Friday, March 19, 2010

Perhatian!



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



صلى الله على نبينا محمد كلما ذكره الذاكرون
وغفل عن ذكره الغافلون
- Selawat Imam asy-Syafi`i رحمة الله تعالى عليه


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته








"Kalau kita mahu tahu dimana letak diri kita Sisi ALLAH, kita tengok dimana kita meletak ALLAH dalam hati kita. Apakah kita senantiasa mengingatiNYA? Apakah kita senantiasa ingat akan DIA dan berdzikr akan DIA? Maka begitulah juga DIA dengan kita. Seandai nya kita senantiasa lupa akan DIA, bermakna begitulah juga letak nya diri kita; harga diri kita pada SisiNYA.


Jadi, ALLAH سبحانه وتعالى dah bagi Perhatian kepada kita, dalam setiap nafas yang kita keluarkan. Itu perhatian yang Diberi oleh ALLAH kepada kita; `Inayah, Takdir, Perhatian yang Diberi oleh ALLAH kepada kita. Tinggal lagi kita ini bagaimana untuk DIA? Itu kita jawab semua.


Sejauh mana kita mengingatiNYA? Kita tidak akan terlepas daripada Perhatian ALLAH pada setiap nafas. Kamu pula bagaimana; setiap nafas kamu, apakah kamu mengingati akan DIA atau kamu lalai akan DIA?


Oleh kerna itulah, gunakan setiap masa yang Diberi oleh ALLAH سبحانه وتعالى kepada kita untuk mengingatiNYA."
"- al-Fadhil TG Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari حفظه الله تعالى


Gambar : al-Fadhil Tuan Guru Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari حفظه الله تعالى, hadir bersama Hadrah beliau; Ahbabul Musthofa, di Dewan Expo Singapura sempena Majlis Dzikral Maulidur Rasul صلى الله عليه وآله وسلم, pada tanggal 21hb Februari 2010. Gambar ihsan dari Majlis RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم Singapura.



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



اللهم أعنا على ذكرك وشكرك
وحسن عبادتك برحمتك يا أرحم الراحمين
ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة
إنك أنت الوهاب برحمتك يا أرحم الراحمين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

2 Ulasan:

aaah....ini daleem bangeet ukhti....baguus..

ukhti bagaimana caranya biar bisa cinta Allah?

Tanda-tandanya apa ukhti kalau kita udah cinta sama Allah?

Saya sholat, ngaji, dzikir... tapi itu kan karena waktu kecil kebiasaan disuruh orang tua.

sudahkah saya mencintai Allah?
Gimana tahunya ukhti?

Saya tahu saya cinta orangtua, keluarga dan teman-teman..

dan sejak jauh dari orangtua, anehnya jadi sering youtube quran setiapkali kangen orangtua..

atau jadi ibadah..

tapi itu kan karena kangen orangtua..

Kalau cinta kepada Allah gimana kita bisa tahu?

makasi yaaah ukhti..

BismiLlah wal HamduliLlah...
Sholatu was-Salamu `ala RasuliLlah wa `ala Alihi wa Shohbihi waman walah...
SalamuLlahu`alaikum wa Rahmatuhu wa Barakatuh...


Wahai Saudarariku fiLlah yang Dimuliakan lagi Dikasihi ALLAH,
Al HamduliLlah, segala Puji dan Syukur hanya bagiNYA, untukNYA dan kernaNYA.

`Afwan, mengenai soalan Anti, insya`ALLAH, semoga pencerahan ini sedikit sebanyak dapat membantumu :)
Pencerahan dari :

- al-Habib Hasan ibn Shaleh al-Bahr al-Jufri رحمة الله تعالى عليه

- al-Habib Munzir ibn Fuad al-Musawa حفظه الله تعالى

Di atas masa serta ziarah nya hamba ucapkan,
barakALLAHu fiki wa jazakiLlahu khairal jaza`.
Fi amaniLlah wALLAHu a`lam bisawab.

Related Posts with Thumbnails