Monday, March 8, 2010

Mengapa Engkau Begitu Sedih, Wahai RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم?



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل صلاة كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد
الذى تنحل به العقد وتنفرج به الكرب وتقضى به الحوائج
تنال به الرغائب وحسن الخواتم وسيتشقى الغمام بوجهه الكريم
وعلى آله وصحبه فى كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك
- Selawat at-Tafrijiyyah / Selawat an-Nariyyah / Selawat Kamilah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





Abu Hurairah رضي الله تعالى عنه meriwayatkan : "Setelah Isya` aku bersama `Umar ibn Khathab رضي الله تعالى عنه pergi ke rumah Abu Bakar as-Shiddiq رضي الله تعالى عنه untuk suatu keperluan. Sewaktu melawati pintu rumah RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم, kami mendengar suara rintihan. Kami pun terhenyak lalu berhenti sejenak. Kami dengar beliau menangis dan meratap.


"Ahh.. andaikan saja aku dapat hidup terus untuk melihat apa yang diperbuat oleh ummatku terhadap shalat. Ahh.. aku sungguh menyesali ummatku."


"Wahai Abu Hurairah, mari kita ketuk pintu ini," kata `Umar رضي الله تعالى عنه.


`Umar kemudian mengetuk pintu.


"Siapa?," tanya `Aisyah رضي الله تعالى عنها


"Aku bersama Abu Hurairah."


Kami meminta izin untuk masuk dan ia mengizinkan nya. Setelah masuk, kami lihat RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم sedang bersujud dan menangis sedih, beliau berkata dalam sujud nya :

"Duhai Tuhanku, Engkau adalah Waliku bagi ummatku, maka perlakukan mereka sesuai SifatMU (Maha Pengasih) dan jangan perlakukan mereka sesuai perbuatan mereka." **


"Ya RasuluLlah, ayah dan ibuku menjadi tebusanmu. Apa gerangan yang terjadi, mengapa engkau begitu sedih?"


"Wahai `Umar, dalam perjalananku ke rumah `Aisyah sehabis mengerjakan shalat di Masjid, Jibril عليه السلام mendatangiku dan berkata, "Wahai Muhammad, ALLAH yang Maha Benar Mengucapkan Salam kepadamu," kemudia ia berkata, "Bacalah!"



"Apa yang harus kubaca?"


"Bacalah :
"Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan shalat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan." - Surah Maryam ayat 59





"Wahai Jibril, apakah sepeninggalku nanti ummatku akan mengabaikan shalat?"


"Benar, wahai Muhammad, kelak di akhir zaman akan datang sekelompok manusia dari ummatmu yang mengabaikan shalat, mengakhirkan shalat hingga keluar dari waktunya, dan memperturutkan hawa nafsu. Bagi mereka satu dinar lebih berharga daripada shalat."



Hadiths ini juga diriwayatkan oleh Ibnu `Umar رضي الله تعالى عنه." - Dari kitab "Shalat Para Wali", himpunan karangan Habib Hasan ibn Shaleh al-Bahr al-Jufri رحمة الله تعالى عليه dengan terjemahan oleh Ustaz Novel Muhammad al-`Aydrus حفظه الله تعالى. ** ALLAHu ALLAH, perhatikanlah doa ini... صلوا على النبي


___________________


Diantara kalam nasihat beliau; Habib Hasan bin Shaleh al-Jufri رحمه الله تعالى :
"Kenikmatan yang disegerakan, kebaikan yang diangankan dan kehidupan yang baik
hanya terdapat dalam ketaatan kepada ALLAH."


"Jika engkau tidak bisa beramal dengan anggota tubuhmu, misal nya : shalat-shalat sunnah, dll, maka engkau masih bisa mengerjakan ketaatan lisan, seperti : dzikr, amar makruf dan nahi mungkar, dll. Dan jika engkau tidak bisa melakukan ketaatan lisan, maka engkau masih bisa mengerjakan ketaatan hati, misal nya : ikhlas, sabar, zuhud, redha, cinta, syukur dll."




اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة
إنك أنت الوهاب برحمتك يا أرحم الراحمين

اللهم اغفر لنا ولوالدينا وللمسلمين والمسلمات
والمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والاموات
برحمتك يا أرحم الراحمين

اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
برحمتك يا أرحم الراحمين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

0 Ulasan:

Related Posts with Thumbnails