Monday, July 12, 2010

Repost : Bulan Sya`ban | شهر شعبان



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على نور الأنور وسر الأسرار وترياق الأغيار
ومفتاح باب اليسار سيدنا و مولانا محمد المختار
وآله الأطهار وأصحابه الأخيار عدد نعم الله وأفضاله

- Selawat asy-Syeikh Ahmad al-Badawi / Selawat Nur / Selawat Anwaar dan Asror


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Al HamduliLlah, Segala Puja dan Puji dirafa`kan kehadratNYA ALLAH سبحانه وتعالى kerna dengan KeizinanNYA telah mempertemukan kita, hamba-hambaNYA dengan bulan Sya`ban; bulan yang Mulia, penuh dengan Rahmat dan Barakah.


Bulan Sya`ban ini membawa peristiwa besar ke atas Junjungan kita, Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Diantaranya adalah peristiwa terbelahnya bulan yang sebagaimana tersebut dalam al-Quran di surah al-Qamar ayat 1, turunnya Ayat Perintah untuk berselawat sebagaimana yang tersebut di surah al-Ahzaab ayat 56 dan juga Perintah ALLAH تعالى untuk menukar kiblat dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram, hal ini diterangkan dalam al-Quran di surah al-Baqarah ayat 144.


Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan amalan-amalan yang Diredhai dan Dicintai olehNYA serta RasulNYA صلى الله عليه وآله وسلم seperti dzikr, doa, istighfar, mengerjakan solat-solat sunnat (solat yang fardhu ditinggalkan jangan), membaca al-Quran (termasuk amalan para Ulama` serta Shalihin dimalam Nisfu Sya`ban untuk membaca surah Yaasin tiga kali dengan setiap bacaan disertai permohonan), puasa (sebagaimana sabdaan RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم : "Inilah bulan dimana amal dinaikkan kehadapan ALLAH Rabbul `Alamin dan aku suka apabila diangkatkan amalanku dan aku sedang berpuasa." - Hadiths riwayat `Abu Daud dan an-Nasa`i ) dan juga selawat (sebagaimana sabdaan RasulALLAH صلى الله عليه وآله وسلم : "Berselawatlah kamu kepadaku, kerna itu menjadi zakat [penghening jiwa pembersih dosa] untukmu."- Hadiths riwayat Ibnu Murdaweh رحمة الله تعالى عليهم أجمعين)


Disamping itu, puasa Ramadhan yang tertinggal pada tahun lalu wajib diqadha`. Dan bulan Sya`ban ini adalah masa atau peluang terakhir untuk kita mengqadha` puasa wajib itu. Bagi sesiapa yang masih belum mengqadha` puasa Ramadhan tahun lalu, eloklah mengambil kesempatan mengqadha` nya pada bulan Sya`ban ini. Marilah sama-sama kita pastikan kita telah mengqadha`kan puasa kita. Ingatkanlah pula ahli keluarga kita juga untuk melaksanakannya jika mereka lupa untuk melakukannya dengan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.


Sumber : Kitab "Nisfu Syaaban - Kelebihan dan Amalan" karangan al-Mukarram al-Habib Hasan ibn Muhammad al-`Attas, khutbah Jumaat ihsan MUIS dan multiply al-Fadhil Ustaz Raja Ahmad Mukhlis حفظهم الله تعالى.



اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
اللهم اغفر لي ولوالدي وللمسلمين والمسلمات
والمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والاموات
اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
برحمتك يا أرحم الراحمين



وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Related Posts with Thumbnails