Friday, July 23, 2010

Wahai ALLAH, Hadirkanlah & Himpunkanlah Kami Bersama-Sama Dengannya... ♥



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Anakku...
Bahagiamu letaknya disini
Di hatimu sendiri
Bukan pada indah pemandangan ditatap mata
Bukan pada senandung merdu di dengar telinga
Bukan pada kelembutan yang dapat kau raba
Ia tak bisa dideteksi panca indra


Sebaliknya, anakku...
kala dihatimu bahagia
gurun pasir tak ubah taman berbunga
cacian dan makian serasa senandung belaka
semua yang kau sentuh terasa bak sutera


Bahagiamu dekat saja, nak...
Di hatimu sendiri
Tak perlu kau cari ia
Jauh-jauh disana...







- Karya nan indah Hubabah Halimah al-`Aydrus.
- Himpunan Syarahan Hubabah, antum bisa muat-turun MP3 diSini.



Saudari-saudariku fiLlah yang Dimuliakan lagi Dikasihi ALLAH,
jangan lupa temu janji kita bersama Hubabah pada malam ini;
sebuah Majlis khusus untuk Muslimat sahja...



Jumaat, 23hb Julai 2010M
Masjid al-Mukminin - 8.00 malam

Kelas di tingkat 2 ; berdekatan dengan ruang solat Muslimat.



"Ya ALLAH, Karunialah aku Kesempurnaan
dalam melaksanakan ajaran Nabi صلى الله عليه وآله وسلم;
dhahir maupun bathin, dalam keadaan sehat dan selamat,
dengan RahmatMU, wahai Zat Yang Maha Pengasih."

- Doa yang dinisbahkan kepada al-Imam al-Qutub al-Irsyad al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi ibn Muhammad al-Haddad رحمه الله تعالى



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Related Posts with Thumbnails