Wednesday, February 23, 2011

عليــك بتقـوى الله



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل صلاة كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد
الذى تنحل به العقد وتنفرج به الكرب وتقضى به الحوائج
تنال به الرغائب وحسن الخواتم وسيتشقى الغمام بوجهه الكريم
وعلى آله وصحبه فى كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك
- Selawat at-Tafrijiyyah / Selawat an-Nariyyah / Selawat Kamilah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






عليك بتقوى الله dari Mutiara Qasidah
al-Imam al-Qutub al-Irsyad al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad رضي الله عنه :



"Bertaqwalah kepada ALLAH pada hal rahsia dan terang
Bersihkan hatimu dari penyakit batin yang menyerang...


Perangilah hawa nafsu yang hanya bertujuan
Mengumpul harta untuk dunia yang penuh ujian...


Jika kau redha dengan takdir, nescaya kau hidup bahagia
Jika tidak redha dengannya nescaya kau hidup merana...


Bersahabatlah dengan orang baik, Ulama` dan (mereka yang diberi) petunjuk
Jauhilah dan jangan berteman dengan ahli maksiat
nescaya engkau akan diberi petunjuk...


Solatlah dengan hati yang khusyu` dan tidak lalai
Jangan lupa dari mengingati kubur dan kain kafan...


Dunia ini bukanlah untuk hidup berkekalan
Ia tiada lain hanyalah jalan menuju tanah air (Syurga)...


Rumah yang kekal adalah Syurga bagi orang yang bertaqwa
Oleh itu hendaklah ingat bahawa neraka adalah tempat mereka yang derhaka...


Liputilah kami Ya ALLAH dengan Belas KasihMU
Cukupilah kami, Peliharalah kami dari fitnah dan kesesatan...


Berilah kami Taufiq dan Hidayat dan Pimpinlah kami
Di atas jalan Pemimpin ummat serta Penghulu kami...


Keatasnya Selawat ALLAH dan SalamNYA yang berkekalan
Terus-menerus hingga ke akhir zaman...


Dan Keluarga kemudian Sahabat, serta Tabi`in
Dengan sepenuh berkat mereka kami pohonkan keselamatan daripada fitnah."








"Wahai ALLAH, kami takut kepadaMU, takut kepada orang yang takut kepadaMU,
dan takut pula kepada orang yang tidak takut kepadaMU. Wahai ALLAH, dengan hak orang yang takut kepadaMU, Selamatkanlah kami dari orang-orang yang tidak takut kepadaMU. Wahai ALLAH, dengan hak Nabi Muhammad ﷺ, Peliharalah kami dengan MataMU yang tidak pernah tidur, Jagalah kami dalam PenjagaanMU yang tidak pernah terhenti, Rahmatilah kami dengan KekuasaanMU terhadap kami dan Janganlah Engkau binasakan kami, kerna Engkaulah Kepercayaan dan Harapan kami."

^ Doa munajat al-Imam al-Habib asy-Syeikh `Abu Bakr bin Salim رضي الله عنه



Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, ya Qarib, ya Mujib, Ya Hayyu, Ya Qayyum,
Ya Dzal Jalali wal Ikram wa bi jaahi Sayyidina Muhammadinil Habibil Mahbub ﷺ...



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Related Posts with Thumbnails