Wednesday, July 7, 2010

Pada Hari Jumaat Nanti... - Insya`ALLAH



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته




"Asy-Syeikh `Ali al-Ajhuri رحمه الله تعالى menyebutkan dalam kitabnya "Khulasat al-Athar", bahawa barangsiapa membaca sebanyak 35 kali pada akhir Jumaat di bulan Rejab (09/07/10), sedang Khatib berada diatas Mimbar, nescaya rezekinya tidak akan putus sepanjang tahun*. *Asy-Syeikh `Abd al-Hamid Quds رحمه الله تعالى "Kanz al-Najah wa al-Surur", m.s 52.


Bacaannya adalah :
أحمد رسول الله محمد رسول الله


Sebaik-baik waktu membacanya adalah apabila Khatib sedang duduk antara dua khutbah kerna banyak riwayat yang mengatakan pada saat inilah doa dimustajabkan pada hari Jumaat. Amalan ini diamalkan oleh banyak para Ulama` dan Shalihin di merata dunia dan insya`ALLAH mujarrab."



- Dari kitab "Kelebihan Bulan Rejab - Keutamaan dan Amalan"
karangan al-Mukarram al-Habib Hasan ibn Muhammad al-`Attas حفظه الله تعالى




اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

5 Ulasan:

Salam.

Seseorang hamba yang berkira-kira berapa kali ia berzikir mengingat Tuhannya, maka sesungguhnya dia seorang yang kedekut. Dan Tuhan Yang Maha Menghitung juga berkira-kira pintu mana yang layak untuk dia masuk.

Seseorang yang tidak pernah berkira-kira tetapi melakukannya dengan sepenuh ikhlas sehingga tidak terkira-kira maka Tuhan juga tidak berkira-kira dengannya lalu dibukakan kesemua pintu untuk dia masuk.

BismiLlah wal HamduliLlah...
Sholatu was-Salamu `ala RasuliLlah wa `ala Alihi wa Shohbihi waman walah...
SalamuLlahu`alaikum wa Rahmatuhu wa Barakatuh...

Wahai Saudararaku fiLlah yang Dimuliakan lagi Dikasihi ALLAH,
Al HamduliLlah, syukran jazilan diatas kesudian Anta menziarahi pondok hamba yang serba kerdil ini, semoga bertambah barakahnya dengan ziarah Anta. Amiin ALLAHumma amiin.

Al HamduliLlah, justru ALLAH سبحانه وتعالى Memesan kita untuk mengingatNYA dengan tetap; dimana sahja dan pada bila-bila masa.

SubhanALLAH yang telah Menjadikan masa untuk kita beribadah dan sekaligus untuk mengingatNYA, namun... sudah pasti ada masa-masa dan termasuk juga hari-hari yang tertentu, mustajab dalam berdoa seperti pada masa hujan turun, sepertiga malam terakhir, pada masa antara adzan dan iqamah, malam pertama di bulan Rejab, hari Jumaat dll.

Manakala bilangan yang dianjurkan untuk kita membaca pada masa-masa tertentu itu, sudah pastinya punyai hikmah dan rahsia yang tertentu juga.

Contohnya, membaca "بسم الله الرحمن الرحيم" satu kali membawa keberkahan, tiga kali insya`ALLAH menyembuhkan penyakit, sembilan belas kali apabila bertemu seseorang yang pemarah insya`ALLAH akan melembutkan kemarahannya, dua puluh satu kali apabila hendak tidur insya`ALLAH akan menjadi pendinding pada masa tidurnya, demikian selanjutnya.

Mereka yang menganjurkan ini bukan calang-calang orang رحمة الله تعالى عليهم أجمعين; mereka adalah hamba-hamba yang istimewa disisi ALLAH, yang dekat dengan ALLAH, mereka yang suci hatinya, mereka yang dikurniakan `ilmu dan hikmah oleh ALLAH... mereka bukan sekadar menganjurkan sahja malah mereka sendiri mengamalkannya kerna ia berkesan dan mujarrab dengan izin ALLAH.

Junjungan Mulia kita, Nabi Muhammad RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم, mengajarkan kita untuk membaca "أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق" tiga kali setiap pagi ataupun petang, nescaya tiada apa-apa malapetaka akan tertimpa keatas diri kita.

Demikian pula pesan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم kepada Puterinya Sayyidatina Fatimah az-Zahrah رضي الله تعالى عنها apabila hendak tidur untuk berdzikr "سبحان الله" tiga puluh tiga kali, "الحمد لله" tiga puluh tiga kali, "الله أكبر" tiga puluh tiga kali dan mengenapkan bilangannya menjadi seratus kali dzikr dengan membaca "لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو على كل شيء قدير", maka dia akan bangun dengan segar pada keesokkan harinya tanpa rasa letih dan mengantuk.

Dan sudah tentu kita semua maklum, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم tidak berbicaa atas dasar hawa nafsu melainkan dari wahyu, wahyu dari ALLAH سبحانه وتعالى.

Sebenarnya kita mempunyai pilihan; dalam situasi ini, samada untuk mengamalkannya ataupun tidak sama sekali, ataupun mengamalkannya dengan bilangan yang berbeza, namun... jangan kita menghalang atau mencerca mereka yang mengamalkannya.

Justru, apakah apabila kita mengingatNYA dengan bilangan tertentu; dalam situasi ini, kita dianggap kikir dalam mengingatNYA? Sudah tentu tidak kerna kita mempunyai sebab dan dalil. Apa yang lebih penting, kita tetap dalam mengingatNYA dalam apa jua keadaan sekalipun, dan merugilah mereka yang lalai dari mengingatNYA...

Semoga ALLAH سبحانه وتعالى Membantu kita semua. Amiin ya ALLAH, ya Mujibassailin, ya Arhamarrahimin...

Di atas masa serta ziarah nya hamba ucapkan,
barakALLAHu fik wa jazakALLAHu khairal jaza`.
Fi amanALLAH wALLAHu a`lam bisawab.

Salam [Yang dimuliakan-NYA tuan ukhti27]

Maksud dari firman-NYA,

“Hai orang-orang yang beriman, zikruLLAH, dengan zikir yang sebanyak-banyaknya.” (QS.Al-Ahzab 33:41)

Kepada segolongan umat kebanyakan yang tidak mampu mengingati ALLAH (zikruLLAH) setiap masa atas sebab kesibukan, maka Nabiy'uLLAH Muhammad AbduHU wa Rasul'iLLAH tidak mahu membebankan umatnya dengan zikruLLAH tanpa henti, maka disarankan 3X atau 33X atau 99X atau 313X atau 939X. Begitu juga lama sujud baginda di rumah tak sama dengan lama sujud baginda di masjid.

Kepada yang mampu berzikruLLAH dengan lebih, maka ingatlah ALLAH dalam setiap kedip, setiap nafas, setiap degup...setiap denyut nadi. Nescaya 1)matinya dalam tauhid, 2) terhindar dari hasutan syaitan-setan-jin, 3)sentiasa berlapang dada, 4)sentiasa dipermudahkan segala urusan, 5)semua musuh tunduk kepadanya dan 6)yang paling penting: ALLAH juga kasih kepadanya setiap detik.

Mana lebih baik, setiap detik atau 33 kali atau 3 kali? Semoga tuan dilimpahi Rahmat dari ALLAHu-al-MALIK-ur-RAHMAN.

wasallam.

BismiLlah wal HamduliLlah wa laa haula wa laa quwwata illaa biLlahil `aliyil `Adzhim...
Sholatu was-Salamu `ala RasuliLlah wa `ala Alihi wa Shohbihi waman walah...
SalamuLlahu`alaikum wa Rahmatuhu wa Barakatuh...

Maha Benar ALLAH yang Maha Agung dengan segala FirmanNYA...

Wahai Saudaraku fiLlah yang Dimuliakan lagi Dikasihi ALLAH,
Soalanmu : "Mana lebih baik, setiap detik atau 33 kali atau 3 kali?"

Jawapan : Telah hamba terangkan di ruang komentar sebelum ini.

- Tentunya dalam setiap detik dengan izin ALLAH. Namun dalam beberapa situasi, bilangan yang dianjurkan untuk kita membaca kalimah dzikr itu mengandungi hikmah dan rahsia yang tertentu juga, demikian juga kalimah dzikrnya.

Mereka yang menganjurkannya adalah hamba-hamba ALLAH yang terpilih. Maka kita punya pilihan, tafadhdhal untuk mengamalkannya dan tafadhdhal untuk tidak mengamalkannya.

Sebagai contoh diantara lain, barangsiapa yang mengamalkan Ratib al-Haddad, Ratib al-Attas, Ratib al-`Aydrus, wirdul Latif dll, pasti akan memahaminya.

Ia mengandungi hadiths-hadiths yang shahih dari Baginda RasuluLlah ShalALLAHu`alaihi wa Alaihi wasalam, untuk membaca ayat (kalamuLlah) dan kalimah dzikr tertentu dengan bilang yang tertentu juga; tiada lain melainkan tersirat hikmah dan rahsia disebaliknya. Tafadhdhal untuk membaca syarahnya.

`Afwan, apa yang belum kita ketahui mahupun ketemui, tidak semestinya ianya tiada.

`Ilmu pengetahuan itu terbentang luas, maka marilah kita sama-sama teruskan belajar dan mencari mutiara-mutiara itu dari Guru-guru yang ikhlas hatinya; Guru-guru yang mengamalkan apa yang mereka ajarkan kepada kita.

Mintalah dan mengadulah kepada Sang Pemilik `Ilmu, Guru dan diri kita semua, ALLAH `Azzawajalla. Semoga Taufiq, Hidayah dan `InayahNYA Tercurah keatas diri kita senantiasa. Amiin ALLAHumma amiin.

`Afwan, ukhti adalah dari kaum Hawa, bukan sebaliknya. Harap maklum seadanya.

Di atas masa serta ziarah nya hamba ucapkan,
barakALLAHu fik wa jazakALLAHu khairal jaza`.
Fi amanALLAH wALLAHu a`lam bisawab.

BismiLlah wal HamduliLlah...
Sholatu was-Salamu `ala RasuliLlah wa `ala Alihi wa Shohbihi waman walah...
SalamuLlahu`alaikum wa Rahmatuhu wa Barakatuh...


Maha Benar ALLAH yang Maha Agung dengan segala FirmanNYA...

Wahai Saudararaku fiLlah yang Dimuliakan lagi Dikasihi ALLAH,
InnaliLlah, `afwan, hamba tidak akan memaparkan komentar-komentarmu, ingatlah akan pesan Baginda ShalALLAHu`alaihi wa Alaihi wasalam (HR Thabarani RahimahuLlah), "Sesungguhnya paling baiknya sesuatu yang baik adalah akhlaq yang baik."

Semoga ALLAH `Azzawajalla Membantu kita untuk kita berbaiki akhlaq kita, dalam berbicara, perbuatan dll. Amiin ALLAHumma amiin.

Ahmad RasuluLlah, Muhammad RasuluLlah.
Ahmad Utusan ALLAH, Muhammad Utusan ALLAH.

Dengan jelasnya, ia bukanlah Kalimah Tauhid ataupun "Dua Kalimah Separuh" yang Sidi maksudkan. Ia merupakan ucapan penghormatan kepada Baginda RasuluLlah ShalALLAHu`alaihi wa Alaihi wasalam, sekaligus kita mengambil berkah dan bertawassul (mengambil perantara antara kita dengan ALLAH) dengan RasuluLlah ShalALLAHu`alaihi wa Alaihi wasalam. Selain Ahmad, Baginda RasuluLlah ShalALLAHu`alaihi wa Alaihi wasalam, juga dipanggil Thaha, Yasin, Musthofa, Muzzammil, Mudzakkir dll. Tiada yang pelik tentang Kalimah ini. ALLAHu ALLAH...

Bukankah ALLAH `Azzawajalla yang telah Memesan kita untuk bertawassul (Q5:35)? Dan Baginda RasuluLlah ShalALLAHu`alaihi wa Alaihi wasalam adalah sebaik-baik perantara. Bukankah ALLAH `Azzawajalla sendiri telah Memuji (Q68:4) dan Memberi penghormatan (Q33:56) kepada Baginda RasuluLlah ShalALLAHu`alaihi wa Alaihi wasalam? Bukankah RasuluLlah ShalALLAHu`alaihi wa Alaihi wasalam itu Rahmat (Q21:107) bagi sekalian alam? Bukankah perkara yang baik itu, walaupun tidak pernah dilakukan oleh Baginda RasuluLlah ShalALLAHu`alaihi wa Alaihi wasalam lantas para Sahabat Radhi`ALLAHu`anhum ajma`in, Dibenarkan ALLAH `Azzawajalla (Q16:90) untuk kita melakukannya? Jawapannya jelas termaktub di dalam kitab suci al-Quran.

Bukankah RasuluLlah ShalALLAHu`alaihi wa Alaihi wasalam (HR Muslim RahimahuLlah) telah membenarkan ummat Baginda untuk melakukan perkara yang baru yang baik dalam Islam, maka baginya pahalanya dan pahala orang yang mengikutinya dan tak berkurang sedikit pun dari pahalanya, dan barangsiapa membuat buat hal baru yang buruk dalam islam, maka baginya dosanya dan dosa orang yang mengikutinya?

Maka, wahai Sidi, apa yang ingin hamba sampaikan adalah bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah, tiada siapa yang mahu berpaling darinya. Semoga ALLAH `Azzawajalla Melindungi kita semua.

Justru, berlapang dadalah wahai Sidi. Silakan untuk tidak mengamalkannya, dan jangan menghalang kami yang ingin untuk mengamalkannya. Berhati-hatilah, jangan sampai pula kita menghina para Ulama` kerna ilmu yang mereka miliki dari Pemberian ALLAH `Azzawajalla. Yang Haq tetap Haq, tiada akan sama dengan yang bathil. Ini adalah ikhtiar kita dan kesudahannya adalah Milik ALLAH `Azzawajalla jua.

Hamba tidak mahu perbahasan ini berterusan kerna telah jelas apa yang ingin hamba sampaikan. Jika Sidi mahu juga teruskan berbahas, tafadhdhal, tetapi bukan disini tempatnya.

Hamba hanya menyampaikan apa yang hamba belajar, tahu dan amalkan. Hamba sedar diri hamba banyak kekurangan. Semoga ALLAH `Azzawajalla Mengampuni dan Memberikan kita semua Taufiq, Hidayah dan `InayahNYA setiap masa dan kejap. Amiin ALLAHumma amiin.

Di atas masa serta ziarah nya hamba ucapkan,
barakALLAHu fik wa jazakALLAHu khairal jaza`.
Fi amanALLAH wALLAHu a`lam bisawab.

Related Posts with Thumbnails