Monday, March 15, 2010

Ni`mat Teragung



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد
وعلى آله عدد نعم الله وإفضاله
- Selawat al-In`am


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"Ketahuilah bahwa dengan mengingat ALLAH, maka akan tenang jiwa-jiwa orang yang beriman. Ketahuilah bahwa dengan mengingat ALLAH, tenanglah sanubari dan puncak kegundahan terbesar akan lebur dan sirna menjadi kesejukan dan ketenangan dengan mengingat ALLAH; Maha Raja Tunggal Penguasa jagad raya semesta, Yang Menciptakan seluruh alam dari tiada, Yang akan Menjadikan kehidupan setelah kehidupan, semoga aku dan kalian didalam kebahagiaan dunia dan akhirah, Dilimpahi kebahagiaan oleh Sang Pemilik alam rahim, Sang Pemilik alam dunia, Sang Pemilik alam barzakh, Sang Pemilik alam akhirah, siapakah DIA?


DIAlah Yang Menamakan DiriNYA al-Qariib (Yang Maha Dekat), Dialah Yang Menamakan DiriNYA al-Ghafuur as-Syakuur (Yang Maha Mengampuni dan Maha Berterima-kasih dan Membalas jasa), namun jangan lupa pula bahwa ALLAH adalah al-Malik ad-Dayyaan (Maha Raja Yang berhutang budi seluruh makhluk kepadaNYA), karena kita telah Diberi jasad yang sempurna...


Bisa saja ALLAH Memberikan kepada kita jasad haiwan atau jasad tumbuhan, namun ALLAH Memberikan kepada kita jasad manusia. Segala Puji BagiMU wahai ALLAH, Yang telah Mengelompokkan kami ke dalam ummat Sayyidina Muhammad
صلى الله عليه وآله وسلم; Pembawa kedamaian dan kebahagian dan keluhuran dunia dan akhirah."
- Wasiat Guru Mulia al-Habib Munzir ibn Fuad al-Musawa حفظه الله تعالى






Wahai ALLAH, Limpahkanlah Selawat Penghormatan
Kepada Junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم
Wahai ALLAH, Limpahkanlah Selawat Penghormatan
dan Salam Kesejahteraan Kepada Baginda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم


Wahai ALLAH, Sampaikanlah wasilah perantara kepada Nabi صلى الله عليه وآله وسلم
Wahai ALLAH, Kurniakanlah darjat utama kepada Nabi صلى الله عليه وآله وسلم
Wahai ALLAH, Kurniakan KeredhaanMU kepada para Sahabat Nabi صلى الله عليه وآله وسلم
Wahai ALLAH, Kurniakan KeredhaanMU kepada Keturunan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم


Wahai ALLAH, Kurniakan KeredhaanMU kepada para Guru dan Ulama`
Wahai ALLAH, Kurniakan RahmatMU kepada kedua Ayah Bonda kami
Wahai ALLAH, Sirami kami semua dengan RahmatMU
Wahai ALLAH, Sirami semua kaum Muslimin dengan RahmatMU


Wahai ALLAH, Kurniakan AmpunanMU kepada kaum Muslimin yang berdosa
Wahai ALLAH, Wahai Dzat yang Maha Mendengar permohonan doa kami
Wahai ALLAH, Jangan Engkau Putuskan harapan kami


Wahai ALLAH, Sampaikan hajat kami untuk mengunjungi Nabi صلى الله عليه وآله وسلم
Wahai ALLAH, Sinari kami dengan Cahaya Nabi صلى الله عليه وآله وسلم
Wahai ALLAH, Kami mengharapkan Pemeliharaan dan PengamananMU
Wahai ALLAH, Tempatkanlah kami di dalam SyurgaMU


Wahai ALLAH, Lindungi kami dari azab SiksaMU
Wahai ALLAH, Kurniakan kepada kami Petunjuk dengan Kalimat Penyaksian
Wahai ALLAH, Sirami kami dengan kebahagiaan


Wahai ALLAH, Berikan ganjaran baik kepada mereka yang berbuat kebaikan
Wahai ALLAH, Hindarkan diri kami dari segala macam kesulitan
Wahai ALLAH, Kami akhiri permohonan dengan mengharapkan Pertolongan...




لا إله إلاَّ الله محمد رسول الله صلى الله عليه وسلم
كلمة حق عليها نحيا وعليها نموت وعليها نبعث
إن شاء الله تعالى برحمته و كرمه من الأمنين

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

2 Ulasan:

Assalamualaikum wbt, ya Ukhti,
Saya mmg sudah lama membaca blog enti ttp baru skrg nak cetuskan sedikit pendpt sbg renungan bersama.
Dari Abu Hurairah, beliau telah berkata,`Rasulullah SAW bersabda,`Sunnahku ada dua jenis Sunnah iaitu Sunnah yg wajib (fardhu) dan Sunnah yg bukan wajib. Adapun sunnah yg wajib asalnya dlm KitabAllah Taala, mengambil kandugannya berpetunjuk dan meninggalkannya sesat. Adapun sunnah satu lagi, asalnya bukan dari kitabAllah dimana mengambilnya berpahala dan meninggalkannya tiadalah satu kesalahan` DiRiwayat oleh AtTabrrani dlm kitab "Kembali kpd AlQuran dan Sunnah m/s 73
Dlm Surah AlQasas:85 dan Surah AnNisaa:82 mengenai kewajipan mentaddabur AlQuran supaya kita sentiasa berpegangteguh perintah Allah SWT. Wallahualam

BismiLlah wal HamduliLlah...
Sholatu was-Salamu `ala RasuliLlah wa `ala Alihi wa Shohbihi waman walah...
SalamuLlahu`alaika wa Rahmatuhu wa Barakatuh...

Wahai yang Dimuliakan lagi Dikasihi ALLAH,
Al HamduliLlah, syukran jazilan diatas kesudian Sidi/Sidti menziarahi pondok hamba yang serba kerdil ini, semoga bertambah barakah nya dengan ziarah Sidi/Sidti. ALLAHumma amiin.

Syukran jazilan. Semoga kita tergolong bersama Ahlul Ibadah, Ahlus Sujud, Ahlut Taubah, Ahlud Dzikir, Ahlul Istiqamah, Ahlul Husnul Khatimah, dan semoga kita tergolong juga bersama MuhibburRasul ShalALLAHu `Alaihi wa Alihi wasalam dunia dan Akhirat. Amiin ya ALLAH, ya Mujibassailiin, ya Arhamarrahimiin.

Diatas masa serta ziarah nya hamba ucapkan,
barakALLAHu fik wa jazakALLAHu khairal jaza`.
Fi amanALLAH wALLAHu a`lam bisawab.

Related Posts with Thumbnails