Monday, July 26, 2010

Rakaman Khas : Taushiyah Hubabah Halimah al-`Aydrus ~ Mesti Dengar !



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد
وعلى آله عدد نعم الله وإفضاله
- Selawat al-In`am


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته







Hubabah Halimah al-`Aydrus berkata :

"Orang yang tidak bisa mendapatkan air satu gelas dimusim penghujan,
Akankah dia bisa mendapatkan air dimusim kemarau?
Kemana sahja ni orang...?

Seperti itu jugalah jika ada seseorang tidak mendapatkan
Rahmat ALLAH سبحانه وتعالى dibulan Ramadhan,
Jangan pernah berharap Rahmat ALLAH dibulan-bulan yang lain...
Kerna ini adalah bulan selama 30 hari penuh,
turun cucuran hujan Rahmat dari ALLAH سبحانه وتعالى"







Al HamduliLlah, dengan memujiNYA penuhlah timbangan amal. Kepada mereka yang telah menjayakan Majlis yang penuh barakah ini, secara langsung mahupun tidak, yang sudi mendoakan dll, diatas segala usaha, kebaikan serta niat yang murni ini, semoga ALLAH سبحانه وتعالى Menerima, Meredhai dan Melipat-Gandakan Pahala serta Ganjarannya sebanyak-banyaknya. Semoga ia menjadi sebuah hadiah yang mengembirakan RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم. Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, ya Qarib, ya Mujib, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram wa bi jaahi Sayyidina Muhammadinil Habibil Mahbub صلى الله عليه وآله وسلم.



Di Masjid al-Mukminin


- Apakah langkah² yang seharusnya kita ambil untuk menghadapi
bulan Suci Ramadhan yang insya`ALLAH, bakal tiba nanti?

- Terdapat 4 golongan yang tidak akan mendapatkan Rahmat dari
ALLAH سبحانه وتعالى di dalam bulan Suci Ramadhan, siapakah mereka itu?



Untuk muat-turun - sila klik diSini ~ Full Version


Untuk sebarang maklumat atau ingin mengirimkan sebarang pertanyaan,
sila hantarkan ke alamat emel : alwafa[at]wafaproduction[dot]com



Disamping itu, hamba ingin memohon maaf diatas rakaman audio yang tidak memuaskan. Manakala himpunan Taushiyah dari Hubabah, insya`ALLAH, antum bisa muat-turun diSini. `Ala kulli hal, semoga kita memperolehi manfaat darinya, dan semoga kita dapat mengamalkannya serta mendapat barakah darinya. Semoga ALLAH سبحانه وتعالى Mencurahkan Rahmat, Taufiq, Hidayah, `Inayah serta MaghfirahNYA keatas diri kita semua, sehingga kita dipanjangkan umur dengan kesihatan dan `afiah kamilah dalam penuh keimanan serta ketaatan kepadaNYA, dan kembali kepadaNYA dalam keadaan kita DiredhaiNYA سبحانه وتعالى. Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, ya Qarib, ya Mujib, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram wa bi jaahi Sayyidina Muhammadinil Habibil Mahbub صلى الله عليه وآله وسلم.



Diantara doa para Kekasih ALLAH yang telah Hubabah kongsikan bersama :


ألا يا الله بنظرة من العين الرحيمة
تداوي كل ما بي من أمراض سقيمة

"Wahai ALLAH, Pandanglah kami dengan Pandangan Cintamu;
Sehingga dengan Engkau Pandang seperti itu...
Menghilangkan seluruh penyakit² dalam diriku;
baik penyakit² secara fisik ataupun penyakit yang ada dalam hati² kami."





اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



اللهم أعنا على ذكرك وشكرك
وحسن عبادتك برحمتك يا أرحم الراحمين
ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة
إنك أنت الوهاب برحمتك يا أرحم الراحمين


ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Related Posts with Thumbnails