terkecuali dalam cahaya Pengampunan, tidak keluar dari bulan Rajab ini terkecuali dalam keindahan, keredhaan, kesucian, kemuliaan, keluhuran. Wahai Yang Maha Bercahaya menerangi jiwa dan sanubari kami ini, wahai Yang Maha Menerangi alam semesta dengan keindahan, wahai Yang Maha Menerangi kehidupan dengan kebahagiaan, kami menyebut NamaMU Yang Maha Indah dan Bercahaya Abadi agar KAU Terangi hari- hari kami dengan kebahagiaan yang abadi, KAU Damaikan jiwa kami dengan Cahaya KeagunganMU, KAU Sejukkan sanubari kami dengan Cahaya KeindahanMU."
— Himpunan Wasiat Sulthanul Qulub Habibana Munzir bin Fuad bin 'Abdurahman bin 'Ali al-Musawa 'Alaihi RahmatuLlah.
______________~•♥•~_____________
رب اغفر لي وارحمني وتب علي
"Ya Tuhanku, Ampunilah aku, Rahmatilah aku dan Terimalah taubatku."
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
"Ya ALLAH, Berkatilah kami dalam bulan Rajab dan Sya`ban
dan Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan."
______________~•♥•~_____________
Namun sebelum itu, insya'ALLAH, esok hari Rabu 30/04, apabila masuk waktu Maghrib maka sampailah kita pada malam Khamis yg mana jatuh pada malam pertama bulan Rajab, maka Habibana Munzir bin Fuad al-Musawa 'Alaihi RahmatuLlah, juga pernah berwasiat :
"Berkata Imam Syafi'i 'Alaihi RahimahuLlah : "Doa mustajab adalah pada 5 malam, yaitu malam Jum'at, malam 'Idul Adha, malam 'Idul Fitri, malam pertama bulan Rajab, dan malam Nisfu Sya'ban" (Sunan al-Kubra Imam Baihaqiy juz 3 hal 319).
Dengan fatwa ini maka kita MEMPERBANYAK DOA di malam itu."
إلهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي
أعطني محبتك ومعرفتك يا الله
وحسبنا الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير
اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور
جزى الله عنا سيدنا محمداً
صلى الله عليه وآله وسلم ما هو أهله
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين
أعطني محبتك ومعرفتك يا الله
وحسبنا الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير
اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور
جزى الله عنا سيدنا محمداً
صلى الله عليه وآله وسلم ما هو أهله
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين