Monday, July 19, 2010

Penawar Rindu ♥ Pengubat Dahaga



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



صلى الله على نبينا محمد كلما ذكره الذاكرون
وغفل عن ذكره الغافلون
- Selawat al-Imam asy-Syafi`i رحمة الله تعالى عليه


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"Wahai RABB Pencipta Nabi kami Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم,
Hapuskan dosa kami detik ini jua dan Limpahi kami Keluhuran,
dan Singkapkan tabir yang menghalangi dari berjumpa
dengan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dalam tidur dan jaga, amiin."

- Doa munajat Guru Mulia al-Habib Munzir ibn Fuad al-Musawa حفظه الله تعالى



_______๑۩۞۩๑_______




Al HamduliLlah, dengan memujiNYA penuhlah timbangan amal... Kedatangan Hubabah Halimah al-`Aydrus ke Singapura, insya`ALLAH, pada hari Jumaat ini, tanggal 23hb Julai 2010M, teramat sangat kami alu-alukan... nanti-nantikan. Rindu untuk menatap wajahnya dan mereka yang menyertai beliau. Sangat mendahagakan akan nasihat, kalam mutiara dan doa dari beliau... SubhanALLAH... wal HamduliLlah...


Bagi mereka; Muslimat sahja, yang ingin turut serta hadir bersama-sama dengan beliau, himpun bersama-sama dengan beliau, mengambil barakah dan manfaat dari beliau, insya`ALLAH, akan hamba titipkan jadualnya sejurus ini. Tidak dikena bayaran untuk Majlis yang penuh barakah ini dan seandainya perlu, tidak termampu untuk kita membayarnya. Mengapa tidak? Kerna hamba tidak termampu juga untuk menggambarkan, betapa indahnya `tika dapat hadir dan himpun bersama-sama dengan mereka ditaman-taman SyurgaNYA di dunia ini... beserta Curahan Rahmat, Sakinah, MaghfirahNYA... Hanya ALLAH sahja yang Maha Mengetahui PemberianNYA serta Jumlahnya. Hadirlah walaupun hanya sekali, walaupun hanya seketika, insya`ALLAH...



Jumaat, 23hb Julai 2010M
Masjid al-Mukminin - 8.00 malam



Insya`ALLAH, himpunan dari Syarahan Hubabah, antum bisa muat-turun disini. Disamping itu, ingin hamba berkongsi sama, jawapan ataupun nasihat beliau, `tika mana hamba menyoalkan sesuatu kepada beliau didalam pertemuan yang lalu. Bukan soalannya yang ingin hamba kongsikan disini tetapi jawapannya... nasihatnya. ALLAHu ALLAH...



Berkata Hubabah Halimah al-`Aydrus :
"Penting dihatimu ada RasuluLlah dan lebih penting lagi
jika engkau ada dihati Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم...
Penting menjadi orang yang bisa rindu pada RasuluLlah,
namun jauh lebih penting lagi jika engkau jadi orang
yang dirindukan oleh RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم..."




اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Related Posts with Thumbnails